KK Sej - Alieaaina 6upm

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

020813110118

SUMBANGAN ENCIK MUHAMMAD SABRAN BIN MOHAMAD SHARIF

TERHADAP MASYARAKAT DI KUALA TERENGGANU DARI TAHUN 1976

HINGGA TAHUN 2015 .

PENGENALAN

Tokoh merupakan seseorang yang telah berjasa kepada negara dalam pelbagai bidang

yang boleh dijadikan contoh kepada generasi pada masa ini atau generasi yang akan datang .

Kejayaan yang dicapai dan sumbangan yang dicurahkan kepada negara dapat dijadikan

motivasi yang baik kepada semua lapisan masyarakat 1 .

Terdapat pelbagai tokoh di Malaysia , antaranya ialah tokoh pendidikan iaitu Tan Sri Dr.

Zainal Abidin Ahmad (Za’Ba) yang merupakan seorang ahli bahasa yang telah menyumbang

kepada perkembangan bahasa melayu 2. Seterusnya tokoh sukan iaitu Pandalela Rinong yang

memenangi pingat gangsa dalam 10 m platform seirama wanita dengan Mun Yee Leong .

Pandalela juga merupakan pembawa bendera wanita pertama Malaysia di Upacara

Pembukaan Sukan Olimpik 2021 London di mana beliau juga turut bertanding dalam acara

10 m platform individu dan platform 10 m acara seirama dengan pasangannya iaitu Leong

Mun Yee 3 . Beliau merupakan atlet Malaysia perempuan pertama yang memenangi pingat

olimpik , dan atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat Olimpik dalam sukan selain

badminton dengan memenangi pingat gangsa dalam platform 10 m Wanita di Sukan Olimpik

2012 di London 4 . Terdapat juga tokoh sukan yang lain yang banyak menyumbang kepada

negara kita .

1
020813110118

Latar belakang bagi tokoh sukan yang saya pilih iaitu Muhammad Sabran Bin Mohd

Sharif . Tokoh ini pula berumur 54 tahun , beliau merupakan seorang yang banyak

menyumbang jasa dalam bidang yang tertentu yang boleh dijadikan idola kepada generasi

akan datang . Beliau berasal dari Perak yang merupakan salah seorang jurulatih hoki untuk

beberapa pasukan hoki dan juga seorang guru di beberapa buah sekolah rendah di

Terengganu yang mempunyai sikap berani untuk mencuba sesuatu yang baharu . Beliau juga

bersekolah di sekolah menengah SMK Raja Chulan , Ipoh Perak pada tahun 1980 hingga

tahun 1986 . Seterusnya , beliau melanjutkan pengajian beliau dengan mencuba sesuatu yang

baharu iaitu melanjutkan pengajiannya dengan mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

(STPM) untuk seketika waktu . Seterusnya , tokoh Muhammad Sabran ini menyambung

pengajiannya dalam bidang diploma perguruan di IPG yang berkampus di Ipoh Perak pada

tahun 1987 hingga tahun 1989 .

Beliau juga mempunyai 5 orang adik-beradik yang semuanya mempunyai pendidikan

yang tinggi . Tokoh Muhammad Sabran ini merupakan anak yang ke-5 daripada semua adik-

beradik beliau . Tokoh Muhammad Sabran Bin Mohamad Sharif ini juga mengakhiri zaman

bujangnya pada tahun 1990 bersama isterinya yang bernama Nor Aziah binti Abd Manaf .

Isteri tokoh ini juga merupakan seorang pendidik yang mengajar di salah satu sekolah di

Kuala Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Serada . Isteri tokoh ini merupakan orang

Kelantan yang telah dilahirkan di Singapura . Isteri tokoh Muhammad Sabran ini juga

bersekolah menengah di Kuala Terengganu dan telah menyambungkan pengajiannya di

UITM dengan mendapat kelulusan tertinggi serta isterinya juga mempunyai segulung Ijazah

TESL .

