Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

UJIAN DIAGNOSTIK 2 TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU 1103/2


Kertas 2
Dua jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan


Bahagian C.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 8 berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang
jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

__________________________________________________________________________
Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan halaman tidak bercetak.
1 [Lihat halaman sebelah]
1103/2 SULIT
Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa

[35 markah]

Jawab semua soalan

1. Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata terbitan. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih bagi
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Penggunaan tenaga solar telah bertapak di Malaysia. Namun begitu, rakyat di negara
ini perlu mendapat pendedahan yang lebih banyak tentang kepentingan tenaga ini yang
dijanakan oleh sinaran matahari. Hal ini dikatakan demikian kerana kebergantungan
terhadap sumber tenaga ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kelestarian alam sekitar.
Tenaga ini boleh diperbaharu, mesra alam dan menjadikan persekitaran hijau serta lebih
bersih. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada sebatang pokok pun yang perlu ditebang dan
penanaman baharu tidak perlu dilakukan untuk menghasilkan tenaga ini.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks


Bahasa Melayu Tingkatan 5 DBP 2020

[6 markah]

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris
kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah untuk menjadi sebuah
organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi. JBPM menjalankan tugas
pencegahan dan pemadaman kebakaran. Badan beruniform ini bertanggungjawab dalam
menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan. Mereka
sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat kemanusiaan dengan cekapnya dan
berkesannya.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks


Bahasa Melayu Tingkatan 5 DBP 2020

[6 markah]

2 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
3. Dalam petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Usaha seorang lelaki melakukan kajian selama lima tahun membuah hasil apabila
berjaya menanam lebih 30 pokok anggur. Pokok tersebut di tanam di kawasan rumahnya
di Kampung Bukit Kemas, Kelulut, Marang, Terengganu. Mohd Salleh telah menanamkan
14 jenis pokok anggur sejak tahun 2015. Antaranya termasuklah Black Ozark, Summer
Black, Everest, Isabella, dan White Malaga. Pokok-pokok itu berjaya ditanamnya tanpa
belajar secara formal. Salleh hanya belajar dengan baca atau menonton video dalam
internet.

Namun demikian, di peringkat awal, Salleh mengalami kegagalan kerana melakukan


beberapa kesilapan seperti tidak membuat teduhan pada pokok anggurnya. Teduhan itu
diperlukan untuk melindung anggur dari ditimpa hujan. Buah anggur yang ditimpa hujan
mudah terkena penyakit. Selain itu, Salleh melakukan kesilapan di dalam memilih jenis
tanah dan benih anggur yang sesuai. Kesilapan ini menyebabkan pokok anggur sukar bagi
berbuah.

Walau bagaimanapun, Salleh tidak berputus asa dan mencari jalan untuk mengatasi
kesilapannya. Salleh telah mendapatkan benih anggur yang lebih berkualiti daripada luar
negara.

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks


Bahasa Melayu Tingkatan 5 DBP 2020

[11 markah]

3 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
4. Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula
petikan tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak
dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya
kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihatini?

Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan,


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

5. Berikan maksud peribahasa di bawah.

i. malang tak berbau

ii. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

iii. alah bisa tegal biasa

[6 markah]

4 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
Bahagian B - Pemahaman
[35 markah]

Soalan 6 - Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengingatkan semua rakyat Malaysia sentiasa
amalkan cara hidup sihat dan kekal aktif sepanjang musim Aidilfitri ini, sekali gus dapat
menikmati kemeriahan perayaan bersama keluarga dengan sempurna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata orang ramai
dinasihatkan agar memastikan persekitaran rumah bersih bagi mengelak pembiakan
nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit denggi, chikungunya, malaria dan lain-lain
penyakit bawaan vektor.

Beliau berkata, kesempatan berkumpul bersama saudara-mara boleh digunakan untuk


bersama-sama membersihkan kawasan persekitaran, selain mengeratkan tali silaturahim.

“Selain itu, juadah disediakan perlu mengutamakan amalan kebersihan dan keselamatan
makanan dengan menggunakan bahan mentah segar serta dimasak sempurna yang
dimakan dalam tempoh empat jam dari masa penyediaannya.

