Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

PENERAPAN NILAI INTEGRITI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH


MENENGAH MELALUI MATA PELAJARAN SEJARAH

Jaya Murugan Chandran


Abd Razak Zakaria
Zaharah Hussin
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
abdrazak@um.edu.my

This study was conducted to examine the extent to which the application of
integrity values among secondary school students is implemented through the
learning and facilitation of History subjects. This study also differs from
previous studies which focused more on moral values in other subjects. This
study was conducted in the city of Seremban by involving three cluster
schools and form four students as the study sample. In addition, the teachers
selected as the study sample were those with at least eight years of experience
teaching the subject of History. A qualitative approach is used in the study to
obtain detailed information on the implementation of the application of
integrity values through PdPc History subjects. Study data were obtained as
a result of PdPc observations of History subjects, interviews and SKPMG2
documents of History teachers were referenced in the triangulation of study
findings. Open-ended questions are also given to students to assess the PdPc
of History subject teachers. The findings of the study showed that as a result
of the three methods used, students were given exposure to the content of the
subject of History along with the value of integrity. It is applied in their
learning and facilitation and behavior in school. Pupils were found to have a
high enthusiasm to delve into the topics in the subject of History with
different methods. Pupils are confident that a variety of strategies and
methods can attract and increase their interest and create a learning
environment that can instil the value of integrity in them. In conclusion,
although teachers have applied the value of intergrity, even some topics of
History subjects still need to improve the content and topics that involve the
characteristics of the spirit of patriotism. Quality student outcomes can be
shaped by the application of integrity values through more effective teaching
and learning methods and strategies.

Keywords: Integrity, Honesty, Sincerity, Truthfulness, Transparency,


Adherence to Principles

Sejarah kini merupakan subjek yang dijadikan mata pelajaran wajib dalam pendidikan
Malaysia khususnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebelum ini, mata pelajaran
ini menjadi mata pelajaran teras yang tidak diwajibkan dan kerana itu murid tidak begitu ambil
berat tentang mata pelajaran ini. Apabila mata pelajaran ini diwajibkan pada tahun 2003, ia
mula diberi perhatian khusus kerana subjek Sejarah menjadi salah satu syarat lulus bagi
mendapatkan sijil. Sejarah menjadi nadi kepada perkembangan semangat jati diri murid dan
perasaan berjuang demi negara dalam diri murid itu sendiri (Ahmad Hussin, 1993). Pendidikan
Sejarah juga menjadi faktor pemangkin kepada kemajuan sesebuah bangsa dan tamadun (Siti

51
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

Zainun Mat., 1988). Sesungguhnya Sejarah tamadun-tamadun lampau menjadi panduan dan
pengajaran kepada negara-negara di dunia pada hari ini. Kesinambungan daripada perjuangan
tokoh-tokoh dahulu turut menjadi penguat kepada pembangunan negara pada hari ini (Abd
Rahim Abd Rashid, 1999). Mata pelajaran Sejarah berpotensi melahirkan insan yang menjadi
tonggak kejayaan negara. Walau apapun tindakan drastik kini sama ada tindakan yang
bersistematik atau di sebaliknya pasti akan memberi impak pada masa depan (Suffean Hussin,
2004). Nilai Integriti sebenarnya telah mula dilaksanakan secara tidak langsung dalam
pentadbiran negara sejak Malaya menjadi negara bebas daripada cengkaman penjajah. Bermula
daripada era Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehingga 1970-an
integriti dalam pentadbiran negara membawa Malaysia ke tahap yang lebih mantap.
Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Prinsip Rukun Negara, Rancangan Malaya pertama dan
seterusnya terus tetap memegang kepada nilai integriti yang menjadi tonggak kejayaan negara
(Maharom Mahmood, 2001).
Sejak kebelakangan ini, isu yang melibatkan integriti terutamanya dalam kalangan
penjawat awam menjadi cabaran utama negara. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara ini
menggariskan amalan yang melibatkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah,
penyelewengan adalah yang paling banyak melibatkan segelintir individu penjawat awam
(Megat Ayop Megat Arifin, 2016). Walaupun tidak semua yang terlibat dalam perpecahan nilai
etika dan integriti ini tetapi ia tetap memberi impak kepada keseluruhan penjawat awam yang
berada di negara ini (Siddiquee, 2010). Sektor awam yang menjadi nadi penggerak
perlaksanaan pentadbiran negara sehingga ke akar umbi mendukung prinsip integriti dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada semua lapisan masyarakat dengan sedaya upaya mereka (Leong, 2006).
Menyedari betapa pentingnya integriti dalam kalangan masyarakat, khasnya dalam
perkhidmatan awam dan jabatan-jabatan kerajaan, Kerajaan telah menyediakan satu garis
panduan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan
fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua
lapisan masyarakat Malaysia khasnya penjawat awam (Anis Yusal Yusoff & Mohd Nizam
Mohd Ali, 2018). Pelan seumpama ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program
secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat (Brandy, & Bauml,
2018).
Dalam indeks pencapaian rasuah dan penyelewengan yang dikeluarkan Transparency
International (TI) gabungan anti-rasuah global 2016 Persepsi Rasuah Indeks (CPI), satu kajian
tahunan yang mengukur tahap persepsi rasuah di 176 negara di dunia telah menunjukkan
prestasi lebih teruk pada 2016 berbanding keputusan 2015. Kaji selidik itu mendedahkan
bahawa Malaysia berkongsi tempat ke-55 dengan Croatia, dan skor CPI telah menurun
daripada 50 hingga 49, pada skala dari 0 (dilihat sebagai sangat rosak) kepada 100 (dilihat
sebagai sangat bersih) (https://www.transparency.org/en/countries/malaysia#). Oleh itu,
pemupukan nilai integriti melalui mata pelajaran Sejarah sejak di sekolah perlu dilaksanakan
dengan kaedah dan strategi yang lebih berkesan (Larry, 1982) . Generasi yang dipupuk dengan
semangat cintakan negara dengan adanya ciri-ciri ke arah nilai integriti akan mengharumkan
nama negara di khalayak dunia (Jamaliah Shaik Abdullah, 2005). Sukatan dan kandungan
dalam mata pelajaran ini memupuk murid menghayati setiap tema kandungan dengan lebih
efisien. Impaknya, sudah pasti mengkagumkan dengan penglibatan pelbagai aktiviti yang
menjurus ke arah menghayati nilai integriti (Gianluca, Tiziana & Shelley, 2013). Program-
program yang menjurus ke arah tingkatkan nilai ini diberi keutamaan oleh kerajaan mahupun
badan-badan bukan kerajaan.