Tokoh Muhammad Sabran dan isterinya mempunyai 5 orang cahaya mata iaitu 4 orang

lelaki dan 1 orang perempuan . Tokoh Muhammad Sabran serta isterinya juga mempunyai

2
020813110118

kediaman di Kuala Terengganu iaitu di Kampung Pengadang Baru yang berjarak 3km untuk

ke SMK Padang Midin . Kelima-lima anaknya meneruskan pengajian mereka di sekolah yang

sama iaitu di SM Imtiaz yang merupakan salah satu sekolah berasrama penuh di Kuala

Terengganu . SM Imtiaz juga mempunyai sistem pembelajaran yang baik untuk semua

pelajar mereka serta sekolah ini mempunyai guru-guru yang berpengalaman . Anak

sulungnya yang bernama Muhammad Syazwan telah menyambung pelajarannya ke luar

negara dalam bidang TESL di Australia selepas menghabiskan Sijil Pengajian Malaysia

(SPM) di sekolahnya iaitu SM Imtiaz . Anak sulungnya iaitu Syazwan sekarang telah

bertugas sebagai guru di salah satu sekolah di Kuala Terengganu . Syazwan mempunyai

karier sama seperti ayah dan ibunya iaitu sebagai seorang pendidik . Anak keduanya pula

yang bernama Muhammad Syauqi menyambung pengajiannya dalam bidang agama atau

quran dan dia juga sekarang telah bertugas sebagai pensyarah di Kolej Quran di Kuala

Terengganu . Anak kedua tokoh ini telah mendapatkan Ijazahnya dalam bidang Qiraat Al

Quran di Universiti Sultan Zainal Abidin. Selain itu , anak ketiganya pula yang bernama

Syafiq Emir merupakan bekas pelajar Pra-U di Smk Padang Midin serta dia juga merupakan

bekas ketua pelajar di sekolah tersebut . Syafiq juga menyambungkan pengajiannya di UITM

Shah Alam sehingga ke tahun akhir . Dia menyambung pengajiannya dalam bidang undang-

undang di UITM Shah Alam . Di samping itu , anaknya yang keempat pula yang bernama

Nurul Insyirah Sofea sedang menyambungkan pengajiannya di peringkat Ijazah dalam bidang

kaunseling di Institut Pendidikan Guru Malaysia .

Akhir sekali , anaknya yang kelima pula yang bernama Muhammad Syahir Aniq sedang

menuntut di tingkatan 4 di salah satu sekolah di Kuala Terengganu iaitu SM Imtiaz . Kelima-

lima anak tokoh ini sangat berpendidikan dan mempunyai kerjaya yang tinggi sama seperti

ayahnya yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan sahsiah yang bagus . Beliau

3
020813110118

merupakan seorang yang sangat berilmu dan selalu memberi motivasi kepada ahli keluarga

beliau 5 .

Keluarga tokoh ini juga bukan sahaja mempunyai pendidikan dan sahsiah yang tinggi

manakala keluarga tokoh ini sering menceburkan diri mereka dalam bidang sukan . Mereka

juga sering melibatkan diri mereka dalam pelbagai bidang sukan , keluarga tokoh ini sangat

gemar untuk mencuba sesuatu yang baharu . Hal ini demikian kerana tokoh ini sendiri

merupakan seorang pemain hoki manakala isteri tokoh Muhammad Sabran ini iaitu Puan

Noraziah ini pernah menceburkan dirinya dalam sukan bola jaring , sukan olahraga dan sukan

hoki . Anak-anak tokoh Muhammad Sabran pula telah menceburkan diri mereka dalam

bidang sukan semasa mereka berada di sekolah rendah sahaja kerana semasa mereka

memulakan pengajian mereka di sekolah menengah , mereka telah berhenti menceburkan diri

mereka dalam bidang sukan . Keluarga ini dapat dijadikan inspirasi atau contoh kepada

masyarakat yang lain kerana mereka sangat mementingkan kesihatan dan sahsiah mereka .

