Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NAMA : MUHAMMAD ADAM IRFHAN BIN JAMAL

TAHUN :4 AMANAH

NAMA GURU BM : CIKGU MAT HASSAN BIN

MALAYSIA PRIHATIN

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan hidup

damai sejak kemedekaannya 64 tahun lalu. Hal inilah menjadi resepi dan pemangkin ke arah

pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin di bahu kitalah tegalasnya

tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini.

Malaysia prihatin tema sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia pada tahun ini

bertepatan dengan denga aspirasi rakyat Malaysia bahawa seluruh rakyat Malaysia turut

bersama-sama memerangi musuh wabak covid-19. Malaysia Prihatin turut mencerminkan usaha

semua pihak\ baik kerajaan \ sektpr swasta\sukarelawan dan juga rakyat secara perseorangan

yang berganding bahu umpama aur dalam tebing dalam menangani penyebaran wabak pandemik

coronavirus (COVID-19) .

Semangat Malaysia prihatin dizahirkan bukan sahaja oleh mereka yang bertugas di

barisan hadapan malahan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang merupakan wira

tidak dedendang. Mereka tampil memberikan bantuan dan sokongan tanpa mengira kaum \

agama dan fahaman politik. Ini petanda baik yang membuktikan rakyat Malaysia boleh bersatu

hati sama ada di waktu susah mahupun senang. Hubungan harmoni dan Kerjasama antara kaum

merupakan kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran lebih-lebih lagi pada
saat negara melawan wabak COVID-19 ini yang bukan sahaja telah menjejaskan ekonomi negara

malah dunia keseluruhannya.

Semangat Malaysia Prihatin peru disemarakkan dalam segenap kehidupan rakyat

Malaysia. Ia perlu disematkan dalam ingatan untuk rakyat negara ini menyatukan kembali asas

perpaduan \ keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Di samping itu\ semangat Malaysia

Prihatin mampu menyemarakkan semangat patriotisma dan cintakan negara. Pelbagai inisiatif

dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menzahirkan kecaknaan merangkumi aspek ekonomi\sosial

dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakat jelata. Hari ini kita boleh mendabik dada dengan

pembangunan pesat negara kita yang bagai belut diketil ekor yang telah menempa beberapa

kejayaan yang menjadi buah mulut masyarakat sejagat sehingga maruah dan martabat bangsa

dapat dijulang ke persada antarabangsa. Contohnya\ kejayaan Dato’ Azizul Hasni Awang

merangkul pingat perak dalam kejohanan Olimpik Tokyo baru-baru ini. Di sebalik kejayaan

yang diperoleh ini\ masyarakat Malaysia yang prihatin memainkan peranan penting dalam

memberikan sokongan dan dorongan di belakang tabir. Ini menunjukkan masih ramai rakyat

Malaysia yang prihatin\ yang sedia membantu tanpa mengira kaum\ agama dan bangsa.

Kesimpulanya\ kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada

hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpamaan\ ‘bersatu teguh\ bercerai roboh’

begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup dan

mewujudkan negara Malaysia Prihatin.

Selain itu\ tidak dapat dinafikan juga bahawa ibu bapa memainkan peranan perdana

dalam menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyakat. Hal ini demikian kerana ibu bapa

merupakan pohon rendang tempat anak berteduh dan mendapat perlindungan. Malah\ anak-anak

umpama sehelai kain putih\ terpulanglah kepada ibu bapa bagaimana hendak mencorakkanya.
Justeru\ jelaslah disini bahawa semua warga Malaysia mempunyai peranan bagi menyumbang

natijah yang positif dalam membentuk keperihatinan rakyat seterusnya membentuk keperibadian

mulia.

You might also like