Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

HBML2103

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM


BAHASA MELAYU

Tajuk: Sintaksis Bahasa Melayu

Nama :
No Matrix :
No K.P :
Kursus :
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan......................................................................................................................................3
2.0 Ayat Aktif........................................................................................................................................4
2.1 Ayat Aktif Tansitif.....................................................................................................................4
2.2 Ayat Aktif Tak Tansitif...............................................................................................................6
3.0 Ayat Pasif.........................................................................................................................................8
3.1 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif.............................................................................8
3.2 Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.....................................................9
3.3 Ayat pasif dengan perkataan Kena yang hadir sebelum kata kerja..........................................9
4.0 Kaedah Pengajaran Pengajaran ragam ayat ayat aktif dan ayat pasif bagi murid-murid sekolah
rendah.......................................................................................................................................................10
4.1 Kaedah ajuk-hafaz..................................................................................................................11
4.2 Kaedah oral-aural...................................................................................................................13
4.3 Kaedah Tatabahasa Terjemahan............................................................................................13
4.4 Kaedah Terus.........................................................................................................................15
4.5 Kaedah Linguistik...................................................................................................................16
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN............................................................................................18
6.0 Penutup.........................................................................................................................................28
7.0 Rujukan..........................................................................................................................................29

P a g e 2 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan

Kesilapan penggunaan bahasa berlaku kepada sesiapa sahaja. Dalam konteks pendidikan
kesilapan penggunaan bahasa ini berlaku kepada guruguru praperkhidmatan, guru-guru
permulaan, guru-guru yang telah berkhidmat sama ada yang mempunyai opsyen bahasa Melayu
ataupun yang bukan opsyen bahasa Melayu. Sikap pengguna bahasa sering dikaitkan dengan
kesilapan penggunaan bahasa. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2002), banyak pelajar
beranggapan bahawa bahasa Melayu itu mudah kerana bahasa itu ialah bahasa ibunda atau
kebangsaan mereka. Mereka lupa dan tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu yang digunakan
seharian sebenarnya dialek Melayu yang banyak berbeza dengan bahasa Melayu baku. Selain
itu pengaruh media massa juga menjadi penyebab hal ini berlaku sehingga timbullah keadaan
yang dikatakan kesalahan, kesilapan dan kekeliruan bahasa.

Menurut Nik Saiah Karim M.Osman, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(1993), ragam ayat merupakan satu lagi perbezaan yang terdapat dalam binaan ayat pelbagai
bahasa melibatkan kejadian ayat aktif dan ayat pasif. Dalam bidang sintaksis, kejadian ayat aktif
dan pasif tergolong dalam huraian ragam ayat. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang
mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif
umumnya melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat
berkenaan.

Ayat Aktif

Ragam Ayat

Ayat Pasif

P a g e 3 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

2.0 Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai
unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa
nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah
ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambut.

;
Ayat Aktif Trasitif

Ayat Aktif

Ayat Aktif Tak Transitif

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (2000) pula mengistilahkan ayat aktif ini sebagai kejadian bangun
membuat. Bangun membuat itu terjadi dengan memakai perbuatan yang tiada apa-apa di
pangkalnya, atau yang bertambah ‘me-‘ atau ‘per-‘ di pangkalnya.

2.1 Ayat Aktif Tansitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa
nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Bagaimanakah kita
dapat bezakan daripada ayat aktif transitif dengan tak transitif. Jika tanya “Apa?” selepas kata
kerja itu, jika ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif
mempunyai objek atau penyambut.

P a g e 4 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Ayat Aktif Tansitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Transitif Objek


Pekerja mencuci jalan raya.
Air hujan membasahi bajunya.
Anak ayam mencari Ibunya.
Taufan memusnahkan harta benda.
Mereka mengecat bangunan.
Ibu memasak Nasi lemak.
Harun memandu kereta.
Ayat aktif transitif di atas mengandungi satu objek. Apabila ayat aktif transitif
mempunyai satu objek sahaja, maka kita tidak perlu menyebutnya objek tepat, cukup dengan
menyebutnya sebagai objek sahaja.