Pada tahun 1976 pula , tokoh Muhammad Sabran ini telah mula menceburkan dirinya ke

dalam bidang sukan iaitu sukan hoki di salah satu sekolah di Perak . Sukan hoki ialah salah

satu sukan yang di mana dua pasukan saling menentang dengan cuba menggerakkan bola ke

dalam gol lawan dengan menggunakan kayu hoki 6 . Pada masa ini , beliau baru sahaja

berumur 9 tahun semasa beliau menceburkan diri dalam bidang sukan hoki . Beliau meminati

bidang sukan hoki ini kerana beliau merasakan bahawa sukan hoki ini ialah salah satu sukan

yang hebat atau unik di mata beliau dan beliau merasakan bahawa sukan ini mampu

membawa kejayaan kepada beliau pada suatu hari nanti di masa hadapan . Pada umur 9 tahun

ini juga beliau telah menyertai pelbagai kejohanan . Antaranya ialah kejohanan antara

sekolah-sekolah dan kejohanan untuk pelajar yang berumur 12 tahun ke bawah . Pada saat itu

, beliau sangat gembira kerana beliau telah terpilih untuk bermain di kejohanan tersebut dan

4
020813110118

mereka juga pulang dengan membawa kejayaan . Kejohanan – kejohanan yang diadakan ini

juga adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang terdapat di dalam diri pelajar masing-

masing .

Ketika beliau berumur 13 tahun pada tahun 1980 , beliau masih lagi menceburkan diri di

dalam sukan hoki . Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah menengah tokoh Muhammad

Sabran ini menyambungkan pengajiannya terdapat juga sukan hoki di sekolah tersebut . Pada

masa ini beliau juga menyertai beberapa pertandingan untuk sukan hoki seperti menyertai

kejohanan di peringkat daerah bersama beberapa orang rakan beliau . Tokoh ini juga pernah

tidak tersenarai untuk ke beberapa kejohanan yang lain kerana mereka mempunyai pemain

yang lebih berumur atau lebih handal yang akan mengikuti kejohanan yang dianjurkan . Hal

ini menyebabkan beliau meningkatkan lagi usaha beliau untuk membuktikan bahawa beliau

juga boleh untuk mengikuti setiap kejohanan yang dianjurkan itu .

Setelah dapat mengasahkan bakat beliau dalam sukan yang diminati tersebut , tokoh

Muhammad Sabran ini telah membuktikan bahawa beliau dapat bermain dengan baik . Beliau

membuktikan usaha beliau dengan dipilih untuk ke kejohanan peringkat negeri . Perlawanan

tersebut memerlukan 18 orang pemain dan dan salah satu pemainnya ialah tokoh Muhammad

Sabran . Bukan mudah untuk ke kejohanan peringkat negeri ini , hal ini demikian kerana

masih ramai lagi pemain yang lebih berpengalaman dan handal di dalam pasukan yang dilatih

tersebut . Pasukan tokoh ini telah memenangi 3 perlawanan sehingga mereka dapat mara ke

peringkat akhir perlawanan tersebut .

Pada tahun 1984 , semasa beliau berumur 17 tahun iaitu tingkatan 5 , tokoh ini menjadi

salah satu pemain hoki yang muncul ke kejohanan MSSM di Perak . Kejohanan MSSM ini

adalah kejohanan yang paling tinggi yang pernah beliau sertai dalam hidup beliau pada masa

itu . Kejohanan MSSM ini melibatkan banyak acara sukan seperti sukan hoki , sepak takraw ,

5
020813110118

olahraga dan sebagainya serta MSSM ini juga diberi maksud sebagai Majlis Sukan Sekolah-

Sekolah Malaysia dan kejohanan MSSM ini juga biasanya disertai oleh pemain yang berumur

12 tahun ke atas 7 . Kejayaan yang diperoleh oleh beliau membuatkan beliau dipandang oleh

orang ramai dan beliau telah bercita – cita untuk melatih generasi-generasi yang akan datang .

