Kajian Teks Imam Bukhari

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION

MEI / 2019

ADSA2103

KAJIAN TEKS HADITH BUKHARI DAN MUSLIM 1


Isi Kandungan Mukasurat

1.0 Pengenalan...................................................................................................1

2.0 Latar Belakang Imam Muslim…….……………………………........…....2

2.1 Biodata Beliau……………..……….…………..………………..2

2.2 Pendidikan Beliau…………………………………………….….2

2.3 Metodologi Penulisan Sahih Muslim…………..……..…………3

3.0 Kedudukan Sahih Muslim Dalam Masyarakat di Negara Kita…...............5

4.0 Kesesuaian Pengajian Sahih Muslim Dalam Kalangan

Pelajar Sekolah Rendah.…..……………………...…………………..…...7

5.0 Analisis Artikel / Laporan Akhbar ………..……........................….......…8

6.0 Kesimpulan……………………………………………………….……….12
1.0 PENGENALAN

Tugasan ini bertujuan menghuraikan latar belakang salah seorang ulama’ hadis
yang terkenal dalam bidang hadis iaitu Imam Muslim dan metodologi penulisan kitab
beliau iaitu Kitab Sahih Muslim yang merupakan kitab rujukan utama dalam hadis
selepas Kitab Sahih Bukhari. Seterusnnya membincangkan kedudukan Sahih Muslim
dalam masyarakat setempat.

Objektif seterusnya yang dibawa dalam tugasan ini adalah membincangkan


kesesuaian pengajian kitan Sahih Muslim dalam kalangan pelajar peringkat sekolah
rendah dengan harapan dapat menghasilkan perubahan yang teguh dalam
pengetahuan mahupun tingkah laku (Ahmad Yunus, 2017).

Pada bab seterusnya akan membincangkan secara analisis berkaitan dengan


artikel atau laporan akhabar berkenaan individu yang menolak hadis di Malaysia. Ini
kerana golongan ini semakin berani menyebarkan ideologi mereka secara terbuka
menerusi laman web dan terbitan buku.

Bahagian penutup, penulis akan menberikan sedikit ulasan dan rumusan dari apa
yang telah dibentangkan sepanjang penulisan dalam tugasan ini, dari awal sehingga
ke bab akhir.

1
2.0 LATAR BELAKANG IMAM MUSLIM

2.1 Biodata Beliau

Nama beliau adalah Muslim bin Hajjaj bin Muslim bin Ward bin Kusyaz al-
Qusyairi al-Naisaburi (Zohdi, Zulhilmi, Robiatul & Norzulaili, 2018). Menurut
Sheikh Khalil, (1999) Nama lengkap beliau dengan nama Imam Abul Husain
Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi al-Naisabur. Gelaran
al-Qusyairi merujuk kepada nama kabilah keturunan beliau, manakala
al-Naisabur pula diambil sempena negeri tempat beliau menetap (Zohdi,
Zulhilmi, Robiatul & Norzulaili, 2018).

Menurut penjelasan Rosmawati, (2005) Imam Muslim dilahirkan pada bulan


rejab tahun 204 Hijrah bersamaan 820 Masihi. Beliau menghembuskan nafas
terakhir di kota Nasr Abad, Nisabur pada hari Ahad 25 Rejab tahun 261 Hijah
bersama 875 Masihi dalam usia beliau 57 tahun. Kelahiran beliau seiring dengan
tarikh kemangkatan Imam Syafie R.A (Zohdi, Zulhilmi, Robiatul & Norzulaili,
2018).

Beliau dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang disegani dan terhormat


serta berpendidikan yang haus akan ilmu hadis (Mustafa, 2017). Firman, (2015)
menerangkan Imam Muslim mempunyai keperibadian yang sangat mulia dan
merupakan orang yang kuat beribadat, warak dan tawaduk serta mempunyai
ketajaman yang luar biasa dalam menghafaz ilmu pengetahuan terutamanya
dalam bidang hadis.

