Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

EPPA4123

TEORI DAN AMALAN PERAKAUNAN

KERANGKA KERJA KONSEPTUAL


BAGI PELAPORAN KEWANGAN

AA
TEORI PERAKAUNAN
rangka rujukan yg menjadi asas pembentukan teknik perakaunan

Rangka rujukan perlukan penerimaan / kesepakatan

▪ objektif bagi pembentukan konsep


▪ konsep & prinsip

AA UKM
KE ARAH PEMBENTUKAN KERANGKA KERJA
KONSEPTUAL PERAKAUNAN
PERSOALAN KONFLIK KEPENTINGAN

Maklumat yg
boleh diukur
& disahkan oleh
profesyen

Maklumat yang
Maklumat yg diperlukan oleh
sanggup dibekalkan pengguna
oleh firma

AA UKM
KE ARAH PEMBENTUKAN KKK PERAKAUNAN
PERSOALAN YANG TIMBUL
1. Pendekatan perolehan
▪ Pendekatan aset/liabiliti – konsep pengekalan modal vs. Pendekatan
hasil belanja
▪ Pendekatan tidak jelas ‘non-articulated’ - beri semua maklumat
berguna & terpulang kepada pengguna untuk mentakrif maklumat
2. Definisi
▪ Aset
▪ Liabiliti
▪ Perolehan - hasil & laba, belanja & kerugian
▪ Asas akruan
3. Konsep pengekalan modal - kewangan atau fizikal?
▪ Pengekalan modal kewangan diukur berdasarkan unit kewangan
▪ Pengekalan modal kewangan diukur berdasarkan kuasa belian kuasa
▪ Pengekalan modal fizikal diukur berdasarkan unit kewangan
▪ Pengekalan modal fizikal diukur berdasarkan kuasa belian kuasa
4. Pengukuran
AA UKM
KEPENTINGAN KERANGKA KERJA
KONSEPTUAL PERAKAUNAN
1. Asas sebagai panduan penetapan piawaian perakaunan –
lebih konsisten

2. Membolehkan usaha pembangunan piawaian dilaksanakan


secara berhemah

3. Memberikan konsep umum yang luas & membenarkan


perkembangan konsep lain

4. Menghasilkan piawaian yang tidak berunsurkan politik


(Solomons 1978)

AA UKM
KE ARAH PEMBENTUKAN KERANGKA KERJA
KONSEPTUAL PERAKAUNAN
– USAHA BADAN PERAKAUNAN

▪ APB Statement No. 4


▪ Trueblood Report
▪ The Corporate Report
▪ Stamp report
▪ FASB Conceptual – Framework Project

AA UKM
KE ARAH PEMBENTUKAN KERANGKA KERJA
KONSEPTUAL PERAKAUNAN
– USAHA BADAN PERAKAUNAN
US - AICPA (1971)
APB (Accounting Principle Board) – APB Statement 4 basic Concepts and Accounting
Principles Underlying FS of Business Enterprise – GAAP
1971
JK Wheat – memperbaiki proses penetapan piawaian → pembentukan FASB
JK Trueblood – membentuk objektif penyata kewangan → 12 objektif & 7 ciri-ciri
kualitatif pelaporan kewangan
1978
FASB – Projek kerangka kerja konseptual
▪ Panduan pembentukan piawaian perakaunan
▪ Rangka rujukan bagi menyelesaikan persoalan perakaunan dalam keadaan di
mana tiada piawaian yang khusus
▪ Menetapkan had bagi penggunaan budibicara
▪ Meningkatkan kebolehbandingan & mengurangkan kaedah alternatif yang
dibenarkan
Fokus kepada pelaporan kewangan & pelabur

AA UKM
KE ARAH PEMBENTUKAN KERANGKA KERJA KONSEPTUAL
PERAKAUNAN
– USAHA BADAN PERAKAUNAN
IASC (1989)
The Framework for the Preparation Of Financial Statements – diadaptasi oleh
IASB 2001

IASC – membentuk piawaian perakaunan ‘world wide’ – kaedah tanda aras &
kaedah alternatif

IASB
▪ membentuk & menerbitkan piawaian perakaunan yang perlu dipatuhi dlm
pembentangan penyata kewangan
▪ meningkatkan penerimaan & pemakaian yang meluas (world wide) -
pengharmonian perbezaan yang tidak boleh diterangkan oleh perbezaan
persekitaran
▪ penyatuan di peringkat antarabangsa / dunia – piawaian perakaunan yang
berkualiti tinggi, boleh dikuatkuasakan & global
▪ Kearah penyatuan dengan piawaian FASB – 2002, 2005, 2006 MoU (11
perkara)
▪ The Conceptual Framework for Financial Reporting

