Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 26

KOD KURSUS

GGGE1153
SEMESTER 2 SESI 2021/2022

NAMA KURSUS
KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH
PROF. MADYA DR. FARIZA KHALID

TAJUK
KAJIAN CABARAN BELAJAR DALAM TALIAN DI KALANGAN PELAJAR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

NAMA KUMPULAN :
KUMPULAN 5

AHLI KUMPULAN :
AIMAN AFIF BIN JAMALUDIN (A190566)
LUCY BINTI ABDUL RAJIT (A190455)
ELIZABETH DIBAR ANAK BANGAU (A190434)
NUR SYASYA LIYANA BINTI ISMAIL (A190445)

1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ................................................................................................................... 4
2.0 PERNYATAAN MASALAH ................................................................................................... 5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN ............................................................................................................... 5
4.0 METODOLOGI KAJIAN ....................................................................................................... 6
4.1 REKA BENTUK KAJIAN............................................................................................................ 6
4.2 SAMPEL KAJIAN ..................................................................................................................... 6
4.3 CARA PENGUMPULAN DATA ................................................................................................. 6
4.3.1 DATA PRIMER ................................................................................................................ 6
4.3.2 DATA SEKUNDER ........................................................................................................... 7
4.4 TEKNIK PENGANALISAN DATA ............................................................................................... 7
5.0 DAPATAN KAJIAN.............................................................................................................. 9
5.1. DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN DEMOGRAFI RESPONDEN ................................................ 9
5.2. DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN OBJEKTIF ........................................................................ 11
5.2.1. OBJEKTIF 1 ................................................................................................................... 11
5.2.2. OBJEKTIF 2 ................................................................................................................... 14
5.2.3. OBJEKTIF 3 ................................................................................................................... 17
6.0 PERBINCANGAN .............................................................................................................. 20
6.1 Mengkaji Tahap Keberkesanan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kalangan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)........................................................................................... 20
6.2 Membincangkan cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)........................................................................................... 21
6.3 Membincangkan langkah-langkah pembelajaran atas talian yang efektif dalam kalangan
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ............................................................................... 22
7.0 RUMUSAN ...................................................................................................................... 24
8.0 RUJUKAN ........................................................................................................................ 25

2
ABSTRAK

Pembelajaran atas talian atau lebih dikenali sebagai sebagai Pengajaran dan Pembelajaran di
rumah (PdPR) merupakan salah satu medium pembelajaran pada era pandemik Covid-19.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran atas talian dalam
kalangan pelajar IPT, membincangkan cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam
kalangan pelajar IPT dan untuk mengenalpasti langkah-langkah pembelajaran atas talian yang
efektif dalam kalangan pelajar IPT. Responden yang dipilih untuk menjalankan kaedah soal
selidik adalah sebanyak 30 responden yang merupakan mahasiswi dan mahasiswa dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kaedah kajian ini adalah berbentuk tinjauan melalui
borang soal selidik yang dibuat melalui “google form” dan link pautan tersebut disebarkan
secara atas talian melalui media sosial seperti Whatsapp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
Data yang dikumpul dianalisis menggunakan analisis dari “google form” itu sendiri . Hasil
analisis mendapati bahawa item soalan nombor 3 iaitu “saya boleh menghadiri kelas pada masa
yang tepat semasa belajar atas talian” di bahagian A menunjukkan tahap keberkesanan
pembelajaran atas talian yang paling tinggi dengan nilai minnya 4.23 berbanding daripada item
soalan yang lain. Item soalan bagi bahagian B yang mencatatkan nilai skor min yang paling
tinggi ialah item “persekitaran pembelajaran yang kondusif” telah menunjukkan tahap cabaran
pembelajaran atas talian dengan nilai min 3.90 manakala bahagian C menunjukkan langkah-
langkah pembelajaran atas talian mencatatkan nilai skor min yang paling tinggi ialah item
“menyediakan persekitaran belajar yang selesa” dengan min 4.56. Kesimpulannya, memang
tidak dinafikan lagi bahawa pembelajaran secara atas talian dapat memberikan kebaikan dan
cabaran kepada para pelajar terutamanya bagi mahasiswa dan mahasiswi pada peringkat IPT.

Kata kunci : Pembelajaran Dalam Talian, Cabaran Pembelajaran, Langkah-langkah


Mengatasi Pembelajaran Dalam Talian.

3
1.0 PENGENALAN
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bukanlah perkara asing dalam kalangan
masyarakat. PdP telah menjadi satu perkara yang lazim dan wajib dilaksanakan di mana-mana
tempat termasuklah Malaysia. Proses menuntut ilmu telah berlaku secara bertatap muka dengan
guru atau pensyarah sejak dahulu kala. Namun, pada Mac 2020, berlaku penularan wabak
Covid-19. Perkara ini telah menjejaskan ekonomi, pembangunan dan kemajuan negara. Proses
menuntut ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia telah terganggu dan terpaksa dihentikan buat
seketika kerana Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula
pada 18 Mac 2020. Situasi ini telah membawa beberapa perubahan kepada landskap kehidupan
rakyat Malaysia terutama sekali dalam bidang pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran di
Malaysia terpaksa dijalankan atas talian. Dalam konteks ini, beberapa aplikasi dijadikan
sebagai medium PdP antaranya Zoom Meeting, Google Meet, Google Classroom, Webex,
Microsoft Teams dan banyak lagi. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti apakah tahap
keberkesanan, cabaran-cabaran dan langkah-langkah pembelajaran atas talian dalam kalangan
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beberapa kajian seperti kajian persepsi
pelajar terhadap PdP atas talian dan kesediaan pelajar terhadap norma baharu telah dilakukan,
namun kajian terhadap isu belajar atas talian dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia belum pernah dijalankan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk melihat dan
mengenalpasti kekangan yang dihadapi oleh pelajar semasa menghadiri pembelajaran atas
talian.

