Program Muridku Sayang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUAI SATU

98150, BEKENU
YBA 4414

KERTAS KERJA
“ MURIDKU SAYANG”

TEMPOH PELAKSANAAN :
8 November 2021 hingga 10 Disember 2021

ANJURAN :

Jawatankuasa SPDPR SK Suai 1 dengan kerjasama Persatuan ibu bapa dan guru
(PIBG) SK Suai 1.
1.0 PENDAHULUAN

Pada umumnya, penutupan sekolah pada tahun ini bermula 17 Mei 2021 telah memberikan
impak yang besar kepada guru dan murid dalam menghadapi suasana baru dalam sistem
pendidikan. Berlaku banyak perubahan dalam bentuk gerak kerja, aktiviti dan kaedah yang
dulu dapat dilaksanakan dalam keadaan bersemuka, tetapi kini dalam talian.
Waktu persekolahan secara bersemuka begitu singkat pada tahun 2021, iaitu 20 Januari
hingga 7 Mei 2021 telah dapat guru membimbing murid dengan baik dalam aspek
pembelajaran dan kokurikulum. Bagi meneruskan bimbingan, guru mahu tidak mahu
menggunakan kaedah secara dalam talian sama ada dalam pembelajaran dan aktiviti
kokurikulum.

Kaedah dalam talian sebenarnya telah memberi impak kepada penglibatan aktif
murid dalam PdPR. Ini merupakan satu cabaran kepada guru-guru untuk membimbing
murid. Ada murid yang tidak memberi sebarang respon kepada bahan atau tugasan yang
diberikan oleh guru secara dalam talian kerana ada masalah capaian internet. Justeru itu,
satu program akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa SPdPR dengan kerjasama pihak PIBG
sekolah dengan memberikan modul PdPR terus ke rumah murid agar semua murid yang
mengalami masalah capaian internet dan yang tidak dapat dihubungi dapat melakukan
tugasan.

2.0 MATLAMAT

1. Meningkatkan penglibatan murid yang mempunyai masalah semasa PdPR.

2. Memastikan tiada murid yang tercicir sepanjang PdPR dijalankan.

3.0 TEMPOH PELAKSANAAN

8 November 2021 hingga 10 Disember 2021

4.0 SASARAN

Murid yang tidak dapat dihubungi dan mempunyai masalah capaian internet.
5.0 KAEDAH PROGRAM

Dalam program ini, terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menghantar modul
atau tugasan PdPR kepada murid :

1. Bagi murid yang tinggal di rumah panjang, wakil PIBG sekolah dan pihak
jawatankuasa SPdPR sekolah akan berikan tugasan dan modul PdPR kepada
wakil rumah panjang iaitu tuai rumah.
2. Bagi murid yang tinggal di ladang, wakil PIBG sekolah dan pihak jawatankuasa
SPdPR sekolah akan menghantar tugasan dan modul PdPR di pondok sekuriti
ladang-ladang yang berkenaan. Murid-murid sendiri akan mengambil tugasan
dan modul di pondok sekuriti.
6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MURIDKU SAYANG 2021

PENASIHAT
GURU BESAR
Encik Taib Anak Akyo
PENGERUSI
PENOLONG KANAN KURIKULUM
Puan Christine Anak James

TIMBALAN PENGERUSI 1 TIMBALAN PENGERUSI 2


PENOLONG KANAN HEM PENOLONG KANAN
Encik Kamaludin Bin Zainal Encik Michael Anak Lapek

GURU PENYELARAS MURIDKU SAYANG


Encik Amanuddin Asyraf Bin Abdul Hai

SETIAUSAHA
Puan Arebina Anak Ronald Rundu

AHLI JAWATANKUASA
Guru-guru dan wakil PIBG sekolah
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat : Encik Taib Anak Akyo

Pengerusi : Puan Christine Anak James

Naib Pengerusi 1 : Encik Kamaludin Bin Zainal

Naib Pengerusi 2 : Encik Michael Anak Lapek

Penyelaras : Encik Mohd Amanuddin Asyraf Bin Abdul Hai

Setiausaha : Puan Arebina Anak Ronald Rundu

Penetapan tempat : En. Ismawi Bin Ahmad Imbing

: En. Stanley Anak Deri

: Pn. Rosita Anak Jackson

: Cik Nurzakiyah Binti Ajun

: Cik Nurul Afida Binti Kamar

: Wakil PIBG

Dokumentasi : Puan Siti Falynaa Binti Yohanis

: Cik Stansia Medgelina

: Puan Sophie Chan

: Puan Siti Falynaa Binti Yohanis

Fotografi : Encik Abdul Azim Bin Hussain

: Cik Nur Diyana Binti Ahmad Faizel

: Cik Syarifah Sakinah

: Puan Rosliza Linda

: Puan Nurul Natasha Binti Amran

: Wakil PIBG
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Fail Kertas 50 x RM2.00 RM100.00


JUMLAH RM100.00

Peruntukan Kewangan :

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Suai 1.

9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, diharapkan agar program muridku sayang ini dapat berjalan dengan lancar
dan baik. Dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk
mengelakkan murid cicir di sekolah ini. Semoga semua pihak daripada pihak sekolah
sehingga pihak PIBG, tuai rumah dan ladang dapat memberikan kerjasama bagi
menjayakan program muridku sayang ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________ _________________

(Amanuddin Asyraf Bin Abdul Hai) (Kamaludin Bin Zainal)

Penyelaras Program Muridku Sayang, Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid

SK Suai 1, Subis. SK Suai 1, Subis.

Disahkan oleh :

_________________

(Taib Anak Akyo)

Guru Besar,
SK Suai 1, Subis.

You might also like