AA UKM
KE ARAH PEMBENTUKAN KERANGKA KERJA
KONSEPTUAL PERAKAUNAN
– USAHA BADAN PERAKAUNAN

• 2004 projek bersama IASB & FASB untuk menyemak


semula kerangka kerja konseptual ➔2010
Conceptual Framework for Financial Reporting

• Usaha disambung semula pada 2012 oleh IASB


➔ 2013 Discussion Paper
➔ 2015 ED/2015/3
➔ Mac 2018 Conceptual Framework for Financial
Reporting (disemak semula)
KERANGKAKERJA KONSEPTUAL BAGI PELAPORAN
KEWANGAN
The Conceptual Framework for Financial Reporting
Diterbitkan MASB
November 2011 - Kerangkakerja Konseptual bagi Pelaporan Kewangan
April 2018 - Kerangkakerja Konseptual bagi Pelaporan Kewangan 2018 (disemak
semula)

➢ Bukan piawaian MASB yang diluluskan, jika ada percanggahan piawaian


MASB perlu dipatuhi

Tujuan kerangkakerja konseptual

a) Membantu pembentukan piawaian MFRS berasaskan konsep yang konsisten;

b) Membantu penyedia penyata kewangan membentuk polisi perakaunan yang


konsisten apabila tiada piawaian yang boleh digunapakai untuk
urusniaga/peristiwa tertentu atau apabila piawaian membenarkan pemilihan
polisi; dan

c) Membantu semua pihak memahami & menginterpretasi piawaian

AA UKM
KERANGKA KERJA KONSEPTUAL BAGI
PELAPORAN KEWANGAN
Menetapkan konsep yang mendasari pelaporan kewangan
1. Objektif pelaporan kewangan bertujuan umum
2. Ciri-ciri kualitatif maklumat berguna
3. Penyata kewangan & entiti pelapor
4. Elemen penyata kewangan
5. Pengiktirafan & penyahiktirafan
6. Pengukuran
7. Pembentangan & pendedahan
8. Konsep modal & pengekalan modal

Baharu Penambahbaikan

AA UKM
Kerangka Kerja Konseptual Pelaporan Kewangan
Objektif Pelaporan Kewangan

Membekalkan maklumat kewangan tentang entiti pelapor yang


berguna kepada pelabur, pemberi pinjaman & lain-lain
pemuitang dalam pembuatan keputusan tentang pemberian
sumber kepada entiti.

Keputusan:
▪ pembelian, jualan atau pegangan ekuiti atau instrumen
hutang,
▪ pemberian atau penjelasan hutang serta lain-lain bentuk
kredit
▪ Melaksanakan hak untuk mengundi atau mempengaruhi
tindakan pengurusan yang mmberi kesan kepada penggunaan
sumber entiti.
AA UKM
MAKLUMAT MENGENAI ENTITI PELAPOR
Maklumat mengenai sumber ekonomik, tuntutan &
perubahan dalam sumber & tuntutan

▪ Sumber ekonomi & tuntutan


▪ Perubahan dalam sumber ekonomik &
▪ Prestasi kewangan yang digambarkan melalui perakaunan
akruan
▪ Prestasi kewangan yang digambarkan memalui aliran tunai
lepas
▪ Perubahan dalam sumber ekonomi yang bukan berpunca dari
prestasi kewangan

AA UKM
PENGGUNA UTAMA LAPORAN KEWANGAN

• Pelabur
• Pemberi pinjaman
• Lain-lain pemuitang

AA UKM
CIRI-CIRI KUALITATIF MAKLUMAT
BERGUNA

▪ mengenalpasti jenis maklumat yang


dijangka berguna kepada pelabur,
pemberi pinjaman & lain-lain pemuitang
(sediada atau bakal) bagi pembuatan
keputusan mengenai entiti pelapor
berdasarkan laporan /maklumat kewangan
entiti

AA UKM
CIRI-CIRI KUALITATIF MAKLUMAT
BERGUNA

CIRI-CIRI ASAS CIRI-CIRI TERTINGKAT


(Fundamental characteristics) (Enhancing characteristics)
▪ Ciri-ciri yang perlu untuk ▪ Ciri-ciri yang kurang
menjadikan maklumat kritikal tetapi elok jika
berguna ada

AA UKM
CIRI-CIRI KUALITATIF MAKLUMAT BERGUNA
CIRI-CIRI ASAS – yang menjadikan maklumat berguna

1. KERELEVANAN (Relevance) – maklumat relevan boleh mengubah


keputusan pengguna

▪Nilai telahan /kebolehramalan (Predictive value) – boleh digunakan


sebagai input dalam proses meramal peristiwa masa depan

▪Nilai kebolehsahan (Confirmatory value) – memberi maklumbalas


tentang penilaian lepas (mengesah atau perubahan)

▪Kematerialan/Kematanan (Materiality) – dari segi amaun & sifat -


memberi kesan kepada keputusan jika maklumat tidak dimasukkan
atau terdapat salah nyata. Kematerialan/kematanan ialah
kerelevanan mengikut entiti – berdasarkan sifat/magnitid/kedua-dua
bagi item yang berkaitan maklumat & dalam kontaks laporan
kewangan entiti.

