Professional Documents
Culture Documents
Bab 4 Dapatan Kajian Dan Perbincangan
Bab 4 Dapatan Kajian Dan Perbincangan
Bab 4 Dapatan Kajian Dan Perbincangan
4.1 PENGENALAN
Dalam bab ini akan membincangkan hubungan antara iklim sekolah dengan
tekanan kerjadalam kalangan guru sekolah rendah di Subang Jaya. Penyelidik akan
menggambarkan keputusan kajian yang diperolehi setelah proses pengumpulan data dan
penganalisisan data berdasarkan objektif kajian dan soalan kajian yang dibentuk.
Terdapat EMPAT soalan kajian iaitu:
1) Apakah jenis iklim sekolah di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya
Selangor?
2) Apakah jenis stres dalam kalangan guru di 3 buah sekolah rendah terletak di
Subang Jaya Selangor?
3) Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru berdasarkan jantina dalam kalangan
guru di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya Selangor?
4) Adakah hubungan di antara tahap iklim sekolah dengan stres
dalam kalangan guru di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya Selangor?
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, pengkaji telah mendapati bahawa tahap iklim
sekolah di ketiga-tiga buah sekolah rendah yang dikaji berada pada tahap yang sederhana.
Kebanyakkan responden iaitu responden 1,2,3,4 dan 6 menyatakan mereka merasa selamat
semasa berada dalam kawasan sekolah. Hal ini disokong dengan penyataan yang diberikan
oleh Datuk Radzi Jidin selaku menteri pendidikan dalam majlis anugerah hari guru 2022
peringkat kebangsaan dimana kementerian pendidikan sentiasa memberi perhatian kepada
perkara yang melibatkan guru, tugas dan kebajikan mereka (mStar,2022).
Selain itu, sikap kepimpinan pentadbir juga menjadi punca seseorang guru
mengalami tekanan dalam kerja. Terdapat 2 orang responden iaitu responden 4 dan 6
menyatakan pentadbir-pentadbir bersikap bertimbang rasa terhadap guru-gurunya manakala
responden-responden lain mempunyai pendapat yang bertentangannya. Selain itu,
responden 1 dan 5 juga menyatakan pentadbir-pentadbir bersikap mesra dengan guru-guru.
Hal ini menjelaskan bahawa sistem pentadbiran oleh pentadbir-pentadbir sekolah turut
menjadi punca bagi guru-guru mengalami tekanan kerja. Menurut Suhaimi Kamaruddin
(2020), sistem pengurusan yang lebih memerlukan output kerja berbanding dengan
kebajikan guru turut memberi tekanan kepada guru-guru. Hal ini kerana, sistem pengurusan
yang kurang sistematik, mengadakan program-program Ladap pada hari Sabtu turut
menganggu masa rehat guru-guru.
RPH pertama (Lampiran 1) yang dianalisis ialah RPH pengajaran Bahasa Inggeris.
Analisis RPH menunjukkan bahawa guru telah menyediakan alat bantu mengajar yang
pelbagai seperti soalan kuiz, peta minda I-think dan lembaran kerja. Hal ini menunjukkan
bahawa guru terpaksa meluangkan masa untuk menyediakan pelbagai bahan pengajaran bagi
membolehkan mereka mempelbagaikan kaedah pengajaran serta menarik minat murid.
Selepas sesi pengajaran juga, guru terpaksa menanda tugasan murid. Tema yang dikenalpasti
dari RPH pertama ini menunjukkan pelbagai bahan bantu pengajaran.
Soalan:
Apakah jenis stres dalam kalangan guru di 3 buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya
Selangor.
Soalan:
Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru berdasarkan jantina dalam kalangan guru di 3
buah sekolah rendah terletak di Subang Jaya Selangor?
Soalan:
Pada pandangan cikgu, adakah iklim sekolah akan menyebabkan guru mengalami stress?