52
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

Pernyataan Masalah
Kegagalan menerapkan nilai integriti dalam kalangan generasi masa kini akan membawa
kepada kemudaratan negara dalam pembangunan. Setiap negara bermatlamatkan
pembangunan yang stabil iaitu dari perspektif kestabilan politik, ekonomi dan sosial (Mohd
Sidek Hassan. 2010). Matlamat pembangunan akan tercapai jika rakyat mempunyai nilai
integriti yang tinggi. Amalan jujur, amanah, akauntabiliti, tegas dan bertanggungjawab akan
membantu negara mencapai pembangunan yang seimbang dan stabil. Kerangka Konseptual
kajian yang dibina ini berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg
berdasarkan tahap perkembangan moral. Oleh kerana kajian ini menjurus kepada murid
sekolah menengah, maka tahap perkembangan Konvensional yang meliputi peringkat 3 dan 4
diberi keutamaan dalam kajian. Tahap 1 yang merangkumi peringkat 1 dan 2 yang mempunyai
latar belakang pengaruh seseorang murid yang mana ia bersedia menunjukkan tahap perlakuan
moral ke peringkat ke seterusnya. Sebegitu juga, peringkat 5 dan 6 mempunyai kaitan langsung
dalam menerangkan kemungkinan impak atau kesan yang akan diterima berdasarkan
perkembangan pengaruh semasa (Lawrence & Richard, 1977). Beranggapan bahawa setiap
murid yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza sudah pasti menunjukkan
kelakuan yang berbeza. Pengaruh keluarga yang membesarkannya sudah pasti mempunyai
nilai moral yang baik (Susan, 2002). Kemungkinan nilai ini diterapkan dalam cara yang
diterangkan dalam teori Kohlberg. Tahap 1 dan 2 yang menjadi asas kepada penerimaan nilai
moral secara paksaan mahupun ganjaran. Sebegitu juga pengaruh dari masyarakat di mana
saudara mara, jiran memainkan peranan dalam menerapkan nilai moral yang baik. Pada tahap
ini, pengaruh rakan, media massa akan membawa kepada pembentukan nilai moral atau
sebaliknya (Turiel, 1998).
Pada peringkat ke-3 dan ke-4, pengkaji cuba buktikan murid sekolah menengah mampu
menjurus ke arah nilai moral dan akhlak yang baik dengan berlatar belakangkan nilai moral
semasa di peringkat 1 dan 2 lagi. Di samping penerapan dan pengaruh faktor lain, sekolah
merupakan agen penting dalam kehidupan seseorang murid khasnya murid sekolah menengah
(Deci, & Ryan, 1985). Menurut teori Kohlberg, pada peringkat ini, murid sudah mula berfikir
tentang kehendak masyarakat untuk membuat perkara baik. Setiap langkah dan starategi yang
dimainkan di sekolah, sudah pasti menjadikan platform murid menengah bersedia menerima
apa jua perkara yang baik untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara (Brandy & Michelle,
2018). Segala kekangan yang berlaku seperti penerapan nilai sivik dan kewarganegaraan yang
tidak konsisten, kurang penekanan terhadap nilai sivik dan kewarganegaraan, kaedah atau
teknik perlaksanaan yang kurang berkesan serta latar belakang murid yang bermasalah menjadi
cabaran utama dalam proses penerapan nilai integriti.
Oleh kerana itu, PdPc mata pelajaran Sejarah dianggap sangat penting untuk membawa
murid ke dunia nyata yang penuh dengan peristiwa dan perwatakan pemimpin yang
berwawasan untuk membentuk jati diri murid (Löfström, Trotman, Furnari et al, 2015).
Perjuangan pemimpin masa lalu untuk masyarakat, bangsa, agama dan negara dijadikan
perkara nyata yang boleh membawa impak ke dalam diri murid. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini, hubungan antara guru dan murid secara selari akan membawa kepada suatu
tahap pemahaman terhadap peristiwa Sejarah dan perwatakan Sejarah yang dimantapkan
dengan elemen kewarganegaraan dan patriotisme dengan menekankan nilai moral yang utuh
(Piaget, 1997). Proses yang diasimilasikan dengan hubungan dan tindakan moral ini akan
tersemadi secara tidak langsung dalam naluri murid dan kekal menjadi sifat mulia dalam apa
jua keadaan dan situasi. Seterusnya, nilai moral ini akan diterampilkan melalui kelakuan dan
perwatakan dengan identiti yang digelar ‘Integriti’. Sifat amanah, jujur, akauntabiliti,
transperansi, prinsip, etika, moral, kebaikan, kesopanan, keadilan dan keikhlasan akan terserlah
apabila ia diukur secara langsung dan secara tidak langsung (Robert, 2019).

53
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

Kerangka Konseptual Kajian


Kajian ini melibatkan aspek pembelajaran dan aplikasi nilai moral dalam strategi pengajaran
Sejarah kepada murid di sekolah menengah. Kerangka Konseptual kajian yang dibina ini
berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Lawrence Kohlberg berdasarkan tahap
perkembangan moral seperti di Rajah 1.