Pada tahun 1989 , beliau telah menggapai cita -cita beliau dengan memulakan kerjaya

beliau sebagai seorang jurulatih hoki . Beliau mula melatih salah satu pasukan hoki sekolah

di Johor Bahru , tokoh ini telah melatih sekumpulan pemain hoki sekolah tersebut sehingga

mereka handal untuk bermain untuk sukan itu. Beliau melatih pasukan di sekolah itu dari

tahun 1989 hingga tahun 1991. Pasukan hoki sekolah di Johor itu juga pernah melibatkan diri

mereka dalam beberapa kejohanan sukan hoki di sana . Setelah memulakan kerjaya beliau

sebagai jurulatih , beliau juga telah mula mengambil sijil kejurulatihan untuk menjadi

jurulatih yang lebih professional pada masa hadapan . Sijil kejurulatihan yang tokoh ini

diperoleh membuatkan beliau dapat berinteraksi dengan masyarkat yang lain di luar sana dan

dapat memperluaskan lagi kerjaya beliau sebagai seorang jurulatih .

Pada tahun 1993 , beliau juga telah memulakan kerjaya beliau sebagai jurulatih hoki di

Kuala Terengganu . Tokoh Muhammad Sabran ini telah menjadi jurulatih untuk projek hoki

MSS Terengganu dan tokoh ini juga telah mengambil bahagian untuk menjadi jurulatih

pasukan hoki wanita di SMKPM sejak tahun tersebut . Dalam setiap kejohanan yang akan

dipertandingkan , beliau harus melatih 50 orang pemain hoki atau lebih , tetapi beliau perlu

memilih 18 orang sahaja pemain untuk dibawa ke kejohanan yang akan dipertandingkan .

Semasa beliau melatih pasukan hoki wanita tersebut , ahli-ahli pasukan tersebut telah

menganggap beliau sebagai seorang ayah kerana beliau menjaga ahli pasukan tersebut seperti

anaknya sendiri 8 . Tokoh ini mempunyai banyak kenangan yang manis bersama pasukan

Terengganu ini . Pada tahun 1995 , semasa beliau menjadi jurulatih , beliau telah mendapat

6
020813110118

sijil kejurulatihan peringkat tahap 1 dan tahap 2 pada bulan Mei dan bulan Oktober 9 . Beliau

telah mengambil sijil kejurulatihan tersebut di Kuala Terengganu pada tahun yang sama .

Tokoh Muhammad Sabran ini juga telah memperoleh sijil yang bertuliskan bahawa beliau

telah lulus daripada Kursus Sains Sukan untuk peringkat yang pertama daripada Lembaga

Kejurulatihan Kebangsaan di Kuala Terengganu pada bulan Jun 10 .

Pada tahun 1996 pula , tokoh Muhammad Sabran ini telah menghantar pasukan hoki

MSSM perempuan 12 tahun beliau ke kejohanan MSSM di Pulau Pinang untuk pertama kali

di dalam hidupnya . Semasa kejohanan MSSM tersebut mereka berjaya pulang dengan

perasaan yang bangga kerana pasukan mereka telah mendapat tempat pertama untuk

kejohanan tersebut . Kejayaan itu juga berkat hasil titik peluh ahli pasukan mereka yang

berlatih sepanjang masa . Tokoh Muhammad Sabran ini telah menjadi jurulatih hoki untuk

pasukan MSSM sudah cukup lama . Beliau telah mengambil bahagian dalam MSSM

sehingga keseluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak . Hal ini telah membuktikan bahawa

beliau seorang yang professional kerana beliau dapat merasai pengalaman atau suasana

bersama dengan setiap pasukan hoki MSSM yang lain .