4.6 PERBINCANGAN
Dapatan ini jelas menggambarkan kekangan masa yang dihadapi oleh para
guru untuk menghabiskan tugasan sekolah dan keadaan ini telah menyebabkan
peningkatan stres. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru mengalami kesukaran
untuk mendapatkan bahan bantuan mengajar. Sementara itu, guru-guru juga
mengalami kesukaran kerana silibus pembelajaran sentiassa berubah dan guru-guru
terpaksa mengubah kaedah mengajar mengikut kehendak semasa. Tajulashikin
Jumahat (2013) dalam kajiannya juga menyatakan bahawa guru-guru berasa tertekan
apabila sukatan pelajaran diubah kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan
sukatan baru dan menyediakan nota serta latihan baru sebelum mengajar murid-murid
mereka. Seterusnya, guru-guru juga mengalami kesukaran kerana penggunaan
komputer dan internet dalam pendidikan semakin meningkat. Guru-guru yang kurang
mahir dalam penggunaan aplikasi internet mengalami lebih banyak stress. Dapatan ini
selaras dengan dapatan kajian Ilias dan Jasmi (2011) yang menyatakan terdapat guru-
guru fobia menggunakan komputer dalam pengajaran dan mengalami stress apabila
mereka dipaksa.
Dari segi jantina pula, terdapat perbezaan yang ketara antara responden lelaki
dan perempuan. Dapatan ini mempunyai kaitan dengan bilangan responden
perempuan yang tinggi berbanding dengan responden lelaki iaitu seramai 4 orang
responden perempuan daripada sejumlah 6 orang responden yang terlibat. Secara
amnya, kaum perempuan mempunyai sifat fizikal dan mental yang lemah untuk
menghadapi sebarang jenis stres. Maka dengan itu, dapatan yang diperoleh jelas
menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi analisis perbezaan jantina dengan stres
guru. Secara keseluruhannya, guru-guru lelaki kurang mengalami stress berbanding
guru-guru perempuan. Dapatan ini juga dapat disokong menggunakan dapatan Syed
Kamaruzaman et al., (2017) yang menyatakan bahawa sesuatu beban kerja atau
masalah yang berlaku di tempat kerja memberi tekanan emosi lebih kepada guru
perempuan berbanding kepada guru lelaki.
Iklim di tiga (3) buah sekolah wawasan di Subang Jaya Selangor yang dikaji
menunjukkan hubungan yang signifikan dengan stres guru bagi dimensi bertimbang
rasa, penekanan pengeluaran dan kemesraan. Hal ini demikian kerana sekolah-sekolah
yang dikaji terletak di kawasan bandar. Perkembangan pendidikan yang maju
memerlukan guru-guru untuk berusaha dengan lebih untuk menyediakan sumber
bacaan dan latihan yang setaraf dengan keperluan murid. Hal ini menyebabkan guru-
guru mengalami stres yang tinggi disebabkan oleh bebanan kerja yang semakin
meningkat. Oleh sebab itu, iklim sekolah secara keseluruhannya berada pada tahap
yang sederhana dan stres hampir tinggi.
Dalam pada masa yang sama, dimensi iklim sekolah seperti keterasingan
tugas, halangan, semangat, menyisihkan diri dan kepercayaan pula menunjukkan
hubungan yang signifikan dengan stres guru. Keadaan ini disebabkan oleh faktor-
faktor persekitaran seperti keselamatan, keceriaan, kebersihan dan keselesaan sekolah
yang mempengaruhi guru-guru. Maka jelaslah bahawa faktor-faktor tersebut
memberikan kesan kepada peningkatan stres guru.
Kajian menghuraikan implikasi yang boleh dilihat dari sudut teoritikal serta
praktikal. Jika dilihat dari sudut teoritikal terlebih dahulu, boleh kita katakan bahawa
fenomena stres ini sangat sinonim dengan profesion perguruan. Hasil dapatan kajian
jelas menunjukkan bahawa para guru berhadapan dengan stress tanpa mengira latar
belakang pendidikan, umur, bebanan tugas mahupun pengalaman bekerja.