Kaedah/Teknik PdPc kurang Kurang penekanan kepada unsur sivik &


berkesan kewarganegaraan
Tiada Konsisten Latar belakang murid bermasalah

PdPc Sejarah

Penerapan Nilai Integriti

*Kejujuran *Keikhlasan
*Kebenaran *Keterbukaan
*Berpegang kepada prinsip *Ketelusan

Rajah 1. Kerangka Kajian Konseptuall yang diubahsuai daripada Teori Perkembangan Moral
Lawrence Kohlberg

Tahap perkembangan Konvensional yang meliputi peringkat 3 dan 4 diberi keutamaan


dalam kajian. Beranggapan bahawa setiap murid yang mempunyai pelbagai latar belakang
yang berbeza sudah pasti menunjukkan kelakuan yang berbeza. Pengaruh keluarga yang
membesarkannya sudah pasti mempunyai nilai moral yang baik (Susan, 2002). Sebegitu juga
pengaruh dari masyarakat di mana saudara mara, jiran memainkan peranan dalam menerapkan
nilai moral yang baik. Pada tahap ini, pengaruh rakan, media massa akan membawa kepada
pembentukan nilai moral atau sebaliknya (Turiel, 1998). Pada peringkat ke-3 dan ke-4,
pengkaji cuba buktikan murid sekolah menengah mampu menjurus ke arah nilai moral dan
akhlak yang baik dengan berlatar belakangkan nilai moral semasa di peringkat 1 dan 2 lagi. Di
samping penerapan dan pengaruh faktor lain, sekolah merupakan agen penting dalam
kehidupan seseorang murid khasnya murid sekolah menengah Pada peringkat ini, murid sudah
mula berfikir tentang kehendak masyarakat untuk membuat perkara baik. Setiap langkah dan
starategi yang dimainkan di sekolah, sudah pasti menjadikan platform murid menengah
bersedia menerima apa jua perkara yang baik untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara
(Brandy & Michelle, 2018). Segala kekangan yang berlaku seperti penerapan nilai sivik dan
kewarganegaraan yang tidak konsisten, kurang penekanan terhadap nilai sivik dan
kewarganegaraan, kaedah atau teknik perlaksanaan yang kurang berkesan serta latar belakang
murid yang bermasalah menjadi cabaran utama dalam proses penerapan nilai integriti.
Oleh kerana itu, PdPc mata pelajaran Sejarah dianggap sangat penting untuk membawa
murid ke dunia nyata yang penuh dengan peristiwa dan perwatakan pemimpin yang
berwawasan untuk membentuk jati diri murid. Perjuangan pemimpin masa lalu untuk
masyarakat, bangsa, agama dan negara dijadikan perkara nyata yang boleh membawa impak
ke dalam diri murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, hubungan antara guru dan
murid secara selari akan membawa kepada suatu tahap pemahaman terhadap peristiwa Sejarah
dan perwatakan Sejarah yang dimantapkan dengan elemen kewarganegaraan dan patriotisme

54
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

dengan menekankan nilai moral yang utuh (Piaget, 1997). Proses yang diasimilasikan dengan
hubungan dan tindakan moral ini akan tersemadi secara tidak langsung dalam naluri murid dan
kekal menjadi sifat mulia dalam apa jua keadaan dan situasi. Seterusnya, nilai moral ini akan
diterampilkan melalui kelakuan dan perwatakan dengan identiti yang digelar ‘Integriti’. Sifat
amanah, jujur, akauntabiliti, transperansi, prinsip, etika, moral, kebaikan, kesopanan, keadilan
dan keikhlasan akan terserlah apabila ia diukur secara langsung dan secara tidak langsung.
Pengajaran mata pelajaran Sejarah kini lebih menfokuskan kepada bagaimana untuk
luluskan murid dalam mata pelajaran tersebut. Elemen-elemen patriotik dan kewarganegaraan
menjadi perkara kedua dalam pengajaran Sejarah. Penerapan nilai integriti melalui unsur sivik
dan kewarganegaraan memerlukan proses yang konsisten dan dilaksanakan dengan lebih
efisien (Maharom Mahmood. 2001). Penerapan nilai integriti dalam kalangan murid tidak
konsisten dilaksanakan kerana beranggapan kurang penting. Pengajaran dan pembelajaran
yang ke arah mod peperiksaan menjadi gaya PdPc menjadikan matlamat tidak tercapai. Latar
belakang murid yang banyak menghadapi masalah keluarga menjadi kelompongan dalam
penerapan nilai integriti. Murid bermasalah yang berpunca dari keluarga atau faktor luaran
seperti rakan sebaya, media massa dan sebagainya menjadi masalah dalam penerapan nilai
integriti ini (Abd Rahim Abd Rashid, 2001). Guru-guru yang terpaksa menanggung beban
tugas yang pelbagai menghadapi kesukaran dalam meneliti perkara ini untuk mendapatkan
penyelesaian. Murid yang mempunyai banyak masalah dari faktor keluarga akan menyukarkan
usaha guru untuk menerapkan nilai integriti dalam diri murid tersebut (Galbraith, & Jones,
1976). Tambahan lagi, bilangan murid yang ramai dalam kelas membebankan guru meneliti
seorang demi seorang tentang masalah yang dihadapi murid. Masa pengajaran yang terhad
menjadikan ia rumit dan sukar diterapkan. Dalam pada itu, murid juga sukar mengaplikasikan
nilai moral yang cuba diterapkan oleh guru (Nucci & Weber, 1995). Oleh itu, segala
kelompongan ini perlu diatasi dengan kaedah yang berkesan. Kajian ini mengharapkan akan
mendapatkan penyelesaian kepada permasalahan yang wujud dalam menerapkan nilai integriti
dalam kalangan murid sekolah menengah.

Objektif Kajian
Kajian ini bermatlamat mendapatkan maklumat secara mendalam tentang impak penerapan
nilai integriti dalam kalangan murid melalui pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Oleh
itu, beberapa objektif kajian ditetapkan untuk menggerakkan kajian ini.