2
2.2 Pendidikan Beliau

Sebagaimana yang diketahui, Imam Muslim hidup dalam suasana ilmu dan
bapanya mengambil perhatian yang khusus terhadap beliau untuk tekun
menuntut ilmu dari para ulama’ ketika itu. Menurut Zohdi, Zulhilmi, Robiatul &
Norzulaili, (2018) memperincikan tentang peringkat pendidikan beliau kepada
tiga (3) peringkat iaitu:

2.2.1 Peringkat Awal Pendidikan Beliau.

Imam Muslim telah mempelajari dan menuntu ilmu seawal umur lapan
tahun daripada guru-guru di Naysabur dalam bidang al-Quran,
Kesusasteraan Arab dan Tatabahasa Arab serta hadis. Lantas beliau
meneruskan pengajiannya dalam bidang tersebut dengan ulama’ terkemuka ,
khususnya di Khurasan, Iraq, Syria, Mekah, Madinah dan Mesir. Beliau
sentiasa memberi perhatian yang lebih untuk mempelajari dan mendalami
ilmu tentang hadis ketika berumur 15 tahun. Antara ulama’ terkenal yang
mengajar beliau ialah Muhammad bin Yahya al-Zuhli al-Naisaburi, Sa’id
bin Mansor, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Bukhari (Rosmawati,
2005).

2.2.2 Bidang Takhassus Beliau.

Dalam bidang hadis, beliau dikenali sebagai Hujjatul Islam berikutan


kefakihan dan penguasaan yang sangat mendalam. Di antara bidang
pengkhususan beliau dalam hadis iaitu kepakaran beliau dalam sanad dan
matan hadis dalam konteks perselisishan dan penambahan dalam sesuatu
hadis serta perbezaan hadis sahih dengan da’if. Seterusnya penguasaan
dalam ilmu Rijal, Jarah dan Ta’dil serta ilmu kaji selidik hadis. Khabar
kepakaran beliau dalam hadis telah tersebar luas yang membuatkan ramai
ulama’ tersohor yang ingin berguru dengan beliau, antaranya ialah Imam

3
Tarmizi, Ibn Khuzaimah, Ibn Jarud dan ramai lagi (Zohdi, Zulhilmi,
Robiatul & Norzulaili, 2018).

2.2.3 Sumbangan Beliau.

Imam Muslim telah memberi sumbangan yang amat besar kepada umat
Islam amnya dan dalam perkembangan ilmu hadis khususnya. Antara hasil
karya beliau ialah(Rosmawati, 2005):

i. Al-Sahih al-Musnad

ii. Al-Musnad al-Kabir

iii. Al-Illah

iv. Al-Tabaqat

2.3 Metodologi Penulisan Sahih Muslim

Penyusunan kitab ini, mengambil masa 15 tahun untuk mengkaji dan


menyaring 300,000 hadis yang dikumpul oleh beliau dan hanya mengambil 7275
hadis sahaja untuk dimasukkan dalam penulisan kitab beliau (Rosmawati, 2005).
Bagi menyiapkan kitab sahihnya, beliau meletakkan syarat dan menggunakan
metod tertentu. Berikut adalah metod penulisan Sahih Muslim iaitu:

2.3.1 Ketelitian Dalam Pemilihan Kriteria Perawi Hadis

Beliau hanya mengambil hadis-hadis yang disandarkan kepada


Rasulullah SAW sahaja. Kriteria perawi lebih spesifik dan mengikut
klasifikasi yang ditetapkan oleh beliau sebelum mengambil khabar
tersebut. Antaranya ialah (Firman, 2015):

4
i. Menampilkan perawi-perawi yang benar-benar selamat dan
bersih dari kecacatan dan lain-lain. Sentiasa istiqamah dan
bersikap profesional dalam mengutipa hadis serta tidak ekstrim
untuk menyalahi riwayat lain.

ii. Menyelidik dengan cermat riwayat yang diambil oleh perawi


dan memiliki kekuatan hafalan. Kredibiliti perawi haruslah
mempunyai kompetensi dalam bidang hadis seperi Yazid bin
Abi Ziyad.

iii. Berwaspada pada status riwayat yang tidak jelas seperti Abdul
Quddus Asy Syami.

