Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Agung Tahun 2021

Kelab Pencinta Alam


SMJK Katholik

Tarikh : 31 Julai 2021


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Tempat Kediaman Masing-Masing
Medium : Google Meet
Kehadiran : Ahli Kelab (Senarai Nama Dilampirkan)

Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi Kelab Pencinta Alam 2020/2021, Saudari Joy Chan Song Xin,
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat kerana telah banyak
membantu dan membimbing kelab ini.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab kerana telah
banyak bekerjasama untuk menjalankan aktiviti-aktiviti telah dirancang.

2.0 Ucapan Guru Penasihat Kelab


2.1 Guru penasihat, Puan Nor Ashikin Bt. Mat Yusop mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli kelab yang telah membantu beliau menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah
dilaksanakan.
2.2 Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah
bertungkus lumus menguruskan kelab ini.

3.0 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung 2020


Pengesahan minit mesyuarat agung 2020 telah dicadangkan dan disokong oleh saudari
Mandy Chong Hui-Minn dan saudara Look Yu Chen.

4.0 Membentang laporan tahunan 2021 (Bahagian 1 (Jan - Ogos 2021))


Pengerusi meminta semua ahli membaca laporan tahunan yang disediakan dan bertanya
sama ada terdapat perkara berbangkit atau tidak.

5.0 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan 2021 (Bahagian 1 (Jan - Ogos 2021))
Pengesahan laporan kewangan 2021(Bahagian 1 (Jan – Ogos 2021)) telah dicadangkan
oleh saudari Liew Shen Wei dan disokong oleh saudara Gan Jia You.

6.0 Pembubaran Ahli JawatanKuasa Kelab 2020/2021


Ahli jawatankuasa Kelab Pencinta Alam 2020/2021 telah dibubarkan secara rasmi.
7.0 Pelantikan Ahli Jawatan Kuasa Baru 2021/2022
7.1 Ahli-ahli jawatankuasa baharu yang dilantik ialah:

Pengerusi : Elsa Yap Xin Wei 4S3


Setiausaha : Look Yu Chen 3A2
Bendahari : Gan Jia You 4K3
Ahli Jawatankuasa : Jonathan Bong Wei Lum 4S4
Erynn Ngu Pei Ee 4S3
Matherine Chong Shan Yee 3A6
Chin Xin Ee 3A1
Law Shanynn 3A2
Zara Teoh Wee Leen 3A3

8.0 Ucapan Penangguhan


8.1 Pengerusi baru berucap dan mengucapkan terima kasih kerana beliau telah dilantik
sebagai pengerusi baru kelab ini.
8.2 Beliau seterusnya menangguhkan mesyuarat ke satu tarikh yang akan ditetapkan
kemudian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………………….. ..............................................................
(LOOK YU CHEN) (PN. NOR ASHIKIN BT. MAT YUSOP)
Setiausaha Kelab Pencinta Alam Ketua Guru Penasihat
SMJK Katholik, PJ Kelab Pencinta Alam
SMJK Katholik, PJ
Tarikh: 31 Julai 2021
Tarikh: 31 Julai 2021
Lampiran:
Google Meet Screenshot

You might also like