1. Meneliti persediaan guru dalam menerapkan nilai integriti melalui mata pelajaran
Sejarah dalam kalangan murid sekolah menengah.
2. Mengenalpasti cabaran dalam proses penerapan nilai integriti dalam kalangan murid.

Soalan Kajian
Kajian ini akan menjawab kepada beberapa isu persoalan kajian iaitu;

1. Sejauh manakah guru mata pelajaran Sejarah bersedia menerapkan nilai integriti dalam
kalangan murid?
2. Apakah cabaran yang dihadapi murid dalam pengamalan nilai integriti dalam mata
pelajaran Sejarah?

Metodologi Kajian
Metodologi kajian amat penting dalam menyatakan proses kajian yang dijalankan. Pengkaji
menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan maklumat daripada temubual untuk
dikembangkan seterusnya menjawab soalan kajian (Mohd. Majid Konting. 2000). Melalui
maklumat yang diperolehi pengkaji dapat menilai tahap penguasaan dan perlaksanaan nilai

55
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

integriti dalam kalangan murid sekolah menengah melalui dokumen standard pembelajaran
mata pelajaran Sejarah sekolah menengah. Ini adalah sejajar dengan takrifan atau definisi
sebenar Integriti dalam konsep dasar negara, penyerlahan dan pembangunan serta peranan
akhlak, moral dan nilai integriti yang digunakan dalam mencetuskan pembentukan sesebuah
negara (Kamus Dewan. 2002). Penelitian ciri integriti daripada kandungan sukatan mata
pelajaran Sejarah sekolah menengah diperlukan untuk menjadi sumber memantapkan kajian
ini. Oleh itu, keberkesanan kandungan sukatan pelajaran Sejarah di sekolah menengah adalah
penting dalam melahirkan ciri-ciri integriti di kalangan murid.
Pengkaji menetapkan beberapa cara untuk memilih sampel. Pertama, pengkaji akan
tentukan bilangan informan yang dapat memberi informasi dengan tepat sejajar dengan bidang
kajian serta benar-benar faham tentang situasi atau permasalahan kajian. Ini sejajar dengan
kenyataan Babbie (2002) yang menurutnya persampelan bertujuan pemilihan peserta kajian
berdasarkan pertimbangan penyelidik untuk memilih sampel yang paling berguna dan sesuai
memenuhi keperluan tujuan kajian (Fraenkel & Wallen, 2006). Kedua, walaupun dalam kajian
kualitatif dinyatakan bahawa jumlah sampel sekitar 1-7 orang memadai dalam kajian, pengkaji
akan bermula dengan teknik awal cara pengumpulan dan memilih sampel dengan teknik
‘snowball’ seperti yang dicadangkan Creswell (2008). Dengan strategi sebegini, pengkaji dapat
mengenalpasti sampel kajian sebenar bermula dengan seorang sampel kemudian menambah
bilangan sampel sehingga pengkaji merasakan mencukupi (maksimum) (Glaser, & Strauss,
1967). Pemilihan sampel ‘purposive’ atau sampel bertujuan berkemungkinan sampel yang
bermaklumat, mudah diperoleh, mudah dihubungi, ada pengetahuan dan pengalaman. Menurut
Cresswell (2008) menyatakan pemilihan sampel ‘purposive’ amat baik atau sesuai dalam kajian
kualitatif kerana sampel yang dipilih mempunyai maklumat yang ingin diketahui pengkaji
(Krejcie & Morgan, 1970). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah dibentuk oleh
pengkaji sendiri berdasarkan tinjauan kajian literatur. Pengkaji mengambil keputusan untuk
memilih temubual sebagai instrumen kajian kerana atas beberapa faktor.
Dalam usaha mendapatkan jawapan bagi kajian ini, instrumen temubual digunakan
untuk menemubual guru mata pelajaran Sejarah yang khusus dalam mata pelajaran Sejarah
mahupun guru bukan khusus mata pelajaran Sejarah tetapi mempunyai pengalaman yang cukup
luas dalam subjek tersebut. Semua responden yang dipilih adalah guru -guru Sejarah yang
sedang mengajar mata pelajaran Sejarah tingkatan empat, guru yang khusus mata pelajaran
Sejarah mahupun guru cemerlang Sejarah. Pada masa yang sama juga, segelintir murid juga
akan ditemubual mengikut kesesuaian kawasan dan sekolah untuk menstabilkan dapatan
kajian. Ia berdasarkan kesesuaian kajian, pengkaji berkeyakinan mendapatkan respon bagi
objektif kajian daripada responden dengan tepat. Informan yang ditemubual adalah terdiri
daripada kalangan guru mata pelajaran Sejarah dan murid pula adalah dalam kalangan murid
tingkatan empat. Ia sesuai dengan sifat keluasan dalam reka bentuk pengkajian kualitatif, akan
tetapi pengkaji mengahadkan seramai tiga orang guru dan murid setiap sekolah yang dikaji.
Pemilihan informan dipilih secara cermat kerana terlebih dahulu dipastikan dengan bidang
pengalaman (guru) serta tingkatan (murid). Pengkaji juga telah menetapkan skop perbincangan
supaya ia tidak terkeluar atau tergelincir dari tujuan asal. Kajian ini telah dilaksanakan di tiga
buah sekolah yang berstatuskan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di daerah Seremban,
Negeri Sembilan. Ia juga merangkumi murid sekolah menengah tingkatan empat, guru mata
pelajaran yang khusus dalam Sejarah atau yang mempunyai pengalaman mengajar lebih
daripada lapan tahun subjek berkenaan serta dokumen hasil pemantauan pentadbiran ke atas
guru mata pelajaran Sejarah.

