You are on page 1of 6

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1. Pengenalan 1
2. Kepelbagaian Tamadun Asia Antara Tamadun Melayu, Cina dan
India di Malaysia
- Budaya 1
- Ekonomi 2
- Pendidikan 3
3. Rumusan 4

4. Rujukan 5
5. Lampiran 6
1.0 Pengenalan

Umum mengetahui bahawa Malaysia telah menerima pelbagai interaksi sejak sebelum zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Tamadun Melayu telah muncul di Alam Melayu sebelum
kedatangan Islam (Atira Nor, 2015). Selepas Islam datang, hubungan antara Islam dan Melayu itu
terlalu rapat sehingga sering disinonimkan – Melayu ialah Islam, Islam ialah Melayu. Selain itu,
interaksi Melayu-China pula wujud sejak Dinasti Han lagi dan mencapai kegemilangan semasa
jalinan Kesultanan Melayu Melaka dengan Dinasti Ming pada abad ke-17 (Syakil Zainal, 2021).
Akhir sekali, interaksi Melayu-India bermula seawal abad ke-3 ketika pedagang Melayu
menyeberangi Teluk Bengal untuk mencari barang dagangan (Mohd Razimi Husin et. al, 2017).
Disebakan itu, Malaysia mempunyai kepelbagaian dalam pelbagai perkara seperti budaya,
ekonomi dan pendidikan. Aspek tersebut akan dihuraikan dengan lebih kritis lagi di bawah.

2.0 Kepelbagaian Tamadun Asia Antara Tamadun Melayu, Cina dan India di Malaysia
2.1 Budaya

Budaya merupakan cara hidup bagi sesuatu masyarakat berdasarkan pegangan dan kepercayaan
untuk mencapai sesebuah pembangunan dalam hidup (Mohd Faizul Anas, 2021). Antara aspek
budaya ialah adat resam dan sistem komuniti. Di Malaysia, adat masyarakat Melayu lama dari segi
kelahiran bayi adalah membuat upacara melenggang perut bagi wanita yang mengandung anak
sulung ketika kandungan berusia tujuh atau lapan bulan – mengelakkan kecelakaan dan
membetulkan kedudukannya. Sewaktu bersalin pula, bayi lelaki diazankan dan yang perempuan
diiqamatkan serta ibu itu akan berpantang selama 40 hari. Bayi juga akan diberi nama yang
mempunyai maksud yang baik. Kemudian,amalan cukur jambul dan akikah dilakukan pada hari ke-
7 kelahiran sebagai tanda syukur kepada Allah SWT dan rambut yang dicukur itu akan ditukar
dengan nilai emas atau perak untuk dizakatkan (Abdul Latiff Abu Bakar, 2001).

Bagi masyarakat Cina pula, ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung
dan bukannya suami serta mereka amat mementingkan anak lelaki – mewarisi keturunan nama.
Selain itu, mereka juga dilarang memaku – bimbang anak akan cacat kerana terkejut dan Si ibu
perlu berhati-hati supaya tidak terperanjat dan terpengaruh dengan benda yang tidak baik. Dalam
pada itu, jika tali pusat bayi tersembul setelah lahir, mereka dikaitkan dengan hidup yang kurang
baik tetapi jika ke dalam, mereka akan hidup senang pada masa hadapan. Terakhir, masyarakat
Cina juga mengadakan majlis kenduri seperti Melayu iaitu ketika bayi berumur sebulan dan
mencukur jambul sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran baru dalam masyarakat (Seow Zi Wiu,
2021).

1
Kaum India pula akan mengadakan upacara Valaikaapu semasa kandungan menjangkaui
usia tujuh hingga sembilan bulan – memudahkan proses bersalin. Sebaik sahaja bayi dilahirkan,
sami Hindu akan membisikkan mantera Tuhan ke telinga bayi kemudian si bapa akan
memberitahu semua ahli keluarga dan kenalan tentang kelahiran itu. Bagi mereka, selama 16 hari
bermula bayi dilahirkan, keluarga itu dianggap tidak suci. Pada hari ke-16 pula suatu upacara
diadakan sepertimana kaum Melayu dan Cina untuk merasmikan penamaan anak. Nama yang
diberi dipilih dengan teliti merujuk kepada bintang hari kelahirannya dalam takwim Hindu. Akhir
sekali, akan adanya sesi mendodoi bayi (talaatu) yang dimulakan dengan cerita nasihat –
berharap bayi menjadi orang yang berguna di masa hadapan (JKKN, 2021). Maka, dapatlah kita
lihat bahawa terdapat beberapa perbezaan dan persamaan budaya dalam ketiga-tiga tamadun di
Malaysia dan setiap satunya mempunyai keunikan yang tersendiri.

