Kertas Konsep Novice Web Builder Challenge Pindaan 1 Julai 2022

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP NOVICE WEB CHALLENGE 2022 | 0

PINDAAN 1 JULAI 2022


KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
NOVICE WEB BUILDER CHALLENGE

1.0 PENDAHULUAN
NOVICE WEB BUILDER CHALLENGE adalah salah satu aktiviti anjuran Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak (JPNS) dengan kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) yang akan dilaksanakan secara dalam talian. Pertandingan ini
merupakan satu platform dimana kita akan melihat kepelbagaian hasil projek
daripada murid-murid menengah dari seluruh negeri Sarawak.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan
dan kefahaman murid-murid terhadap apa yang telah dipelajari di dalam kelas
selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat murid kita bersedia ke
arah era kemahiran digital dan IR 4.0. Antara kemahiran lain yang boleh
dikembangkan adalah penyelesaian masalah, percambahan kreativiti,
analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan kemahiran digital. Semoga
mereka akan beroleh ilmu dan pengalaman baharu kerana murid-murid inilah
yang akan mencorakkan kemajuan negara di masa hadapan.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYAR AT KHUSUS PENYERTAAN


DR A F

2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

2.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah


tingkatan 1 hingga 5 sahaja di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia.

2.3 Setiap p enyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan
seorang guru pembimbing.

2.4 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.

KERTAS KONSEP NOVICE WEB CHALLENGE 2022 | 1


3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

3.1 Peserta perlu membangunkan satu laman web mengikut tema yang
diberikan dan satu video pendek (teaser) berkenaan laman web
dengan tidak lebih daripada satu (1) minit.

3.2 Tema

Anda diminta oleh guru sukan untuk membangunkan satu laman


web yang mengandungi maklumat mengenai sukan-sukan yang
dipertandingkan dalam sukan sekolah.

Tujuan laman web ini adalah sebagai rujukan murid lain untuk
mencari maklumat dan belajar secara kendiri di luar kelas. Terdapat
pelbagai sumber di internet dan anda harus mengumpulkan ia
dalam satu laman web sebagai ONE STOP INFORMATION
CENTRE.
Sila pilih satu jenis sukan daripada 24 jenis yang pertandingkan
dalam kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM). Dengan hanya menggunakan aplikasi editor yang asas
bangunkan laman web yang interaktif dengan menggunakan elemen
dan kod HTML 5.0. (contoh: Visual Studio Code / Notepad).

3.3 Pengelola Peringkat Negeri: Pejabat Pendidikan Daerah Sibu

3.4 Tarikh Akhir Penyertaan : 12 Ogos 2022

3.5 Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/NOVICEWEBSWK

Atau

KERTAS KONSEP NOVICE WEB CHALLENGE 2022 | 2


4.0 FORMAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini dilaksanakan secara dalam talian.
Semua penyertaan perlu:
4.1.1 memuat naik HTML, CSS, Images, Video dan Audio ke dalam
satu folder google drive peserta sebelum dihantar kepada
penganjur (PPD Sibu)
DRAF

4.1.2 menghantar pautan google drive peserta melalui google form


yang disediakan oleh penganjur peringkat negeri (PPD Sibu).
4.2 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri
pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai.
4.3 Pertukaran dan penambahbaikkan pembangunan web
tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran.
4.4 Format halaman web
4.4.1 Laman web tidak perlu dimuat naik kepada mana-mana server.
Hanya file HTML, CSS, Images, Video dan Audio yang
digunakan sahaja perlu dimuat naik dalam folder google drive;
4.4.2 Tidak menggunakan sebarang elemen multimedia tanpa
kebenaran pencipta (isu hakmilik). Sila gunakan elemen yang
tidak terikat dengan mana mana isu hakcipta;

4.4.3 Tiada sebarang penggunaan aplikasi editor Advance


dibenarkan; dan

4.4.4 Tiada sebarang penggunaan template sedia ada


(predesign) dibenarkan seperti wordpress, joomla, wix, envato
dan sebagainya.

4.4.5 Laman web hendaklah dibangunkan dengan mengunakan kod


HTML 5.0 dan CSS sahaja.

4.4.6 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau


Bahasa Inggeris dalam pembangunan laman web.

KERTAS KONSEP NOVICE WEB CHALLENGE 2022 | 3


4.5 Format video teaser
4.5.1 Durasi video mestilah tidak melebihi satu (1) minit.
4.5.2 Peserta perlu menunjukkan projek mereka secara ringkas.
4.5.3 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris dalam penghasilan video.
4.5.4 Voice over bagi rakaman video adalah tidak dibenarkan.
4.5.4 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/
MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD –
1080p.
4.5.5 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.

5.0 PROSES PENILAIAN PERINGKAT NEGERI


5.1 Saringan dan penilaian halaman web dan video teaser akan
dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri (PPD Sibu).
5.2 Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri
secara dalam talian.
5.3 Semua bahan dalam pembangunan halaman web dan video teaser
yang akan mewakili negeri akan disahkan/diperiksa oleh pihak
penganjur peringkat negeri untuk memastikan bahawa
pendaftaran memenuhi syarat penyertaan.
5.4 Tiga (3) penyertaan terbaik daripada peringkat negeri layak
untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.