2.3.2 Meriwayatkan Hadith Sahih Sahaja.

Syarat-syarat yang telah diletakkan oleh Imam Muslim dalam


menghasilkan karyanya ialah; perawi adil dan dhabit, perawi thiqah dan
memenuhi syarat mu’asirah, sanad bersambung (Rosmawati, 2005).

2.3.3 Kehebatan Imam Muslim dalam Teknik Penyusunanya

Menurut Firman, (2015) Imam Muslim seorang yang benar-benar


cermat dan teliti dalammemilih hadis mengikut urutan sanadnya satu
persatu. Berikut adalah ketelitian beliau dalam teknik penyusunan
kitabnya seperti berikut:

i. Beliau membezakan haddatsana dan akhbarana.

ii. Meneliti dan menetapkan perselisihan lafaz matan.

iii. Berhati-hati dalam meriwayatkan Shahifa Hamam bin


Munabbih dari Abu Hurairah.

5
iv. Ketekunan meneliti nasab seorang perawi yang tidak
disebut oleh gurunya.

3.0 KEDUDUKAN SAHIH MUSLIM DALAM MASYARAKAT NEGARA KITA

Sahih Muslim merupakan sebuah kitab yang agung dan dipelajari dari generasi ke
generasi. Dan tidak ketinggalan Malaysia termasuk juga Negara yang mempelajari kitab
ini. Dapat kita rumuskan bahawa Sahih Muslim merupakan kitab mendapat tempat dan
memiliki kedudukan.

3.1 Rujukan Paling Berautoriti Selepas al-Quran

Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa al-Quran dan as-Sunnah merupakan dua
sumber tersebut umat Islam seluruh dunia. Ini diperjelaskan lagi dengan hadis Nabi
SAW yang bermaksud: “Aku tinggalkan ditengah-tengah kalian dua perkara yang
tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dengan dua perkara tersebut iaitu
Kitab Allah (al-Quran dan Sunnah Nabi (Hadis)”. Allah juga menjelaskan dalam
Surah al-Nisa ayat 80 yang bermaksud: “ Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW
maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah”. Masyarakat di negara ini sangat
berpegang kepada dua perkara ini melalui pelaksaaan perintah dan ketaatan menjauhi
segala larangannya. Ianya dapat memperkukuhkan akidah daripada penyelewengan
dan anasir-anasir jahat yang cuba merosakkan iman. Seperti agenda golongan
antihadis dan orientalis yang menyesatkan.

3.2 Sahih Muslim Sebagai Pemangkin Kepada Pembinaan Hukum Fiqh

Tidak diragukan lagi bahawa Sahih Muslim sangat memberi manfaat dan sumber
kepada pembinaan hukum-hukum terutama dalam permasalahan fiqh di negara ini.
Ini kerana ianya merupakan sumber bagi menjelaskan apa yang samar dan lebih
terperinci daripada al-Quran. Contohnya, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah

6
Persekutuan banyak menggunakan sahih ini sebagai rujukan dalam mengisbatkan
sesuatu hukum semasa ataupun tahqiq masail. Ini bermakna, masyarakat sangat
memerlukan penjelasan sesuatu permasalahan dengan mengetahui sumber
mengeluaran sesuatu hukum.