Ada juga ayat aktif transitif yang boleh menerima dua objek sebagai penyambut,
iaitu objek tepat dan objek sipi. Objek tepat ialah frasa nama yang menjadi penyambut langsung
kepada kata kerja. Objek sipi ialah objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata
kerja, dan objek ini berada selepas objek tepat.

Ayat Aktif Tansitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Transitif Objek Tepat Objek sipi


Iskandar mengirimi Khairi sepucuk surat.
Dia membelikan isterinya sebentuk cincin.
Ibu memberi adik susu.
Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehoramatan.
Guru menghadiahi muridnya jam tangan.
Abang membelikan emak beg tangan.
Puan Siti menjahitkan adik baju kurung.

P a g e 5 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek ini dapat diubah binaanya kepada
ayat aktif transitif dengan satu objek. Dalam hal ini, objek tepat diberikan kata sendi nama
dihadapnya untuk membentuk frasa sendi nam yang berfungsi sebagai frasa keterangan. Objek
sipi pula menjadi objek tepat yang baharu.

Ayat Aktif Tansitif

Subjek Predikat

Kata Kerja Transitif Objek Tepat Frasa Sendi Nama


(frasa keterangan)
Ibu memberikan susu kepada adik.
Dia membeli sebentuk cincin untuk isterinya.
Ayah membeli beg tangan untuk emak.

2.2 Ayat Aktif Tak Tansitif

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata
kerja yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau penyambut. Bagaimanakah
kita dapat bezakan daripada ayat aktif transitif dengan tak transitif. Jika tanya “Apa?” selepas
kata kerja itu. Jika tiada ada jawapannya, kata kerja itu ialah kata kerja tak transitif. Kata kerja
tak transitif tidak mempunyai objek. Ayat ini dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut
:

P a g e 6 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan. Ayat ini boleh
mengandungi frasa keterangan secara pilihan,iaitu sama ada hendak mengekalkannya ataupun
hendak ditiadakan.

Prediket
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Keterangan yang
BOLEH digugurkan
Budak itu sedang mandi di sungai itu.
Nenek tidur di bilik adik.
Aminah menangis sepanjang hari.

Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan. Mesti diikuti oleh
pelengkap untuk maksud yang sempurna.

Prediket
Subjek Kata Kerja Tak Transitif Keterangan yang TIDAK
boleh digugurkan
Van itu menuju ke Pulau Pinang.
Penyakitnya beransur sembuh.
Dia berada di Kuala Lumpur.

P a g e 7 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

3.0 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal
sebagai unsur yang diterangkan. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif umumnya
melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.
Za’ba (2000) pula mengistilahkan ayat pasif sebagai kejadian ‘bangun kena buat’ dengan
memakai penambah ‘di-‘ atau perbuatan kena dahulu daripada perbuatan melampau itu dan pada
pembuatnya (jika ada disebut kerap dilakukan perkataan ‘oleh’). Ayat pasif dalam Bahasa
Melayu digolongkan kepada tiga jenia iaitu :

i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.


ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
iii. Ayat pasif dengan perkataan Kena yang hadir sebelum kata kerja.

3.1 Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja
pasif di- dan ter-, contohnya :

Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan


Buku itu sudah diambil oleh Abu pagi tadi.
Kucing terlanggar oleh basikal di kakinya.
Sampah sarap dipungut oleh pekerja setiap hari.
Ikan itu sudah disiang oleh ibu pagi tadi.

P a g e 8 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

3.2 Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua

Ayat paisf bentuk ini, kata ganti diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini
demikian kerana kata gamti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja
dengan imbuhan di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata
kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh atau kata ringkas.

Frasa Kerja Pasif


Subjek dengan Ganti Nama Diri Keterangan
Pertama
atau Kedua
Surat khabar sudah saya baca semalam.
Perkara tersebut harus anda sampaikan dengan segera.
Tugas ini akan kita tanggung bersama - sama
Hutang itu akan kami jelaskan segera.
Masakan itu belum engkau makan lagi.

3.3. Ayat pasif dengan perkataan Kena yang hadir sebelum


kata kerja.

