Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIOAL & LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGM 3043
PEMBANGUNAN ORGANISASI

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :
SISTEM PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA (HRMIS)

NAMA PENSYARAH:
NAMA PENSYARAH

NAMA PELAJAR:
MOHD AZHAN BIN HASENAN
(NO MATRIK)

TARIKH HANTAR
25 JUN 2022
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan......................................................................................................................1

1.1 Objektif Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)............................................1


1.2 Konsep Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).............................................2
1.3 Ciri - ciri Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)..........................................3
2.0 Kepentingan dan Kesan Kepada Sesebuah Organisasi.............................................4

3.0 Contoh Organisasi Yang Telah Melaksanakannya...................................................6

4.0 Isu Berkaitan Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)............................................7

5.0 Cadangan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).......9

6.0 Kesimpulan..................................................................................................................10

7.0 Rujukan.........................................................................................................................12
1.0 Pengenalan
Sistem pengurusan sumber manusia (HRMIS) adalah satu sistem aplikasi
maklumat yang direka bagi memudahkan urusan di dalam proses sumber manusia.
Sistem HRMIS ini dibentuk melalui pembangunan Aplikasi Perdana Kerajaan
Elektronik yang mana ia telah dilaksanakan sebagai salah satu daripada projek perintis
di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik. Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)
adalah sistem yang digunakan untuk memperoleh, menyimpan, memanipulasi,
menganalisis, mengambil dan mengedarkan maklumat penting mengenai aktiviti
sumber manusia di dalam organisasi(Normaliniet.al,2012). Johnson dan
Kavanagh (2018) menyatakan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia
(HRMIS) adalah sistem yang menyediakan maklumat daripada pangkalan data
Pengurusan Sumber Manusia (HRM) yang boleh dianalisis secara menyeluruh dan
terperinci mengikut pelbagai dimensi. Penggunaan Sistem Maklumat Sumber
Manusia (HRMIS) adalah sesuatu yang penting pada masa kini kerana sistem ini
membantu dalam fungsi-fungsi sumber manusia dalam organisasi menjadi lebih baik
dan efektif.
Sistem ini melibatkan sepuluh (10) agensi perintis yang mana Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) yang dipertanggungjawabkan sebagai agensi utama bagi
mengetuai pelaksanaan projek ini. Antara agensi perintis lain yang terlibat ialah
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),
Jabatan Ketua Menteri Negeri Sarawak (JKMNS), Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Pejabat Perdana Menteri (PPM), dan
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Setiap
agensi mempunyai tanggungjawab dan peranan tersendiri bagi memastikan projek ini
berjalan dengan jayanya.

1.1 Objektif Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)


Sistem pengurusan sumber manusia (HRMIS) direka bagi membantu
menjayakan pengurusan sumber manusia yang mana ia merangkumi pelan
penggantian, penentuan saiz perkhidmatan awam dan pembangunan karier penjawat
awam. Selain itu sistem ini dapat mengautomasikan proses operasi dalam pengurusan
sumber manusia. Ia dapat menjadikan sesuatu proses menjadi selaras dan mudah

1
dikemas kini seperti pergerakan gaji, kenaikan pangkat, cuti, status perkahwinan dan
lain-lain.
Sistem ini juga memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal yang
mana ia lebih bersifat mesra dan mudah dicapai sebagai contoh apabila penjawat
awam ingin memohon cuti, mereka boleh memohon melalui sistem HRMIS dan
secara langsung pegawai atasan akan mendapat notifikasi tersebut. Dengan adanya
sistem ini, mudah bagi penjawat awam untuk menguruskan segala hal berkaitan
sumber manusia tanpa melalui proses secara manual.
Apabila penjawat awam boleh melakukan urusan mengenai sumber manusia
secara atas talian, sistem ini juga mampu mewujudkan persekitaran tanpa kertas
(paper less). Secara tidak langsung penjimatan kos operasi dapat di kurangkan dalam
memastikan operasi pengurusan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, penjawat
awam juga tidak perlu lagi bersusah menghantar dokumen dan difailkan kerana semua
boleh dihantar melalui internet walau ke tempat yang jauh secara pantas.

