Konsep Segregasi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Konsep segregasi.

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara


satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan
berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari
oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang
dilaksanakan antara tahun 1948 -1994. Segregasi di Malaysia berlaku kesan daripada dasar
pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak british berdasarkan kegiatan ekonomi
mengikut etnik. Dari segi pendidikan, segregasi ini dapat dilihat pada sekolah dimana telah
ada sekolah vernikular yang menempatkan pelajar-pelajar mengikut kaum masing-masing.
kaum cina di hantar di sekolah jenis kebangsaan cina , india sekolah jenis kebangsan
mereka sendiri. Oleh kerana itu , mereka akan bergaul dengan etnik masing-masing sahaja.
Keadaan ini telah mendorong perasaan berpuak-puak antara kaum semakin menebal.

Konsep integrasi. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana


rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum iaitu di Semenanjung Malaysia terdiri
kaum Melayu, Cina dan India. Manakala, di Sabah terdiri daripada suku kaum Rungus,
Dusun, Bajau, Eranun, Sungai, Kimaragang, Suluk dan Murut serta kaum di Sarawak pula
antaranya terdiri daripada kaum Iban, Melanau dan lain-lain. Oleh itu, perpaduan dan
integrasi nasioal adalah satu keperluan bagi menjamin rakyat hidup dalam suasana aman
damai. Konsep integrasi dikatakan satu proses yang abstrak, satu penyatuan yang sebati
dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses yang menyatupadukan pelbagai
kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan
mula menumpukan usaha-usaha dan strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional.
Sebagai contoh, masyarakat cina, india dan melayu boleh duduk satu meja ketika
menyambut hari kemerdekaan dan mereka tidak lagi mengutamakan perbezaan kaum yang
berlaku ketika itu.

Konsep saling kebergantungan. Konsep ini bermakna setiap etnik memerlukan di


antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan seharian mereka. setiap etnik mempunyai
peranan mereka tersendiri dalam membangunkan negara. contohnya peniaga mengambil
barangan runcit daripada pemborong cina atau india. pengalaman saya saya meminta jiran
saya untuk menjaga rumah semasa ketiadaan kami sekeluarga. saling bergantungan ini
kadangkala tidak perasan bila ianya berlaku.

You might also like