Pada tahun 1996 juga tokoh Muhammad Sabran ini telah terlibat untuk menjadi jurulatih

hoki untuk pasukan wanita Sukma . Sukma atau Sukan Malaysia ini adalah acara sukan di

peringkat kebangsaan dan sukma ini juga merupakan ‘Mini Sukan Olimpik’ bagi semua atlet

remaja bagi mencungkil bakat-bakat mereka 11 . Pasukan Sukma yang terlibat dengan tokoh

Muhammad Sabran pada tahun tersebut ialah pasukan Sukma Pahang . Beliau juga terlibat

dengan pasukan Sukma Selangor pada tahun 1998 . Pada tahun 2000 pula , beliau terlibat

dengan sukma untuk Pulau Pinang dan pada tahun 2004 , beliau juga terlibat dengan sukma

di Negeri Sembilan . Pada tahun 2006 pula , tokoh Muhammad Sabran ini terlibat dengan

sukma di Kedah . Pada tahun 2008 , beliau telah terlibat dengan sukma di Terengganu . Pada

7
020813110118

tahun 2010 pula , beliau terlibat dengan sukma di Melaka dan pada tahun 2012 , tokoh

Muhammad Sabran ini terlibat dengan sukma di Pahang . Pada tahun 2014 pula , beliau telah

terlibat dengan pasukan sukma di Perlis . Beliau telah terlibat dengan banyak kejohanan

sukma untuk sukan hoki pada tahun-tahun tersebut . Tokoh Muhammad Sabran ini juga telah

terlibat untuk melatih pasukan hoki di bawah Jabatan dan Terengganu sahaja ke kejohanan

peringkat kebangsaan .

Pada tahun 1997 , tokoh Muhammad Sabran ini telah mendapat sijil untuk MHF Umpires

Theory Examination daripada Malaysian Hockey Federation pada bulan Julai 12 . Sijil

kejurulatihan beliau merupakan sijil di peringkat kebangsaan tetapi diambil di Terengganu .

Sijil kejurulatihan itu merupakan usaha beliau sendiri setelah beliau menceburkan diri dalam

bidang kejurulatihan . Beliau merupakan seorang yang sangat bersungguh-sungguh untuk

melakukan sesuatu . Pada tahun 2007 pula , beliau telah menerima sijil daripada Malaysian

Hockey Federation Coaching Committee iaitu sijil untuk High Performance Coaching Course
13
. Tokoh Muhammad Sabran ini telah memperoleh banyak sijil peringkat kebangsaan

daripada pelbagai jabatan-jabatan untuk sukan hoki di Malaysia . Pada tahun 2008 , beliau

juga telah memperoleh sijil yang mengatakan bahawa beliau telah lulus untuk Kursus Sains

Sukan untuk tahap yang kedua di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan 14 .

Pada tahun 2011 pula , Tokoh Muhammad Sabran ini juga telah memperoleh sijil di atas

kejayaan pasukan hoki wanita Terengganu yang dibawa oleh tokoh ini , sijil yang diperoleh

oleh pasukan mereka adalah sijil sempena kejayaan mereka di Kejohanan Arafura Games di

Darwin , Australia 15 . Pada tahun yang sama juga , beliau telah memperoleh sijil yang tertulis

bahawa beliau telah mengambil posisi untuk FIH-MHC High Performance Coaching Course
16
. Selain itu , tokoh ini telah mendapat Anugerah Sukan Terengganu pada tahun 2012 kerana

pasukan beliau telah mendapat gelaran pasukan yang terbaik dalam kejohanan sukma pada

8
020813110118

tahun 2012 17 . Tokoh ini telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sijil

kejurulatihan perigkat kebangsaan ini kerana beliau ingin menjadi seorang jurulatih yang

professional di mata pasukan beliau dan di mata orang lain . Beliau mengatakan bahawa

beliau akan mengenakan denda mereka sekiranya ahli pasukan tidak mematuhi peraturan

yang ditetapkan tetapi tokoh ini juga akan melayan ahli pasukan mereka dengan penuh kasih

sayang 18 . Tokoh ini juga seorang yang sangat menepati masa apabila mempunyai sesuatu

kerja atau urusan dan beliau juga selalu memberi nasihat dan motivasi kepada ahli pasukan

mereka jika ahli pasukan beliau mempunyai sebarang masalah 19 .