56
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

Dapatan Kajian
Bahagian ini menerangkan tentang perolehan dapatan kajian yang telah dijalankan tiga buah
sekolah yang meliputi responden daripada guru dan murid. Dalam kajian ini kaedah temubual,
meneliti dapatan SKPMG2 dan penilaian murid terhadap PdPc guru dalam kelas diperolehi.

Demografi
Para responden guru dan murid dipilih dalam kajian ini yang berlatarbelakangkan mata
pelajaran Sejarah. Sekolah yang terletak di bandar Seremban, Negeri Sembilan yang
merupakan Sekolah Kecemerlangan Kluster dipilih supaya setiap sekolah mempunyai ciri-ciri
kecemerlangan tertentu. Pemilihan guru yang mempunyai pengkhususan Sejarah dan
pengalaman mengajar mata pelajaran tersebut sekurang-kurangnya lapan tahun ke atas menjadi
pilihan bagi pengkaji untuk menjalankan kajiannya. Murid-murid yang sentiasa komited dan
bekerjasama dipilih oleh guru Sejarah sekolah masing-masing untuk menjadi informan kajian.
Bagi mencapai objektif kajian pertama, iaitu meneliti kesediaan guru dalam menerapkan nilai
integriti melalui mata pelajaran Sejarah di kalangan murid sekolah menengah, soalan kajian
pertama perlu dijawab iaitu ‘Sejauh manakah guru mata pelajaran Sejarah bersedia menerapkan
nilai integriti di kalangan murid?’. Ia dikaji melalui kaedah temubual, dokumen SKPMG2 dan
penelitian murid.

a) Kesediaan guru menerapkan nilai integriti


Melalui dapatan temubual, responden guru dan murid persoalan kajian pertama dapat dijawab
dalam dapatan yang diberikan di bawah.

INTEGRITI

kaedah perlaksanaan konsistensi pentaksiran nilai


• di sekolah • sumbangsaran murid
• di rumah • soal jawab
• psikologi
• luar sekolah & • analogi
• periksa dan imbang
• membanding beza
rumah • kuiz
• penggabungjalinan

Pengamalan nilai integriti dalam kalangan murid dilaksanakan melalui mata pelajaran
Sejarah dengan tiga perkara yang penting. Perkara pertama ialah dari segi kaedah perlaksanaan.
Murid diterapkan dengan kandungan dan input sejarah melalui kesedaran sivik (psikologi),
periksa dan imbang (check and balance) iaitu meneliti input dengan menyesuaikan keadaan
semasa, membanding beza iaitu peranan dan fungsi pemimpin serta sumbangan dan
penggabungjalinan iaitu menggunapakai input dari mata pelajaran lain mahupun nilai moral
yang dianggap sesuai untuk diterapkan bersama penerapan nilai integriti semasa PdPc
(Hubbard,1989).
Selain itu, kekerapan atau konstitensi dalam menerapkan nilai integriti juga perkara
penting dalam PdPc mata pelajaran Sejarah. Dapatan menunjukkan, murid yang diterapkan
dengan amalan nilai moral melalui pengajaran, kurang atau tidak konsisten
mengaplikasikannya semasa di dalam sekolah, di rumah mahupun di luar sekolah dan rumah.
Apabila seseorang itu digelar berintegriti, maka nilai itu sebenarnya tekal dan kekal sepanjang
masa di mana jua. Jadi, pengamalan nilai integriti yang tidak konsisten akan membantutkan
hasrat dalam membentuk insan yang berintegriti. Pentaksiran nilai murid dilakukan melalui
reaksi murid dalam aktiviti mereka di dalam kelas seperti sumbangsaran, respon soal jawab,
analogi dan kuiz. Penilaian secara langsung dan secara tidak langsung digunakan dalam

57
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

mentaksir murid sama ada mereka dapat mengaplikasikan nilai integriti atau di sebaliknya
(Kerlinger, 1973).

b) Masalah dan cabaran


Dalam menjawab kepada soalan seterusnya, pihak guru dan murid dapat mengemukakan
masalah dan cabaran dalam perlaksanaan nilai integriti.

CABARAN

Jenis cabaran Cara diatasi


• sukar menerima pembaharuan
• motivasi & galakan
• Tidak konsisten
• pengisisan markah ssdm
• masalah keluarga
• penggunaan alatan komunikasi
• kelakuan murid
• rakan sebaya di luar

Dalam menerangkan dapatan kajian yang menjawab kepada soalan kajian iaitu ‘Apakah
cabaran yang dihadapi murid dalam pengamalan nilai integriti dalam mata pelajaran Sejarah?’
beberapa dapatan diperolehi. Sebahagian murid menganggap penerapan nilai integriti dalam
mata pelajaran Sejarah hanya sebagai fakta. Lebih-lebih lagi peristiwa yang menceritakan
pengalaman sebenar hanya dilihat sebagai suatu fakta yang akan dinilai semasa peperiksaan
nanti. Jadi, penerapan nilai menjadi tidak konsisten dan sentiasa ditegur atau perlu disedarkan.
Selain itu, masalah dalaman keluarga menjadi sebahagian punca penerapan nilai
integriti tidak dapat dilakukan dengan lancar. Latar belakang keluarga yang tidak
mempedulikan etika dan amalan anak-anak mereka menjadikan murid sukar diperbetul ke
landasan integriti. Amalan kejujuran, keikhlasan, ketelusan dan sebagainya perlu dikukuh sejak
kecil lagi di institusi keluarga. Ia akan diperluas semasa di sekolah. Sifat tidak peduli terhadap
perkembangan anak-anak kerana mempunyai masalah kewangan, hubungan keluarga yang
sentiasa bermasalah dan pelbagai konflik keluarga menjadikan anak-anak diperbesar dalam
suasana yang tidak berintegriti.

c) Tindakan
Di sekolah, murid-murid sentiasa diberi motivasi, galakan dan perbincangan oleh guru
tingkatan, guru kaunseling, guru mata pelajaran dan sebagainya. Ini adalah kerana setiap
tindakan murid yang tergelincir dari landasan sebenar akan memberi kesan yang tidak baik
kepada semua pihak (Susan, 2002). Murid-murid juga dipantau dan diberi galakan melalui
Sistem Salah Laku Disiplin (SSDM) dengan menambah ‘Amalan Baik’ yang memberi galakan
kepada murid apabila setiap kali melakukan atau menunjukkan amalan yang baik di sekolah.
Ia dapat menggalakkan murid untuk lebih berintegriti. Penggunaan alatan komunikasi yang
berkesan seperti power point, penggunaan makmal komputer secara berkesan serta penggunaan
alatan komunikasi seperti telefon pintar akan menyeronokkan murid dalam menyelami mata
pelajaran Sejarah seterusnya dapat menerima penerapan nilai integriti dengan baik.

