Soalan Perspektif Seni Persembahan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

APC3122: Perspektif Seni Persembahan/Performing Arts Perspective 1

BAHAGIAN A (10 markah)


Arahan: Sila jawab semua soalan.

SECTION A (10 marks)


Instructions: Please answer all the questions.

1. Nyatakan lima (5) hipotesis seni menurut pandangan Davignaud dalam melihat
hubungan seni dengan latar belakang sosial budaya masyarakat.
State five (5) hypotheses of art according to Davignaud’s views in looking at the
relationship of art with the socio-cultural background of society.
a. Seni mempunyai sifat polemik yang menunjukkan wujudnya kekangan yang mesti
dimusnahkan dan usaha untuk menghapuskan kekangan tersebut.
b. Terdapat hubungan antara klasifikasi semula jadi dan sosial
c. Terdapat situasi anomali, masyarakat yang digoncang oleh peruahan radikal
d. Keadaan tipikal ialah orang yang menyimpang atau memberontak terhadap
kehidupan sendiri
e. Seni dihasilkan oleh orang yang mempunyai ciri ini
(5 markah/5 marks)

2. Nyatakan lima (5) sebab penting mengapa antropologi dan seni memiliki hubungan
secara rapat menurut pandangan Swardi Endraswara.
State five (5) important reasons why anthropology and art have a close relationship
according to Swardi Endraswara.
a. Sama-sama membincangkan manusia dengan seluruh tingkah laku mereka.
b. Manusia adalah makhluk yang berbudaya, memiliki kreativiti rasa kritis untuk
mengubah hidupnya.
c. Antropologi dan seni memberi tumpuan kepada fenomena imaginasi kehidupan
manusia yang selalunya lebih cantik daripada warna asalnya
d. Banyak seni lisan dan sastera lisan yang menarik minat pakar antropologi.
e. Sama- sama di bawah payung bidang antara disiplin.

(5 markah/5 marks)

Lihat sebelah
APC3122: Perspektif Seni Persembahan/Performing Arts Perspective 2

See next page

BAHAGIAN B(30 markah)


Arahan: Sila jawab semua soalan.

SECTION B (30 marks)


Instructions: Please answer all the questions.

1. Berdasarkan satu persembahan teater atau tari yang telah anda tonton, tulis satu
analisis menggunakan tiga (3) karakteristik dalam teori industri budaya oleh Theodor
Adorno.
Based on a theatre and dance performance that you have watched, write an analysis
using the three (3) characteristics in cultural industry theory by Theodor Adorno.

(15 markah/15 marks)

Teater Jang Oh Jang merupakan video yang saya tonton untuk melakukan analisis bagi teori
industri budaya oleh Theoder.
https://www.youtube.com/watch?v=D9Dgq7P7OmU&pbjreload=101

Sinopsis bagi teater Jang Oh Jang ialah Jang Oh Jang mengisahkan seorang pemuda
kampung bernama Ujang yang kecewa kerana pinangan terhadap kekasihnya Milah ditolak hanya
disebabkan Ujang seorang pemuda tidak berharta dan tidak mempunyai perkerjaan. Sebaliknya,
keluarga Milah telah menerima pinangan Samad daripada golongan berada yang mempunyai
harta serta berpelajaran. Oleh kerana hatinya masih sayang dengan Milah, Ujang curi-curi untuk
berjumpa dengan Milah tunangan Samad untuk buat kali terakhir. Namun, orang kampung
mendapat tahu dan Samad menjadi berang kerana Ujang telah melanggar adat. Hati Ujang
bertambah hiba apabila Omak sendiri termakan dengan fitnah orang kampung yang menyebarkan
ke seluruh kampung di mana Ujang telah melakukan kerja sumbang bersama Milah. Lantaran,
Ujang membawa diri meninggalkan kampung halaman termasuklah Omak yang dikasihnya.
Kepergian Ujang menjadi kesedihan di hati Omak dan saban hari tetap menunggu kepulangan
anak kesayangannya. Sehingga pada suatu hari Rabeah (sepupu Milah) dan Liya (teman
Rabeah) menceritakan perkara sebenar yang Ujang tidak bersalah. Perkara ini menjadikan Omak
semakin sedih dan merindui Ujang. Ujang akhirnya pulang ke kampung sebagai insan baru yang
balik dari perantauan. Oleh kerana pada ketika itu Milah telah putus tunang dengan Samad, Omak
telah menghantar rombongan peminangan sekali lagi.