4
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Bagi memastikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan dengan lancar, beberapa
aplikasi persidangan video telah digunakan seperti Zoom Meeting, Google Meet, Google
Classroom, Webex, Microsoft Teams dan banyak lagi. Sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa guru-guru dan pensyarah-pensyarah dapat memerhatikan dan berinteraksi dengan
pelajar-pelajar melalui aplikasi ini. Namun, bagaimanakah dengan keadaan dan masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar ?

Dalam satu laporan berita yang diterbitkan oleh Berita Harian memaklumkan bahawa
walaupun guru telah menyediakan bahan dan persiapan pengajaran, namun masih terdapat
murid dan pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah dan tidak menghadiri kelas secara alam
maya sehinggakan guru terpaksa menunggu kehadiran para pelajar selama hampir dua jam.

Pelbagai perkara boleh menjadi cabaran kepada pelajar-pelajar untuk menghadiri


pembelajaran dalam talian apatah lagi jika mereka tidak mempunyai kemudahan pembelajaran
yang sewajarnya. Dalam keadaan pandemik dimana negara mengalami krisis ekonomi, rakyat
juga menanggung impak yang besar sehinggakan perlu membeli telefon bimbit merupakan
salah satu masalah perlu ditangani. Dalam hal sedemikian, pelajar-pelajar terpaksa
menggunakan medium perhubungan yang ada dan ala kadar sehinggakan ada yang berputus
asa untuk menghadiri kelas kerana berasa tertekan dengan masalah kemudahan pembelajaran
yang dihadapi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar UKM.
ii. Membincangkan cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar
UKM.
iii. Mengenalpasti langkah-langkah pembelajaran atas talian yang efektif dalam kalangan
pelajar UKM.

5
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, cara pengumpulan
data dan teknik penganalisaan data.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ini ialah kaedah mengumpul
maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang dipilih
daripada satu populasi yang hendak dikaji. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap
keberkesanan pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar IPT, membincangkan cabaran-
cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar IPT dan untuk mengenalpasti langkah-
langkah pembelajaran atas talian yang efektif dalam kalangan pelajar IPT.

4.2 SAMPEL KAJIAN


Kajian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan untuk mengumpul maklumat
daripada sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian.
Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini, iaitu terdiri daripada
mahasiswi dan mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sampel yang terlalu
besar akan menyukarkan pengkaji menjalankan kajian kerana akan memakan masa yang agak
lama dan kos yang tinggi. Saiz sampel kajian ini dikatakan relevan (Krejcie dan Morgan,
1970).

4.3 CARA PENGUMPULAN DATA


Data dan maklumat untuk kajian ini dikumpul menggunakan instrumen soal selidik
iaitu melalui “Google Form” dan juga rujukan.

4.3.1 DATA PRIMER


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), data bermaksud butiran atau maklumat
yang diketahui atau yang telah dikumpul tentang sesuatu dan dapat dijadikan asas untuk
membuat kajian. Data primer merupakan data yang didapatkan dari sumber asli atau pertama.
Kaedah soal selidik telah dijalankan terhadap mahasiswi dan mahasiswa dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mendapatkan data mengenai tahap keberkesanan
pembelajaran atas talian, cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dan langkah-langkah
pembelajaran atas talian yang efektif dalam kalangan pelajar IPT.

6
Borang Soal Selidik

Instrumen soal selidik dibina dengan mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah
difahami. Borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakan pengkaji kerana masa yang
diperuntukkan adalah singkat lebih-lebih lagi penggunaan “Google Form”. Selain itu, ia juga
mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis (Mohd
Najib, 1999). Bahasa yang digunakan dalam borang soal selidik haruslah bahasa yang mudah
supaya senang difahami oleh semua golongan responden. Borang soal selidik ini mengandungi
4 bahagian iaitu bahagian demografi, bahagian A bahagian B dan bahagian C. Bahagian yang
pertama ialah data demografi responden yang terdiri daripada 4 item. Bahagian A pula
mengandungi 5 item soalan untuk mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran atas talian dalam
kalangan pelajar IPT. Seterusnya, bahagian B mengandungi 5 item soalan untuk
membincangkan cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan IPT. Bahagian yang
terakhir adalah bahagian C yang mengandungi 5 item soalan bagi mengenalpasti langkah-
langkah pembelajaran atas talian yang efektif dalam kalangan IPT.

4.3.2 DATA SEKUNDER


Data sekunder ialah maklumat yang dikumpul dan diperoleh daripada buku-buku,
jurnal-jurnal, dan bahan ilmiah yang lain serta maklumat yang dikumpulkan daripada internet.
Bagi mendapatkan bahan dan maklumat kajian ini, kaedah rujukan telah dibuat. Kaedah ini
telah dijalankan secara merujuk kepada bahan bacaan seperti Kamus Dewan Edisi Keempat,
kajian lepas dan akhbar dalam talian.