Perbincangan
Penerapan nilai integriti dalam kalangan murid melalui mata pelajaran Sejarah dapat dilihat
dengan analisis yang dijalankan pengkaji berdasarkan dapatan kajian. Perkara yang dilihat
daripada dapatan kajian melalui temubual, dokumen SKPMG2 dan pemerhatian murid
menunjukkan penerapan nilai integriti berlaku dengan meluas.

58
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

a) Guru Sejarah Dan Murid


Guru Sejarah menggalas tanggungjawab yang utama dalam membentuk insan yang bernilai
bagi negara. Pada umumnya seorang guru Sejarah juga dapat mengembangkan kaedah,
pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang
bermakna, memupuk minat dan mengembangkanpotensi murid-murid serta dapat menyusun
dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah pengembangan
pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan kreatif. Ia akan
menjadi satu proses penyampaian dalam menyampaikan maklumat dengan teknik dan kaedah
pengajaran yang dipraktikkan berkesan (Abd Ghafar Md Din, 2003).Dalam teori yang
digunakan dalam kajian ini, Kohlberg (1977) telah menetapkan pada tahap pertengahan hirarki
perkembangan moral iaitu tahap Konvensional, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan
berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti (Kohlberg &
Hersh, 1977) Guru mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting dalam melakarkan
peraturan hidup berdasarkan ilmu Sejarah yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah
murid dan seterusnya pembangunan masyarakat dan negara.
Guru Sejarah juga berkebolehan bercerita, berlakon, daya imaginasi, kemahiran
berkomunikasi, berjenaka, daya intelektual yang tinggi, disegani dan dihormati murid.
Personaliti guru Sejarah yang disenangi oleh murid, menjadi pendorong dan role model kepada
murid (Owens., Coles, Evans et, al. 2017). Mereka berpotensi menjalankan pembelajaran aktif
(active learning), mendorong penglibatan aktif murid dan memberi peluang yang luas kepada
murid mengembangkan kebolehan dan potensi mereka (Brandy & Bauml, 2018). Ia akan
mendorong kepada kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran,
personaliti dan penggunaan pelbagai inivasi media dan teknologi pembelajaran (Tajul Ariffin
Nordin, Roslee Ahmad , Rahimawati Abdul Rahim. 2007). Kohlberg (1977) dalam teorinya
mengatakan bahawa, nilai moral yang diterapkan sejak kecil lagi dengan permulaan di
peringkat awal lagi akan mampu meletakkan mereka di landasan yang betul sahsiahnya. Ia
disusuli dengan tahap Konvensional dengan kewajipan mereka ke atas orang lain.
Kecendurungan untuk bersikap integriti akan membawa kepada nilai kasih sayang terhadap
keperluan orang lain akan dilaksanakan di peringkat ini. Kajian yang memilih responden murid
tingkatan empat bersesuaian untuk dikaji dalam penerapan nilai integriti ini. Murid tingkatan
empat yang menjadi skop kajian ini dilihat dalam tahap 2 iaitu tahap Konvensional yang
merupakan tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Beranggapan
bahawa individu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan
oleh ibubapa, guru dan komuniti. Dalam kajian yang dibuat, murid sudah mula
mengaplikasikan apa yang dipelajari dan hasilnya didapati dalam tingkahlaku mereka.
Dalam kajian yang dijalankan, dapatannya menyatakan murid sedang mengalami
proses kesedaran nilai dalam diri mereka menjadi keseimbangan. Ini adalah kerana faktor-
faktor seperti pengaruh rakan yang sedia membantu dan bercirikan nilai moral, topik-topik
Sejarah yang menjadi pemangkin kepada pengamalan nilai integriti, keprihatinan guru yang
sentiasa menegur dan menasihatinya menjadi sokongan kepada pengamalan nilai ini berlaku.
Dalam peringkat ini hubungan guru dengan pembelajaran topik-topik yang menyentuh
kewibawaan seseorang yang berintegriti menjadi panduan dan contoh kepada murid untuk
dipatuhi (Baxter, & Rarick, 1987).
Pada peringkat 4, murid tingkatan empat ini akur kepada sistem sosial dan etika
peraturan melalui setiap topik yang dipelajari. Mereka juga dinilai dan diteliti oleh guru mereka
yang sentiasa menegur dan menasihati mereka untuk menunjukkan teladan baik kepada
semua. Murid-murid pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa
keyakinannya terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya.
Murid faham dan dapat mengamalkannya apabila mereka di jawatan yang tertinggi nanti.
Mereka beranggapan nilai moral adalah kewajipan dengan tujuan menjaga keseimbangan dan