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima awalan. Binaan oleh+Frasa Nama boleh secara pilihan digugurkan seperti dalam
contoh-contoh berikut :-

Subjek Kena Kata Kerja dasar Oleh + Frasa Nama


Ramli kena tangkap oleh polis.
Pencuri itu kena tipu oleh pemuda itu.
Harimau kena tembak oleh pemburu.
Budak itu kena kejar oleh seekor anjing.

P a g e 9 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

4.0 Kaedah Pengajaran ragam ayat ayat aktif dan ayat pasif
bagi murid-murid sekolah rendah.

Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam


mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara
guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997) Manakala Abdullah Hassan (1986),
menyatakan kaedah adalah sebagai langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang
diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau bahagian-bahagiannya, sesuai dengan
pendekatan yang dipegangnya. Edward M. Anthony pula mendefinisikan kaedah
sebagai satu muslihat, strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai
hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Beberapa jenis kaeedah yang sering kali digunakan oleh guru dalam kelas seperti :

Kaedah
Natural
Kaedah Kaedah
Oral- Aural Tatabahasa
Terjemaahan

Kaedah Kaedah -
Kaedah
Bahasa Komuniti Kaedah Pengajaran
Terus

Kaedah Kaedah
Kod- Ajuk
Kognitif Hafaz
Kaedah
Linguistik

Carta 1 : Menunjukkan Kaedah-kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia

P a g e 10 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

4.1 Kaedah ajuk-hafaz

Kaedah ini juga disebut sebagai informal dirll. Pengajarannya berlandaskan kepada
demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran ragam ayat adalah secara induktif iaitu melalui ayat-ayat
contoh. Selain itu, aspek tatabahasa diajar secara menghafaz. Sebagai contoh, rakaman dialog
dilakukan sebagai alternatif latih tubi yang berulang kali. Kaedah ini biasanya digunakan oleh
guru dalam melatih murid dalam aspek pertuturan dan penulisan karangan.

Ayat Aktif dan Pasif diajar secara menghafal beberapa ayat asas melalui ajukan. Murid
tidak perlu menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat dasar sudah dipelajari,
murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu. Murid terus mendengar lagi ayat-ayat
daripada pertuturan yang menyambungkan ayat-ayat asas tadi bagi latihan mendengar. Akhirnya,
murid berlatih dalam dialog dengan memakai ayat dasar dan gabungan bahagian-bahagiannya.

Guru terpaksa menjalankan beberapa ikhtiar untuk mencapai maksud ini. Beliau
hendaklah menyediakan hanya latihan dalam pertuturan, misalnya latihan bertutur, membina
ayat. Latihan cara-cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutnya dengan betul tiap-tiap bunyi
dalam bahasa sasaran dan tahu menggunakannya dalam bentuk- bentuk ayat yang betul.

Guru perlu tahu bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran amat penting. Sesuatu
yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan yang betul kepada
pelajar. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan satu penguasaan habit bahasa yang baik
dan sempurna.

i. Melihat dan Mendengar Kemahiran


Guru perlu membaca ayat - ayat pasif yang terdapat dalam buku. Ketika kaedah ini
dijalankan, pelajara berpeluang melihat dan mendengar demontransi atau sebutan contoh
yang dilakukan oleh guru. Dengan itu pelajar bukan sahaja mendengar teori sahaja.

P a g e 11 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

ii. Penglibatan Pelajar


Setelah guru menyebur sesuatu ayat, pelajar berpeluang untguk mengikuti dan mengajuk
bacaannya setelah mendengar dengan teliti.

iii. Peluang untuk mendengar, menyebut dan menghafal


Melalui proses penglibatan pelajar, mereka berpeluang untuk mendengar, menyebut
dan kemudian menghafal ungkapan tersebut tanpa kesilapan.

