Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

AYAM YUMM SDN BHD (AYSB)

MINIT MESYUARAT (NO. 1)


MESYUARAT PENUBUHAN TERNAKAN AYAM SECARA BERSEPADU

Tarikh & Masa: Khamis, 3rd Mei 2021 dari 5.15 petang sehingga 6.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Ayam Putih Sdn Bhd

No. Nama

1 Mohamad Hamka (Perancang)

2 Mohamad Hakim bin Mohd Rais (Perunding Pemasaran)

3 Lutfan bin Deraman (Promosi Pengeluaran)

4 Mr Burger (Kewangan / Perakaunan)

5 Che Ab.Karim bIn Awang (Konsultan)

6 Peguam (Perudangan)

7 Kebersihan dan Kesihatan

Disediakan oleh: Che Ab.Karim bIn Awang (Konsultan)

Page 1 of 7
PENGENALAN ORGANISASI

1.0 Matlamat Menyatukan, memudahcara, memupuk, mengkoordinasikan,


mengimarah dan meningkatkan penjanaan ekonomi umat
islam, patuh syariah dan mesra alam dalam mencari keredhaan
Ilahi dan mengagongkan Pencipta yg Maha Esa.

2.0 Visi Menjadi badan pelopor janaan ekonomi, patuh syariah umat
islam dan inovasi mesra alam yang membantu syiar Islam
secara meningkatkan ekonomi yang mementingkan
kemaslihatan ummah, makhluk dan alam sekitar.

3.0 Misi Bergerak dalam satu pasukan berteraskan patuh syariah dalam
bidang ternakan ayam inovasi secara bersepadu yang
membina insan yang bersahsiah murni dalam semua urusan
kepada para pengguna berlandaskan syariah Islam yang
mencipta, mengguna dan menghargai produk mesra alam.

4.0 Strategi 1. Bidang Ekonomi dan Kewangan


2. Marketing dan Jualan
3. Pendidikan
4. Peneraju dan pemain industri
5. Pengurusan Projek

5.0 Hala Tuju Menjadi badan penggerak janaan ekonomi patuh syariah yang
membina hubungan dan berkerjasama dengan pelbagai pihak
yang menjalankan ternakan ayam termaju untuk diperkenalkan
kepada rakyat Malaysia. Dalam masa yang sama
menggalakkan penggunaan pengeluaran tempatan di kalangan
rakyat Malaysia untuk tujuan meningkatkan ekonomi dan
memudahkan proses kerja serta pembelajaran ilmu niaga
secara maya dan fizikal secara bersama demi Agama, Bangsa
dan Negara..

Page 2 of 7
No Perkara yang Dibincangkan Tindakan
.

1.0 PEMBUKAAN OLEH PENGERUSI MAJLIS

Pengerusi mengalu-alukan para hadirin ke MESYUARAT PENUBUHAN


Untuk
KONSORTIUM AYAM YUMM SDN BHD (AYSB) secara santai kea rah yang Makluman
lebih menjurus menjayakan satu lapangan perniagaan yang bertaraf global.
(Santai Meeting).

Page 3 of 7
2.0 AGENDA

1. Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik En Che Ab. Karim Bin Awang Untuk
sebagai konsultan, Encik Mohd Hakim Bin Mohd Rais sebagai Pemasaran Makluman
Produk. Tujuan untuk menzahirkan satu bidang perniagaan ayam secara
global dan bersepadu.
Untuk
2. Perbincangan focus kepada tatacara penubuhan dan tatacara untuk Makluman
urusan pengembangan perniagaan ayam secara bersepadu.
Bendahari
3. Pengerusi memaklumkan bahawa bilangan yang sesuai ialah seramai 7
orang bagi menjayakan projek yang dimaksudkan. Setiap orang
memainkan peranan masing-masing sebagai asas untuk menjayakan
projek ternakan ayam Yum secara global. Tugasan yang ditentukan
seperti Peguam, Perakaunan, Pemasaran Produk, Konsultan, Bendahari
Pengiklanan, Kebersihan & Kesihatan dan Pengurusan.

