Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1

ABSTRAK

Wasiat ialah pesanan yang dibuat oleh seseorang semasa hidupnya kepada seseorang yang lain
sama ada dalam bentuk tulisan, lisan ataupun isyarat dan terlaksana selepas kematian pewasiat
2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Ilahi dia atas limpah dan Rahmat-Nya kerana saya
berjaya menyiapkan kerja kursus subjek syariah (930/4) semester 2 tahun 2022 yang bertajuk
“perbandingan antara wasiat orang islam dengan orang bukan islam bagi pelajar’’

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Nurul
Fitriah Binti Che Hamzah selaku guru mata pelajaran Syariah Tingkatan 6 Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya yang telah meluangkan masa dan tenaga dalam
memberikan tunjuk ajar serta bimbingan untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Banyak
ilmu yang telah beliau curahkan kepada saya sehingga saya mampu menyiapkan kerja kursus
ini. Semoga Allah memberkati usaha yang beliau lakukan.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan
pengetua, iaitu Tuan Jamaluddin Bin Yusof dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Ustaz
Zulkafri Bin Abdul Ghani kerana memberi sokongan dan keizinan kepada saya untuk
melaksanakan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Mohd Safari bin
Ali dan Sujanah binti karim yang banyak memberikan semangat dan nasihat dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Segala jasa dan budi yang mereka korbankan hanya Allah SWT
sahaja yang mampu membalasnya.

Selain itu, saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada responden -
responden yang sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan kaji selidik bagi
mendapatkan maklumat dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih juga buat kawan-kawan seperjuangan yang disayangi di
Tingkatan Enam Jazari dan juga pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung dalam membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
3

1.0 PENGENALAN

Ramai dalam kalangan kita menganggap wasiat adalah sesuatu yang tidak penting. Ini
kerana rata-ratanya berpandangan pembahagian harta pusaka adalah terhad untuk waris-waris
dan dibahagi melalui kaedah faraid sahaja.

Perlu difahami, para fuqaha telah bersepakat bahawa wasiat kepada ibu bapa dan
kaum kerabat adalah wajib bagi orang yang mempunyai harta. Ia berdasarkan firman Allah
SWT yang bermaksud: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia
ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang
yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 180)

Wasiat sebenarnya adalah ikrar atau pengakuan seseorang untuk menyempurnakan


pengagihan harta selepas kematian kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung
daripada menerima harta pusaka.

Kadar harta yang boleh diwasiatkan adalah sebanyak satu pertiga daripada baki harta
selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan. Manakala, dua pertiga daripada
harta pewasiat adalah merupakan hak ahli waris untuk dibahagikan secara faraid.
4

2.0 4 OBJEKTIF
Terdapat dua objektif utama yang menjadi fokus perbincangan dalam kajian ini iaitu:
1. Mengenal pasti konsep wasiat bagi orang islam
2. Membuat perbandingan pengetahuan tentang wasiat orang islam dan wasiat
bukan orang islam

3.0 KAEDAH KAJIAN


Bagi mencapai dua objektif utama kajian, pengkaji memilih untuk menggunakan dua
kaedah kajian yang berikut:

1. Kajian Perpustakaan
Pengkaji menggunakan kaedah kajian ini bagi mencapai objektif yang pertama yang
pertama iaitu menerangkan konsep wasiat terhadap orang islam. Melalui kaedah ini,
pengkaji merujuk bahan ilmiah seperti buku, artikel, jurnal, dan penulisan yang berkaitan
dengan tajuk yag dikaji. Selain itu, pengkaji juga melayari laman web yang berkaitan di
internet untuk menambah pengetahuan dan mendapatkan maklumat yang sesuai dengan
tajuk kajian.