Gambar Rajah 1.1 : Penggabungjalinan antara beberapa jenis kemahiran berbahasa

P a g e 12 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

4.2 Kaedah oral-aural

Kaedah ini dimulai dengan mendengar dan kemudiannya bertutur. Dialog sering
digunakan dan dihafaz serta diikuti dengan ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara
yang realistik agar dapat memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Contoh pengajaran
berpandukan kaedah ini adalah seperti berikut :

i. Guru memperdengarkan ragam ayat ayat aktif dan ayat pasif melalui pita
rakaman.

ii. Murid akan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan.

iii. Murid-murid diminta menyebut ayat yang didengari daripada pita rakaman
sehingga lancar.

iv. Seterusnya teks diberikan untuk dibaca oleh murid-murid.

v. Baharulah latih tubi untuk menulis pola-pola ayat berdasarkan struktur


bahasa yang diberikan kepada murid.

4.3 Kaedah Tatabahasa Terjemahan

Menurut kaedah ini, bahasa ialah ucapan, buah fikiran dan perasaan manusia dengan
teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Ia juga sangat mementingkan bahasa
tulisan. Penutur juga adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang
dilakukan dianggap sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada tatabahasa
terjemahan. Guru memberi penerangan kepada murid berhubung undang-undang kemudiannya
memberi misalan dan undang-undang tatabahasa ini perlu dihafalkan oleh murid. Untuk itu juga
murid-murid diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.

P a g e 13 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Contoh Aktiviti Kelas :

Pelajar mendengar lagu ANAK ITIK TOK WI.

Lirik Lagu :

Anak Itik Tok Wi Anak itik tok wi


Anak itik tok wi Mandi dalam kolam
Mandi dalam kolam Sakit apa Tok Wi
Sakit apa Tok Wi Sakit sendi tulang
Sakit sendi tulang Ubat apa Tok Wi
Ubat apa Tok Wi Ubat limau lelam
Ubat limau lelam Sakit apa Tok Wi
Sakit apa Tok Wi Sakit sengal tulang
Sakit sengal tulang

i. Pelajar diminta menterjemahkan lagu tersebut dalam bentuk lisan bagi tugasan
berkumpulan.
ii. Pelajar diminta menterjemahkan lagu tersebut dalam bentuk tulisan bagi
tugasan Individu.
iii. Pelajar menyenaraikan perkataan tersebut mengikut kumpulan.
iv. Guru menerangkan ciri-ciri ayat aktif.
v. Pelajar membina ayat dari perkataan tersebut.
vi. Pelajar diminta menterjemah bait-bait tertentu dalam lagu menggunakan struktur ayat
yang betul.

P a g e 14 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

4.4 Kaedah Terus

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar
berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:

i. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran
atau sebaliknya.
ii. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada murid.
iii. Kaedah ini dapat menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan soalan
yang telah dirancangkan.
iv. Mengutamakan bahasa lisan, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan
pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu
yang kompleks.

Contoh Aktiviti Kelas :

Kaedah terus diaplikasikan yang mana dalam langkah ini guru berbual dan bersoal jawab dengan
murid mengenai ‘Suasana Kampung’ .Kemudian, murid diberi peluang menceritakan
pengalaman mereka berada di kampung. Antara contoh soalan yang diajukan meliputi :

 Apa yang anda dapat lihat ketika berada di kampung?

 Apakah perasaan anda ketika pulang ke kampung?

Berdasarkan soalan yang diajukan, murid-murid akan menjawab berdasarkan pengalaman


mereka. Oleh yang demikian kaedah terus lebih praktikal untuk digunakan dalam pengajaran
ayat aktif dan pasif ini.

Dalam langkah dua turut menggunakan kaedah terus yang mana murid diminta
membaca teks tentang suasana kampung. Setelah selesai membaca, murid yang memegang
gambar atau ayat yang diberi akan kehadapan dan menampal kertas yang

P a g e 15 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

telah disediakan. Disini, pemegang gambar perlu bijak menyuaipadankan gambar yang dipegang
mengikut kesesuaian ayat yang didengar. Berdasarkan aktiviti ini jelas, murid berhubungan
secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
Disamping, mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan.