4.4 TEKNIK PENGANALISAN DATA


Dalam menjalankan kajian ini, kaedah yang diaplikasikan untuk menganalisis data
adalah berbentuk kuantitatif. Data yang diperoleh telah dijalankan secara analisis deskriptif
daripada soal selidik untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah diperoleh dianalisis
menggunakan kekerapan, peratusan dan min.

Bagi bahagian demografi, analisis teknik deskriptif telah digunakan dalam


menerangkan data demografi responden. Data ini terdiri daripada kekerapan dan peratusan
yang telah dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf yang disediakan oleh “Google Form”
untuk memudahkan kefahaman pembaca.

7
Maklumat yang diperolehi dalam bahagian A, bahagian B dan bahagian C telah
dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk jadual yang merangkumi peratusan dan min bagi
setiap item mengenai tahap keberkesanan pembelajaran atas talian, cabaran-cabaran
pembelajaran atas talian dan langkah-langkah pembelajaran atas talian yang efektif dalam
kalangan pelajar UKM. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam bahagian A, bahagian B dan
bahagian C ini telah diukur dengan menggunakan skala likert 5 mata seperti yang ditunjukan
pada jadual 1 di bawah. Angka 5 mewakili sangat setuju, 4 mewakili setuju, 3 mewakili kurang
setuju, 2 mewakili tidak setuju dan 1 mewakili sangat tidak setuju. Min keseluruhan bagi item
soalan bahagian A adalah sebanyak 3.72 manakala min keseluruhan item soalan bahagian B
dan bahagian C masing-masing mempunyai min sebanyak 3.62 dan 4.27.

Jadual 1: Skala likert (mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran atas talian dalam
pelajar UKM, membincangkan cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam
kalangan pelajar UKM dan untuk mengenalpasti langkah-langkah pembelajaran
atas talian yang efektif dalam kalangan pelajar UKM)

Skala Penyataan Poin


1 Sangat Tidak Setuju 1
2 Tidak Setuju 2
3 Kurang Setuju 3
4 Setuju 4
5 Sangat Setuju 5

8
5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1. DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN DEMOGRAFI RESPONDEN
Soal selidik ini dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik melalui Google
Form kepada 30 orang responden untuk mengetahui pandangan dan pendapat mereka mengenai
tajuk kajian. 

KATEGORI SUB KATEGORI KEKERAPAN PERATUSAN (%)


(ORANG)
JANTINA a. Lelaki 5 16.7
b. Perempuan 25 83.3
UMUR a. 18-20 2 6.7
Tahun 27 90
b. 21-23 1 3.3
Tahun 0 0
c. 24-26
Tahun
d. 27-29
Tahun
BANGSA a. Melayu 23 76.7
b. India 1 3.3
c. Cina 1 3.3
d. Bumiputera 2 6.7
Sarawak
e. Bumiputera 3 10
Sabah
FAKULTI a. FPI 1 3.3
b. FSSK 20 66.7
c. FKAB 0 0
d. FEP 1 3.3
e. FST 1 3.3
f. FSTM 0 0
g. FPEND 7 23.3
h. FSK 0 0
i. FUU 0 0

Jadual 2 : Demografi responden

9
Jadual 2, menunjukkan hasil daripada dapatan kajian yang dijalankan melalui borang
soal selidik Google Form yang telah diedarkan. Pengkaji mendapati bahawa demografi
responden berdasarkan jantina menunjukkan kaum wanita mendominasi dapatan kajian ini
dengan peratusan sebanyak 83.3% iaitu bersamaan 25 orang. Manakala responden lelaki pula
hanya sebanyak 16.7% bersamaan dengan 5 orang.

Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa majoriti daripada responden iaitu seramai
27 orang merupakan golongan yang berusia 21-23 tahun iaitu sebanyak 90%. Manakala hanya
terdapat 2 orang responden yang berumur 18-21 tahun bersamaan 6.7%. Hanya terdapat
seorang sahaja responden yang berumur 24-26 tahun bersamaan 3.3%. Tiada seorang
responden yang berumur 27-29 tahun.

Berdasarkan dapatan kajian, demografi responden berdasarkan bangsa pula


menunjukkan bangsa Melayu sebagai responden majoriti iaitu seramai 23 orang bersamaan
76.7%. Manakala responden bagi bumiputera Sabah pula menunjukkan angka kedua tertinggi
iaitu seramai 3 orang bersamaan dengan 10%. Responden bagi bangsa India dan juga Cina pula
menunjukkan jumlah yang sama iaitu seramai 1 orang bersamaan 3.3% bagi kedua-dua bangsa
tersebut.

Akhir sekali, dapatan kajian bagi demografi responden berdasarkan fakulti pula
menunjukkan bahawa majoriti responden adalah daripada Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan (FSSK) iaitu seramai 20 orang bersamaan dengan 66.7%. Seterusnya, responden
daripada Fakulti Pendidikan (FPEND) menunjukkan angka kedua tertinggi iaitu seramai 7
orang bersamaan dengan 23.3%. Terdapat juga seorang responden daripada Fakulti Pendidikan
Islam (FPI), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP).
Masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 3.3%.