2. Kajian Lapangan
Kaedah kajian lapangan ini digunakan oleh pengkaji untuk mencapai objektif kedua
iaitu ……………… untuk mendapatkan maklumat berkaitan, borang soal selidik yang
menggunakan kaedah skala likert telah diedarkan kepada …….orang responden secara
rawak yang terdiri daripada ……………………… …………… Solan yang
dikemukakan dalam borang soal selidik menjurus kepada pengetahuan …………
berkaitan tajuk. Berdasarkan jawapan yang diperolehi melalui borang soal selidik,
pengkaji memperolehi maklumat berkaitan yang dapat digunakan untuk mencapai
obejektif kedua.
5

4.0 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN


6

4.1 KONSEP WASIAT

Bagi mencapai objektif pertama kajian, pengkaji akan menerangkan berkaitan


konsep wasiat dari segi pengertian, dalil, rukun, syarat. Pengkaji akan mengemukakan
pandangan dan fakta yang diperolehi melalui buku rujukan dan bahan bacaan
berkaitan untuk memastikan fakta dan maklumat yang diberikan adalah benar dan
tepat.

Penjelasan mengenai konsep wasiat ini amat penting agar semua perkara dan
hukum berkaitan wasiat dapat difahami dan dijelaskan dengan sebaiknya kerana ia
akan menjadi asas untuk mencapai objektif kajian yang kedua iaitu pengetahuan
berkaitan wasiat. Soalan yang dikemukakan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan
responden adalah fakta dan maklumat berdasarkan perkara yang dibicangkan
berkaitan konsep wasiat ini.

(a) Pengertian wasiat

Dari segi bahasa, wasiat berasal daripada perkataan ‘wassa’ yang bererti
memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Ahli-
ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat bahasa ia berasal daripada kata sifat ‘wassa’
yang bererti menghubungkan atau menyampaikan. Ia bermaksud menghubungkan
atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semas hidupnya dengan
ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.

Manakala wasiat dari segi istilah pula ialah pemberian atau sumbangan oleh
seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada
perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Menurut mazhab Syafie, wasiat ialah
pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat
7

sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak. Manakala menurut Abdul Karim
Zaydan, wasiat ialah memberi milik kepada seseorang secara sukarela yang
dilaksanakan selepas kematian peawsiat sama ada benda atau manfaat. Ada juga
fuqaha’ yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada
pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimilik oleh penerima
wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat

Bagi negara-negara yang telah menyediakan undang-undang wasiat seperti Mesir


dan Syria telah membuat peruntukan yang jelas tentang definisi wasiat iaitu tasarruf
pada harta pusaka yang disandarkan selepas kematian. Manakala Seksyen 2(1)
Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, wasiat ialah iqrar seseorang yang
diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan
sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan hukum syarak,
selepas dia mati. Makna yang hampir sama juga terdapat dalam Seksyen 2(1)
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 dan Enakmen Wasiat Orang
Islam Melaka 2005 iaitu iqrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai
hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-
apa maksud lain yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati.
Berdasarkan kepada definisi-definisi di atas jelas bahawa wasiat yang dibuat oleh
seseorang hanya berkuat kuasa selepas berlakunya kematian pewasiat. Dengan ini
juga, wasiat adalah 14 berbeza dengan cara pemilikan harta yang lain seperti jual beli,
hibah dan ijarah. Justeru itu, wasiat dianggap selesai apabila adanya ijab (penawaran)
daripada pewasiat, sedangkan qabul (penerimaan) tidak diperlukan semasa pewasiat
masih hidup dan ia hanya diperlukan selepas pewasiat meninggal dunia

(b) Dalil dan hadis berkaitan Wasiat

Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-

Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.

Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:


8

1. Quran Surah Al-Baqarah 2:180

‫كتِ َب عليكم إذا حضر أحدكم الموت إن ترك خيراً الوصية للوالدين واألقربين بالمعروف حقا ً على‬
‫المتقين‬

Artinya:Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-


tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan
karib kerabatnya secara ma'ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang
bertakwa.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini mengandungi perintah berwasiat kepada kedua
ibu bapa dan kaum kerabat. Pendapat yang paling sahih menyebut hukum wajib
wasiat pada mulanya, iaitu sebelum turun ayat pewarisan atau faraid. Tetapi setelah
penurunan ayat faraid, hukum wajib berwasiat itu telah dimansuhkan. Ayat faraid
telah menetapkan bahagian hak setiap waris yang wajib dilaksanakan, tanpa melalui
proses wasiat. Tidak perlu lagi seseorang yang berharta itu berwasiat untuk
mewariskan harta kepada ibu bapa dan kerabat, kerana hak itu telah terkandung dalam
hukum faraid.