3.3 Sumber Rujukan Sektor Pendidikan di Malaysia

Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang paling banyak menggunakan
sumber hadis terutama daripada Bukhari dan Muslim. Ini kerana hadis juga
merupakan rujukan yang paling berautoriti bagi menyediakan silibus kurikulum
terutama bagi sekolah-sekolah beraliran agama seperti Sekolah Rendah Agama
(SRA), Sekolah Menengah Agama (SMA) di seluruh Malaysia. Bagi bidang
pengkhususan dan lanjutan biasanya akan digunakan di Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) sebagai contoh Kursus Pengajian AL-Hadith (KPAH) yang
ditawarkan oleh Universiti Malaya (UM) (KPQS, 2019). Ini bermakna, penyediaan
modul, buku, silibus dan bahan rujukan akan berpandukan sumber hadis terutama
Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

3.4 Landasan Aktiviti dan Program Pengimarahan di Masjid dan Surau

Masjid bukan semata-mata berfungsi sebagai pusat ibadah sahaja malahan sebagai
institusi penyebaran ilmu pengetahuan, kesenian dan wadah penyatuan ummah.
Lazimnya, program pengimarahan masjid dan surau khususnya pengajian hadis
seperti syarah hadis, talaqqi kitab hadis bersanad dilaksanakan bagi memberi
kefahaman kepada masyarakat contohnya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam. (Azrin, 2016). Dalam pada itu, Program Kelas Takmir yang
dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh masjid dan
surau sangat mendapat sambutan kerana bersesuaian dengan semua lapisan masyarat
di Malaysia.

7
4.0 KESESUAIAN PENGAJIAN KITAB SAHIH MUSLIM DALAM KALANGAN
PELAJAR SEKOLAH RENDAH

4.1 Mendedahkan Sahih Muslim Sebagai Sumber Utama Hadis

Para pelajar perlu didedahkan dengan pengetahuan yang lebih baik


berhubung kitab Sahih Muslim adalah sumber utama hadis dan sumber
kedua selepas al-Quran. Sumber kedua ini sebagai penguat kepada
dalil-dalil al-Quran bagi pengisbatan sesuatu hukum dan sebagai pedoman
kepada seluruh umat Islam.

4.2 Memperkasa Pendidikan Awal Pelajar

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggunakan silibus


hadis daripada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim untuk semua mata
pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Ini bermakna pengajian ini
sangat bersesuaian dan sebagai pendidikan awal kepada pelajar sebelum
menerobos ke peringkat lebih tinggi. Contohnya, Sekolah Islam Darul Ehsan
(SIMDE) Subang Jaya menggunakan silibus secara khusus bagi mata
pelajaran hadis di sekolah.

4.3 Pemantapan Akidah dan Sahsiah Diri Pelajar

Dengan adanya pengajian kitab ini di sekolah rendah dapat membina jati diri
dan akidah yang mantap melalui istinbat hukum dan pengajaran daripada
hadis. Konsep membaca, mengulang dan mendengar sangat memberikan
kesan kepada sahsiah pelajar walaupun ianya secara umum. Secara tidak
langsung ianya akan diamalkan di mana-,mana pelajar tersebut itu berada.
Contohnya dalam buku teks Pendidikan Islam darjah 5 bab hadis,
menyentuh bab akhlak yang mengetengahkan Hadis Riwayat Muslim.

8
4.4 Cabaran Globalisasi Mendepani Isu Penyelewengan Hadis

Cadangan ini mengambil kira kemaslahatan yang sangat mendesak masa


kini berkaitan isu inkar hadis yang boleh membawa kepada penyelewengan.
Kewajaran kitab ini diajar di sekolah rendah amat digalakkan bagi
bimbingan awal kepada pelajar berhubung golongan antihadith dan
orientalis yang menyesatkan. Contohnya menurut Zaid, (2017) golongan
Quranis merupakan mirip kepada antihadith iaitu fahaman yang berpegang
hanya pada al-Quran.

5.0 ANALISIS ARTIKEL / LAPORAN AKHBAR BERKENAAN ISU


PENOLAKAN HADIS DI MALAYSIA

5.1 Artikal 1.

Tajuk: Gerakan Antihadith Moden: Kajian Terhadap Penyebaran


Pemikiran Melalui Internet.