Beliau berkata, pengambilan kuantiti makanan juga perlu dikawal dengan mengurangkan
makanan tinggi kandungan gula, lemak dan garam, sebaliknya mengambil sayur-sayuran
dan buah-buahan serta banyak meminum air kosong.

“Selain itu, hentikan amalan merokok dan bagi yang memandu pulang ke kampung,
pastikan mendapat rehat mencukupi sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Dipetik dan diubahsuai daripada


Amal cara hidup sihat, Jaga kebersihan rumah elak penyakit
Berita Harian Online, 2 Jun, 2019

5 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
Bahan 2

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menikmati kemeriahan .


[2 markah]

ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan amalan pemakanan yang sihat.
[3 markah]

iii) Tabiat pengambilan makanan yang seimbang akan mempengaruhi tahap kesihatan
seseorang individu.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk yang akan berlaku sekiranya seseorang
individu tidak mengamalkan pemakanan seimbang?

[3 markah]

iv) Pembuangan sampah yang tidak terurus menjadi masalah utama di kawasan tempat tinggal
anda sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran alam. Masalah ini semakin menjadi-jadi
kerana ada segelintir individu mengambil jalan mudah apabila melonggokkan sampah di bahu-
bahu jalan sahaja.

Sebagai ketua penduduk di kawasan tersebut, apakah langkah-langkah yang harus dilakukan
bagi mengatasi masalah ini?

[4 markah]

6 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
Soalan 7 - Petikan Sastera

Baca bahan - bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”

Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum
menjemput saya masuk.

Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum


menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.

Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan
kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan
hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib
menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang
tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak
muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam
bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak ketawa dalam loghat yang direka-reka
konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan
klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang
dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah
berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang
identiti dan jati diri di negara mewah ini.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi”


oleh Husna Nazri, dalam antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia.)

7 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
Bahan 2

Pantun Gejala Sosial

Belukar semak di redah panglima,


Bersama raja memikat merpati;
Gejala sosial perosak bangsa,
Kepada Negara apa terjadi?

Burung kedidi burung merpati,


Terbang sayu ke rumah bonda;
Kerana hati tidak mengerti,
Angkara nafsu maruah ternoda.

Burung merpati terbang kemari,


Singgah sebentar di pohon kelapa;
Remaja hilang maruah diri,
Ibu bapa peranannya apa.

Ikan gelama mencari makan,


Dalam telaga bertemu keli;
Ilmu agama tidak diserapkan,
Perhatian keluarga tidak diperduli.

Pohon kekwa si buah manggis,


Bunganya luruh menghias kali;
Iman dan takwa kalau terhakis,
Jiwa terpengaruh mudah sekali.

Sumber Internet

i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud frasa kerapuhan jiwa. [2 markah]

ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, apakah kesan-kesan negatif yang berlaku sekiranya
anak muda terjebak dengan gejala sosial? [3 markah]

iii) Bahasa rojak digunakan secara meluas terutamanya dalam kalangan remaja bandar di
Malaysia, sekali gus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu
yang betul.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang sewajarnya dilakukan agar Bahasa
Melayu dapat dimartabatkan? [3 markah]

iv) Rakan baik anda telah terjebak dengan gejala sosial. Keadaannya makin parah apabila
rakan anda mula terlibat dengan aktiviti memeras ugut.

Apakah tindakan-tindakan yang dapat anda lakukan supaya rakan anda tidak terus
hanyut dengan gejala yang tidak bermoral ini ? [4 markah]

8 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
Soalan 8 -Novel

i. Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Kau harus terima kenyataan ini, Raiha. Kerjaya sebagai seorang pakar bedah,
memang tidak sesuai denganmu. Tidak sesuai sama sekali! Tidak berfaedah kepada hidupmu,
dalam jangka masa panjang,” tegas bapanya yang juga seorang pakar bedah, sejak Raiha
mula-mula menyatakan hasratnya untuk mengikuti pengajian perubatan di ebuah institusi
pengajian tinggi dahulu.

“Kenapa tidak, pak? Padahal, bapa sendiri seorang pakar bedah,” tingkah Raiha,
waktu itu.

“Aku ini orang lelaki, Raiha. IQ orang lelaki tidak sama dengan kaum wanita seperti
kau dan ibumu!” tegas bapanya serius. “Sepatutnya engkau menyediakan diri untuk menjadi
suri rumah sepenuhnya. Engkau harus menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada bakal
suami dan anak-anakmu kelak. Jangan kau jadi macam arwah ibumu.”

