IDA202 - Perundangan Dalam Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TAJUK:

PERUDANGAN DALAM ISLAM: HUDUD, QISAS, DAN TAKZIR

SEMESTER 3 SESI 2021/2022


Isi Kandungan

KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 3

Isi: 4-7

● Perundangan Dalam Islam Berdasarkan Hudud


● Perundangan Dalam Islam Berdasarkan Qisas
● Perundangan Dalam Islam Berdasarkan Takzir

Penutup 8

Rujukan 9

2
Pengenalan

Perundangan dalam setiap agama ialah berbeza dan setiap agama mempunyai
kepercayaan sendiri terhadap kebaikan perundangan mereka. Contohnya agama kristian yang
mempuynai sepuluh rukun atau agama Hindu yang mempunyai undang-undang Veda.
Perundangan dalam Islam pula bermaksud hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah kepada
manusia ayng meliputi aspek akidah, syariah dan akhlak yang perlu diimani dan ditaati untuk
kebahagiaan dunia dan akhirat. Dengan itu, mengapakah suatu agama haruslah mempunyai
perundangan sendiri sedangkan agama ialah hasil keyakinan seorang dan bukan paksaan? Ini
disebabkan agama hendaklah menjaga dan memelihara beberapa perkara seperti kewibawa
agama, nyawa dan jiwa manusia, penjagaan maruah dan keturunan manusia, memelihara akal
manusia dan juga menjaga harta manusia. Dalam kertas kerja ini, kita akan melihat
perundangan yang terdapat dalam agama Islam dari segi Hudud, Qisas, dan Takzir.

3
Perundangan Dalam Islam Berdasarkan Hudud

Hudud adalah salah satu daripada tiga cabang hukum jenayah Islam, selain Qisas dan
Takzir. Dalam segi bahasa, perkataan Hudud bermaksud pencegahan dan ialah suatu istilah
yang merupakan hukuman yang telah ditentukan oleh syara’ berdasarkan Al-Qur’an dan As-
Sunnah bagi menjaga hak Allah. Undang-undang Hudud mempunyai tujuh jenis kesalahan
seperti yang diterangkan oleh al-Quran dan Sunnah iaitu zina, qazaf atau tuduhan zina,
mencuri, merompak, meminum arak, murtad atau meninggalkan agama dan bughah atau
memberontak kepada Kerajaan Islam. Secara keseluruhan, terdapat sekitar 15 jenis kesalahan
yang dikategorikan sebagai jenayah Hudud oleh para ulamak tetapi terdapat perselisihan
padanya, kecuali tujuh jenis kesalahan di atas.

Zina, iaitu perhubungan seks antara lelaki dan perempuan secara haram tanpa ikatan
yang sah, mempunyai beberapa unsur-unsur penzinaan. Unsur-unsur tersebut ialah
melakukannya secara fizikal (persetubuhan haram), mempunyai niat untuk melakukannya,
menjadi seorang pelaku zina (lelaki & perempuan), pelaku haruslah bukan hamba, bercukup
umur, berakal, dan dengan kemahuan sendiri. Hukuman bagi seorang yang sudah khawin dan
malakukan zina ialah rejam sehingga mati manakalah bagi seorang yang belum khawin,
mereka akan mendapat 100 kali sebatan dan dibuat daerah selama satu tahun. Terdapat juga
syarat penzina berkahwin iaitu seorang itu haruslah berakal sempurna, cukup umur, bukan
hamba, telah memasukkan zakar dan pernah melakukan persetubuhan halal.

Selain itu ialah qazaf. Qazaf bermaksud seseorang yang menuduh seseorang berzina
tetapi yang dituduh tidak berzina. Tuduhan tersebut boleh dilakukan dengan empat cara iaitu
lelaki berdama lelaki, lelaki bersama wanita, wanita bersama wanita, dan wanita bersama
lelaki. Hukuman terhadap yang menuduh ialah 80 sebatan, tidak diterima persaksian selama-
lamanya, dan dicela sebagai orang fasik. Hukuman tersebut haruslah mengikut rukun qazaf
iaitu tuduhan zina, wujud pihak yang menuduh dan yang dituduh dan menuduh dengan
sengaja. Syarat tuduhan juga haruslah tuduhan zina dan menafikan kandungan atau anak yang
dilahirkan.