Penulis: Ahmad Sanusi Azmi, Mohd Yusuf Ismail dan Zulhilmi


Mohamad Nor.

Jurnal Penyelidikan Islam Bil 24/2011

9
Pendahuluan bagi penjelasan artikel ini ialah penolakan hadis sebagai sumber
kedua hukum Islam yang dipelopori oleh Dr. Kassim Ahmad pada tahun 1985.
Beliau mencipta ketegangan ideology berkaitan penolakan hadis melalui buku
Hadis: Satu Penilaian Semula. Buku tersebut telah mencetuskan banyak
kontroversi dan menjadi titik tolak kepada gelombang kedua penyebaran fahaman
tersebut melalui lawan web beliau. Kebencian terhadap ulama’ hadis sangat
menebal dan dengan jelas mengelaskan Imam al-Bukhari sebagai ‘little satan’.

Artikel ini menyingkap beberapa perkara yang menjadi punca kepada kemunculan
gerakan ini iaitu:

i. Pengamatan berkaitan dengan kemunduran masyarakat Islam.


ii. Keraguan kepada sejarah penulisan hadith.
iii. Tiada dalil yang menyatakan kewajipan untuk berpegang kepada hadith.

Seterusnya artikel ini mendedahkan gelombang fasa kedua gerakan antihadith


moden bermula tahun 2000 tanpa sebarang gerakan yang khusus tetapi
penyebaran idea gerakan ini disebarkan melalui laman web peribadi. Justeru,
kesimpulan yang dapat dijelaskan pada fasa kedua ini mereka menggunakan
pentafsiran daripada al-Quran semata-mata bagi mengembangkan ideology untuk
disebarkan di laman web seperti berikut:

i. Kalimah syahadah hanya ciptaan orang munafik.


ii. Mentafsirkan kalimah solat sebagai suatu komitmen dan perbuatan yang
baik.
iii. Tiada dalil al-Quran yang mewajibkan orang Islam untuk menyembah
kaabah.
iv. Menolak definisi puasa sebagai menaham diri daripada makan dan
minum.
v. Ibadah haji dan umrah sebagai penyelidikan dan menyifatkan ibadah
tersebut tidak menguntungkan.

10
Hasil penelitian dan pencerahan daripada artikel ini, penyebaran dan
perkembangan gerakan moden ini adalah berpunca daripada beberapa perkara
antaranya ialah:

i. Gerakan ini telah dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang bercanggah


bagi mencetus perkembangan fikrah mereka yang menyeleweng.
ii. Menjadikan kecanggihan internet sebagai landasan terbaik untuk
menyampaikan dakyah mereka. Ini kerana, penulisan dan terbitan
melalui internet adalah tanpa batasan dan sukar dikawal.
iii. Idea dan pemikiran mereka menjurus kepada penolakan agama kerana
dengan jelas menolak amalan ibadah yang dilakukan oleh umat
Islam hari ini.

Kesimpulannya, masyarakat hari ini perlu memperkemaskan pemahaman


ilmu daripada terjerumus ke lembah penyelewengan dengan menjadikan al-Quran
dan as-Sunnah sebagai pegangan kukuh. Tidak mudah terpengaruh dengan agenda
antihadith yang menular di laman web atau media social serta sentiasa
berdampingan dengan ahli ilmu yang berautoriti bagi mendapatkan pencerahan
yang terperinci.

5.2 Artikel 2.

Tajuk: Analisis Pemahaman Golongan Antihadith di Malaysia


Terhadap Hadith.

Penulis: Rosni Wazir, Abdul Mukti Baharudin, Zaidul Amin Suffian


Ahmad, Mohd Norzi Nasir dan Nor Asyikin Hasan Adali.

Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

11
Kandungan artikel ini memberi gambaran sejarah kemunculan dan
perkembangan golongan antihadith merangkumi zaman lampau dan zaman
moden. Sejarah telah membuktikan bahawa golongan ini telah muncul sejak
zaman nabi SAW dan para sahabat lagi. Namum pada abad ke 2, golongan ini
mula datang secara berkumpulan yang menolak hadis yang bersifat bukan
mutawatir. Namum ketika itu dapat dipatahkan oleh Imam Syafie melalui
perdebatan. Seterusnya pada abad ke-11, yang dipelopori oleh golongan
oreintalis di Iraq serta keraguan yang ditimbulkan oleh penjajah barat bagi
menyekat kekuatan umat Islam ketika itu.

Artikel ini lebih menjurus kepada pemahaman dan penyebaran golongan


antihadith di Malaysia yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dan rakan-rakannya
seperti Othman Ali, Idris Abdul Rahman dan Abdul Manan Harun. Peringkat
awalnya, Kassim Ahmad telah menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM)
pada tahun 1995 bagi menyebarkan fahaman ini di media massa seterusnya
menubuhan Persatuan Falsafah Malaysia setelah kegagalan JAM. Kontroversi
demi kontroversi dicetuskan oleh Kassim Ahmad dengan penerbitan buku Hadis
Satu Penilaian Semula pada tahun 1986, seterusnya pada 1992 dengan penulisan
buku Hadis Jawapan Kepada Pengkritik. Antara penolakan Kassim Ahmad
terhadap hadis ialah:

i.Pembukuan kitab hadis sunan Sittah di antara 200 dengan 300 tahun
setelah kewafatan Nabi SAW.

ii. Mempertikaikan kenapa pembukuan tersebut tidak dilakukan pada


zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rashidin.

iii. Hadis hanya penimbulkan kepincangan politik, asobiah, anti


intelektual dan sebagainya.

Dapat disimpulkan bahawa golongan ini membawa fahaman terhadap


perincian hadis antaranya ialah:

12
i. Hadis bukan untuk mentafsir al-Quran;

ii. Hadis bukan sumber perundangan Islam.

iii. Hadis diragui kesahihannya.

iv. Imam Syafie adalah pencipta ajaran.

5.3 Laporan 3

Tajuk: Bahaya Pemikiran Golongan Antihadith

Penulis: Izwan Mohd Ali

Kandungan laporan ini mendedahkan gerakan atau musuh-musuh Islam


yang dengan sengaja melakukan provokasi dan serangan terhadap pemikiran
umat Islam dengan melakukan penyebaran ideologi-ideologi berteraskan
falsafah sekularisme, liberalisme dan sebagainya. Namum begitu, dua

13
golongan utama yang digariskan oleh penulis adalah gerakan antihadith dan
ideologi oreintalis.

Penulis menerangkan bahawa ulama’ telah bersepakat hadis adalah sumber


kedua terpenting dalam syariat Islam selepas al-Quran. Ini bertepatan dengan
fungsi hadis sebagai pentafsir al-Quran. Contohnya hadis menjelaskan segala
pergerakan dan bacaan dalam sembahyang untuk kita lakukan dengan sempurna.
Dalam pada itu, penulis telah mengklasifikasikan golongan yang mempertikai
dan menolak hadis ini kepada tiga (3) kategori iaitu:

i. Golongan yang mempunyai matlamat untuk menghancurkan Islam.

ii. Golongan yang mengikuti atau berpegang pada al-Quran sahaja.

iii. Golongan yang menerima hadis tertentu dan meninggalkan


sebahagian yang lain dan logik akal semata-mata.

Menurut penulis, golongan orientalis mengenengahkan idea-idea bersifat


rasional dan mengenepikan pandangan ulama’-ulama’ yang menggunakan kajian
berunsurkan Islam. Ianya dipelopori oleh Ignaz Goldzieher dan salah orang
pengikutnya Josept Schacht yang berobjektifkan menimbulkan kesangsian
terhadap kebenaran hadis dan mendakwa hadis adalah rekaan orang
terkemudian.