1.2 Konsep Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)


HRMIS ini dibangunkan bertujuan bagi menyelaras dan mengemaskini proses
pengurusan sumber manusia sedia ada. HRMIS dipecahkan kepada sepuluh (10)
fungsi utama seperti dalam rajah 1.

Rajah 1: Pelarasan Kepada 10 Fungsi Utama Dalam HRMIS

Berdasarkan model ini tunjang utama dalam pelarasan bagi menggerakkan


kesemua fungsi ini ialah penilaian kompentensi. Adalah penting bagi sesebuah
2
organisasi untuk mempunyai pegawai yang kompeten bagi memastikan perkhidmatan
yang cekap dan berkesan.

1.3 Ciri - ciri Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)


Setiap sistem yang dibangunkan mestilah mempunyai ciri-ciri yang mampu
menjadikan sesebuah sistem berfungsi dengan mudah dan lebih mesra kepada
pengguna. Begitu juga dengan sistem HRMIS yang direka, yang mana ia direka bagi
mencapai objektif yang ditentukan.
Antara ciri-ciri sistem HRMIS ialah dipacu oleh sistem. Berdasarkan fungsi-
fungsi yang terdapat di dalam sistem, ia membantu proses dalam pelaksanaan
pengurusan sumber manusia dan segala data dapat di kemas kini secara automatik. INi
kerana setiap fungsi di dalam sistem tersebut akan dimohon dan diakses oleh penjawat
awam. Contohnya bagi fungsi cuti, penjawat akan memohon cuti melalui fungsi
“cuti”, kemudian akan disokong oleh pegawai atasan dan seterusnya akan diluluskan
oleh pihak sumber manusia. Data cuti tersebut secara automatik akan direkodkan di
dalam sistem tersebut.
Sistem ini juga berasaskan tiga komponen data utama iaitu data peribadi, data
perjawatan dan data transaksi. Data transaksi merupakan data teras kepada data
peribadi dan data penjawatan. Melalui data transaksi ini, pengemaskinian pangkalan
data bagi penjawat awam dapat dikesan dan merupakan data terakhir yang digunakan
dalam fungsi HRMIS seperti penilaian prestasi.
Ciri lain yang terdapat dalam HRMIS ini ialah bersifat layan diri. Semua
penjawat awam yang mempunyai id pengguna boleh mengakses sistem ini dengan
mudah. Penjawat awam juga dapat melaksanakan tugas seperti mengemas kini rekod
peribadi, memohon dam menyemak cuti, mengemukakan tuntutan perjalanan atau
lain-lain tuntutan, memohon kursus yang bersesuaian dengan jawatan, membuat
pertukaran dan memohon kaunseling secara pantas dan mudah. Ia juga boleh diakses
di mana-mana sahaja tanpa ada had.
Penjawat awam juga boleh menambah ilmu pengetahuan dan perkembangan
semasa mengenai ilmu dasar pembangunan sumber manusia dan pekeliling atau
peraturan yang dikemaskini melalui Modul Penerbitan Web dan Modul Pangkalan
Ilmu. Kelebihan fungsi ini dapat menjadikan penjawat awam mengetahui perkara

3
yang terjadi dan lebih waspada tentang isu semasa berkaitan pembangunan sumber
manusia.
Sistem ini juga mempunyai keselamatan dan aliran kerja yang teratur bagi
mengelakkan pertindihan dan ketidaktepatan data pekerja. Aplikasi dan sistem
teknikal HRMIS menjamin tahap integriti dan keselamatan yang tinggi yang mana
sebarang pindaan atau tambahan tidak dapat dilakukan tanpa kebenaran dari pihak
atasan. Di samping itu proses-proses sistem ini dapar dipermudahkan melalui
penetapan aliran kerja mengikut peranan dan tanggungjawab pegawai berkenaan.