4.5 Kaedah Linguistik

Kaedah Fonetik/linguistik amat relevan diaplikasikan untuk mengajar kemahiran mendengar


dan bertutur, Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir, (2014). Hal ini demikian kerana, kaedah
ini berkait rapat dengan kaedah terus. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah lisan atau reform.
Pengajaran berlandaskan kaedah ini dimulakan dengan latihan pendengaran kemudian diikuti
dengan latihan penyebutan. Latihan penyebutan tersebut dimulakan dengan penyebutan bunyi,
perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya
dikompilasikan menjadi dialog dan cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa tetapi
menggunakan simbol-simbol fonetik. Tatabahasa diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh
penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan dan rumus-
rumus itu diajarkan. Melalui kaedah ini juga murid-murid akan menulis karangan berdasarkan
apa yang didengar atau dibaca. Kaedah ini pada dasarnya membandingkan dua bahasa iaitu di
antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa lain. Pengetahuan bahasa murid itu harus tertumpu
kepada bentuk dan fungsi bahasa. Mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan
bahasa yang telah diketahui murid-murid. Mendahulukan bentuk daripada makna. Antara ayat
contoh bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berikutnya :

P a g e 16 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Subjek Kata Kerja Prediket/Objek


Saya pergi ke pasar.
I go to market.
Dia makan durian.
He eats durian.

Cara Mengajar

 Mendahulukan pengajaran dengan mengajar sebutan bunyi perkataan-perkataan bahasa


yang dipelajari yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui.
 Kemudian, melatih tubi bunyi-bunyi bahasa yang dipelajari yang mempunyai perbezaan
dengan bahasa yang diketahui.
 Dalam pengajaran perbendaharaan kata, mulakan dengan perbendaharaan kata yang
senang, iaitu perbendaharaan kata yang ada persamaan dengan bahasa yang diketahui.
 Dalam pengajaran struktur ayat, struktur-struktur yang ada persamaan dengan bahasa
yang diketahui didahulukan.
 Cara ini amat sesuai bagi murid dari sekolah SJKT dan juga SJKC, yang boleh memberi
contoh ayat dalam Bahasa ibunda.

P a g e 17 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Guru Puan. A.Puspa


Mata pelajaran Bahasa Melayu
Tarikh 14 Julai 2019
Tahun 4 Anggun
Bilangan murid 10 orang murid
Masa 7.30 – 8.30 pagi

Tema KESIHATAN
Tajuk Kebersihan DIri
Standard Pembelajaran 5.3.2 Memahami dan membina ayat aktif dan ayat pasif dengan betul
dalam pelbagai situasi.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;


i. Menulis ayat pasif dengan betul berdasarkan ayat aktif yang
diberi.
Pengisian Kurikulum Nilai : Menjaga kesihatan
Peraturan Sosiobudaya : Laras bahasa
EMK : Menjana idea, mengelas, membanding beza, menyusun atur.
: Keusahawanan – sedar tentang kesihatan diri Untuk
mengurangkan kos masalah kesihatan
: TMK – belajar melalui TMK

Strategi Pengajaran Pembelajaran Konstruktivisme


Kemahiran Berfikir
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran Interpersonal
Kemahiran Intrapersonal
Sistem Bahasa Tatabahasa: Ayat aktif, ayat pasif.
Bahan Sumber i. kad warna ,lembaran kerja,kertas lukisan, poster Ii.
Pengajaran dan Komputer, kotak.kad arahan
Pembelajaran (BSPP) iii. LAGU ”Jagalah Kebersihan Diri”
iv. Slide ’powerpoint’

P a g e 18 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Langkah/ Kandungan/Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Masa
Induksi i. Tajuk pelajaran: Kesihatan Diri 1. Murid diperdengarkan lagu tentang -cara Lagu
Set ii. Lagu ”Jagalah Kebersihan Diri” menjaga kebersihan diri dan menyanyi bersama- https://www.youtube.
iii. Soalan; sama sambil membuat pergerakan badan com/watch?v=-
- Apakah yang kamu faham tentang 2. Petikan lagu dipaparkan dalam bentuk ph34IkuDK0
lagu yang kamu dengar tadi ? video..
- Bolehkah kita abaikan 3. Guru dan murid bersoal jawab tentang
kesedaran kesihatan kita? maksud lagu tersebut. seni dalam
- Nyatakan sebab kita perlu 4. Guru mengaitkan perbincangan dengan pendidikan
mengamalkan kesihatan kita? tajuk. seni muzik dan seni
pergerakan.