59
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

ketertiban masyarakat. Penerapan nilai dalam diri mereka menunjukkan kesediaan untuk
menjaga keharmonian masyarakat dengan aturan sosial yang ditentukan. Misalnya, murid-
murid yang guru, kini menduduki dalam jawatan dan kerja yang membanggakan. Buktinya,
impak penerapan nilai moral terserlah dalam kelakuan mereka seperti sudi membantu adik-
adik di sekolah yang dipelajarinya dan pelbagai lagi tindakan positif dilakukan.
Kohlberg (1977) dalam teorinya jelas menerangkan peringkat moral murid yang
diterapkan mengikut tahap yang sesuai. Pada tahap kedua dan bermula peringkat 3, murid
sudah mula memikirkan tentang baik dan buruk dalam kehidupan mereka. Di peringkat 4,
mereka mula sedar, kehidupan ini menjadi suatu kewajipan yang tertakhluk kepada peraturan
masyarakat dan ia perlu dipatuhi untuk menjaga keharmoniannya. Akan tetapi, sebagai teori
yang dijadikan landasan dalam kajian ini untuk menjelaskan peringkat penerapan nilai tidak
dapat membuktikan sama ada berjaya atau tidak usaha pembentukan murid ke peringkat
dewasa nanti. Ini mungkin disebabkan kajian ke peringkat atasan tidak dijalankan untuk
tempoh berpanjangan. Walaupun dalam teori Lawrence Kohlberg di peringkat 6 mengatakan
segala keputusan diambil selepas pertimbangan dalam hati nurani, impak kajian ini dilihat tidak
diketahui di peringkat berkenaan (Kohlberg & Hersh,1977).

b) Cabaran dalam penerapan nilai integriti


Pembelajaran dan pemudahcaraan yang dijalankan dalam kelas, banyak mencirikan kepada
pencurahan ilmu akademik untuk membolehkan murid melepasi pintu peperiksaan peringkat
demi peringkat. Setiap peringkat yang dilalui diselitkan dengan input-input pengetahuan
duniawi khasnya mata pelajaran Sejarah yang kebanyakannya menghafal dan memenuhi
kepada kehendak soalan dalam peperiksaan. Matlamat sebenar mata pelajaran ini mengalami
kegagalan untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan). Kohlberg
(1977) dalam kajiannya, mempunyai pendirian bahawa perkembangan moral yang mengikuti
tahap yang dilaluinya akan membentuk sahsiah dalam diri manusia dan ia akan menjadi etika
hidupnya di peringkat akhir nanti. Penekanan kepada perlaksanaan perkembangan moral dalam
kalangan murid dengan anggapan bahawa masalah dalam pengajaran dan pembelajaran diatasi
akan membawa kepada peringkat seterusnya. Abd.Rahim Abd.Rashid (1999) dalam Falsafah,
Teori dan Amalan dalam Pendidikan Sejarah telah menyatakan ketandusan inovasi dan
pembaharuan dalam pengajaran menjadi satu kelemahan dalam menyampaikan ilmu sejarah
kepada murid dengan berkesan (Siti Zainun Mat., 1988).
Penerapan nilai integriti tidak diterapkan secara konsisten dalam kalangan murid.
Dalam kajian, kurang persediaan awal dalam menerapkan nilai integriti. Strategi PdPc yang
kurang berkesan menjadi beberapa masalah atau cabaran utama dalam penerapan nilai integriti
ini. Pandangan atau cadangan informan guru dan murid mahukan topik-topik yang seharusnya
memberi keberatan kepada isu dan sejarah dalam negara perlu diperbanyakkan (Tan, 1997).
Kebanyakan topik yang dipelajari adalah daripada luar negara dan menganggap ia kurang
sesuai untuk menerapkan nilai integriti dalam kalangan murid. Topik-topik Sejarah yang
kurang menonjolkan nilai integriti akan menggagalkan matlamat membentuk generasi
berintegriti kelak. Selain itu, ketidakprihatinan keluarga murid itu sendiri menjadi penghalang
kepada penerapan nilai integriti. Murid-murid mempunyai hubungan yang baik dengan guru
berkongsi segala masalah keluarga untuk mendapatkan penyelesaian. Jadi, ibubapa yang
kurang mengambil peduli tentang anak-anak kerana kekangan kerja, masalah kewangan serta
tidak meluangkan masa untuk anak-anak mereka akan membawa gejala social. Walaupun
keprihatinan guru dapat menyelesaikan masalah mereka untuk jangka masa pendek, akan tetapi
ia tidak dapat diselesaikan untuk jangka masa panjang. Segala masalah dan halangan dalam
penerapan nilai integriti menjadikan setiap pihak yang terlibat untuk menjalankan kajian

60
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

intervensi untuk mencari jalan penyelesaian. Masalah dan halangan sentiasa berlaku dalam
mana-mana usaha untuk menjadikan keadaan lebih baik.

Kesimpulan
Kajian yang lebih berfokuskan keberkesanan penerapan nilai integriti dalam kalangan murid
sekolah menengah merupakan suatu yang utama untuk kita merangka dan melaksanakan
intervensi-intervensi berkaitan. Setelah diteliti dengan proses kajian yang dijalankan pengkaji
mendapati faktor penerapan nilai integriti adalah guru, sekolah, rakan dan mata pelajaran. Guru
sebagai pembimbing, pemotivasi, penjaga kepada murid mampu membawa generasi ini ke arah
yang lebih baik tanpa gejala penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, korupsi dan perkara yang
boleh menjatuhkan nama dan maruah keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, keadaan
sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri
mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan
sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Tambahan pula, keadaan
sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para
pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka.
Pengaruh rakan sebaya dalam kelas dan sekolah penting dalam menghayati nilai murni
dalam diri murid. Kerjasama dan ketekunan murid dalam menjalankan tugasan yang
dipertanggungjawab menjadi fokus penting dalam mewujudkan perhubungan dan komunikasi
yang sihat dalam kalangan mereka. Ia akan membawa kepada pemikiran cerdas ke arah
pembentukan masyarakat dan negara yang lebih cemerlang. Di samping itu, mata pelajaran
Sejarah yang mampu mengubah tingkahlaku dan sahsiah generasi perlu ada penambahbaikan
dengan topik-topik yang sangat berkaitan dengan nilai integriti masyarakat. Peristiwa dan
pengalaman negara perlu diterapkan dengan banyak dalam topik mata pelajaran Sejarah akan
memudahkan murid memahami dan menjadikannya sebagai pengajaran semasa
mengalaminya.
Walaupun amalan penghayatan dan perlaksanaan integriti dilakukan di sekolah tetapi
ia memang tidak memadai. Selain daripada faktor-faktor yang dibincangkan dalam dapatan
kajian, faktor keluarga merupakan aspek yang sangat penting dalam penerapan nilai integriti
dalam kalangan murid. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu
materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang
menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda
merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini
berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk
dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan
kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri
anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina
sebuah keluarga yang harmoni.