2.2 Ekonomi

Ekonomi merupakan antara tunjang utama dalam pembangunan sesebuah tamadun (Muhammad
Harun, 2016). Oleh itu, seperti yang diketahui, perdagangan menjadi nadi utama kepada ekonomi
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada zaman dahulu. Sistem perdagangan yang amat baik itu
disebabkan adanya kecekapan sistem pembesar empat lipatan, kehandalan Syahbandar dan
amalan dasar buka pintu. Sikap pedagang tempatan yang jujur, amanah dan ramah itu telah
menarik ramai pedagang antarabangsa seperti pedagang Arab, Cina dan India untuk berdagang di
situ. Malah, kewujudan matawang sendiri dan penggunaannya seperti calain, cashes dan reis
telah memudahkan urusan jual beli yang sedang berlangsung. Tambahan pula, pertanian juga
menjadi kegiatan ekonomi utama khususnya di pedalaman sehingga boleh menyebabkan pelbagai
rempah ratus seperti lada, kayu manis dan cengkih didagangkan kepada pedagang antarabangsa
(Solahuddin Abdul Hamid, 2012).

Pertanian dan Cina tidak dapat dipisahkan kerana telah bermula di zaman Dinasti Shang.
Jelai dan gandum merupakan bijirin utama pada mereka selain turut menternak lembu, kerbau dan
kuda seperti orang Melayu. Sistem pengairan yang bagus dan penggunaan baja telah
menambahkan hasil tanaman mereka. Pada waktu yang sama, mereka turut mengusahakan
pembuatan tembikar, ukiran kayu, gangsa, jed serta menenun tekstil dan bulu. Bukan itu sahaja,
kehebatan mereka dalam menguruskan perniagaan tidak dapat dinafikan sehingga kini. Di
Malaysia, kita dapat lihat kebanyakan bidang perniagaan telah dimonopoli oleh bangsa Cina hasil
daripada kecekapan dan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan. Tetapi, pedagang
diletakkan pada tahap paling rendah dalam susunan hierarki sosial kerana kebanyakan mereka
tidak jujur dalam perniagaan (Chin Yee Whah, 2019).

2
Akhir sekali, masyarakat India telah datang ke Tamadun Melayu untuk berdagang dan
menjual barangan yang sukar didapati pada dahulu kala. Akan tetapi, setelah kedatangan British
sebagai penjajah, mereka telah datang ke negara kita atas tawaran untuk bekerja sebagai buruh di
kawasan perladangan atau mana-mana projek kerajaan ketika itu. Pokok getah, kopi dan tebu
merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat India serta mereka turut membantu
dalam projek pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Mereka juga turut menternak haiwan seperti
orang Melayu dan Cina, sekaligus memperkenalkan penggunaan bajak yang ditarik oleh kerbau –
dapat mengurangkan masa dan tenaga kerja untuk gemburkan tanah sekaligus meningkatkan
hasil tanaman (Aaron Joseph, 2008). Jadi, dapatlah kita konklusikan bahawa jenis ekonomi bagi
ketiga-tiga tamadun ini adalah kesemuanya memberikan sumbangan kepada pembangunan
ekonomi Malaysia.

2.3 Pendidikan

Awang Sariyan menyatakan bahawa pendidikan merupakan proses yang sama dengan kehidupan
manusia (Mohd Faizul Anas, 2021). Oleh itu, dasar pendidikan Melayu yang sering dikaitkan
dengan agama Islam amat menekankan hakikat ketuhanan demi melahirkan manusia yang
seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani. Peringkat awal pendidikan Melayu adalah di istana
dan hanya golongan bangsawan sahaja yang menerima ilmu. Setelah kedatangan Islam, golongan
bawahan turut menerimanya dan pendidikan utama ketika itu adalah pendidikan Islam. Tempat
pengajian juga semakin meluas seperti di pondok, madrasah, rumah tok guru, surau dan masjid.
Istana turut dijadikan perpustakaan, tempat penyalinan dan terjemahan. Guru-guru utama pada
ketika itu adalah alim ulama yang datang untuk berdagang tetapi menetap di semenanjung
sementara menunggu peralihan monsun. Kesusasteraan seperti puisi, pantun, seloka yang
mempunyai nasihat dan mengasah kecerdasan minda turut menjadi pendidikan tidak formal
Melayu. Kemudian, kedatangan penjajah telah meluaskan konsep pendidikan di negara kita
seperti apa yang kita terima hari ini seperti biologi, matematik dan bahasa Inggeris (Ab. Halim
Tamuri et. al, 2009).