Teknik:
Perbincangan. Soal
jawab dan sumbang
saran
KBAT: Menganalisis

Langkah 1 I.Slaid gambar 1. Murid meneliti gambar yang ditunjukkan oleh BSPP:
P a g e 19 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

(10 minit) guru. Slaid gambar


2. Guru menerangkan tentang gambar tersebut. mengenai kesihatan.
3. Guru dan murid berbual cara-cara menjaga
menjaga kebersihan diri serta tentang
kepentingan menjaga kesihatan diri. Kemahiran
4. Murid membina ayat aktif dan ayat pasif Interpersonal
Gosok Gigi Gigi yang rosak
berdasarkan gambar tersebut secara lisan. Kemahiran
5. Guru membimbing murid semasa membina Intrapersonal
ayat tersebut. KB: Menjana idea
Teknik:
Sumbangsaran
Nilai: Sayangi Diri,
mengetip kuku menggosok badan Rasional
semasa mandi

senaman makanan khasiat

SINTAKSIS
ii. Ayat aktif dan ayat pasif

P a g e 20 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Langkah 2 Objektif( i) 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan.


(15 minit) Perbincangan kumpulan 2. Murid berbincang untuk menulis ayat pasif Komputer riba dan
Contoh ayat aktif : berdasarkan ayat aktif yang ditayangkan. slaid
3. Murid membentangkan hasilan mereka. Strategi: Berpusatkan
1. Abang mencuci baju. 4. Guru menunjukkan contoh ayat yang betul murid. Teknik:
strukturnya dan meminta murid Perbincangan
membandingkan dengan ayat yang mereka KB – Banding Beza
tulis. Nilai: Kerjasama
5. Guru menerangkan struktur ayat pasif KP – verbal linguistik
berdasarkan ayat tersebut.
Tatabahasa: Ayat
2. Puan Siti menyapu sampah sarap.
Aktif

Pembelajaran
kontektual

3. Doktor memberi rawatan gigi


kepada pesakit.

ii. Struktur Ayat Pasif:


- Pendepanan predikat
- Perbentangan hasilan.
-

P a g e 21 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Langkah 3 Permainan: KERUSI MUZIK 1. Guru menerangkan mengenai permainan BSPP:


(15 minit) kerusi muzik. Guru memperdengarkan lagu Lagu Komputer
Penerangan guru: dan murid menyanyi bersama-sama. Apabila riba
Murid murid, kita akan bermain permainan lagu dihentikan murid yang tidak dapat duduk Perisian powerpoint
kerusi muzik. Sebelum itu cikgu akan akan mengambil kad di dalam kotak mengikut Kerusi Muzik
memberikan kad warna kepada kamu. arahan yang terdapat di dalam kotak. EMK : TMK
Apabila muzik dibunyikan kamu akan Teknik bermain
berdiri dan menjarakkan diri kamu Nilai: ketekunan
daripada kerusi sambil menyanyikan lagu. 2. Murid lain akan mendengar dengan teliti KP: Kecerdasan
Apabila muzik dihentikan, cikgu nak kamu dan mengenalpasti ayat serta mengangkat kinestetik dan
cuba berlari untuk mendapatkan kerusi. kad mengikut jenis ayat. (samada ayat aktif muzikal.
Sekiranya kamu tidak dapat kerusi kamu atau ayat pasif). Seni dalam
akan didenda. Kamu perlu mengambil kad Pendidikan
daripada kotak ini dan membaca arahan. Seni Visual warna-
Arahan yang pertama memerlukan kamu warna asas
membuat pergerakan dan arahan yang Seni Muzik: Lagu Seni
kedua kamu akan membaca ayat.Murid Pergerakan:
yang berjaya duduk akan mendengar Pergerakan lokomotor
dengan teliti ayat yang dibacakan dan dan bukan lokomotor.
cuba untuk mengenalpasti jenis ayat
samada ayat aktif atau ayat
pasif.Sekiranya ayat aktif kamu perlu
mengangkat kad yang berwarna merah,
sekiranya ayat pasif kamu perlu
mengangkat kad yang berwarna biru.
Sekiranya kamu tidak pasti sila
angkat kad yang berwarna kuning. .