2.0 Kepentingan dan Kesan Kepada Sesebuah Organisasi


Pelaksanaan sistem HRMIS berguna kepada organisasi kerana ia mampu
menyelesaikan beberapa masalah yang sedia ada. Selain itu, keberkesanan dan
kecekapan sistem dapat dicapai dalam sesebuah organisasi. akan membantu
mempertingkatkan lagi prestasi sistem yang berkualiti, cekap dan bersesuaian dengan
objektif penubuhan sistem HRMIS. Selain itu, ianya akan meningkatkan lagi tahap
kecekapan dalam perancangan sumber manusia dan penentuan saiz perkhidmatan
awam yang berkesan.
Sistem HRMIS adalah penting bagi sesebuah organisasi. Ini kerana dengan
semua maklumat dalam satu pangkalan data, lebih mudah bagi pihak sumber manusia
untuk mencari maklumat yang mereka perlukan berkaitan pekerja. Selain itu, sistem
ini mudah untuk dikendalikan dan mengemaskini data pekerja apabila perlu. Secara
tidak langsung, sistem HRMIS ini menjadikan sesebuah organisasi dapat dikawal dan
diselia dengan lebih cekap dan tersusun. Walau bagaimanapun sistem HRMIS ini
tidak akan berkesan sekiranya tidak mempunyai pegawai yang kompeten dan
bertanggungjawab. Organisasi perlu mempunyai pegawai yang kompeten dan mahir
dalam berkomunikasi bagi menyampaikan dan menavigasikan pentingnya mesej
perubahan kepada subordinat. Pelaksanaan sistem HRMIS ini akan dilihat berjaya
apabila perubahan tersebut disokong oleh majoriti pekerja.
Sistem HRMIS ini juga menjadikan maklumat lebih tepat. Sekiranya pihak
sumber manusia perlu memindahkan maklumat antara pelbagai sistem perisian dan
fail kertas, kemungkinan ralat dalam data akan berlaku. Jadi bagi mengatasi masalah
berlakunya ralat, lebih mudah membangunkan perisian tunggal seperti sistem
HRMIS. Memandangkan lebih banyak fungsi yang diautomatikkan, maka kurangnya

4
keperluan untuk kemasukan data manual yang juga mengurangkan ralat. Pada
mulanya, organisasi akan menerima data mentah dari pekerja, kemudiannya data
mentah tersebut dikumpul dan disusun dan akhirnya menjadi satu data yang lengkap
dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk menganalisis aspek yang berbeza
mengikut keperluan. Maklumat ini memberikan hasil yang berkualiti dan platform
asas sistem maklumat sumber manusia.
Sistem HRMIS boleh menjadi lebih mudah berinteraksi dan
berkomunikasi dengan operasi, pembuatan dan jualan yang boleh menyediakan
pulangan yang lebih baik untuk organisasi daripada berdiri sebagai pekerja. HRMIS
akan berintegrasi dan berkomunikasi dengan sistem teknologi ICT yang semakin
meluas. Menjadikan ia mudah untuk diaplikasikan dalam sistem kerja. Dalam
persekitaran kerja hari ini, sistem kerja “self-service” dan “web portal”, keupayaan
untuk menyediakan akses kepada pekerja yang jauh boleh diubah dan ditambah
dalam perubahan pengurusan di tempat kerja dan sememangknya patut
dipertimbangkan. Ini menunjukkan HRIS mempunyai pelbagai manfaat.
Dari segi keselamatan pula, Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) ini
penting kerana ia dapat mengelakkan dari data pekerja yang privasi dan sulit diakses
secara mudah walaupun orang yang tidak mempunyai hak untuk mendapatkan
maklumat tersebut. Sesetengah fungsi di dalam sistem HRMIS ini boleh dihadkan
atau diakses oleh mereka yang perlu sahaja. Sebagai contoh, fungsi kenaikan gaji,
fungsi ini hanya boleh diakses oleh pihak sumber manusia sahaja dan ia akan
menyekat akses kepada mereka ynag tidak perlu tahu. Penyulitan data adalah
digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard
keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak
dibenarkan.Selain itu, keselamatan bagi sistem HRMIS ini adalah pihak
bertanggungjawab akan melakukan penyelenggaraan berkala bagi memastikan segala
data yang terdapat di dalam sistem tidak boleh dicapai oleh pihak yang tidak layak.
Kesannya ia dapat mengelakkan dari berlakunya kebocoran data peribadi pekerja
kepada mereka yang tidak memerlukan data tersebut.
Sistem HRMIS ini juga penting kerana ia mudah untuk digunakan. Sesebuah
organisasi yang mahu melakukan pembangunan organisasi perlulah mengetahui
bahawa perubahan yang dilakukan adalah bagi memudahkan pekerja. Jadi, bagi
membolehkan dan melihat sesuatu sistem itu berjaya, organisasi perlu menanamkan