10
5.2. DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN OBJEKTIF
5.2.1. OBJEKTIF 1
Bahagian ini akan menganalisis dapatan kajian bagi objektif untuk mengkaji tahap
keberkesanan pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).
Poin 1 2 3 4 5 Min
Skala Likert Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju
Bil. Keberkesanan Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
pembelajaran
atas talian dalam
kalangan pelajar
UKM.

1. Saya boleh 3 10.0 2 6.7 10 33.3 12 40.0 3 10.0 3.33


menumpukan
perhatian
sepenuhnya
semasa belajar
atas talian.
2. Saya boleh 3 10.0 1 3.3 13 43.3 9 30.0 4 13.3 3.33
berinteraksi
dengan
pensyarah dan
rakan-rakan
dengan baik
semasa belajar
atas talian.

11
3. Saya boleh 0 0.0 2 6.7 3 10.0 11 36.7 14 46.7 4.23
menghadiri kelas
pada masa yang
tepat semasa
belajar atas
talian.

4. Persekitaran saya 2 6.7 1 3.3 4 13.3 13 43.3 10 33.3 3.93


sangat selesa
semasa belajar
atas talian.
5. Langganan 0 0.0 2 6.7 11 36.7 8 26.7 9 30.0 3.80
internet saya
sangat laju
semasa belajar
atas talian.

Jadual 3 : Mengkaji tahap keberkesanan pembelajaran atas talian dalam kalangan


pelajar UKM.

Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian bagi objektif mengkaji tahap keberkesanan


pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar UKM. Bagi pernyataan “saya boleh
menumpukan perhatian sepenuhnya semasa belajar”, majoriti pelajar memilih setuju sebanyak
12 orang bersamaan 40%. Manakala, minoriti pelajar memilih tidak setuju dengan sebanyak 2
orang bersamaan 6.7%. Seterusnya, sangat tidak setuju dan sangat setuju mencatatkan bilangan
pelajar yang sama iaitu masing-masing sebanyak 3 orang bersamaan 10%. Akhir sekali, 10
orang pelajar bersamaan 33.3% kurang setuju dengan pernyataan ini.

Bagi pernyataan “saya boleh berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dengan
baik”, majoriti pelajar memilih kurang setuju iaitu sebanyak 13 orang bersamaan 43.3%.
Manakala, minoriti pelajar memilih tidak setuju iaitu sebanyak 1 orang bersamaan 3.3%.
Seterusnya, 9 orang pelajar bersamaan 30% memilih setuju dan 4 orang pelajar bersamaan
13.3% memilih sangat setuju. Akhir sekali, 3 orang pelajar bersamaan 10% memilih tidak
setuju dengan pernyataan ini.

12
Selain itu, bagi pernyataan “saya boleh menghadiri kelas pada masa yang tepat semasa
belajar atas talian”, majoriti pelajar memilih sangat setuju iaitu sebanyak 14 orang bersamaan
46.7%. Manakala, minoriti pelajar memilih sangat tidak setuju iaitu tiada bilangan pelajar yang
dicatatkan. Seterusnya, 11 orang pelajar bersamaan 36.7% mencatatkan setuju dan 3 orang
pelajar bersamaan 10% mencatatkan kurang setuju. Akhir sekali, 2 orang pelajar bersamaan
6.75% mencatatkan kurang setuju dengan pernyataan ini.

Bagi pernyataan “persekitaran saya sangat selesa semasa belajar atas talian”, majoriti
pelajar memilih setuju iaitu sebanyak 13 orang bersamaan 43.3%. Manakala, minoriti pelajar
memilih tidak setuju iaitu sebanyak 1 orang pelajar bersamaan 3.3%. Seterusnya, 10 orang
pelajar bersamaan 33.3% memilih sangat setuju dan 4 orang pelajar bersamaan 13.3% memilih
kurang setuju. Akhir sekali, 2 orang pelajar bersamaan 6.7% memilih sangat tidak setuju bagi
pernyataan ini.

Di samping itu, bagi pernyataan “langganan internet saya sangat laju semasa belajar
atas talian”, majoriti pelajar memilih kurang setuju iaitu sebanyak 11 orang bersamaan 36.7%.
Manakala, minoriti pelajar memilih sangat tidak setuju iaitu tiada bilangan pelajar yang
dicatatkan. Seterusnya, 9 orang pelajar bersamaan 30% memilih sangat setuju dan 8 orang
pelajar bersamaan 26.7% memilih setuju. Akhir sekali, 2 orang pelajar bersamaan 6.7%
memilih tidak setuju bagi pernyataan ini.

13
5.2.2. OBJEKTIF 2
Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap soal selidik dan kepustakaan yang telah dijalankan iaitu untuk membincangkan
cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).

Poin 1 2 3 4 5 Min
Skala Likert Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju
Bil. Cabaran-cabaran Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
pembelajaran atas
talian dalam
kalangan pelajar
UKM.
1. Kecapaian internet 2 6.7 0 0 10 33.3 12 40 6 20 3.66
yang laju.
2. Persedian sebelum 1 3.3 2 6.7 8 26.7 14 46.7 5 16.7 3.66
belajar yang baik.
3. Persekitaran 1 3.3 1 3.3 5 16.7 16 53.3 7 23.3 3.90
pembelajaran yang
kondusif.
4. Interaksi dengan 1 3.3 3 10 9 30 12 40 5 16.7 3.43
pensyarah dan
rakan-rakan
berjalan lancar.
5. Pemahaman 2 6.7 2 6.7 10 33.3 12 40 4 13.3 3.46
tentang pelajaran
yang bagus.