P a g e 22 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Kemahiran mendengar
Kemahiran membaca 3. Guru dan murid menyatakan nilai-nilai Nilai: Bersungguh-
I. Pentaksiran (Ayat murni sungguh
Pasif) yang terdapat di
dalam tajuk Kad Ayat :
pelajaran. Lampiran 1

4. Murid membina ayat pasif daripada ayat


aktif.
Kotak yang berisi ayat-ayat.

Contoh ayat :
1. Abang dimarahi oleh ayah.
2. Kain saya cuci.
3. Adik dimandikan ibu.
4. Sampah sarap dibakar oleh ayah
pagi tadi.
5. Pekerja membaiki jalan yang rosak
itu.

6. Polis trafik sedang mengawal lalu


lintas.
P a g e 23 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

7. Rumah itu dilanggar oleh lori pada

bahagian depannya.

8. Ibu memasak nasi di dapur.

9. Kakak membasuh baju.

10. Nenek melintas jalan.

Langkah 4 Pengayaan: 1. Guru menayangkan dua buah gambar BSPP: Gambar


(10 minit) Ayat Aktif : tunggal. Tunggal
2. Murid menulis ayat mengikut aktiviti yang
terdapat dalam gambar.

Ayat Pasif :

P a g e 24 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Penutup I. Penutup Kognitif : 1.Guru bersoal jawab dengan murid dan Soal jawab
(5minit) merumuskan isi pelajaran. Penjanaan idea
-Murid menceritakan pengalaman di Kecerdasan
rumah semasa membersihkan rumah pelbagai: Verbal
pada hujung minggu. linguistik

-Kebersihan Diri perlu diutamakan

Ii. Penutup Sosial : Guru memuji murid Tayangan slaid lagu


yang dapat menceritakan kembali isi https://www.youtube.
pelajaran hari ini. com/watch?v=-
ph34IkuDK0
-Guru dan murid menyanyikan lagu
”Jagalah Kebersihan Diri”
-Latihan kerja rumah mengenal pasti
ayat aktif dan ayat pasif dari majalah
ataupun bahan bacaan yang lain.

P a g e 25 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

LAMPIRAN 1

KAD
.
ARAHAN 1

Arahan 1: Lompat setempat 4 x

Arahan 2: Baca ayat ini: Abang dimarahi oleh ayah

KAD ARAHAN 2

Arahan 1: Nyanyi lagu Hari Raya


Arahan 2: Baca ayat ini:Kain saya cuci.

KAD ARAHAN 3

Arahan 1. Lari 5 langkah dan nyanyi lagu can ma lican. Arahan 2. Baca ayat ini:Adik dimandikan ibu.

KAD ARAHAN 4
Arahan 1. Lompat ketingting 4 x
Arahan 2. Baca ayat ini:Sampah sarap dibakar oleh ayah pagi tadi.

KAD ARAHAN 5
Arahan 1. Nyanyi lagu buai laju laju.
Arahan 2. Baca ayat ini:Pekerja membaiki jalan yang rosak.

P a g e 26 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

KAD ARAHAN 6
Arahan 1. Lompat ketingting 4 x dan pegang kedua dua lutut. Arahan 2. Baca ayat ini: Polis trafik sedang menga

KAD ARAHAN 7
Arahan 1. Lompat 4 sambil menepuk tangan.
Arahan 2. Baca ayat ini:Rumah itu dilanggar oleh lori pada bahagian depannya.

KAD ARAHAN 8
Arahan 1. Lonjak ke hadapan 2 langkah
Arahan 2. Baca ayat ini:Ibu memasak nasi di dapur.

KAD ARAHAN 9
Arahan 1. Nyanyi lagu rasa sayang eh serangkap. Arahan 2. Baca ayat ini:Kakak membasuh baju.