5
anggapan bahawa sistem HRMIS ini adalah mudah dan tidak akan menyulitkan
pekerja. Apabila pekerja menganggap bahawa sistem ini mudah, maka mereka tidak
akan menolak sebarang mungkin perubahan yang dilakukan oleh pihak organisasi.
Secara tidak langsung, pekerja akan beranggapan bahawa penggunaan sistem HRMIS
ini dapat meningkatkan prestasi kerja mereka. Selain itu, pekerja juga akan berasa
sistem ini memberi manfaat kepada tugasan mereka.
Kewujudan sistem HRMIS ini juga dapat menjimatkan masa terutama sekali
kepada penjawat awam kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mengisi data
secara bertulis. Selain itu, dari segi masa ia juga sangatlah mudah diselaraskan
berbanding dengan penggunaan kertas secara manual. Sistem ini juga menjimatkan
masa kerana pihak atasan akan mengetahui tentang pekerja di bawahnya dengan kadar
segera. Contohnya, apabila pekerja memohon cuti, pihak atasan pekerja tersebut
mendapat notifikasi pada masa yang sama juga. Penjimatan masa yang dirasai oleh
pekerja akan meningkatkan tahap kepuasan mereka kepada penggunaan sistem
HRMIS ini. Hal ini dapat membuktikan bahawa pekerja yang mempunyai jangkaan
yang tinggi terhadap sistem ini akan cenderung untuk mencapai tahap kepuasan yang
tinggi terhadap pelaksanaan sistem HRMIS ini.

3.0 Contoh Organisasi Yang Telah Melaksanakannya


Berdasarkan Cedar Crestone, 2014, hampir semua organisasi besar telah
melaksanakan sistem HRMIS ini untuk menyokong proses dan fungsi sumber
manusia. Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) juga turut ditarifkan sebagai
sistem bersepadu yang digunakan untuk mengumpul, mengurus,menyampaikan, dan
memanipulasi data bagi sumber manusia. Sistem Pengurusan Sumber Manusia
(HRMIS) digunakan untuk membangunkan dan membawa sistem maklumt ini ke arah
memenuhi organisasi data automasi, rekod dan keperluan pengurusan maklumat.
Antara organisasi yang telah mengaplikasikan sistem HRMIS ini ialah
Kementerian Perpaduan Negara. Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan pada 10
Mac 2020 di bawah kepimpinan Kerajaan Perikatan Nasional. Fungsi utama
Kementerian Perpaduan Negara adalah untuk memacu agenda perpaduan nasional
bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia. Kementerian ini
berkonsepkan integrasi nasional yang mana bertanggungjawab melakukan proses
menyatupadukam pelbagai kumpulan yang mempunyai perbezaan budaya dan sosial
6
ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Kementerian
Perpaduan Negara (KPN) telah melaksanakan penggunaan sistem HRMIS sejak ia
mula diperkenalkan.
Jabatan Imigresen juga merupakan salah satu organisasi yang telah
menggunakan sistem HRMIS. Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu
agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada
warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke
Malaysia. Menurut kajian yang dilakukan oleh Nur Faradilla Che Wil (2015)
mendapati bahawa tahap kecekapan sistem HRMIS mencapai kepuasan di paras
sederhana oleh 60 responden di Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. Walau
bagaimanapun pengkaji menyimpulkan faktor-faktor penyebab kepada penggunaan
sistem HRMIS ialah dapat menjimatkan masa dan tenaga serta kos serta
menggalakkan penggunaan teknologi IT di mana-mana sahaja, bila-bila masa (celik
IT). Penggunaan sistem HRMIS juga dapat meningkatkan motivasi kakitangan,
menggalakkan kreativiti dan inovasi, meningkatkan sifat dedikasi, minat dan
kesungguhan terhadap kerja. Sistem HRMIS juga penting dengan pelaksanaan kerja
secara sistematik dan sempurna (Nur Faradilla Che Wil, 2015).
Selain dari Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Jabatan Imigresen,
Kementerian Kewangan juga telah mengaplikasikan penggunaan sistem HRMIS.
Kementerian Kewangan adalah sebuah kementerian yang bertujuan untuk mengurus
pendapatan negara Malaysia dan pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan
negara yang saksama antara rakyat. Menurut kajian Siti Nur Saadah, Azra Ayue dan
Mohammed Ayyub (2020) mengkaji tentang hubungan kesesuaian tugas dan kejayaan
sistem HRMIS di Kementerian Kewangan mendapati bahawa terdapat hubungan
positif yang signifikan yang sederhana antara kesesuaian tugas dengan kejayaan
sistem HRMIS. Ini bermaksud bahawa kesesuaian tugas dengan sistem HRMIS
adalah pada tahap yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian mendapati sistem HRMIS
ini dapat disebarkan (diffuse) dalam Kementerian Kewangan dengan baik. Sistem
HRMIS mampu menjadikan pekerja berasa mudah berkomunikasi dan mendapatkan
maklumat berkaitan sumber manusia. Ia juga mudah untuk diaplikasikan. Ini juga
menunjukkan bukti bahawa sistem HRMIS ini berjaya diaplikasikan dengan jayanya
di dalam organisasi ini.