Rujukan
Abd Ghafar Mat Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran, Kuala Lumpur: Utusan
Distributors Sdn Bhd.
Abd Rahim Abd Rashid. (1999). Pendidikan Sejarah: Falsafah, Teori dan Amalan. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan
dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Hussin. (1993). Pendidikan dan masyarakat antara dasar, reformasi dan wawasan,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

61
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

Anis Yusal Yusoff and Mohd Nizam Mohd Ali. (2018). Integrity, Kuala Lumpur: Pusat Ilmu
Integriti.
Baxter, G.D. and Rarick, C.A. (1987). Education for the Moral Development of Managers:
Kohlsberg’s Stages of Moral Development and Integrative Education. Jurnal of Busines
Ethics 6. 243-248.
Carol W. Lewis. (1991). The Ethics Challenge in Public Service. California: Jossey-Bass
Publishers.
Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (2006). How to design and evaluate research in education, New
York: McGraw-Hill.
Galbraith, Ronald E.; Jones, Thomas, M. (1976). Moral Reasoning: A Teaching Handbook for
Adapting Kohlberg to the Classroom. Greenhaven Press Inc.
Gianluca Gini, et al. (2013). Moral disengagement among children and youth: A meta‐analytic
review of links to aggressive behaviour, New York: Wiley.
Glaser, B. G. & Strauss, Anselm L. (1967). The Discovery of Grounded Theory: Strategies for
Qualitative Research. Chicago: Aldine Publishing Company.115-127
Haminah Suhaibo. (2007). Penerapan Nilai Patriotisme Dalam Kalangan Murid Tingkatan 1
di Sekolah di Kuching. Tesis ard. Tidak Diterbitkan. Universiti Malaya.
Harter, S. (1996). Teacher and classmate influences on scholastic motivation, self-esteem, and
level of voice in adolescents. In J. Juvonen & K. Wentzel (Eds.), Social motivation
(pp. 11-42). Cambridge, UK: Cambridge University Press
Hubbard, L.R. (1989). Personnel Values and Integrity, New York: Bridge Publications.
Jamaliah Shaik Abdullah. (2005). Perubahan Kurikulum Pendidikan Sejarah di Malaysia dari
Tahun 1978-2000. Projek Sarjana. Universiti Sains Malaysia.
Kamus Dewan. (2002). ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kerlinger, F.N. (1973). Foundations of Behavioral Research. 2nd edition. Fort Worth: Holt,
Rinehart and Winston.
Krejcie, V.R., & Morgan, W.D. (1970). Determining Sample Size for research Activities.
Educationaland Psychological Measurement, (30), Duluth: University of Minnesota.
Larry R. Churchill. (1982). The Teaching of Ethics and Moral Values in Teaching. The Journal
of Higher Education, 53(3), 296-306
Lawrence Kohlberg & Richard H. Hersh. (1977). Moral development: A review of the theory.
Theory In to Practice, 16(2), 53-59, DOI: 10.1080/00405847709542675
Leong, H.K. (2006). Malaysia’s civil service reform: Mahathir’s legacies and Abdullah’s
challenges. In S. Swee-Hock & K. Kesavapany (Eds.), Malaysia—recent trends and
challenges (pp. 195–209). Singapore: ISEAS
Maharom Mahmood. (2001). Kurikulum Sejarah ke Arah Memperkukuhkan Usaha
Pemupukan Semangat Patriotik dalam Kalangan Murid. Persidangan Kebangsaan
Pendidikan Sejarah ke arah pembentukan warganegara patriotik. 8-12 Oktober. Kuala
Lumpur.
Megat Ayop Megat Arifin. (2016). Jurnal Kepentingan budaya integriti dan etika kerja dalam
organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Malaysia: ISSN.
Mohd. Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. 105-114
Mohd Sidek Hassan. (2010). Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia, Laporan
Tahunan 2010, Malaysia: Institut Integriti Malaysia.
Moshe M. Blatt & Lawrence Kohlberg. (1975). The Effects of Classroom Moral Discussion
upon Children's Level of Moral Judgment, Journal of Moral Education, 4(2), 129-161.
Nucci, L.P, & Weber, E.K. (1995). Social interactions in the home and the development of
young children’s conceptions of the persona. Child Development, 66, 1438-1452

62
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 39, 2021

Siddiquee, N.A. (2010). Combating Corruption and Managing Integrity in Malaysia: A Critical
Overview of Recent Strategies and Initiatives. Public Organ Rev, 10, 153–
171.DOI:10.1007/s11115-009-0102-y
Siti Zainun Mat. (1988). Pelajaran Sejarah di Sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia
1948-1970an: Satu tinjauan. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. 18-23
Suffean Hussin. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah, Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 62-73
Susan, V.V. (2002). Raising Kids Who Will Make a Difference: Helping Your Family Live with
Integrity, Value Simplicity, and Care for Others, Covington, USA: Loyola Press
Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad , Rahimawati Abdul Rahim. (2007). Membina Pelajar
Cemerlang: Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat, Universiti teknologi Malaysia.
Tan, S.K. (1997). Moral Values and Science Teaching: A Malaysian School Curriculum
Initiative, USM

63

You might also like