Tugasan 1 BMMB3023

You might also like

You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1. Pengenalan 1
2. Bentuk Kata Dan Proses Pembentukan Kata 1
3. Golongan Kata 3

4. Fungsi Frasa 4
5. Fungsi Klausa 8
6. Rumusan 9
7. Rujukan 10
8. Lampiran 11
1.0 Pengenalan

Morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi penggolongan, struktur dan
bentuk kata. Penggolongan kata – proses pengelasan perkataan mengikut fungsinya, struktur kata –
susunan tulisan yang menjadi unit nahu yang bermakna dan bentuk kata – rupa bagi suatu unit bahasa.
Sintaksis pula adalah susunan binaan yang penting dalam apa jua bahasa dan mendasari beberapa
kaedah bagi membentuk ayat (Nik Safiah Karim et. al, 2015). Tuntasnya, dapatlah disimpulkan bahawa
morfologi dan sintaksis adalah kajian yang melibatkan tentang rumus tatabahasa bagi sesuatu kata
ataupun ayat yang ingin ataupun yang telah dihasilkan. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan
beberapa tajuk yang berkaitan dengan lebih jali.

2.0 Bentuk Kata Dan Proses Pembentukan Kata

Susunan satu atau beberapa morfem dan boleh membentuk kata yang lain adalah konsep bagi bentuk
kata. (Nurul Afini Sarifuddin, 2019). Bentuk kata yang pertama ialah kata tunggal. Nik Safiah Karim –
kata asal yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan bahkan
mempunyai beberapa jenis suku kata dan pelbagai pola dalam setiap jenis itu (2010, dalam Afini
Sarifuddin, 2019). Misalnya, kata tunggal dua suku kata berpola KV+KV; lima. Akronim juga adalah kata
tunggal yang melalui proses pengakroniman – pembentukan perkataan menerusi
pemendekan/penggabungan (Punitha Nitha, 2015) yang mempunyai empat jenis dan mestilah boleh
dilafazkan dengan utuh.

Cantuman Huruf Awal Beberapa Perkataan

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

Cantuman Suku Kata Awal Sejumlah Perkataan

pawagam – panggung wayang gambar

Cantuman Huruf & Suku Kata Perkataan Sesedap Sebutan

Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Cantuman Bahagian Awal Perkataan Pertama Dengan


Bahagian Lain Perkataan Yang Mengikutinya

debunga – debu bunga

Rajah 1
Seterusnya ialah kata majmuk yang turut mengalami proses pembentukan kata pemajmukan iaitu
apabila dua perkataan dirangkaikan bersama lantas membawa makna tertentu (Fauziah, 2011). Malah,
tidak boleh disisipkan sebarang unsur di antara unit dan kebiasaannya dieja secara berpisah (turut
diaplikasikan ketika menerima imbuhan awalan/akhiran) kecuali bagi kata majmuk mantap, bentuk lazim
dan yang menerima imbuhan apitan. Terdapat tiga jenis kata majmuk dan antaranya adalah istilah
khusus. Boleh juga mengalami penggandaan yang memerlukan pengulangan unsur pertama sahaja
tetapi tidak bagi kata majmuk mantap.

Kata Majmuk
buah hati, nasi minyak, kuning langsat
Jenis Kata Majmuk:
Istilah Khusus cari gali, lut sinar, kemas kini

Imbuhan awalan/akhiran
bercampur aduk (imbuhan awalan), daya serapan (imbuhan akhiran)

Kata Majmuk Mantap


antarabangsa, sukarela, olahraga

Bentuk Lazim
dinihari, daripada, barangkali

Imbuhan apitan
menyatupadukan, pengambilalihan

Penggandaan Kata Majmuk


suku-suku kata & setiausaha-setiausaha

Rajah 2

Selain itu, kata ganda pula mengalami proses penggandaan. Abdullah Hassan – penerbitan
perkataan melalui penggandaan kata dasar (2007, dalam Sakinah Othman et. al, tt). Terdapat tiga jenis
penggandaan iaitu penuh; ulang seluruh kata dasar, separa; ulang sebahagian dan berentak; ulang
mengikut rentak. Penggandaan penuh dan separa melibatkan kata tunggal dan kata berimbuhan
manakala berentak dibahagikan lagi kepada tiga dan antaranya ialah pengulangan konsonan.

• makan-makan (kata tunggal)


Penggandaan Penuh
• makanan-makanan (kata berimbuhan-akhiran)

Penggandaan • lelaki (kata tunggal)


Separa • bantu-membantu (kata berimbuhan-apitan)
Penggandaan
Berentak:
• kontang-kanting, kayu-kayan
Pengulangan
Konsonan

Rajah 3 2
Akhir sekali, kata terbitan daripada proses pengimbuhan ialah kata dasar yang menerima
imbuhan (Farrid, 2021). Terdapat empat jenis imbuhan yakni awalan, apitan, sisipan; terbitkan golongan
kata nama, kerja, adjektif dan imbuhan akhiran; terbitkan golongan kata nama, kerja. Tambahan,
beberapa morfonem dalam imbuhan awalan perlu digantikan dengan alomorfnya mengikut rumus
tatabahasa yang ditetapkan.