Analisis penulis terhadap golongan antihadith di Malaysia bernaung


dibawah Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) yang dipelopori oleh Kassim
Ahmad. Ringkasan terhadap ajaran yang dibawa adalah seperti berikut:

i. Mendakwa hanya lafaz syahadah pertama sahaja yang diterima pakai.

ii. Rambut wanita adalah bukan aurat.

iii. Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran dan akal sahaja tanpa merujuk
kepada hadis.

iv. Tidak mengikhtiraf hukum hudud.

14
v. Menganggap umat Islam sangat mengagungkan Rasulullah SAW dengan
selawat.

vi. Hari kiamat bukanlah hari pembalasan seperti mana yang difahami tetapi
hanya suatu evolusi pada dunia.

Kesimpulannya, penulis menggesa supaya pihak berkuasa mengambil


pendekatan yang serius dengan menjalankan pemantauan berkala bagi
menghalang penyebaran gerakan ini. Selain itu, kerjasama semua pihak amat
diperlukan bagi memastikan tidak menyimpang dari akidah Ahlus Sunnah Wal
Jamaah. Ini kerana, al-Quran dan hadis adalah dua pegangan umat Islam yang
tidak boleh disanggah dan wajib untuk dilaksanakan.

5.4 Keratan Akhbar Utusan Online, Tarikh 22 November 2016.

Tajuk: Waspada Terhadap Gerakan Antihadis

Tugasan ini menyingkap pemahaman keratan akhbar utusan online ini


berhubung kewaspadaan umat Islam khususnya di negara ini terhadap gerakan
antihadith yang semakin berleluasa. Golongan ini mempertahankan fahaman
bahawa al-Quran adalah sumber yang paling lengkap dan tidak perlu merujuk
kepada sumber lain. Dalam erti kata lain, menyeru umat Islam untuk tidak
mentaati pegangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW sepenuhnya.

Mutakhir ini, golongan antihadith semakin aktif untuk menyebarkan


ideologi mereka dalam penertiban, artikel dan laman-laman web. Apa yang
menyedihkan lagi, ada sebahagian umat Islam yang menyambut baik ideologi
mereka seperti golongan terpelajar, profesional, pensyarah dan sebagainya.
Sudah tiba masanya umat Islam memperkukuhkan akidah dan berwaspada
dengan anasir-anasir jahat yang boleh menyebabkan penyelewengan akidah.
Dengan jelas al-Quran telah menyatakan berdasarkan Ayat 31, Surah al-Imran

15
bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pembawa berita gembira dan memberi
peringatan kepada mereka yang ingkar namum masih ramai yang tidak
mengetahui hakikat tersebut. Hukum bagi mereka yang menolak hadis boleh
terkeluar daripada Islam.

Apa yang dapat disimpulkan pada bahagian ini, semua analisis artikel dan
laporan akhbar di atas telah difatwakan bercanggah dengan ajaran Islam melalui
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2017-1438H yang
bersidang pada 27 September 2017 bersamaan 7 Muharram 1439H telah
bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa
Kebangsaan berkenaan Fatwa terhadap Golongan AntiHadith dengan
sighah seperti berikut :

(1) Kefahaman dan pengajaran menolak hadis adalah bercanggah dengan


syariat Islam;

(2) Buku-buku seperti ini atau seumpamanya;

(a) buku-

(i) “Hadis Satu Penilaian Semula”; dan

(ii) “Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”, yang ditulis oleh Kassim


Ahmad;

(b) buku-

(i) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu” dan

(ii) Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman

(c) buku- “Bacaan” yang ditulis oleh Othman Ali,

(d) buku- “The Computer Speaks-God’s Message to The World” yang


ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa; dan

(e) risalah “Iqra” terbitan Jemaah al-Quran Malaysia.


