Minit Mesyuarat Kwamp Tahun 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN MURID LAYAK KWAMP TAHUN 2020

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPANG,


35900 TANJUNG MALIM, HULU SELANGOR, SELANGOR.

Tarikh : 10 JanuarI 2020


Hari : Jumaat
Masa : 1.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Agenda :
1. Kata-kata aluan Pengerusi
2. Hal-hal Profesionalisme
3. Hal-hal lain
4. Penutup

Kehadiran :
Puan Muthumani a/p Ayakanu Chettiar (Guru Besar)
En. Subramanian a/l Muniandy (GPK 1)
En. Velan a/l Subpramaniam (GPK Hal Ehwal Murid)
En. Gunasilan a/l Punniakodi ( GPK Kokurikulum )

AJK :
1 Puan Uma Devi a/p Celapa
2 Encik Maheskumaran a/l Krishnan
3 Encik Ramanathan a/l Annamalai
4 Puan Hema Mageswary a/p Vijiyan
5 Puan Nurul Azlina
6 Encik Segaran a/l Sinnathamby
7 Puan Norazua Binti Abdul Aziz

1. Kata-kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memberitahu tentang Kerajaan Malaysia telah meluluskan
pemberian KWAMP kepada murid miskin Tahun 1 hingga tahun 6 yang
berpendapatan isi rumah sebanyak RM960.00 dan ke bawah dan Perkapita
RM244.00 dan ke bawah. Manakala murid Miskin Tegar perlu berpendapatan
isi rumah sebanyak RM604 dan ke bawah dan Perkapita RM 151.00 dan ke
bawah.

1
1.2 Pelaksanaan KWAMP bagi tahun ini diteruskan bertujuan meringankan
beban ibu bapa.
1.3 Pengerusi juga memaklumkan tentang kriteria-kriteria kelayakan bantuan
termasuklah murid mesti warganegara Malaysia, dan bagi murid yang bukan
warganegara, salah seorang ibu/bapa/penjaga mestilah warganegara
Malaysia serta bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan
sahaja.
Tindakan: Untuk makluman
2. Hal-hal Profesionalisme
2.1 Pemilihan murid yang layak menerima bantuan dibincangkan berdasarkan
maklumat murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
2.2 Setiap guru kelas mengenalpasti murid yang ibu bapa layak untuk menerima
bantuan tersebut.
2.3 Jawatan Kuasa Bantuan KWAMP memutuskan bahawa murid yang layak
bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 adalah seramai 32 orang.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

3. Perkara-perkara lain
5.1 Bantuan KWAMP ini akan diserah secepat mungkin.

Tindakan : Untuk makluman dan tindakan

4. Penutup
GB mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap agar
semua guru berhati-hati dalam mengenalpasti murid yang layak menerima
bantuan agar tidak berlaku kesilapan yang tidak diingini.
Beliau turut berharap agar pelaksanaan bantuan ini akan berjalan lancar
tanpa mempunyai sebarang masalah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

_____________________________________
(Velan a/p Subpramaniam )
GPK Hal Ehwal Murid,
SJKT Ladang Kalumpang

2
Disemak oleh.

_____________________________________
(En.Subramanian a/l Muniandy)
GPK Pentadbiran,
SJKT Ladang Kalumpang

Disahkan oleh,

______________________
(Pn. Muthumani a/p Ayakanu Chettiar)
Guru Besar,
SJKT Ladang Kalumpang

You might also like