Seterusnya, ciri-ciri mencuri yang akan membawa hukuman ialah jika barang yang
dicuri tidak diamanahkan kepada pencuri, barang yang dicuri dari jenis-jenis tertentu, nasab
barang yang dicuri, dan barang yang dicuri ialah dalam simpanan pemilik. Hukuman bagi
mereka yang melakukan kesalahan ini sama ada akan dihukum potong tangan atau didenda
memulangkan barang yang dicuri.

Selain itu, merompak iaitu perbuatan yang melanggar undang-undang dan menganggu
laluan orang ramai dengan tujuan untuk mengambil harta orang lain secara kekerasan.
Sesiapa yang telah melakukan tindakan diluar undang-undang dengan berniat merampas harta
orang secara kekerasan tetapi belum melakukannya, yang telah melakukan tindakan tersebut

4
tanpa membunuh, yang berniat melakukannya dan melakukan pembunuhan tetapi tidak
mengambil harta, dan yang melakukan rampasan dan juga pembunuhan dikira sebagai
perbuatan samun. Hukuman bagi menggangu ketenteraman ialah Takzir, dibuang daerah
selama setahun, atau bertobat. Bagi yang hanya merampas harta, hukuman mereka sama
seperti hukuman mencuri. Akhir sekali bagi yang membunuh, hukuman mereka ialah
dipalang selama tiga hari atau dibunuh tanpa dipalang.

Selain daripada itu, jika seorang mempunyai niat meminum arak, iaitu bahan yang
boleh memabukkan sama ada bahan itu diperbuat daripada benda halal atau sebagainya yang
memabukkan orang yg meminumnya walaupun sedikit, atau membuatan arak boleh didakwa
jika bahan memabukkan dalam bentuk minuman, telah minum arak, minum melalui mulut
sekurang-kurangnya sampai halkum, dan minum dengan kehendak sendiri. Hukuman bagi
kedalahan tersebut ialah 40 sebatan dan pelaku haruslah melakukannya dengan berakal,
cukup umur, ialah seorang muslim, melakukannya dengan kehendak sendiri, tidak terpaksa,
tahu minuman tersebut ialah arak, dan arak itu haram.

Akhir sekali, murtad iaitu seorang yang kembali berpaling dari islam dan menganut
agama lain. Unsur utama murtad ialah seorang yang keluar daripada agam Islam dan tidak
mempercayai Islam atau mempunyai niat melakukannya. Ini boleh dilakukan dengan tiga
cara iaitu dengan mempunyai niat, dengan perbuatan, dan kehilangan kepercayaan. Hukuman
seorang yang melakukannya ialah bunuh sampai mati. Syarat bagi melaksanakan hukuman
tersebut ialah orang tersebut yang murtad berakal dan telah cukup umur, telah diberiakan
nasihat supaya kembali kepada Islam, dan disahkan murtad dengan pengakuan diri atau saksi.
Terdapat juga hukuman selepas mati iaitu badan pelaku tesebut haram dimandikan,
dikafankan dan solat ke atasnya, tidak boleh ditanam di perkuburan Islam, dan tidak boleh
seorang waris mempusakai hartanya.

Kepentingan melaksanakan Hudud dalam sudut aqidah ialah bagi menyuburkan nilai-
nilai kesucian dalam masyarakat, dan mengelakkan kerosakan dalam keharmonian individu
dan keluarga. Selain itu, pelaksanaan Hudud boleh dilihat sebagai tanda kepatuhan kepada
perintahan Allah dan akan mewujudkan masyarakat dan negara yang aman damai.
Seterusnya, dari sudut ekonomi pula, ia boleh memelihara keselamatan harta benda dan
membangunkan ekonomi dan memperkasakan bidang pekerjaan.

5
Perundangan Dalam Islam Berdasarkan Qisas

Perundangan Qisas, iaitu bermaksud mengikut ialah istilah hukuman yang telah
ditentukan oleh syara’ berdasarkan nas-nas Al-Qur’an dan As-Sunnah bagi menjaga hak
individu. Skop bagi jenayah Qisas ialah membunuh dan mencederahkan anggota sendiri.
Hukuman terhadap kesalahan Qisas ialah sama seperti mana yang pelaku melakukan.
Contohnya, jika seorang telah membunuh dengan sengaja, mereka akan dihukum mati.