Jadual 4 : Cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar IPT

14
Jadual 4, menunjukkan dapatan kajian bagi objektif untuk membincangkan cabaran-
cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar UKM. Dapatan kajian melalui
kenyataan kecapaian internet yang laju, menunjukkan majoriti responden memilih setuju iaitu
seramai 12 orang bersamaan dengan 40%. Manakala, bagi perspektif kurang setuju pula
menunjukkan angka responden kedua tertinggi iaitu seramai 10 orang responden bersamaan
dengan 33.3%. Bagi kategori sangat setuju, terdapat 6 orang responden bersamaan dengan
20%. Hanya 2 orang responden bersamaan 6.7% memilih perspektif sangat tidak setuju. Tiada
seorang pun responden yang memilih tidak setuju bagi pernyataan masalah ini.

Seterusnya, bagi pernyataan masalah persediaan sebelum belajar yang baik pula
menunjukkan bahawa majoriti responden memilih perspektif setuju iaitu seramai 14 orang
responden bersamaan 46.7%. Manakala, seramai 8 orang responden yang kurang setuju
bersamaan dengan 26.7%. Seramai 5 orang responden bersamaan 16.7% memilih perspektif
sangat setuju. Terdapat 2 orang responden yang memilih tidak setuju iaitu bersamaan 6.7%.
Hanya seorang sahaja responden yang memilih sangat tidak setuju bersamaan dengan 3.3%.

Selain itu, bagi pernyataan masalah persekitaran pembelajaran yang kondusif pula,
majoriti responden iaitu seramai 16 orang memilih perspektif setuju bersamaan dengan 53.3%.
Manakala 7 orang responden bersamaan 23.3% memilih perspektif sangat setuju. Bagi kategori
kurang setuju pula, terdapat 5 orang responden yang memilih perspektif ini bersamaan dengan
16.7%. Terdapat seorang responden yang memilih perspektif sangat tidak setuju dan tidak
setuju bagi pernyataan ini, dan masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 3.3%.

Di samping itu, bagi pernyataan interaksi dengan pensyarah dan rakan-rakan berjalan
lancar pula menunjukkan bahawa majoriti responden iaitu seramai 12 orang bersamaan 40%
memilih perspektif setuju. Manakala 9 orang responden bersamaan 30% memilih perspektif
kurang setuju. Terdapat 5 orang responden bersamaan 16.7% memilih perspektif sangat setuju.
Kategori tidak setuju pula mencatatkan seramai 3 orang responden bersamaan 10%. Hanya
seorang sahaja responden yang memilih kategori sangat tidak setuju iaitu bersamaan dengan
3.3%.

Akhir sekali, bagi pernyataan pemahaman tentang pelajaran yang bagus menunjukkan
bahawa majoriti responden iaitu seramai 12 orang bersamaan 40% memilih perspektif setuju.
Manakala terdapat 10 orang responden bersamaan 33.3% memilih kategori kurang

15
setuju. Bagi kategori sangat setuju pula, terdapat 4 orang responden yang memilih kategori ini
iaitu bersamaan dengan 13.3%. Bagi kategori sangat tidak setuju dan tidak setuju pula
mencatatkan jumlah responden yang sama iaitu seramai 2 orang bagi setiap kategori. Setiap
kategori mencatatkan peratusan sebanyak 6.7%

16
5.2.3. OBJEKTIF 3
Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap
soal selidik iaitu untuk membincangkan langkah-langkah pembelajaran atas talian yang
efektif dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Poin 1 2 3 4 5 Min
Skala Likert Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju
Bil. Langkah-langkah Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
pembelajaran atas talian
yang efektif dalam
kalangan pelajar UKM
1. Menggunakan telefon 1 3.3 0 0 3 10 11 36.7 15 50 4.3
bimbit dan komputer
untuk belajar.
2. Menukar langganan 0 0 0 0 5 16.7 11 36.7 14 46.7 4.3
internet kepada yang
lebih laju.
3. Menyediakan 0 0 0 0 1 3.3 11 36.7 18 60 4.56
persekitaran belajar
yang selesa.
4. Lebih banyak bertanya 0 0 1 3.3 6 20 13 43.3 10 33.3 4.06
soalan dengan
pensyarah dan rakan-
rakan tanpa berasa
malu.
5. Menetapkan ‘goal’ dan 0 0 0 0 5 16.7 16 53.3 9 30 4.13
‘target’ sebelum
menghadiri kelas atas
talian.
Jadual 5 : Langkah-langkah pembelajaran atas talian yang efektif dalam kalangan
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

17
Jadual 5 menunjukkan dapatan kajian bagi objektif untuk membincangkan langkah-
langkah pembelajaran atas talian yang efektif dalam kalangan pelajar UKM. Dapatan kajian
melalui kenyataan menggunakan telefon bimbit dan komputer untuk belajar menunjukkan
majoriti responden memilih sangat setuju iaitu seramai 15 orang bersamaan dengan 50%.
Manakala, bagi perspektif setuju pula menunjukkan angka responden kedua tertinggi iaitu
seramai 11 orang responden bersamaan dengan 36.7%. Bagi kategori kurang setuju terdapat 3
orang responden bersamaan dengan 10%. Hanya seorang responden yang memilih sangat tidak
setuju bagi pernyataan masalah ini. Tiada seorang pun responden yang memilih tidak setuju
bagi pernyataan masalah ini.