Imbuhan Imbuhan Imbuhan Imbuhan


Awalan Akhiran Apitan Sisipan
Morfonem peN- akan Apitan Kata Adjektif Sisipan Kata Nama
berubah kepada
Akhiran Kata Kerja ke- + maju + -an = tunjuk >
alomorf pe- apabila
berjumpa dengan Kemajuan t + -el- + unjuk =
turut + -i = turuti
huruf 'w' pada awal ke- + melayu + -an = Telunjuk
kata dasar: akhir + -i = akhiri
Kemelayuan kuping >
peN- + wakil = hadir + -i = hadiri
ke- + tabah + -an = k + -er- + uping =
Pewakil (Kata Nama) Ketabahan Keruping

Rajah 4

3.0 Golongan Kata

Golongan kata ialah perkataan yang dikelompokkan mengikut kriterianya tersendiri dan terbahagi
kepada empat jenis iaitu kata nama; sejumlah perkataan yang menamakan orang, benda, tempat,
menjadi unsur frasa nama, terbahagi kepada 3 subgolongan. Kata kerja; sejumlah perkataan yang
menunjukkan sesuatu perbuatan, menjadi unsur frasa kerja, terbahagi kepada 2 subgolongan. Kata
adjektif; sejumlah perkataan yang menerangkan sifat, menjadi inti frasa adjektif, terbahagi kepada 9
kumpulan mengikut maknanya. Akhirnya, kata tugas; menjalankan fungsi nahu tertentu, tidak menjadi
inti sesuatu ayat, mempunyai 17 jenis yang dikelaskan kepada 4 kelompok (Muhammed Salehudin
Aman, tt).

Kata
Kata Nama Kata Kerja Kata Tugas
Adjektif

Antaranya: Penyambung
Am Transitif
warna Ayat

Khas Tak Transitif bentuk Praklausa

Prafrasa &
Ganti Nama waktu
Pascafrasa

Pascakata

Rajah 5 3
4.0 Fungsi Frasa

Frasa ialah susunan perkataan sekurang-kurangnya satu atau dua patah perkataan, yang berpotensi
untuk diperluaskan, tidak mempunyai subjek/predikat dan boleh menjadi konstituen kepada dirinya atau
klausa. Terdapat 4 jenis frasa dan setiap satunya menjalankan fungsi tertentu (Siti Hajar Abdul Aziz,
2011).

 Frasa sebagai subjek

Jenis Frasa Data Autentik Sumber


Frasa Nama “Aria menggeleng.” – m/s 338 Novel Kapal Terakhir Di Dunia
“Mendengar kenyataan itu,
Frasa Kerja Episod I
mata Aria menjinak.” – m/s 336
“Kelu lidah Aria untuk
Frasa Adjektif membalas kerana bapanya Karya Teme Abdullah (2021)
sudah mati” – m/s 334

Rajah 6

Dalam konteks ini, contoh frasa yang menjalankan fungsi sebagai subjek adalah frasa ‘kelu’ yang
jelas memenuhi ciri-ciri subjek kerana telah mengambil tugas kata nama dan hadir di subjek ayat ‘kelu
lidah Aria’ bagi menggambarkan kelakuannya. Jika dibuang, ayat menjadi tidak gramatis.

4
 Frasa sebagai predikat
Jenis Frasa Data Autentik Sumber
“Kelebihan diplomasi ini
membolehkan Malaysia
Frasa Nama Buku Dunia Tanpa Tembok
mengharungi cabaran
Konfrontasi.” – m/s 228
“US ketika zaman Obama
(2009-2017)
memperkenalkan TPP
(Trans-Pacific Partnership)
Frasa Kerja dan TTIP (Transatlantic Edisi I
Trade and Investment
Partnership) dan mempunyai
konotasi geopolitik (“Pacific”
dan Atlantic”).” – m/s 32
“Tanpa hubungan yang baik
dengan rakan dagang,
Frasa Adjektif Karya Ayman Rashdan Wong
ekonomi Malaysia tidak akan
makmur.” – m/s 219
“Pada tahun 1405,
Parameswara telah
Frasa Sendi Nama memeterai hubungan uftian (2021)
(tributary) dengan China.” –
m/s 224

Rajah 7

Seterusnya, fungsi frasa sebagai predikat adalah seperti frasa ‘dengan’ yang jelas hadir pada
bahagian predikat ayat ‘dengan China’, bahkan telah menepati rumus dalam Tatabahasa Dewan; hadir
di hadapan kata nama – ‘China’. Frasa ‘dengan’ dalam predikat ini membawa maksud bersama-sama
atau beserta.