Seterusnya, masyarakat cina mempunyai matlamat pendidikan yang khusus dan antaranya
ialah mengekalkan ajaran konfusianisme – sangat pentingkan pendidikan untuk melahirkan insan
yang mempunyai moral perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan hormat ibu bapa (xio).
Pendidikan masyarakat Cina di Malaysia mengalami beberapa tahap perubahan. Pertama,
sebelum tahun 1920an pendidikan Cina bebas berkembang tanpa sebarang sekatan; sekolah di
bandar besar bersifat vernakular dan cenderung kepada negara Cina kerana sukatan buku teks,
guru diambil dari sana di samping bahasa pengantar juga mengikut dialek masing-masing.
Walaubagaimanapun, penubuhan sekolah Cina telah dikawal menerusi Enakmen Pendaftaran
Sekolah pada awal abad ke-20 untuk mengawal penularan pengaruh Komunis. Kesemua sekolah
perlu berdaftar dan segala sukatan serta aktiviti diselia oleh British. Tahap terakhir pula berlakunya
3
kontrovensi asbab daripada penstrukturan semula pendidikan mereka leh kerajaan sebagai usaha
untuk menguatkan pepaduan. Tetapi, masyarakat Cina menganggap bahawa langkah itu
merupakan satu ancaman kepada sekolah vernakular. Pada akhirnya, mereka terpaksa akur
dengan rangka pendidikan kerajaan demi meneruskan rancangan mereka – tertubuhnya sekolah
umum dan sekolah jenis umum (Siew Chang Yee, 2021).

Akhir sekali, tujuan pendidikan bagi masyarakat India adalah untuk menyediakan manusia
untuk menghadapi kehidupan selepas mati serta menjadi saluran untuk mendidik hukum agama
serta nilai kehidupan yang baik. Dulu masyarakat India kurang kesedaran tentang pendidikan
kerana mereka hanya tinggal di estet. Tetapi, British telah membantu mendirikan sekolah di
kawasan itu seperti di Province Wellesly dan sehingga sekarang mereka turut menerima
pendidikan seperti Melayu dan Cina. Masyarakat mereka menekankan ilmu bersifat abstrak yang
berkait dengan agama. Misalnya, ilmu astronomi – penyembahan matahari, bulan dan bintang.
Pemerhatian akan dilakukan bagi menyesuaikan dengan tarikh penyembahan dan perayaan
mereka. Rujukan utama dalam pendidikan bagi mereka adalah kitab Veda dan ilmu yang dipelajari
akan ditinggalkan pada usia tua untuk hidup dalam alam pertapaan bagi mencapai tingkat nirwana;
kesempurnaan (Arumugam Raman, 2015) Tuntasnya, dapatlah kita dapat simpulkan bahawa
dasar pendidikan setiap tamadun adalah berbeza tetapi persamaan yang ada adalah
mementingkan pendidikan bagi anak bangsa di samping ingin menerapkan nilai murni dalam diri
mereka.

3.0 Rumusan

Sebagai penghias bicara akhir, saya memetik ayat al-Quran surah al-Hujurat ayat ke-13 yang
bermaksud:

”Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain)”

Walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa yang berbeza dan datang daripada
pelbagai tamadun, setiap satu daripada kita memberikan manfaat yang pelbagai kepada
negara daripada segenap aspek dan itulah yang menjadikan negara kita unik di mata dunia.
Oleh hal yang demikian, kita hendaklah mengambil yang jernih dan membuang yang keruh
serta mengamalkan demokrasi dalam segala hal yang melibatkan percampuran kaum demi
menjaga keamanan, kestabilan dan kemajuan negara yang dicintai ini.

4
4.0 Lampiran

Upacara Melenggang Perut Majlis Kenduri Menyambut Kelahiran


Bayi

Upacara Valaikaapu Matawang Kesultanan Melayu Melaka

Seni Tembikar Penoreh Getah Masyarakat India

Madrasah Sekolah Vernakular


6

You might also like