AA UKM
CIRI-CIRI KUALITATIF MAKLUMAT BERGUNA
CIRI-CIRI ASAS – yang menjadikan maklumat berguna

2. PERWAKILAN BENAR (Faithful Representation)


Lengkap (Complete) – semua maklumat penting untuk
memahami fenomena (angka & perkataan)
Neutral – tidak berat sebelah, berpemberat, diberi
penekanan, tidak diberi penekanan atau dimanipulasi –
berhati-hati (prudence)
Bebas dari kesilapan (Free from error) – tiada kesilapan atau
maklumat tertinggal & tiada kesilapan dalam proses
menyediakan maklumat

Cara menggunapakai ciri-ciri asas


1. Kenalpasti fenomena yang berpotensi berguna
2. Kenalpasti maklumat yang relevan tentang fenomena
tersebut
3. Tentukan samada maklumat boleh diperolehi & mempunyai
perwakilan benar
CIRI-CIRI KUALITATIF ASAS

Nilai telahan

KERELEVANAN Nilai pengesahan

CIRI KUALITATIF Material


ASAS
ciri-ciri yg menjadikan
maklumat berguna Lengkap

PERWAKILAN
BENAR
Neutral

Bebas dari
kesilapan

AA UKM
CIRI-CIRI KUALITATIF MAKLUMAT BERGUNA
CIRI-CIRI TERTINGKAT - meningkatkan kebergunaan maklumat

1. KEBOLEHBANDINGAN (Comparability) – perbezaan &


persamaan – antara tempoh & entiti
2. BOLEH DITENTUSAHKAN / KEBOLEHTENTUSAHAN
(Verifiability) – pemerhati berbeza yang berpengetahuan &
bebas berupaya mencapai kesepakatan – amaun di sekitar julat
yang boleh diterima & kemungkinan yang boleh disahkan
3. KEKINIAN (Timely) – maklumat tersedia pada masa keputusan
dibuat & boleh mempengaruhi keputusan
4. KEBOLEHFAHAMAN (Understandability) – pengkelasan, ciri-
ciri & persembahan yang jelas & ringkas lagi padat

Cara menggunapakai ciri-ciri tertingkat – maksimumkan ciri-ciri


berkenaan

AA UKM
CIRI-CIRI KUALITATIF TERTINGKAT

KEBOLEHBANDINGAN

BOLEH DITENTUSAHKAN /
CIRI KUALITATIF TERTINGKAT KEBOLEHTENTUSAHAN
Ciri-ciri yg meningkatkan
kebergunaan maklumat
KEKINIAN

KEBOLEHFAHAMAN

AA UKM
KEKANGAN KE ATAS PELAPORAN KEWANGAN
YANG BERGUNA

KEKANGAN KOS
▪ pertimbangan kos & manfaat
▪ pertimbangan kos & manfaat - secara umum
& bukan mengikut entiti – perbezaan mungkin
disebabkan – saiz entiti, kaedah berbeza
mendapatkan modal (persendirian atau
awam), keperluan pengguna yang berbeza &
faktor lain

AA UKM
PENYATA KEWANGAN & ENTITI PELAPOR

PENYATA KEWANGAN
• Objektif & skop penyata kewangan
• Tempoh pelaporan
• Perspektif penyata kewangan
• Andaian usaha berterusan - entiti akan terus beroperasi
di masa hadapan & tidak akan dibubarkan atau dikecilkan saiz
operasi secara signifikan
ENTITI PELAPOR
• Penyata kewangan disatukan & penyata kewangan
tidak disatukan

AA UKM
ELEMEN PENYATA KEWANGAN

ASET

KEDUDUKAN
LIABILITI
KEWANGAN

ELEMEN EKUITI
PENYATA
KEWANGAN

PENDAPATAN
(Hasil & Laba)
PRESTASI
KEWANGAN
PERBELANJAAN
(Belanja &
Kerugian)
AA UKM
ELEMEN PENYATA KEWANGAN

• Aset ialah sumber ekonomi semasa yang dikawal entiti yang


berpunca dari urusniaga lepas
ASET • Sumber ekonomi – hak yang berpotensi untuk menghasilkan
manfaat ekonomi

• Obligasi semasa entiti untuk memindahkan sumber ekonomi yang


LIABILITI berpunca dari urusniaga lepas
• Obligasi kontraktual vs. obligasi konstruktif