5
 Frasa sebagai penerang

Jenis Frasa Data Autentik Sumber


“Aku bercadang untuk
melanjutkan pelajaran di
Frasa Nama Buku Tangisan Yang Terakhir
sekolah asrama penuh.”
– m/s 7
“Aku terus menyarungkan
jubah pada tubuhku, tapi aku
tidaklah memakai tudung
Frasa Adjektif labuh kerana pada saat itu Karya Farah Fakhira (2021)
merupakan kali pertama
untuk aku menyarungkan
tudung di kepala.” – m/s 37
“Batang tombaknya bergetar Novel Kapal Terakhir Di Dunia
Frasa Kerja kerana tusukan yang terlalu Karya Teme Abdullah
dalam.” – m/s 253 (2021)

Rajah 8

Lain daripada itu, fungsi frasa sebagai penerang adalah seperti ‘asrama penuh’. Inti+penerang
merupakan hubungan bagi frasa nama ini yakni inti; sekolah dan penerang; asrama penuh. Maka, frasa
nama ‘asrama penuh’ berfungsi dengan betul sebagai penerang – jenis kepada inti frasa nama ‘sekolah’.

 Frasa sebagai keterangan


Jenis Frasa Data Autentik Sumber
“Kepalanya menggeleng-
Frasa Adjektif Novel Kapal Terakhir Di Dunia
geleng lemah.” – m/s 138
“Tujuan asalnya adalah untuk
menyelamatkan spesies
manusia daripada tsunami
Frasa Sendi Nama Karya Teme Abdullah (2021)
yang melanda seluruh bumi
akibat hentaman tahi
bintang.” – m/s 7

Rajah 9

Akhir sekali, ‘daripada’ telah menepati fungsi frasa sebagai keterangan kerana menjadi konstituen
bagi menerangkan frasa nama ‘tsunami’ dan menyatakan makna punca tujuan itu dilakukan, justeru
ayat tidak akan gramatis jika frasa itu digugurkan.

5.0 Fungsi Klausa


Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mempunyai subjek dan predikat serta menjadi
konstituen kepada ayat. Terdapat dua jenis klausa; bebas dan tak bebas, malah klausa juga
menjalankan beberapa fungsi (Nik Safiah Karim et. al, 2015).
 Klausa sebagai subjek
Data Autentik Sumber
“Sasaran utama Korea Utara ialah Korea
Buku Dunia Tanpa Tembok Edisi 1
Selatan dan Jepun.” – m/s 122
Karya Ayman Rashdan Wong

 Klausa sebagai objek


Data Autentik Sumber
“Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa
peralihan bahasa/kod yang terpapar dalam Journal Of Modern Languages (e-journal)
penulisan artikel boleh dibahagikan kepada Karya Kuang Ching Hei & Hazel Ng Jin May
3 jenis utama.” – m/s 123

 Klausa sebagai pelengkap


Data Autentik Sumber
“Asmah Haji Omar (1992) juga berpendapat
bahawa peralihan kod adalah satu
Journal Of Modern Languages (e-journal)
fenomena yang dilakukan oleh penutur
Karya Kuang Ching Hei & Hazel Ng Jin May
dalam sesuatu situasi yang tertentu.” – m/s
125

 Klausa sebagai penerang


Data Autentik Sumber
“Aku mengangkat kaki yang patah ini dan
Buku Tangisan Yang Terakhir
berdiri hanya menggunakan sebelah kaki.” –
Karya Farah Fakhira
m/s 153

 Klausa sebagai keterangan


Data Autentik Sumber
“Aria bangun untuk menyambung latihannya Novel Kapal Terakhir Di Dunia Episod I
semula.” – m/s 258 Karya Teme Abdullah

Rajah 10 8
‘Sasaran utama Korea Utara’ adalah subjek bagi ayat tersebut, tetapi bagi menjalankan fungsi klausa
sebagai subjek, hanya ‘sasaran utama’ sahaja yang terlibat kerana berada di awal ayat dan merupakan
kata nama. Kedua, klausa ‘bahawa peralihan bahasa/kod yang terpapar…’ hadir selepas kata kerja
transitif ‘menunjukkan’ telah membuktikkan fungsi klausa sebagai objek dan bukannya pelengkap
kerana klausa tersebut boleh dipasifkan. Sementara itu, klausa ‘bahawa peralihan kod adalah satu
fenomena…’ menjalankan fungsi sebagai pelengkap, bukannya objek kerana hadir selepas kata kerja
tak transitif ‘berpendapat’ dan tidak boleh dipasifkan. Lain daripada itu, klausa ‘yang patah ini’
merupakan klausa penerang kerana hadir selepas frasa nama ‘kaki’ (menjadi objek dalam ayat) bagi
menerangkan frasa nama tersebut. Tambahan, klausa ini terdiri daripada ayat majmuk pancangan
relatif dan mengalami proses peluasan predikat. Akhir sekalli, klausa ‘untuk menyambung latihannya
semula’ bertugas sebagai klausa keterangan kerana klausa kecil itu dihubungkan kepada klausa utama
‘Aria bangun’ menggunakan kata hubung pancangan keterangan ‘untuk’ bagi menyatakan makna tujuan.
Maka, klausa dikenali sebagai keterangan tujuan.

6.0 Rumusan

Akhirulkalam, secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa morfologi dan sintaksis merupakan
kajian yang melibatkan rumus tatabahasa. Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk memahami
peraturan dalam nahu khususnya buat guru bahasa Melayu supaya dapat mengajarkan bahasa Melayu
dengan tepat kepada murid-murid.

You might also like