Selain itu, bagi pernyataan masalah menukar langganan internet kepada yang lebih laju
menunjukkan bahawa majoriti responden memilih perspektif sangat setuju iaitu seramai 14
orang bersamaan dengan 46.7%. Manakala seramai 11 orang responden yang setuju iaitu
bersamaan dengan 36.7%. Seramai 5 orang responden bersamaan 16.7% memilih perspektif
kurang setuju. Tiada seorang pun responden yang memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju
bagi pernyataan masalah ini.

Seterusnya, bagi pernyataan masalah menyediakan persekitaran belajar yang selesa,


majoriti responden iaitu seramai 18 orang memilih perspektif sangat setuju bersamaan dengan
60%. Manakala 11 orang responden bersamaan 36.7% memilih perspektif setuju. Bagi kategori
kurang setuju pula, hanya seorang responden yang memilih perspektif ini bersamaan dengan
3.3%. Tiada seorang pun responden yang memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi
pernyataan masalah ini.

Di samping itu, bagi pernyataan lebih banyak bertanya soalan dengan pensyarah dan
rakan-rakan tanpa berasa malu pula menunjukkan bahawa majoriti responden iaitu seramai 13
orang bersamaan 43.3% memilih perspektif setuju. Manakala 10 orang responden bersamaan
33.3% memilih perspektif sangat setuju. Terdapat 6 orang responden bersamaan 20% memilih
perspektif kurang setuju. Kategori tidak setuju pula mencatatkan hanya seorang responden
bersamaan 3.3%. Tiada seorang pun responden yang memilih sangat tidak setuju.

Akhir sekali, bagi pernyataan menetapkan ‘goal’ dan ‘target’ sebelum menghadiri kelas
atas talian menunjukkan bahawa majoriti responden iaitu seramai 16 orang bersamaan 53.3%
memilih perspektif setuju. Manakala terdapat 9 orang responden bersamaan 30% memilih

18
kategori sangat setuju. Bagi kategori kurang setuju pula, terdapat 5 orang responden yang
memilih kategori ini iaitu bersamaan dengan 16.7%. Bagi kategori sangat tidak setuju dan tidak
setuju pula tiada seorang responden yang memilih kategori ini.

19
6.0 PERBINCANGAN

6.1 Mengkaji Tahap Keberkesanan Pembelajaran Atas Talian Dalam Kalangan


Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek tahap keberkesanan yang
tertinggi adalah berdasarkan pernyataan ‘saya boleh menghadiri kelas pada masa yang tepat
semasa belajar atas talian’ iaitu dengan skor min keseluruhan 4.23. Dapatan ini dosokong oleh
hasil kajian yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn,
Malaysia (UTHM, 2021) yang menyatakan bahawa pembelajaran atas talian dapat
menjimatkan masa pelajar kerana pelajar tidak perlu hadir ke kampus mahupun dewan kuliah.
Oleh itu, pelajar dapat belajar secara fleksibel dan hadir ke kelas pada masa yang tepat.

Seterusnya, pernyataan ‘persekitaran saya sangat selesa semasa belajar atas talian’
dengan min keseluruhannya, 3.93. Hal ini dikatakan demikian kerana, pembelajaran atas talian
membolehkan pelajar memilih tempat dan suasana yang selesa untuk menjalani sesi
pembelajaran mereka di mana-mana.

Di samping itu, pernyataan ‘langganan internet saya sangat laju semasa belajar atas
talian’ menyumbang min keseluruhan sebanyak 3.80. Meskipun begitu, terdapat segelintir
responden yang tidak setuju dan kurang setuju dengan penyataan ini. Ini selari dengan hasil
kajian yang dijalankan oleh Rofizah Mohammad (UKM, 2020), iaitu tahap capaian internet
adalah berbeza mengikut lokasi kediaman pelajar sama ada di kawasan pedalaman mahupun
di kawasan bandar.

Bagi pernyataan ‘saya boleh menumpukan perhatian sepenuhnya semasa belajar atas
talian’ memperoleh purata min keseluruhan 3.33 iaitu berada pada tahap yang sederhana.
Dapatan kajian ini disokong oleh rumusan hasil kajian yang dijalankan oleh Dr. Hasnah Hussin
(Universiti Malaysia Pahang, 2022) yang menyatakan bahawa pembelajaran secara atas talian
menyebabkan pelajar mudah hilang fokus, kurang motivasi dan tidak memperoleh ilmu secara
maksima sepanjang kelas berjalan.

Akhir sekali, pernyataan ‘saya boleh berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan
dengan baik semasa belajar atas talian’ dengan min keseluruhan 3.33. Majoriti responden
memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju. Dapatan kajian ini disokong oleh
hasil kajian yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Tun Hussein Onn
(UTHM, 2021) yang menyatakan bahawa pembelajaran atas talian secara tidak langsung

20
membataskan ruang interaksi antara pelajar dan pensyarah. Kesukaran berinteraksi secara
langsung menyebabkan pelajar sukar bertanyakan soalan dan memberikan pendapat.