Pada tahun 1989 juga , tokoh Muhammad Sabran ini juga telah memulakan kerjaya

beliau sebagai seorang guru . Walau bagaimanapun , beliau amat berusaha dengan sangat

keras untuk mengimbangkan dua kerjaya yang dibuat dalam satu masa . Beliau telah

memulakan kerjaya sebagai guru ini di salah sebuah sekolah di Johor Bahru . Sekolah yang

tokoh Muhammad Sabran ini mengajar sekolah rendah . Beliau telah memilih untuk mengajar

di sekolah rendah kerana para pelajar di sekolah rendah lebih mudah untuk dikendalikan

berbanding dengan sekolah menengah . Beliau telah mengajar dua subjek di sekolah tersebut

iaitu subjek matematik dan pendidikan jasmani . Selain itu , beliau juga perlu mengajar dua

kelas untuk tahun 5 dan tahun 6 di sekolah tersebut . Kerjaya beliau ini menyebabkan beliau

harus berenggang dengan ahli keluarga beliau untuk sementara waktu kerana beliau perlu

mengajar di sekolah yang jauh dari tempat tinggalnya . Setelah beberapa tahun mengajar di

Terengganu , beliau telah membawa ahli keluarga beliau untuk tinggal di Terengganu .

Sebagai seorang guru , beliau seorang yang bertanggungjawab terhadap para pelajar beliau di

sekolah tersebut . Hal ini kerana para pelajar beliau amat nakal ketika berada di sekolah dan

mereka harus diberi perhatian yang lebih .

9
020813110118

Pada tahun 1991 pula , beliau telah ditukarkan untuk mengajar di salah satu sekolah di

Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Budiman . Beliau berkhidmat di sekolah tersebut

pada tahun 1991 hingga tahun 2007 . Beliau juga mempunyai banyak kenangan di sekolah ini

. Pada tahun 1998 , tokoh Muhammad Sabran ini telah mendapat Anugerah Perkhidmatan

Cemerlang sebagai seorang guru di sekolah tersebut . Pada tahun 2007 juga , beliau telah

dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 pada akhir bulan Disember dan beliau

berkhidmat di sekolah ini pada tahun 2007 hingga tahun 2012 pada bulan Jun .

Pada bulan Julai tahun 2012 , beliau telah bertukar lagi ke sekolah yang baharu iaitu

Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada . Tokoh Muhammad Sabran berada di sekolah

tersebut sehingga bulan Jun tahun 2015 . Tokoh Muhammad Sabran ini juga banyak terlibat

dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah . Sebagai contoh , pertandingan-

pertandingan sukan yang dijalankan oleh sekolah dan aktivti kokurikulum yang dijalankan

juga oleh pihak sekolah itu . Beliau sangat peramah atau senang untuk bergaul dengan para

pelajar di sekolah tersebut yang menyebabkan beliau amat disayangi oleh para pelajar di sana
20
. Beliau juga mempunyai reputasi yang sangat baik di sekolah tersebut , hal ini demikian

kerana beliau suka melayani kerenah para pelajar di sekolah tersebut 21 . Di samping itu , di

sekolah ini juga beliau perlu mengajar subjek yang sama iaitu subjek matematik dan

pendidikan jasmani seperti sekolah-sekolah yang beliau mengajar sebelumnya . Beliau amat

bersungguh-sungguh apabila beliau mula mengajar para pelajar beliau supaya para pelajar

beliau mudah untuk memahami apa yang diajari olehnya 22 . Di sekolah ini pula , beliau perlu

mengajar untuk murid tahun 6 dan tahun 4 untuk kedua-dua subjek beliau 23 .

