Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

PASIR GUDANG

JBA 1125

KERTAS KERJA
CHEF CILIK TAHUN ENAM

ANJURAN:

PANITIA BAHASA MELAYU SK TANJUNG PUTERI RESORT


1.0 PENGENALAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, juga matlamat kurikulum
Bahasa Melayu dalam melengkapkan murid dengan pelbagai kemahiran, Panitia
Bahasa Melayu SK Tanjung Puteri Resort menganjurkan Program Chef Cilik
Tahun Enam 2021. Pertandingan ini dianjurkan dengan melibatkan semua murid
Tahun Enam dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

2.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-


murid ini menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri serta
tahap keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk menguasai kemahiran
asas memasak.
3.2 Menanam sikap berdaya saing murid semasa menyertai aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan.
3.3 Mewujudkan suasana harmoni di kalangan murid, ahli keluarga dan guru.
3.4 Meningkatkan daya saing dan semangat kerjasama di kalangan ahli
kumpulan dalam suasana pertandingan.

4.0 TEMA

‘Campak-Campak Siap’

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Semua murid Tahun Enam SK Tanjung Puteri Resort

5.2 Semua guru yang mengajar Tahun Enam


6.0 PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 7 Januari hingga 9 Januari 2021

6.2 Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang

6.3 Tempat : Dewan Terbuka SK Tanjung Puteri Resort

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Lampiran 1

8.0 CADANGAN AKTIVITI

Lampiran 2

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Lampiran 3

10.0 SUMBER KEWANGAN

Unit Tahun Enam

11.0 PENUTUP

Diharapkan semua pihak dapat menghulurkan kerjasama untuk menjayakan


program ini. Semoga program Chef Cilik Tahun Enam 2021 ini mendapat
kelulusan daripada pihak tuan demi membantu menambah pengetahuan dalam
kalangan murid melalui aktiviti yang telah dirancang.
Disediakan oleh :

Kamarul Ariff bin Kamarulzaman ____________________

Ketua Panitia Bahasa Melayu ( Tandatangan )

SK Tanjung Puteri Resort Tarikh :

Disokong / Tidak disokong

Ulasan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Sk Tanjung Puteri Resort

Tarikh :

MAKLUMAT KELULUSAN UNTUK DILENGKAPKAN OLEH GURU BESAR


SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

Diluluskan

Tidak diluluskan Tarikh :

Ulasan Guru Besar ( jika ada pindaan )

LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA INDUK CHEF CILIK TAHUN ENAM 2021

Penasihat : Cikgu Haji Jaidi bin Ali (Guru Besar)

Pengerusi : Cikgu Norazah binti Mat Sarif (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Cikgu Haji Shahudin bin Ibrahim (PK Hem)

Naib Pengerusi 2 : Cikgu Abdullah bin Konok (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 3 : Cikgu Haji Saifullizan bin Senin (PK PPKI)

Penyelaras : Cikgu Rahman bin Ambak

Setiausaha : Cikgu Kamarul Ariff bin Kamarulzaman

JAWATANKUASA PELAKSANA CHEF CILIK TAHUN ENAM 2021

Ahli Jawatankuasa : Cikgu Farah Liana binti Abu Bakar@Zainuddin

(Guru BM 6 Anggerik)

Cikgu Rahman bin Ambak

(Guru BM 6 Bakawali)

Cikgu Noor Faiqah binti Othman

(Guru BM 6 Cempaka)

Cikgu Kamarul Ariff bin Kamarulzaman

(Guru BM 6 Dahlia)

Semua guru Tahun Enam

LAMPIRAN 2
CADANGAN AKTIVITI

BIL TARIKH AKTIVITI SASARAN TINDAKAN


PELAKSANAAN
1 7 Februari 2022 Taklimat Tahun Enam Guru BM
pertandingan Tahun Enam
2 8 Februari 2022 Pra pertandingan Tahun Enam Guru BM
Guru Fasilitator Tahun Enam

3 9 Februari 2022 Pertandingan Chef Tahun Enam Guru BM


Cilik Tahun Enam Guru Fasilitator Tahun Enam

LAMPIRAN 3
ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Tabung Gas Butane RM10.00 x 30 RM300.00
2 Perkakasan Memasak
 Dapur
 Apron
 Pisau
Dibawa sendiri
 Tempat pemotong daging
oleh murid
 Besen / bekas makanan
 Cawan dan sudu
 Kain
 Tikar
 Pinggan makan
 Plastik sampah
3 Bahan mentah untuk memasak Dibawa sendiri
oleh murid

JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

You might also like