Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH

DI DALAM NEGERI PERAK, MALAYSIA

(BAHAGIAN SIVIL)

GUAMAN NO. / 2022

ANTARA

SHAHRUL BIN SAAD


(NO. K/P: 930122-10-6195) … PLAINTIF

DAN

PERAK FOOTBALL CLUB SDN. BHD.


(NO. SYARIKAT: 012999405-V) … DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif, Shahrul Bin Saad (NO. K/P: 930122-10-6195) merupakan seorang individu yang
dilahirkan di Malaysia mempunyai alamat penyampaian di No. 15 Jalan 25/26, Taman Ipoh,
31400 Ipoh, Perak. Perak Football Club Sdn. Bhd. (NO. SYARIKAT: 012999405-V) adalah
Defendan yang mempunyai alamat penyampaian di No. 70A, Jalan Kamaruddin Isa, Fair
Park, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
2. Defendan merupakan sebuah kelab bola sepak di negeri Perak. Defendan adalah sebuah
kelab yang berdaftar di bawah Liga Bola Sepak Malaysia.
3. Pada 01.04.2022, Defendan telah gagal membayar gaji plaintif seperti yang termaktub
didalam kontrak.

BUTIR-BUTIR KECUAIAN
4. Pada 01.04.2022, telah plaintiff telah mendapati gaji beliau masih belum dilunaskan oleh
defendan.

4.1 Pihak pengurusan Perak Football Club Sdn. Bhd. sebelum ini bersetuju untuk

1
menjelaskan baki tunggakan gaji tahun lalu membabitkan plaintiff pada 31 Mac 2022.
Namun mereka didapati gagal untuk berbuat demikian.

4.2 Perkara ini menyebabkan plaintiff sudah 4 bulan tidak menerima gaji beliau.

BUTIR-BUTIR KERUGIAN DAN KESUSAHAN

5. Plaintif memplidkan bahawa akibat kecederaan tersebut, Plaintif telah mengalami kerugian
dan/atau kesusahan seperti berikut:
5.1 Plaintif telah mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan sehariannya
bersama keluarga beliau kerana kehilangan sumber pendapatannya. Beliau perlu
membayar komitmen dan keperluan seharian keluarga.

6. Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Defendant adalah dipertanggungjawabkan terhadap


Plaintif seperti berikut:

a) Ganti rugi am yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah kelak

b) Bayaran Gaji sebanyak pembayaran RM120,000.

c) Pihak Defendan mengadakan sesi sidang media bagi melakukan permohonan maaf.

d) Kos tindakan; dan

e) Apa-apa relif yang difikirkan patut dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini.

Bertarikh pada haribulan __________2022

Peguamcara Plaintif

2
PERNYATAAN TUNTUTAN ini difailkan oleh Fariz Halim & Co., Peguamcara bagi Plaintif yang
beralamat di P.O Box 17, Bilik Latihan Guaman, Fakulti Undang-Undang UKM, 43600 Bangi, Selangor
Darul Ehsan. (No Tel: 03-2209 1997; No Faks: 03-2209 1999 Email: fuuukm.firma17@gmail.com) [No Ruj
kami: CL/02/11/21/FH]

You might also like