Dipetik daripada novel Pantai Kasih, muka surat 7


karya Azmah Nordin
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan alasan yang diberikan oleh bapa Raiha yang menghalangnya untuk menjadi
seorang pakar bedah.
[3 markah]

ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut:

a. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop


b. Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Elemen kasih sayang sering kali menjadi elemen yang menonjol dalam sesebuah
novel.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, kemukakan satu peristiwa yang
memperlihatkan elemen kasih sayang.
[8 markah]

9 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
Bahagian C
Rumusan
[30 markah]

Soalan 9

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
bahan.

Bahan 1 – Petikan

Dalam satu ceramah di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur sempena sambutan Hari
Kebangsaan baru-baru ini, saya ditanya ketika sesi soal jawab bagaimana menjadi seorang
rakyat Malaysia yang bersatu padu.

Perpaduan boleh ditanam dalam kalangan pelajar melalui kesedaran, pendidikan dan
pengetahuan. Sistem pendidikan harus disesuaikan untuk memupuk rasa bangga dan kepunyaan
bangsa. Rasa kepunyaan ialah unsur penting yang perlu dipupuk dan dipelihara dalam kalangan
pelajar. Hanya melalui perasaan kepunyaan, generasi muda Malaysia boleh dibentuk menjadi
warganegara yang bertanggungjawab dan matang serta pemimpin masa depan negara.

Kanak-kanak kecil boleh dibentuk dengan tidak melihat perkara melalui kanta
berwarna. Letakkan anak-anak bersama-sama dan biarkan mereka membesar bersama supaya
anak-anak akandapat mengenali, memahami dan menghayati rakan mereka yang mempunyai
warna kulit yang berbeza atau latar belakang keagamaan. Generasi muda mesti dimaklumkan
dengan kepentingan perpaduan, perpaduan sosial dan perdamaian kerana mereka adalah
tonggak utama kejayaan dan pembangunan negara. Oleh sebab pelajar adalah pemimpin masa
depan negara, penting untuk mereka menjalinkan hubungan lebih rapat walaupun terdapat
perbezaan dalam bangsa, budaya dan agama. Pelajar juga perlu mengambil bahagian dalam
aktiviti sekolah dan luar yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan
membina persahabatan yang berkekalan. Pengetua sekolah dan guru perlu menggalakkan
pelajar memahami satu sama lain dengan lebih baik dan saling menghormati antara satu sama
lain.

Tanpa kita sedari, hal ini akan menyebabkan manfaat yang positif dapat diterapkan
dalam kalangan generasi muda tentang kepentingan memupuk perpaduan. Nilai kebersamaan
dan saling menghormati dapat dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian jika elemen
perpaduan sentiasa diamalkan sejak kecil lagi. Bak kata peribahasa Melayu, “melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Ibu bapalah yang menjadi tonggak utama dalam mendidik anak-anak
ini agar sentiasa menghayati konsep perpaduan sehingga mereka dewasa. Tambahan pula,
negara juga akan dipandang tinggi oleh masyarakat global kerana berjaya mempamerkan nilai
perpaduan yang tinggi berbanding negara-negara lain. Hal ini juga mampu menarik minat
pelabur-pelabur luar yang ingin menjalankan kegiatan ekonomi mereka di Malaysia berikutan
kestabilan sosioekonomi di negara kita.

10 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT
Semua rakyat Malaysia, terutama generasi muda, perlu menghayati konsep perpaduan di
bawah 1Malaysia dengan setiap orang menerima keunikan orang lain supaya kita dapat hidup
bersama dalam saling menghormati dan percaya. Ini kunci kepada negara yang aman dan
kesejahteraan rakyat. Bangsa dan pembangunan negara tidak akan bermakna jika generasi muda
tidak diserapkan dengan nilai-nilai yang sesuai untuk mengisi peranan warganegara dan
kepemimpinan hari ini.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme’
Oleh Tan Sri Lee Lam Thye
Berita Harian, 4 Sep 2018

Bahan 2 – Bahan Grafik

KERTAS SOALAN TAMAT

11 [Lihat halaman sebelah]


1103/2 SULIT

You might also like