Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERTAS CADANGAN PENTERNAKAN BURUNG MERPATI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI GADING

 
1. PENGENALAN:
Memandangkan era semakin maju, Sektor penternakan merupakan salah satu daripada
cabang-cabang pertanian selain tanaman makanan asas, buah-buahan, perikanan dan
juga akuakultur. Perubahan drastik kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara pengeluar makanan halal utama di dunia serta pelaksanaan terhadap
jaminan sekuriti makanan dalam negara.

2. LATAR BELAKANG:
2.1 Kandang Burung Merpati ini terletak berhadapan dengan kelas 4 Sains
          2.2 Saiz bangsal untuk memuatkan 3,000 ekor puyuh adalah 20 kaki lebar x30
kaki panjang
          2.3 Reka Bentuk Bangsal Burung Merpati ini adalah ringkas dan ergonomik
Serta diperbuat daripada kayu Pallet Pine jepun
 
3. OBJEKTIF:
3.1 Memupuk pelajar supaya meminati bidang perternakan yang mendalam
3.2 Guru serta pelajar boleh mengadakan beberapa aktiviti luar yang berkaitan
dengan projek ini apabila siap dibina
3.3 Merangsang minda dan kreativiti pelajar dalam menjayakan taman ini.
3.4 Memupuk nilai-nilai murni kepada pelajar supaya cinta kepada
haiwan/fauna.
 
4. RASIONAL:
4.1 Melahirkan pelajar yang peka kepada alam sekitar. Justeru itu dapat
mengaplikasi pelajar dengan projek ini.
            4.2 Menanam semangat kerjasama kepada pelajar supaya sayangkan alam
sekitar.

5. ANGGARAN KOS PROJEK:

(a) Fasa Pertama (Pembinaan sangkar/reban burung merpati)

Kayu 2 x 3 = 6’ x 12 batang = RM 54.00


Kayu 1 x 2 = 6’ x 17 batang = RM 75.60
Kayu gambir = RM 19.20
Bata 50 biji = RM 12.50
Paku gambir = RM 5.00
Paku 2” = RM 5.00
Paku 2 ½ = RM 5.00
Atap 5” = RM 96.00
Simen RM 18.00 x 2 = RM 36.00
Dawai 1 gulung ¾ = RM 70.00
Pasir kasar = RM 45.00

                                    JUMLAH   (a)                                                = RM 423.30


           
(b) Fasa Kedua (Lain-lain)
          5.1.10 Anak burung Merpati 20 ekor x RM3.50 = RM 70.00
5.1.11 Makanan puyuh = RM 200.00
5.1.12 Upah pekerja                                                             = RM 100.00
          5.1.13 Lain-lain kos                                                           = RM 200.00
                                   
JUMLAH   (b)                                               = RM 570.00
                                                          
  JUMLAH   (a +b)    = RM 993.30
 

6. SASARAN PASARAN

Burung merpati dapat menghasilkan pendapatan walaupun agak sukar mendapat


permintaan dan sukar ditemui pada masa kini. Kami akan menjual burung merpati
seperti keterangan berikut:

(i) Harga
6.1.1 Daging Burung Merpati Sejukbeku 1 ekor x RM25.00
6.1.2 Burung Merpati Muda (Hidup) 1 ekor x RM30.00

(ii) Lokasi
6.2.1 Penjualan atas talian: www.burungreadystock.com

Penjualan Daging Burung Merpati Sejukbeku khas ditujukan kepada orang yang
mempunyai penyakit-penyakit seperti penyakit kebas-kebas badan, penyakit lumpuh
serta sesuai untuk ibu yang sedang mengandung. Burung Merpati Muda (Hidup) pula
ditujukan kepada penggemar atau orang yang mempunyai hobi membela burung
merpati.

7. TEMPOH PELAKSANAAN

Pemeliharaan merpati pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah
kerana saiz merpati jauh lebih kecil dari penternakan binatang ternakan lain seperti
ayam. Pelaksanaan ini hanya memerlukan tempoh masa selama 3 bulan dan
memerlukan pertolongan daripada pekerja2 atau staff sekolah serta pinjaman
perbelanjaan kos awal.

8. RUMUSAN

Penternakan burung merpati pedaging merupakan projek pertanian yang sangat


menguntungkan, mempunyai nilai kompetitif yang tinggi, pasarannya masih belum
diterokai dengan lebih meluas lagi dan sangat sesuai untuk di bangunkan terutamanya
di Malaysia.

 
 

You might also like