Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Assalamualaikum.

Kami Murid Tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan (Felda) Pasoh 3 akan membentangkan hasil kerja kami
dalam projek binaan bangunan 3 dimensi.

Kami akan membahagikan pembentangan kami kepada 4 bahagian.

Bahagian pertama :

Proses Kerja.

Bahagian Kedua :

Penggunaan Alatan

Manakala bahagian ke 3 akan menerangkan :

Mengapa Bangunan 3D ini Dipilih.

Dan bahagian keempat iaitu pembentangan bahagian terakhir adalah berkaitan Hasil Pembinaan
Bangunan 3D

Saya:______________________ akan membentangkan bahagian pertama iaitu bahagian proses kerja.

Peringkat pertama, pertandingan ini diadakan di peringkat sekolah. Pertandingan ini hanya disertai
murid Tahun 4 sahaja.

Kemudian, Guru akan memilih peserta yang akan mewakili sekolah berdasarkan keputusan
pertandingan.

Peringkat seterusnya, proses sumbangsaran dan proses mencari maklumat bersama guru pembimbing.
Guru pembimbing bersama peserta yang dipilih mengadakan perbincangan bangunan 3D yang sesuai
digunakan berdasarkan syarat-syarat pertandingan.

Selepas peringkat sumbangsaran, peserta membina bangunan 3D dengan bimbingan.

Setelah proses pembinaan bangunan 3d selesai, kami merakam video pembentangan.

Langkah terakhir adalah menghantar penyertaan yang lengkap kepada PPDJJ sebelum 2 Julai 2022.

Berikut adalah gambar binaan 3D yang dihasilkan dalam pertandingan peringkat sekolah.

Ini adalah gambar proses sumbangsaran dan proses mencari maklumat.

Seterusnya saya akan menyerahkan pembentangan kepada rakan saya iaitu


__________________________
Saya _________________________ akan meneruskan pembentangan dberkenaan alatan yang
digunakan dalam penghasilan binaan 3D ini.

Alatan yang digunakan adalah

1) Lidi Sate.(Lidi ini dikumpul oleh murid-murid pasoh 3 dari lebihan lidi sate sewaktu sambutan hari
raya.) : lidi ini digunakan untuk membina kawasan veranda rumah.

2) Buluh Lemang :.(Buluh ini juga dikumpul dari lebihan buluh lemang sewaktu sambutan hari raya.
Buluh digunakan untuk membentuk dinding rumah.

3) Kotak susu RMT digunakan untuk membina kerusi dan pintu gerbang pada binaan.

4) Penyapu jerami. Bahagian ini digunakan untuk membina atap rumah.

5) Mounting board digunakan sebagai tapak asas rumah. Tapak ini digunakan untuk memudahkan
pembentukan silinder.

6) Batang penyapu pula digunakan untuk membina tangga rumah.

7) Glue gun digunakan untuk melekatkan antara bahagian dengan bahagian yang lain.

8) Papan digunakan untuk membina tapak kedudukan rumah.

Dan alatan terakhir adalah

Daun hiasan. Daun-daun ini digunakan sebagai hiasan untuk menunjukkan rumah di dalam persekitaran
alam semulajadi.

90% alatan yang digunakan merupakan bahan guna semula.

Seterusnya saya akan menyerahkan pembentangan kepada rakan saya : __________________________


Saya __________________________ akan meneruskan pembentangan dalam penerangan mengapa
bangunan 3D ini dipilih sebagai binaan 3D dalam projek ini.

Sewaktu sesi sumbangsaran, beberapa bangunan telah disenarai pendek iaitu

1) Menara KLCC

2) Istana

3) Rumah Kediaman

4) Rumah tradisional

5) Bangunan Sekolah

Kami memutuskan untuk memilih rumah tradisional Sarawak iaitu Rumah Panjang Bidayuh.

Sebab pertama

Sebagai elemen merentas kurikulum. Binaan ini memberi pendedahan kepada murid berkaitan rumah
tradisional. Rumah tradisional Sarawak di pilih kerana kesukaran murid-murid untuk ke Sarawak dan
mendapat pendedahan berkenaan rumah tradisonal di sana.

Sebab Kedua

Proses pembinaan bangunan ini melibatkan beberapa topik dalam Matematik iaitu

1) Panjang
2) Bentuk dan Ruang
3) Jisim
Pembinaan Rumah Panjang Bidayuh ini juga Melibatkan aplikasi 5 daripada 8 elemen dalam kecerdasan
pelbagai iaitu

1) Ruang
2) Kinestatik
3) Logik Matematik
4) Naturalistik
5) Bahasa
Sebab Ketiga

Pembinaan Rumah Panjang Bidayuh ini Melibatkan penggunaan bentuk 3D yang menyeluruh iaitu

1) Kubus digunakan untuk membina Kerusi


2) Kuboid digunakan untuk membina tiang Pintu Gerbang
3) Silinder digunakan untuk membina Bentuk Rumah
4) Kon digunakan untuk membina Atap / Bumbung Rumah
5) Prisma digunakan untuk membina Pintu Gerbang
6) Piramid digunakan untuk membina Meja
Selain itu juga, binaan ini melibatkan penggunaan bentuk 2D iaitu segiempat dan segitiga.

Seterusnya saya akan menyerahkan pembentangan kepada rakan saya : ______________________


Saya _________________________ akan meneruskan pembentangan dalam HASIL PEMBINAAN RUMAH
PANJANG BIDAYUH

Ini adalah gambar sebenar rumah panjang bidayuh yang diambil sewaktu proses mencari maklumat

Gambar pertama menunjukkan rumah Berbentuk gabungan silinder dan kon

Gambar kedua menunjukkan Bumbung diperbuat daripada daun rumbia atau sagu yang telah
dikeringkan.

Gambar ketiga menunjukkan pelantar terbuka juga dikenali sebagai tanju. Ia sebagai tempat untuk
menjemur padi dan barang-barang lain.

Daripada pembacaan buku dan pencarian maklumat di internet, kami membina replika Rumah panjang
bidayuh. Berikut adalah gambar-gamber replica Rumah panjang bidayuh yang telah dibina

*Tunjuk Gambar dalam power point*

Sekian sahaja pembentangan kami untuk pertandingan ini. Terima kasih.

You might also like