4. Sumber kewangan yang dipoerlukan untuk menjayakan projek ini


sebanyak RM7.5 juta sebagai permulaan dengan anggaran 500,000 ekor
ayam . Setiausaha
Setiap ahli
5. Semasa syarikat ini telah pun ada dalam tangan ialah 98,000 ekor ayam mesti
dalam satu pusingan. mendaftar

6. Pengerusi cadangkan satu mesyuarat khas akan di adakan pada 10 Jun


2021 (Khamis). Jam 5.00 petang di Pejabat Ayam Putih Sdn Bhd., bagi
menrealisasikan projek yang dirancangkan. Untuk
Makluman
7. Pengerusi sarankan supaya masukkan Lutfan Bin Deraman dan Mr.
Burger untuk turut sama semasa perbincangan yang akan diadakan kelak.

8. Pengerusi sarankan supaya ada orang yang berpengaruh atau peringkat Untuk
umur suipaya ianya sesuai untuk dimasukkan dalam face book supaya Makluman
Nampak lebih gah dan tarikan untuk mendapat minat daripada luar.
Tujuan ialah untuk mendapatkan para pelabur dalam bidang ternakan
ayam. Untuk
Makluman
9. Pengerusi sarankan daftar syarikat baru dengan membuat percambahan
fikiran mengenai nama syarikat yang sesuai seperti Penternak Ayam
Pantai Timur Sdn Bhd, Ayam Yumm Sdn Bhd dan nama lain yang mudah
supaya mudah dibuat segala urusan berkaitan ayam.

10. Pengerusi kurang berminat dengan kaedah pelaburan kerana segala


tatacara proses ternakan ayam dibawa keluar olehg pihak pelabur dengan
cara membiarkan sumbangan awal daripada pihak beliau.

11. Urusan pendaftaran syarikat akan diputuskan setelah mesyuarat kedua


pada 10 Jun 2021 (Khamis) bagi tujuan pendaftaran.

12. Pengerusi mencadangkan agar setiap ahli boleh memainkan peranan


masing-masing untuyk majukan projek ternakan ayam.

Page 4 of 7
3.0 PENUTUP

Mesyuarat penubuhan ditamatkan pada 6:30 petang dengan ucapan terima


kasih kepada semua hadirin yang hadir. Mesyuarat seterusnya pada 10 Jun Untuk
2021 (Khamis) Jam 5.00 petang. Makluman

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

…………………………………. ………………………………
Che Ab. Karim Bin Awang Mohamad Hamka
Setiausaha Ayam Yum Sdn Bhd Presiden Ayam Yum Sdn Bhd
Tarikh: 2 Jun 2021 Tarikh: 2 Jun 2021

PENTERNAKAN AYAM SECARA KOMERSIL


Usia bukan penghalang bagi mencapai kejayaan, itulah pegangan hidup Encik Mohd Amran bin Abu

Saman yang tekun mengusahakan projek ternakan ayam di Kampung Damai, Kuang, Selangor meskipun

usianya telah menjangkau 60 tahun. Beliau yang mempunyai lima orang cahayamata pernah berkhidmat di

Jabatan Ukur selama 13 tahun sebelum menceburkan diri dalam bidang ternakan ini. Pada mulanya, beliau

mengusahakannya secara kecil-kecilan tetapi memandangkan permintaan ke atas bekalan daging ayam

tidak mencukupi, akhirnya beliau mengambil risiko dengan memberanikan diri membuat pinjaman

berjumlah RM75,000 pada bulan November 2000 lalu dari cawangan Sungai Buloh. Beliau menyatakan

hasrat untuk menghasilkan kira-kira 30,000 ayam dalam masa seminggu. Untuk ini beliau harus

mempunyai 27 buah kandang, yang mana kelulusan bagi pinjaman tambahan sebanyak RM3juta yang

dirancangkan adalah diharapkan.