6.2 Membincangkan cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan


pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seterusnya, bagi cabaran-cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dapatan kajian menunjukkan aspek cabaran yang
tertinggi adalah bagi pernyataan ‘persekitaran pelajaran yang kondusif’ dengan purata min
keseluruhan sebanyak 3.90. Meskipun begitu, dapatan kajian yang diperoleh adalah
bercanggah dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mahathir Yahaya dan Wardatul Hayat
Adnan (Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara, 2021) yang menyatakan
bahawa suasana yang tidak kondusif untuk belajar di rumah menyebabkan konsentrasi pelajar
akan terjejas disebabkan oleh suasana di rumah yang riuh dan tidak berkonsepkan
pembelajaran. Hasil kajian adalah bercanggah disebabkan terdapat responden yang terdiri
daripada pelajar UKM telahpun berada di kolej meskipun pembelajaran atas talian masih lagi
berjalan semasa kajian dijalankan. Oleh itu, perbezaan suasana menyebabkan hasil dapatan
kajian berbeza.

Selain itu, pernyataan ‘pemahaman tentang pelajaran yang bagus’ dan ‘persediaan
sebelum belajar yang baik’ menunjukkan purata min kedua tertinggi yang sama iaitu 3.66.
Dapatan kajian bagi kecapaian internet yang laju bertententangan dengan rumusan hasil kajian
yang dijalankan oleh Dr. Hasnah Hussin (Universiti Malaysia Pahang, 2022) iaitu cabaran
paling besar yang dihadapi pelajar bagi pembelajaran atas talian ialah capaian internet yang
kurang memuaskan akan memberi kesan terhadap keinginan dan semangat pelajar. Hal ini
berkemungkinan disebabkan oleh capaian internet di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
yang lebih baik dan berada di kawasan bandar. Manakala bagi pernyataan ‘persediaan belajar
yang baik pula’, disokong oleh hasil kajian yang dijalankan oleh Abdul Aziz Ishak, Aida
Zuraina Mir Ahmad Talaat (Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang, 2020) yang
menunjukkan bahawa mahasiwa dan mahasiwi di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
yang bersedia dan menunjukkan sikap yang positif dalam mengikuti pembelajaran atas talian
meskipun terdapat limitasi dan cabaran yang perlu dihadapi.

Di samping itu, pernyataan ‘pemahaman tentang pelajaran yang bagus’ menunjukkan


jumlah purata min 3.46. Dapatan kajian ini yang diperoleh adalah bercanggah dengan hasil

21
kajian yang dijalankan oleh Mahathir Yahaya dan Wardatul Hayat Adnan (Universiti Sains
Malaysia dan Universiti Teknologi Mara, 2021) yang menyatakan bahawa tahap keberkesanan
pembelajaran adalah rendah dan menyebabkan pelajar kurang memahami tentang apa yang
dipelajari.

Akhir sekali, pernyataan ‘interaksi dengan pensyarah dan rakan-rakan berjalan lancar’
menunjukkan purata min yang paling rendah iaitu 3.43 dan majoriti responden sangat tidak
setuju, tidak setuju dan kurang setuju terhadap pernyataan ini. Dapatan kajian ini disokong oleh
hasil kajian yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiwi Universiti Tun Hussein Onn
(UTHM, 2021) iaitu pembelajaran atas talian menghambat komunikasi antara pelajar dan
pensyarah dan menyebabkan pelajar kurang memahami tentang apa yang dipelajari.

6.3 Membincangkan langkah-langkah pembelajaran atas talian yang efektif


dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bagi langkah-langkah untuk mengatasi pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula, dapatan kajian menunjukkan aspek langkah-
langkah bagi pernyataan ‘menyediakan persekitaran belajar yang selesa’ mencatakan purata
min keseluruhan yang paling tinggi iaitu 4.56. Majoriti responden setuju dan sangat setuju
terhadap penyataan ini berikutan persekitaran belajar yang selesa sememangnya akan
meningkatkan semangat belajar.

Seterusnya, pernyataan ‘menetapkan goal dan target sebelum mengahadiri kelas atas
talian’ mencatatkan purata min keseluruhan kedua tertinggi iaitu 4.13. Penetapan target
sebelum menghadiri kelas atas talian membolehkan pelajar berusaha untuk mencapai misi dan
visi yang telah ditetapkan. Oleh itu, pelajar akan lebih fokus ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan.

Selain itu, pernyataan ‘lebih banyak bertanya soalan dengan pensyarah dan rakan-rakan
tanpa berasa malu’ mencatakan purata min 4.06. Dapatan kajian ini selaras dengan rumusan
hasil kajian yang dijalankan oleh Dr. Hasnah Hussiin (Universiti Malaysia Pahang, 2022) yang
mengatakan bahawa pemahaman terhadap sesuatu subjek juga tidak sepenuhnya kerana kurang
penjelasan semasa kelas secara dalam talian tidak terperinci sebagaimana kelas secara
bersemuka. Oleh itu, pelajar harus sering bertanyakan soalan berkaitan pelajaran bagi
meningkatkan kefahaman mereka.