• Kepentingan residual ke atas aset selepas ditolak liabiliti


EKUITI • Aset – Liabiliti

• Peningkatan dalam aset atau penurunan dalam liabiliti yang


PENDAPATAN diiktiraf dalam tempoh semasa
• Meningkatkan ekuiti kecuali urusniaga dengan pemilik

• Penurunan dalam aset atau peningkatan dalam liabiliti yang


PERBELANJAAN diiktiraf dalam tempoh semasa
• Mengurangkan ekuiti kecuali urusniaga dengan pemilik

AA UKM
PENGIKTIRAFAN & PENYAHIKTIRAFAN

PROSES PENGIKTIRAFAN

KRITERIA PENGIKTIRAFAN
• Kerelevanan – ketidakpastian & kemungkinan aliran masuk atau
keluar manfaat ekonomi rendah
• Perwakilan benar – ketidakpastian ukuran & faktor lain

PENYAHIKTIRAFAN

AA UKM
PENGUKURAN

ASAS PENGUKURAN
• Kos sejarah
• Nilai semasa – nilai saksama, nilai penggunaan/fulfilment value, kos semasa

MAKLUMAT YANG DIBERIKAN OLEH ASAS UKURAN

FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN DALAM MEMILIHAN ASAS UKURAN


• Kerelevanan
• Perwakilan benar
• Ciri kualitatif tertingkat & kekangan kos
• Pengukuran awal
• Penggunaan lebih dari satu asas

PENGUKURAN EKUITI

TEKNIK UKURAN BERASASKAN ALIR TUNAI

AA UKM
PEMBENTANGAN & PENDEDAHAN

PEMBENTANGAN & PENDEDAHAN SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

OBJEKTIF & PRINSIP PEMBENTANGAN & PENDEDAHAN


PENGKELASAN
• aset & liabiliti
• Offset
• Ekuiti
• Pendapatan & perbelanjaan
• Untung atau rugi & pendapatan komprehensif lain
PENGAREGATAN

AA UKM
KONSEP PENGEKALAN MODAL

▪ Konsep pengekalan modal & penentuan


keuntungan

PENGEKALAN PENGEKALAN
MODAL MODAL
KEWANGAN FIZIKAL

AA UKM
KONSEP PENGEKALAN MODAL
Contoh

Syarikat Wawasan mempunyai aset berjumlah RM1,200,000 dan liabiliti berjumlah


RM700,000 pada awal tempoh dan aset berjumlah RM1,460,000 dan liabiliti berjumlah
RM810,000 pada penghujung tempoh. Andaikan tiada sumbangan dari atau agihan
kepada pemilik dalam tempoh semasa.
Aset bersih = Jumlah asets – jumlah liabiliti

Aset bersih pd awal tempoh = RM1,200,000 – RM700,000


= RM500,000

Aset bersih pd akhir tempoh = RM1,460,000 – RM810,000


= RM650,000

Pendapatan bagi tempoh = RM650,000 - RM500,000


= RM150,000

Pendapatan berjumlah RM150,000 bagi tempoh boleh diiktiraf kerana modal telah
dikekalkan memandangkan aset bersih akhir (RM650,000) melebihi aset bersih awal
(RM500,000).

AA UKM
KONSEP PENGEKALAN MODAL
Kewangan

➢ Pendapatan diperolehi hanya sekiranya amaun kewangan aset bersih


pada akhir tempoh melebihi amaun kewangan aset bersih pada awal
tempoh, tidak memgambilkira sebarang agihan atau sumbangan dari
pemilik dalam tempoh.

➢ Pengukuran boleh dilakukan berdasarkan unit kewangan atau unit


kuasa belian semasa

➢ Semua perubahan harga yang melibatkan aset atau liabiliti diambilkira


sebagai keuntungan/pendapatan

➢ Contoh Sy Wawasan – konsep pengekalan modal kewangan


digunakan

AA UKM
KONSEP PENGEKALAN MODAL
Fizikal
➢ Pendapatan diperolehi hanya sekiranya kapisiti operasi pada akhir
tempoh melebihi kapisiti operasi pada awal tempoh, tidak
memgambilkira sebarang agihan atau sumbangan dari pemilik dalam
tempoh.

➢ Semua perubahan harga yang melibatkan aset atau liabiliti dianggap


sebagai perubahan dalam pengukuran kapisiti pengeluaran fizikal dan
diambilkira sebagai pelarasan pengekalan modal yg merupakan
sebahagian dari ekuiti & bukan merupakan keuntungan

➢ Berdasarkan contoh Sy Wawasan, diandaikan aset bersih pd


penghujung tempoh perlu bernilai RM540,000 bagi memastikan kapisiti
pengeluaran fizikal dikekalkan maka pendapatan bagi tempoh ialah
RM110,000 (RM650,000 – RM540,000).

AA UKM

You might also like