Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAN

06900 YAN, KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TABUNG SAYANG DAN KEBAJIKAN


PELAJAR

BIL 1 / 2020

TARIKH : 16 FEBRUARI 2020

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK WAWASAN

PENGERUSI : PENOLONG KANAN HEM

KEHADIRAN :

1. Tn Hj Mohamed Hamdan bin Bidin ( Penolong Kanan HEM )


2. Pn Norhayati bt Hashim ( Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Pn Roshidah bt Mohamed Nordin ( Penolong Kanan Ko Kurikulum)
4. Pn Naemah binti Abdul Mutalib ( GK Kemanusiaan)
5. Pn Idawati binti Yaacob ( GK Teknik dan Vokasional)
6. Pn Harlina bt Abd Rahman ( GK Bahasa)
7. Pn Rohayu bt Abd Ghani ( Setiausaha HEM)
8. Pn Rahimah bt Musa ( Setiausaha Tabung Sayang)
9. Pn Siti Zubaidah bt Mohd Desa (AJK )
10. Pn Nor Asyikin bt Ahmad ( AJK )
11. En Abdul Halim bin Zakaria ( AJK )
12. En Muhammad fikri bin Zakaria ( AJK )

TIDAK HADIR ( BERSEBAB )

1. Pn Haslidai bt Hashim

I. Perutusan Pengerusi

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Tabung Sayang dan
Kebajikan Pelajar kali pertama 2020.

1
2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang telah banyak memberi
kerjasama dalam menjayakan aktiviti Tabung Sayang dan Kebajikan Pelajar.

Makluman : Semua AJK

II. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

3. Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Bil 4 /2019 tanpa sebarang pindaan. Pn Nor
Asyikin bt Ahmad mencadangkan agar minit mesyuarat
Bil 4/ 2019 disahkan dan disokong oleh En Muhammad Fikri bin Zakaria.

III. Perkara Berbangkit

4. Tiada perkara berbangkit

Makluman : Semua AJK

IV. Pelantikan AJK Unit-Unit HEM 2020

5. Pengerusi melantik secara rasmi semua AJK Unit-Unit HEM secara rasmi bagi

tahun 2020.

Makluman: Semua AJK

V. Pengurusan HEM 2020

6. Program yang akan dilaksanakan pada tahun 2020 adalah seperti berikut:

1. Pelancaran Tabung sayang.


2. Kutipan Sumbangan daripada Guru Dan Pelajar.
3. Sumbangan bantuan zakat.
4. Infaq Ramadhan.
5. Bantuan alat tulis untuk pelajar PT3 dan SPM.

Makluman : Semua AJK

VI. Hal-hal lain

2
7. Bantuan cermin mata kepada pelajar yang memerlukan akan disumbangkan oleh zakat.

8. Tabung Sayang hanya memberi bantuan sebanyak RM 100.00 kepada pelajar yang
memerlukan bantuan cermin mata.

9. Tabung Sayang telah menyumbangkan wang RM 200.00 kepada waris pelajar yang
meninggal dunia iaitu Nur Fatin Adlina bt Hisyam, Tingkatan
6 Atas Sejarah dan Nur Huda bt Azhar Tingkatan 3 ceria.

Makluman: Semua AJK

VI. Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………. …………………………..

(RAHIMAH BT MUSA) (HJ MOHAMED HAMDAN BIN


BIDIN)

Setiausaha Tabung Sayang &, Penolong Kanan HEM,

Kebajikan Pelajar SMK Yan

SMK Yan.

3
4

You might also like