Kesimpulannya , tokoh Muhammad Sabran ini dapat menjadi seorang guru dan seorang

jurulatih yang dapat memberi serba sedikit pengetahuan tentang kerjaya beliau kepada

generasi yang akan datang . Generasi baru yang akan melihat dunia nanti akan memahami

10
020813110118

apa erti penat lelah seseorang yang mempunyai beberapa kerjaya . Beliau pernah berkata

bahawa kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya selain berusaha dengan bersungguh-

sungguh dengan diri sendiri . Selain itu , kajian ini dapat mengetahui tentang perkembangan

seseorang tokoh yang mendapat banyak kejayaan sejak beliau kecil lagi dari tahun 1976

hingga tahun 2015 . Tambahan pula , kajian ini dapat mengenalpasti sumbangan yang dibuat

oleh tokoh Muhammad Sabran ini dari tahun-tahun yang tertentu . Pengkaji berharap tokoh

Muhammad Sabran ini juga memperkembangkan lagi kerjaya beliau di masa hadapan dengan

lebih banyak kejayaan .

11
020813110118

1.
Maksud Sukan .
http://deenbersukan.blogspot.com/2011/12/definisi-sukan.html
2.
Tokoh Pendidikan .
http://pkdeafipik.blogspot.com/2014/01/tokoh-pendidik-di-malaysia.html
3.
Tokoh Sukan di Malaysia
http://successfulmalaysia.blogspot.com/2017/05/tokoh-sukan-di-malaysia.html
4.
Biodata
http://naslive.blogspot.com/2012/08/biodata-pandelela-rinong.html?m=1
5.
Wawancara bersama Mohd Azelan Bin Aziz di Kampung Losong , Kuala Terengganu ,
Terengganu , 27 April 2021
6.
Definisi Sukan Hoki .
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki
7.
Definisi MSSM
https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Sukan_Sekolah_Sekolah_Malaysia
8.
Wawancara bersama Nur Asyikin binti Azizan di Kampung Tok Kah , Dungun , Kuala
Terengganu , Terengganu , 3 Mei 2021
9.
Sijil Kejurulatihan tahap 1 dan tahap 2 pada tahun 1995
10.
Sijil kelulusan Kursus Sains Sukan peringkat pertama
11.
Definisi SUKMA
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_Malaysia
12.
Sijil MHF Umpires Theory Examninations pada tahun 1997
13.
Sijil High Performance Coaching Course pada tahun 2007
14.
Sijil Kelulusan Kursus Sains Sukan Peringkat Kedua
15.
Sijil Kejohanan Arafura Games
16.
Sijil FIH-MHC High Performance Coaching Course
17.
Anugerah Sukan Terengganu pada tahun 2012
18.
Wawancara bersama Zahratul Farhana Sofea di Kampung Bukit Chempaka , Tepoh ,
Kuala Nerus ,Terengganu , 8 Mei 2021
19.
Wawancara bersama Siti Nur Hanisah binti Noordin di Kampung Baru Alor Damat ,
Mengabang Telong , Kuala Terengganu , Terengganu , 23 Mei 2021

12
020813110118

20.
Wawancara bersama Mohd Hafiz bin Samri di Kampung Banggol Mempelam , Serada ,
Kuala Terengganu , Terengganu , 1 Jun 2021
21.
Ibid
22.
Wawancara bersama Marsya Adrianna binti Marzuki di Bukit Tunggal , Kuala Nerus ,
Terengganu 6 Jun 2021
23.
Wawancara bersama Mohd Hafiz bin Samri di Kampung Banggol Mempelam , Serada ,
Kuala Terengganu , Terengganu 1 Jun 2021

13

You might also like