7
4.0 Isu Berkaitan Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)
Penerapan sistem teknologi maklumat sudah pun menjadi keperluan untuk
mengimbangi masa yang telah berubah dengan pesat. Pelaksanaan sistem Maklumat
Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) merupakan satu alat untuk membantu dalam
proses sumber manusia terhadap organisasi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
isu yang melibatkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).
Antara isu yang dialami dalam pelaksanaan sistem HRMIS ini adalah server
sistem HRMIS yang tidak stabil. Pekerja kadangkala tidak dapat masuk ke
dalam sistem HRMIS atau tiada beberapa paparan tidak muncul. Isu ini menjadikan
pekerja kurang berpuas hati dengan sistem tersebut. Bagi pekerja, ia akan
mengganggu urusan pekerja bagi menyelesaikan tugas terutamanya dalam proses
pengemaskinian maklumat peribadi pekerja. Isu ini boleh menyebabkan gagalnya
sistem HRMIS ini berfungsi disebabkan oleh faktor perancangan. Perancangan yang
strategik mampu mengatasi masalah yang berlaku.
Selain itu, pekerja berasa sistem HRMIS ini mengambil masa yang agak lama
di mana segala pengemaskinian data tidak diterima secara automatik. Ini mengambil
masa kerana maklumat tersebut perlu disahkan oleh pengesah. Pekerja terpaksa
menghubungi atau rujuk kepada pengesah mereka bagi menjadikan maklumat yang
telah dikemaskini menjadi maklumat terkini. Isu ini juga boleh diklasifikasikan
sebagai isu komunikasi. Komunikasi yang berkesan boleh mempaparkan perbezaan
antara kejayaan dan kegagalan dalam pelaksanaan projek HRMIS. Pengabaian
kemahiran komunikasi dalam golongan pihak atasan atau pengesah terutamanya
dalam perubahan mesej yang konsisten dan beberapa tindak balas negatif (rintangan)
akan ditemui dalam proses pembangunan organisasi. Komunikasi merupakan alat
yang paling berkesan bagi membantu pekerja untuk memudahkan dan
mempercepatkan perubahan yang dilakukan oleh organisasi. Jika komunikasi ini tidak
berjalan dengan lancar, pekerja tidak akan mengubah kepercayaan mereka bahawa
pelaksanaan sistem HRMIS ini memudahkan yang mana selaras dengan objektif
projek.
Latihan yang kurang terhadap pekerja sumber manusia juga merupakan antara
isu yang timbul dalam pelaksanaan sistem HRMIS ini. Pekerja sumber harus
diberikan latihan yang berkesan agar mereka mampu menggunakan sistem HRMIS
dengan baik. Latihan adalah amat penting dalam sebarang inisiatif pengurusan