KAD ARAHAN 10
Arahan 1. Angkat kedua- dua tangan.
Arahan 2. Baca ayat ini: Nenek melintas jalan.

P a g e 27 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

6.0 Penutup

Dalam usaha mempertingkatkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di

peringkat global, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut

cabaran ini. Oleh itu, guru merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa Melayu di

persada antarabangsa. Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan

penggunaan bahasa yang standard.

Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang

melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan kata,

susunan frasa atau ayat. Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni.

Maka, guru wajarlah memperkasakan diri dengan kemahiran bahasa bagi menjayakan

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setiap hari.

P a g e 28 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

7.0 Rujukan

Affeny, W. M. (2019, Julai 2). Empat Kesalahan Penggunaan Tatabahasa. Retrieved from
Blogspot: http://wanmohdaffendy.blogspot.com/2013/03/empat-kesalahan-
penggunaan-tatabahasa.html

Afifah. (2015). Ayat Aktif Pasif. Retrieved from fdokumen:


https://fdokumen.com/document/rph-ayat-aktif-pasif.html

Azlinda. (n.d.). Kaedah Pengajaran & pembelaran . Retrieved from


http://naa87.blogspot.com/2012/06/5-kaedah-pengajaran-dan-pembelajaran.html

Bahri. (n.d.). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Retrieved from Blogspot:


http://lamancikgubahri.blogspot.com/2014/04/kaedah-pengajaran.html

Bakar, S. A. (2019). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Retrieved from Slideshare:


https://www.slideshare.net/shidaabubakar/kaedah-pengajaran-bahasa-melayu

deria. (2013, July). Retrieved from Blogspot:


http://deriakacamata.blogspot.com/2013/07/kaedah-pengajaran.html

Fairullizam. (2019, Julai 2). Pengajaran Tatabahasa Dalam Konteks. Retrieved from
http://anthonydouglasd046622q03-forsharing.blogspot.com/2011/11/pengajaran-
tatabahasa-dalam-konteks.html

Feedjit. (2011). Kaedah pengajaran. Retrieved from Blogspot:


http://catatannota.blogspot.com/2011/08/kaedah-pengajaran-bahasa-melayu.html

P a g e 29 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Mohamed, A. (2019, Julai 1). Retrieved from Blogspot:


http://gen2bhs4533.blogspot.com/p/blog-page 13.html

Mohd, S. (2019, Julai 1). Definisi Tatabahasa. Retrieved from Blogspot:


http://sazalippgbm2011.blogspot.com/p/definisi-tatabahasa.html

Nee, Y. W. (2019, Jun 2019). Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu. Retrieved from Blogspot:
http://wenneeyew.blogspot.com/2012/10/sistem-tatabahasa-bahasamelayu.html

See, L. Y. (2011, November 25). Rancangan Pengajaran. Retrieved from Blogspot:


http://limyensee.blogspot.com/2011/11/rancangan-pengajaran.html

Simon. (2012, Jun 27). Tatabahasa. Retrieved from Blogspot:


http://simonnangauppgjun2011.blogspot.com/2012/06/kaedah-pengajaran-bahasa-
melayu.html

Teknik Teknik Pengajaran. (2019, Julai 31). Retrieved from Blogspot:


http://literasibmwaj3104.blogspot.com/p/teknik-teknik-pengajaran.html

Zanariah. (2019, Jun 31). Bahasa Melayu. Retrieved from Blogspot:


http://zekzana.blogspot.com/2012/12/bahasa-melayu.html

Zaraman, A. (2019, Julai 2). Kaedah dan Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa.
Retrieved from http://aidahzaraman.blogspot.com/2013/05/prinsip-teknikkaedah-dan-
masalah.html

Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis untuk
P a g e 30 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

Guru dan Pelajar. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Goh O.S. (2005), Pengajaran Tatabahasa KBS: Masalah dan Pelaksanaan, Jurnal Dewan

Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2009.

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Ahmad. (2000), Pelita Bahasa Melayu Penggal i-iii Edisi Baharu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

P a g e 31 | 32
HBML2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DALAM BAHASA MELAYU

P a g e 32 | 32

You might also like