Melihat dari sudut praktikal pula, iklim sekolah yang merupakan elemen
penting yang memberikan kesan kepada tahap stres guru juga perlu dibahaskan di
sini. Mohd Faizul Mohd Noor, Mohd Saifulkhair Omar dan Fauzi Hussin (2016)
menyatakan bahawa iklim sekolah yang positif amat penting bagi memastikan guru
tidak berasa stress dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Hasil dapatan analisis jelas
menunjukkan bahawa guru-guru sering kali dibebani dengan tugasan-tugasan lain
yang berada di luar skop perguruan. Beban yang dipikul ini ditambahkan lagi dengan
masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang mungkin boleh dikaitkan dengan
kaedah pengajaran dalam kelas yang membosankan serta kekurangan bahan bantuan
mengajar untuk menarik minat mereka.
Keadaan ini bukan sahaja menghalang para guru untuk menjadi lebih
produktif dalam tugas perguruan, malah menyebabkan stres sehingga memberi kesan
kepada guru lain. Sebagai contoh, apabila guru terlalu stres, berkemungkinan besar
guru tersebut akan mengambil cuti dan tidak mengajar. Keadaan ini secara tidak
langsung mengakibatkan stres kepada guru lain yang terpaksa menggunakan masa
mereka untuk menggantikan guru tersebut. Perkara-perkara seperti ini sekali gus
melemahkan semangat guru-guru untuk melaksanakan tugasan hakiki mereka.
Sehubungan dengan itu, kajian ini melihat ruang kemesraan dan kepercayaan
yang wujud dalam diri setiap guru sebagai satu wadahbagi mengatasi fenomena stres
yang dialami oleh mereka. Hal ini demikian kerana sikap toleransi, kepercayaan serta
mengambil berat antara satu sama lain sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan
di tempat kerja. Namun begitu, sikap guru besar yang terlalu mengawal ketat para
guru di samping sikap guru yang suka mengasingkan diri telah mewujudkan jurang
komunikasi yang telah memberikan impak negatif sekali gus menambahkan lagi stres
dalam kalangan warga pendidik ini.
Lanjutan daripada itu, para guru juga berasa kurang dihargai walaupun telah
bertungkus lumus untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi akademik
dan kokurikulum. Pada hemat pengkaji, keadaan yang berlanjutan seperti ini boleh
memudaratkan kesihatan mental para guru sekali gus mempengaruhi prestasi murid-
murid secara negatif. Seterusnya, pengkaji turut mengaitkan isu yang dikaji dengan
beberapa model yang relevan. Model Tekanan Kerja Guru, Kyriacou dan Sutcliffe
(1978) menyatakan bahawa konsep stres kerja guru sebagai satu sindrom gerak balas
terhadap kesan negatif seperti kemarahan atau kemurungan guru yang biasanya
disertai oleh potensi perubahan ‘pathogenic psychological’ dan ‘biochemical’ yang
berpunca daripada aspek pekerja guru dan perantara yang dipersepsikan sebagai
mendatangkan ancaman terhadap harga diri atau kesempurnaan diri guru dan gaya
tindak untuk mengawal atau menangani ancaman akan digiatkan untuk mengurangkan
sesuatu ancaman yang dipersepsikan (Mokhtar,1998). Dalam aspek kajian ini, jika
iklim sekolah iaitu tempat kerja guru menjadi tempat yang negatif dan menyebabkan
kemarahan atau kemurungan kepada guru, ia akan menyebabkan tekanan dan stress
kepada mereka.
Kajian ini amat penting kepada bidang pendidikan terutamanya guru-guru. Kajian ini akan
memberi kesedaran kepada pihak pengurusan sekolah kepentingan mewujudkan iklim
sekolah yang efektif dan berkesan bagi memastikan guru-guru tidak berasa stress dan
tertekan.
13.0 Rumusan
Stres merupakan suatu bentuk reaksi normal yang dialami oleh semua individu dan
diibaratkan sebagaikan pedang dua mata yang mampu meninggalkan sama ada kesan yang
positif mahupun negatif, bergantung kepada tindakan seseorang individu itu untuk
menanganinya.