8
perubahan khususnya apabila teknologi baru dan projek kerja terlibat. Latihan
diperlukan untuk mengelakkan kekeliruan yang dialami oleh pekerja lain berkaitan
teknologi baru dan menjana peningkatan pengetahuan mereka. Latihan adalah untuk
mengenal pasti unsur-unsur penting dan langkah-langkah yang diperlukan untuk
melatih semua ahli dalam organisasi tentang penggunaan dan komponen-komponen
dalam HRMIS. Penggunaan latihan semasa pelaksanaan sistem HRMIS ini juga
mampu memberi kesan kepada peringkat “peralihan” dan “refreezing”. Apabila
projek ini dilancarkan ia sepatutnya merangkumi penilaian lengkap kemahiran semasa
dan keperluan masa depan bagi semua yang akan dipengaruhi oleh perubahan
tersebut. Projek ini juga harus merangkumi jenis latihan yang disediakan, bila
pelaksanaan latihan, siapa yang akan menyediakan latihan, perancangan baik untuk
melatih pengguna baru dan menangani perolehan, Latihan yang berterusan dan
sumber-sumber yang diperlukan dalam menjadikan pelaksanaan sistem HRMIS
adalah sangat diperlukan.
Sistem HRMIS ini walaupun telah dilaksanakan masih ada beberapa
penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi mendapatkan tahap kepuasan dan
kecekapan yang tinggi. Pihak organisasi perlu memainkan peranan penting dalam
mengurus perubahan organisasi.

5.0 Cadangan Penambahbaikan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)


Pelaksanaan sistem HRMIS ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak
sumber manusia dalam menyelesaikan isu berkaitan ralat data pekerja. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan sistem ini masih perlu ditambah baik agak pengguna
merasa lebih yakin perubahan yang dilakukan adalah memudahkan mereka.
Antara cadangan penambahbaikan ialah meningkatkan latihan bagi
menempatkan pekerja sumber manusia dan kakitangan sokongan yang mesra dan
berkomunikasi dengan lebih berhemah agar proses kerja lebih lancar dan teratur serta
berkualiti. Latihan adalah penting dalam situasi di mana pekerja diperkenalkan
kepada sistem baru dan diharapkan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sistem
baru.
Selain itu, agensi yang terlibat perlu meningkatkan keupayaan server utama, di
mana server tersebut mampu mengelakkan dari berlaku tidak mampu untuk
menampung lebihan pelayar (overload server). Lebihan pelayan berlaku apabila

9
pelayar kehabisan sumbernya sehingga ia gagal mengendalikan pengguna yang masuk
ke sistem HRMIS.
Mewujudkan mekanisme prosedur operasi standard (SOP) pengurusan bagi
peringkat tertinggi yang mana ia selaras dengan bahagian IT. Sebagai contoh, pihak
atasan atau pengesah bagi sistem HRMIS perlu menetapkan SOP bagi tempoh
pengesahan data atau maklumat yang telah dikemas kini oleh pekerja. Ini bertujuan
bagi mengelakkan data pekerja masih di status yang lama.
Penekanan untuk memaksimumkan kapasiti sistem HRMIS sedia ada juga
merupakan langkah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sistem HRMIS. Selain
itu, tinjauan kepuasan pengguna akhir (pekerja) perlu dijalankan secara berkala agar
konsep pengukuran dan kualiti sumber manusia dapat dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.