Hukuman Qisas hanya akan dilaksanakan apabila ada tuntutan dan ada mahkamah
Islam yang akan mengadilinya. Keadaan yang akan dilaksanakan hukuman Qisas ialah jika
pelaku membunuh dengan sengaja dan waris mangsa pembunuh tidak memaafkan pembunuh.
Jika waris mangsa pembunuh telah memaafkan pembunuh, pembunuh tersebut akan terlepas
dari hukuman bunuh tetapi akan dikenakan hukuman diat atau denda pembayaran. Jenayah
membunuh terdapat tiga kategori iaitu pembunuhan sengaja, pembunuhan separuh sengaja,
dan pembunuhan tidak sengaja.

Hukuman ini dilakukan agar setiap individu dapat keadilan yang sewajarnya. Selain
itu, hukuman tersebut juga dilakukan bagi mencegah dari pencerobohan kepada hak-hak
individu dan memadamkan api dendam keluarga mangsa.

6
Perundangan Dalam Islam Berdasarkan Takzir

Dalam maksud bahasa, Takzir bermaksud menolak atau menghalang. Istilah tersebut
juga bermaksud hukuman-hukuman yang tidak ditentukan oleh syara’ dan tidak termasuk
dalam hudud dan qisas. Hukuman Takzir tidak ditentukan kadar hukumannya di dalam al-
Quran dan as-Sunnah dan adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit
kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud dan qisas.
Jenis, kadar, dan bentuk hukuman ta’zir adalah terserah kepada kearifan hakim.

Hukuman yang akan dikenakan adalah sebatan. Kadar hukuman sebat tersebut tidak
boleh melebihi hukuman hudud dan hanya dibenarkan hukuman sebat bermula 1 sehingga 39
kali sebatan sahaja. Peralatan yang akan digunakan bagi sebatan termasuklah rotan, pelepah
tamar, ranting kayu, dan hujung kain. Selain itu, terdapat tiga cara bagi melaksanakan sebatan
iaitu sebatan yang sederhana, sebatan dimana tidak boleh mengangkat tangan hingga ke paras
kepala atau tidak menampakkan ketiaknya, dan disebat berturut-turut.

Lebih-lebih lagi ialah anggota yang boleh dipukul iaitu semua anggota kecuali muka,
kepala, dan dada. Cara keadaan sebatan kepada pesalah lelaki, mereka haruslah menutup
aurat dan disebat secara berdiri manakalah wanita haruslah menutup aurat juga tetapi disebat
secara duduk. Bagi pesalah mengandung pula, mereka hendaklah melahirkan anak dahulu
dan telah sembuh dari sakit bersalin. Selain itu, mereka juga haruslah tela suci dari darah
nifas dan telah kembali tenaga mereka.

Hukuman ini di lakukan agar keadilan dapat ditegakkan dalam semua aspek
kehidupan manusia dan hukuman tidaklah terbatas hanya kepada hukuman Huduf dan Qisas
sahaja.

7
Penutup

Kesimpulannya, agama Islam mempunyai beperapa perundangan iaitu Hudud, Qisas,


dan Takzir. Perundangan tersebut dilakukan agar dapat memastikan umat Islam hidup dengan
harmoni dan keadilan dalam semua aspek manusia boleh ditegakkan. Perundangan ini akan
memastikan kelakuan jenayah akan kurang disebabkan hukuman yang tinggi dan adil dan ini
akan memberikan masyarakat kesenangan hati.

Dengan ini jelaslah perundangan agama Islam berdasarkan hukuman Hudud, Qisas,
dan Takzir, unsur-unsur dan cara hukuman perundangan tersebut, serta kepentingannya
kepada umat Islam.

8
Rujukan

1. Halim, I. A. (2020, January 7). Hudud: Hak Allah yang diperjuangkan PAS.
HarakahDaily. https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/05/hudud-hak-allah-yang-
diperjuangkan-pas/Pearson. (2019).

2. Konsep Perundangan Islam, Hudud Takzir, Qisas - MAZHAB-MAZHAB FIKAH


DALAM ISLAM Mazhab beerti jalan [Slides]. StuDocu.
https://www.studocu.com/my/document/universiti-kebangsaan-malaysia/islamic-
evidence-and-syariah-procedure-i/konsep-perundangan-islam-hudud-takzir-qisas/
11800327

You might also like