Beliau merupakan penternak ayam yang pertama mengamalkan ternakan secara ‟close concept‟ yang

diperkenalkan oleh seorang rakan dari negara jiran, Thailand. Ayam-ayam ini diternak di dalam kandang

dengan menggunakan teknologi kitaran udara melalui system semburan air. Kandang ini diperbuat dari

papan dan atapnya dari PE plastik. Kandang ini dilengkapi dengan penapis udara yang menggunakan kuasa

Page 5 of 7
kuda bagi tujuan menyedut haba panas dan berbau seterusnya menghasilkan haba yang sejuk. Ia juga

dilengkapi dengan „sprayer‟ di mana ia berfungsi menyembur air ke atas „netting‟, pada masa yang sama

kipas sentiasa berpusing supaya udara ditapis oleh penapis untuk menyekat habuk, dengan cara ini ayam

akan mendapat lebih gas oksigen. Penyemburan ini berlaku setiap 15 minit. Bahagian lantai kandang pula

dipenuhi dengan dedak bagi membolehkan anak-anak ayam ini mendapatkan bekalan makanan yang

mencukupi.

Anak-anak ayam yang berusia 1 hingga 10 hari ditempatkan di tingkat atas. Bagi kandang ayam yang

berusia 1 hingga 10 hari, ia dilengkapi dengan „brooder‟ iaitu sejenis gas silinder yang digunakan untuk

memanaskan anak-anak ayam pada waktu malam. Ia akan digunakan selama 5 hari. Anak-anak ayam yang

berusia 10 hingga 42 hari akan dipindahkan ke tingkat bawah. Tambah beliau lagi, dua perkara yang

penting dalam penternakan ayam ini ialah air dan elektrik. Penggunaan air amat perlu kerana tanpa air

ayam-ayam tersebut boleh mati dan penggunaan elektrik adalah untuk menjana kuasa mesin-mesin seperti

„blower‟, „sprinkler‟ dan „brooder‟. Encik Mohd Amran mendapat bekalan anak ayam jenis „broiler‟ (ayam

daging) dari CP (Charoen Porkpand) dengan harga 5 sen seekor.

Ayam-ayam ini diberi vitamin dan antibiotik bagi memastikan ianya sihat dan tidak berpenyakit. Setiap

hari pada tiga minggu pertama vaksin akan dicampur ke dalam air minum yang disalurkan dalam

„sprinkler‟. Ianya merupakan langkah awal bagi mengelakkan serangan penyakit bermusim yang ditakuti

iaitu „New Castle Disease‟ atau dikenali sebagai sampah ayam. Apabila ini cukup besar saiznya yakni 42

hari, ayam-ayam tersebut akan dihantar kepada pihak Charoen Porkpand dengan perjanjian kontrak untuk

tujuan pemasaran.

Tempoh seminggu diperlukan bagi tujuan membersihkan kandang dan memasukkan anak-anak ayam yang

baru. Proses pembersihan ini termasuk membuang segala dedak dan tahu ayam yang sedia ada. Lazimnya,

pada hari ke 42 saki baki najis ayam akan mula berulat, tetapi dengan teknologi yang digunakan, kira-kira

80% daripadanya akan menjadi kering dan dijadikan baja. Baja tahi ayam ini pula akan dijual pada harga

RM4.00 setiap bag.

Setakat ini Encik Amran mempunyai 3 kandang yang mampu menempatkan kira-kira 60,000 hingga

80,000 ekor ayam. Menurut beliau, penjagaan rapi anak-anak ayam ini amat penting bagi mengekalkan

kesihatan serta menghasilkan ayam yang bermutu.

Page 6 of 7
Ditanya apakah benar kerja menternak ayam ini susah, jelas Encik Amran “ ..bela ayam ni mesti ada

penglibatan yang padu, setidak-tidaknya, seorang pengusaha boleh membuat 3 kandang sebagai

permulaan…” . Beliau yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga sanggup memberi tunjuk ajar

bagi sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dalam ternakan ayam secara komersial.

Apa ditunggu lagi, mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam ternakan seperti ini bolehlah

mendapatkan keterangan lanjut dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Pertanian yang terdekat.

Sumber : Buletin Patriot, Bank Pertanian Malaysia.

Ayam Manis
Ayam Mesra
Penternakan Ayam Kelantan Abadi/ Asal/Asasi
Ayam Yam
Ayam Yummmm
Ayam Yami
Ayam Yummy
Yummy Ayam

Page 7 of 7

You might also like