6.0 Kesimpulan
Perkembangan kepentingan sistem HRMIS merupakan bukti pengiktirafan di
mana pengurusan sumber manusia dan teknologi maklumat telah membangun dan
menjadikan pengurusan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan baik dalam
mengurus modal insan sesebuah organisasi. Penggunaan sistem HRMIS yang baik
dapat memaksimumkan produktiviti dan kecekapan organisasi. Secara tidak langsung,
ia juga dapat meningkatkan kepantasan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab pihak
sumber manusia melalui HRMIS ini yang mana data dan segala maklumat dapat
dianalisiskan tanpa memerlukan penggunaan tenaga kerja yang ramai.
Kehadiran teknologi pada era ini adalah memudahkan kerja manusia. Oleh
itu, organisasi dapat beroperasi dengan adanya aplikasi HRMIS yang mana apabila
digunakan dapat dioptimumkan ke tahap yang sesuai agar perubahan dalam organisasi
itu dapat dilakukan dan disambut baik oleh para pekerja. Organisasi yang telah
menggunakan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dapat menjalankan dan
merealisasikan matlamat organisasi dengan baik adalah disebabkan aset utama
organisasi iaitu pekerja.
Kesimpulannya, pekerja merupakan aset dan juga modal insan yang dilihat
sangat penting dalam mengerakkan struktur organisasi dalam mencapai matlamat
serta kejayaan yang tertentu. Maka, Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)
amatlah bersesuaian dengan matlamat organisasi dalam meningkatkan tahap

10
penguasaan pekerja dan secara langsung, organisasi amat memerlukan Kerjasama
dam sokongan daripada pekerja dan persekitaran organisasi yang berkesan dan
kondusif. Tahap penguasaan Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) tidak boleh
berlaku secara semulajadi. Ianya memerlukan tahap penguasaan yang tinggi untuk
dicapai sekiranya wujud daya usaha yang berterusan bukan sahaja daripada pekerja
malahan organisasi.
Membantu organisasi dengan tercapainya semangat toleransi, persefahaman,
kerjasama serta rasa tanggungjawab yang tinggi di antara pekerja dan organisasi
adalah merupakan peranan Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRMIS). Secara
umumnya, ramai yang mengetahui bahawa pengurusan sumber manusia merupakan
perkara yang paling penting untuk diuruskan berbanding dengan organisasi dan
fizikal. Sesebuah organisasi yang baik adalah bermula dari pengurusan sumber
manusia yang mana perlu mempertimbangkan dan membangun kualiti perkhidmatan
yang baik. Dengan memperolehi kemajuan dalam teknologi maklumat ini akan
menghasilkan kejayaan kepada organisasi tersebut.

11
7.0 Rujukan
Gerald Ahayu, R. A. (2019). Faktor Kegagalan Fungsi Sistem Maklumat Sumber Manusia
(HRIS). Diakses melalui
https://www.researchgate.net/publication/337604567_FAKTOR_KEGAGALAN_FU
NGSI_SISTEM_MAKLUMAT_SUMBER_MANUSIA_HRIS_FAILURE_FACTOR
_OF_HUMAN_RESOURCE_INFORMATION_SYSTEM_HRIS
Hisam, N. T. (2019). Peranan Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS) Ditempat Kerja.
Diakses melalui
https://www.researchgate.net/publication/337592438_PERANAN_SISTEM_MA
KLUMAT_SUMBER_MANUSIA_HRIS_DI_TEMPAT_KERJA_The_Role_of_
Human_Resource_Information_System_at_Workplace
Meza (2022). Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS). Diakses melalui
https://www.peoplex.ai/bm/tips/hrms/hrms-
attendance_management_system_dashboard/
Michael J Kavanagh & Richard D. Johnson (2018). Human Resource Information System,
Basic Application & future Direction 4 th edition. SAGA Publishing.
Nishad Nawaz. (2012). Time & cost savings advantages with the usage of a human resource
information system in select software companies in Bangalore City. Indian Journal of
Applied Research, 1(12), 161-163. Diakses melalui
https://doi.org/10.15373/2249555X/SEP2012/56
Siti Nur Saadah Binti Anuar, A. A. (15 Disember, 2020). Hubungan Antara Kesesuaian
Tugas Dan Kejayaan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (Hrmis) Di
Kementerian Kewangan, Putrajaya. Diakses melalui
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/404/332

12

You might also like