KERTAS KONSEP NOVICE WEB CHALLENGE 2022 | 4


6.0 KRITERIA PENILAIAN

Proses penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang berikut:

BIL KRITERIA MARKAH

1 Tema 10

2 Coding HTML dan CSS 40

3 Pengurusan kandungan 30

4 Elemen kreativiti 10

5 Video pendek (teaser) 10

JUMLAH 100

7.0 SUMBER RUJUKAN


Maklumat berkaitan pembangunan laman web boleh diperoleh di pautan yang
berikut: https://www.w3schools.com/

DRAF

KERTAS KONSEP NOVICE WEB CHALLENGE 2022 | 5


NO
BORANG PENILAIAN NOVICE WEB BUILDER PROJEK
CHALLENGE

Aspek 10 - 9 8-6 5- 3 2-1


Sub Kriteria / Aspek Markah
Penilaian Sangat Baik Baik Memuaskan Lemah
TEMA Projek menepati dengan tema yang diberi /10
Berupaya menggunakan kod HTML 5.0/kod CSS dan Javascript
/10
dengan baik dan membantu pembinaan laman web.
Penggunaan elemen multimedia (audio, video, grafik dan teks )
yang bersesuaian dan membantu proses penyampaian maklumat /10
Coding dalam setiap laman yang dibina.
HTML dan Paparan antaramuka yang sesuai dengan bentuk data yang
CSS /10
dipaparkan
Setiap laman yang dibina adalah daripada asas dan tidak
menggunakan bantuan sebarang aplikasi yang advance ataupun /10
template sedia ada di internet.

Penggunaan laras bahasa yang mudah difahami dan penya mpaian


D RA F

Pengurusan /10
maklumat adalah jelas.
Kandungan
Navigasi dan pautan antara halaman serta pautan keluar adalah
/10
baik, berfungsi dan mudah digunakan
Penggunaan elemen multimedia (audio, video, grafik dan teks )
/10
tidak menyalahi mana-mana isu hakcipta pemilik asal.
Video Video yang disediakan mampuri gambaran kepada pengguna
/ 10
Teaser berkenaan laman web yang dihasilkan.
kreativiti Susunan dan penggunaan teks, audio, video yang kreatif. / 10

JUMLAH MARKAH

ULASAN JURI PENILAI:

TANDATANGAN : NAMA JURI :


KERTAS KONSEP SOC TAHUN 2022 | 30
8.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

8.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat secara dalam
talian melalui Google Forms yang disediakan oleh Pengelola
Peringkat Negeri.

8.2 Semua butiran dalam Google Forms mesti diisi dengan lengkap dan
betul.

8.3 Pautan google drive peserta dan Fail (VIDEO TEASER) mesti dimuat
naik ke Google Forms. Fail perlu disertakan dengan caption:
NamaSekolah_NamaPertandingan

Contoh: SMKBatuLintang_NoviceWeb

8.4 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
pihak sekolah. (Lampiran 1)

8.5 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak


lengkap atau lewat.

9.0 PENGHAKIMAN

9.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri adalah di bawah penyelarasan


Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Sektor Pembangunan
Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

9.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan rayuan


berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

10.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

10.1 Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak (JPNS) memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap karya yang
dihasilkan.

11.0 PEMARKAHAN

11.1 *****RUJUK BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN NOVICE WEB


BUILDER CHALLENGE****
12.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga seterusnya Sijil Penyertaan

13.0 AM

13.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.
13.2 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui laman Facebook
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan laman Facebook Unit Koku
JPN Sarawak.
13.3 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

PUAN MARJOLYN MICHAEL


Penolong Pengarah (STEM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670

ENCIK JEREMY LING BENG LEH


Penolong PPD (Kokurikulum)
Pejabat Pendidikan Daerah Sibu
084-331760

ENCIK BONG TIEN ONN


Pegawai Teknikal Negeri Novice Web Builder Challenge
SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching
Kuching
013-5725710

14.0 PENUTUP
Kertas Konsep Novice Web Builder Challenge Peringkat Negeri Sarawak
2022 sah digunakan mulai Mei 2022 sehingga pemberitahuan lanjut oleh Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Sarawak.
Lampiran 1
BORANG PENYERTAAN

Pertandingan Novice Web Builder Challenge


KARNIVAL eMAS 3.0
Sekolah Menengah
Peringkat Negeri Sarawak
PPD

Nama Sekolah

Alamat
Sekolah

No. Tel E-mel


Sekolah Sekolah

Maklumat Bil Nama No. Kad Pengenalan


Murid 1.

Nama Guru

No. Telefon
Guru
Pengesahan Sekolah:
Dengan ini, saya/kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal murid
berkenaan. Saya/kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

………………………………… Tarikh: ……………………


(Tandatangan Guru Pembimbing)

Pengesahan Pengetua/ Guru Besar: ……………………………. Cap Rasmi Sekolah

You might also like