16
6.0 Kesimpulan

Imam Muslim seroang sarjana yang begitu unggul selain mempunyai keperibadian
yang sangat hebat dan integriti dalam penyusunan hadis. Banyak contoh-contoh yang ada
pada diri beliau yang boleh dijadikan ikutan dalam membina kopentensi jati diri muslim
sejati.

Antara jasa perkongsian ilmu sepanjang zaman beliau adalah menulis kitab Sahih
Muslim, yang menghimpunkan pelbagai kaedah dan ilmu seiring dengan kehendak
semasa dan penyelesaian setiap permasalahan khususnya di Malaysia. Ini menjadikan
Sahih Muslim sebagai sumber kedua selepas Sahih Bukhari yang banyak membantu dari
segi perkembangan ilmu di nusantara ini.

Semoga pengajian kitab Sahih Muslim akan menjadi silibus pembelajaran di


sekolah-sekolah masa kini dan akan datang sebagai pemangkin keilmuan Islam.
Pendedahan yang cukup ampuh dalam membina sahsiah diri untuk membentingi iman

17
daripada golongan-golongan musuh Islam dan fahaman-fahaman inkar hadis yang
semakin rancak menular.

(PATAH PERKATAAN: 2995)

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Anonymous. (2016, November 26) Waspada Terhadap Golongan Antihadith: Utusan


Online. Dicapai dari
https://www.utusan.com.my/mega/agama/waspada-gerakan-puak-antihadis-1.410722

18
Azmi Budi. (2016). Keberkesanan Kelas Takmir Dalam Pengajian Hadis Di Masjid
Daerah Melaka Tengah: Pendekatan Dan Penambahbaikan. Jurnal ‘Ulwan: Jilid 1
2016: Kolej Universiti Islam Selangor.

Dr. Rosmawati Ali@ Mat Zin & Dr. Ab. Latif Muda. (2014). Pengantar Usul Al-Hadith
(Edisi Pertama 2014). Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Dr. Rosmawati Ali@ Mat Zin. (2005). Pengantar Ulum Hadis (Edisi11 2006). Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.

Firman Sholihin. (2015). Biografi Intelektual Imam Muslim Dan Kitab Sahihnya. Garud:
Ciawitali

Ilham Bahakamah, et.al (2013). Tafsir Al-Quran Muhaimin (2013). Puchong: Dar
Hakamah.

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (2019). Fatwa Terhadap Golongan Antihadis.
Dicapat dari
https://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesy
uarat-fatwa/999-fatwa-terhadap-golongan-anti-hadith

Kpqs. (2019). Kursus Pengajian Hadis: Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.
Dicapai http://spaq-apium.com/index.php/sijil-pengajian-al-hadith-spah/

Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, (2019) Tahqiq Masail Siri 5:
Hukum Solat Jumaat Sekiranya Bertembung Dengan Solat Hari Raya. Dicapai cari
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tahqiq-al-masail/678-tahqiq-al-masa-il-siri-ke-5-h
ukum-solat-jumaat-jika-bertembung-dengan-hari-raya

Mohd Zohdi Mohd Amin, Zulhilmi Mohamed Nor, Robiatul Adawiyah Mohd@Amat &
Norzulaili Mohd Ghazali. (2018). ADSA2203 Kajian Teks Hadith Bukhari Dan
Muslim 1 (Edisi Pertama, April 2018). Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Mustafa ‘Abdul Rahman. (2016). Hadith 40 : Terjemahan Dan Syarahnya (2016).


Petaling Jaya: Pustaka Fajar.

19
Prof Dr Sha’ari Abd Hamid, Prof Madya Raijah Rahim, Rames Prasath Mahatam Rai &
Rosnida Abu Bakar. (2017). MPU2312 Kesihatan dan Kesejahteraan 1 (Cetakan
Pertama 2017) Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Zaid Z Rashid (2017,Januari 28). Quranis: Antihadis Alaf Baru. Ismaweb. Dicapai dari
https://www.ismaweb.net/2017/01/28/quranis-antihadis-alaf-baru/

20

You might also like