2.(i) Hadits Riwayat (HR) Bukhari dan Muslim

‫صيَّتُهُ َم ْكتُوبَةٌ ِع ْندَه‬


ِ ‫صي فِي ِه يَبِيتُ لَ ْيلَتَ ْي ِن ِإاَّل َو َو‬
ِ ‫سلِ ٍم لَهُ ش َْي ٌء يُو‬
ْ ‫ق ا ْمرٍِئ ُم‬
ُّ ‫َما َح‬

Artinya: Tidaklah seseorang mewasiatkan suatu hak untuk seorang muslim, lalu
wasiatnya belum ditunaikan hingga dua malam, kecuali wasiatnya itu diwajibkan di
sisinya

Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah


persediaan perlu diambil oleh setiap seorang muslim dengan menulis wasiatnya
kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kerana kelalaiannya
akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana. Manakala harta
yang ditinggalkannya menjadi rebutan dan perkelahian pewaris yang masih hidup.
9

(ii) Riwayat Abu Daud (2870), Ibn Majah (2210), dan Ahmad (286)

ٍ ‫ فال وصيَّةَ لوار‬,ُ‫ق حقَّه‬


‫ث‬ ِّ ‫أنَّ هللاَ قد أعطَى ك َّل ذي ح‬

Maksudnya: “Sessungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai


hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli
waris”

Hadith ini dapat difahami bahawa tidak boleh meninggalkan wasiat kepad ahli
waris jika ahli waris tidak mendapat haknya dan tidak redha akan pembahagian harta
yang mengurangkan haknya. Namun, jika ahli waris redha dengan bahagian yang
diperolehinya dan membenarkan wasiat kepada ahli waris lain ditunaikan, maka harus
meninggalkan wasiat kepada ahli waris lain.

(c) Rukun dan syarat wasiat

Bagi menjelaskan lagi pengetahuan berkaitan wasiat, maka perlu dikemukakan di sini

berkaitan rukun dan syarat yang ditetapkan oleh syarak bagi membolehkan wasiat yang

dilakuakan sah dan dapat mengelakkan sebarang masalah serta kekeliruan daripada berlaku.

(a) Rukun Wasiat:

(i) Pewasiat
(ii) Orang atau pihak yang diwasiatkan (penerima wasiat)
(iii) Harta yang diwasiatkan
(iv) Sighah
10

(b) Syarat-syarat Wasiat:

Syarat Pewasiat (Musi)

Pewasiat hendaklah mukallaf

Merdeka

Pilihan Sendiri

Pemilik kepada harta yang diwasiatkan

Syarat Penerima Wasiat (Musa lahu)

Penerima wasiat hendaklah diketahui

Wujud pada masa kematian pewasiat

Berkeahlian memiliki harta

Bukan waris mengikut pendapat jumhur ulama’

Wasiat bukan bertujuan maksiat

Syarat Harta Yang Diwasiatkan (Musa bihi)

Harta yang diwasiatkan sama ada harta alih atau harta tidak alih

Manfaatnya bernilai di sisi syarak

Boleh dipindah milik selepas kematian pewasiat

Wujud dalam milikan pewasiat atau wujud semasa kematian pewasiat

Sighah (ijab dan kabul)

Sighah wasiat boleh berlaku sama ada secara sarih atau kinayah dan sama ada melalui lisan,
tulisan,atau isyarat.
11

Berdasarkan fakta dan ketetapan di atas, jelaslah bahawa hukum wasiat tidak akan sah
sekiranya tidak memenuhi rukun serta syarat yang ditetapkan. Pewasiat dan penerima wasiat
hendaklah memahami setiap perkara yang dinyatakan agar tidak timbul pertikaian dan
keraguan akan pelaksanaan wasiat yang hendak dilakukan.

You might also like