22
Akhir sekali, bagi pernyataan ‘menggunakan telefon bimbit dan komputer untuk
belajar’ dan ‘menukar langganan internet kepada yang lebih laju’ mencatatkan purata min
keseluruhan yang sama iaitu 4.3. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakkan responden
yang terdiri daripada pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kebanyakkannya
telahpun mempunyai peranti dan gadjet sendiri. Majoriti pelajar setuju dan sangat setuju bagi
penyataan yang kedua kerana capaian internet yang laju membolehkan mereka menyertai
pembelajaran atas talian dengan lebih baik.

23
7.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat lima cabaran pembelajaran atas talian dalam kalangan pelajar
IPT iaitu kecapaian internet yang laju, persediaan sebelum belajar yang baik, persekitaran
pembelajaran yang kondusif, interaksi dengan pensyarah dan rakan-rakan berjalan lancar dan
pemahaman tentang pelajaran yang bagus. Cabaran yang dihadapi ini semestinya
membebankan ramai pelajar untuk mengikuti pembelajaran atas talian.

Namun begitu, terdapat langkah-langkah bagi mengatasi cabaran yang dihadapi oleh
pelajar ini. Antaranya ialah menggunakan telefon bimbit dan komputer untuk belajar. Hal ini
dapat memudahkan pelajar untuk menyiapkan segala tugasan yang harus dihantar melalui atas
talian dengan menggunakan dua teknologi ini. Selain itu, menukar langganan internet kepada
yang lebih laju juga antara langkah-langkah yang boleh mengatasi cabaran yang dihadapi oleh
pelajar ketika pembelajaran atas talian. Hal ini kerana langganan internet yang laju dapat
membantu pelajar dalam mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan. Seterusnya,
menyediakan persekitaran belajar yang selesa akan menarik minat pelajar untuk lebih fokus
semasa sesi pembelajaran kerana mereka tidak mengalami sebarang gangguan untuk belajar.
Pelajar juga haruslah lebih banyak bertanya soalan dengan pensyarah dan rakan-rakan tanpa
berasa malu. Dengan ini, pelajar tidak akan ketinggalan dan dapat mengikuti sesi pembelajaran
tanpa menghadapi masalah. Akhirnya, menetapkan ‘goal’ dan ‘target’ sebelum menghadiri
kelas atas talian. Hal ini dapat membantu pelajar untuk lebih berusaha apabila mereka
mengetahui goal yang harus dicapai bagi menjadi pelajar yang cemerlang.

Oleh itu, pelbagai pihak haruslah memainkan peranan dalam membantu pelajar bagi
mengatasi cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam mengikuti pembelajaran atas talian.
Contohnya, bantuan komputer riba telah ditawarkan kepada pelajar yang kurang kemampuan.
Pihak universiti juga telah mengambil inisiatif untuk membenarkan pelajar yang mempunyai
masalah capaian internet untuk pulang ke kampus supaya mereka dapat mengikuti kelas dalam
talian dengan lebih selesa. Bantuan yang dihulurkan oleh pelbagai pihak ini membantu pelajar
walaupun secara keseluruhannya cabaran pembelajaran atas talian tidak dapat diselesaikan
secara menyeluruh. Hal ini kerana pengajian atas talian ini bukanlah sesuatu yang dijangka,
memandangkan sebelum ini pembelajaran dan pengajian biasanya dilakukan secara
bersemuka. Namun disebabkan pandemik Covid-19, hal ini menyebabkan sistem pembelajaran
berubah termasuklah norma pembelajaran atas talian.

24
8.0 RUJUKAN

Abdul Aziz Ishak dan Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat (2020). Pembelajaran atas Talian:
Tinjauan terhadap Kesediaan dan Motivasi dalam kalangan pelajar Diploma Logistik
dan Pengurusan Rantaian Bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Arwansyah Kirin, Ahmad Sharifuddin, Mohd Hisyam Abdul Rahim, Shakila Ahmad,
Sharifah Khadijah dan Abdullah Sulaiman (2021) . Impak Pengajaran dan
Pembelajaran Secara Online: Kajian Kes Terhadap Pelajar Sekolah Rendah, Menengah
dan Universiti Semasa Pandemik Covid-19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM).
Dr. Hasnah Hussin (2022). Rumusan Permasalahan dan Cabaran Pelajar UMP dalam
Menjalani Pembelajaran Secara Dalam Talian. Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Mohd Zulhasnan, M., Fadli, B., & Sharifuddin, R. (2019). Kesediaan Pelajar dalam
Pembelajaran bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Kolej Komuniti Tawau, Sabah.
Journal of Life Long Learning, 103-111.

Mahathir Yahaya dan Wardatul Hayat Adnan (2021). Cabaran Pelajar Melalui Kaedah
Pembelajaran Atas Talian : Kajian Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.
Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Rofizah Mohammad (2020). Pembelajaran Dalam Talian Segerak: Kepuasan Pelajar


Terhadap Penggunaan Microsoft Teams. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin, Zulkurnain Bin Hassan (2021).
Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (Epembelajaran) Terhadap
Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat. Kolej Komuniti Hulu Langat.

25
Victor B. Pangayan, Jurry Foo @ Jurry F. Michael dan Colonius Atang (2021).
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Dalam Talian Ke Atas Kursus Terpilih Bagi
Komponen Kesenian Dan Kebudayaan Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar,
Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

26

You might also like