Berdasarakan teater Jang Oh Jnag terdapat beberapa indusri budaya oleh Theoder
APC3122: Perspektif Seni Persembahan/Performing Arts Perspective 3

antaranya Standarzation yang merujuk kepada Industri budaya yang bertujuan mengukir

khalayak berdasarkan demografi dan mencipta kandungan budaya yang bertujuan untuk

keperluan dan minat khusus. Menurut Horkheimer dan Adorno istilah ‘gaya’ dikenali sebagai

genre Standard. Di dalam pemerhatian dalam video Teater Jang Oh jang ialah pengarah telah

menerapkan Teori Semiotik. Teori Semiotik itu merupakan teori yang telah diterapkan oleh

tokoh Elam yang menakrifkan sebagai Ilmu Sains yang mengkaji kehidupan tanda-tanda

dalam sesebuah masyarakat atau fenomena yang lain. Teater Jang Oh Jang ini telah

membuat masyarakat Minang Negeri Sembilan dan pakaian orang minang. Teori Kedua pula

ialah Massivication. Teater ini telah dilakukan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya

selama dua hari dan production telah memuat naik video teater Jang Oh Jang di ‘Youtube’

agara masyarakat dapat menyaksikan teater tersebut . Ahli produksi bahagian promotion telah

membuat promote secara besar-besaran dengan pelbagai cara antaranya banting, poster,

video trailer dan sebagainya. Teater tersebut akhirnya berjaya memenuhkan keseluruhan

kerusi panggung selama dua hari dan mendapat keuntungan.

Teori ketiga ialah Komodification. Komoditi dan pengubahsuaian. Komoditi ialah

barangan atau perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi. Manakala pengubahsuaian ialah

perubahan pada fungsi atau bentuk barang itu sendiri. Dapat disimpulkan bahawa

komodifikasi ialah perubahan nilai dan fungsi sesuatu barang atau perkhidmatan menjadi

komoditi yang mempunyai nilai ekonomi. Komoditi dan pengubahsuaian tidak boleh

diasingkan antara satu sama lain.Pengubahsuaian Kandungan.Dalam kes ini, kandungan

digunakan sebagai komoditi untuk menarik minat orang ramai. Teater Jang Oh Jang

merupakan realiti orang minangkabau mengikut adat dan azam oleh orang minangkabau

negeri sembilan
APC3122: Perspektif Seni Persembahan/Performing Arts Perspective 4

2. Berdasarkan satu persembahan teater atau tari yang telah anda tonton, tulis satu
analisis menggunakan tiga (3) ciri teori representasi budaya oleh Cavallaro.
Based on a theatre and dance performance that you have watched, write an
analysis using the three (3) features in cultural representation theory by Cavallaro.

(15 markah/15 marks)

Teater Jang Oh Jang merupakan video yang saya tonton untuk melakukan analisis bagi
teori representasi budaya oleh Cavallaro.
https://www.youtube.com/watch?v=D9Dgq7P7OmU&pbjreload=101
Ciri reprentasi budaya yang pertama adalah penampilan dramatik waktu melalui
dialog dan penerangan sastera terdapat juga neratif imajinasi digunakan di dalam teater
Jang Oh Jang Terdapat beberapa Teknik lakonan yang telah mereka gunakan semasa
berlakon antaranya ialah Hubungan Emosi Atau Spritual, sebagai pelakon yang baik
akan menggunakan emosi dengan betul dalam lakonan. Sebagai contoh, Milah berasa
sangat sedih kerana pinangan Ujang ditolak oleh kedua ibu bapa Milah kerana Ujang
seorang pemuda yang sangat miskin dan tidak berharta. Teknik kedua pula ialah
Memory Recall dimana pelakon perlu mengimbas kembali masa silamnya dahulu.
Sebagai contoh , Ujang teringat kata-kata Milah yang sudah berjanji ingin menunngu
Ujang masuk meminang dia dan Milah berjanji tidak akan terima lamaran daripada
mana-mana lelaki pun. Pelakon yang bijak akan melakukan Teknik Memory Recall ini
dengan berkesan ,agar dapat mengingati masa lalu pelakon.

Ciri kedua pula ialah tradisi , tempat ibadah , di dalam teater ini Sistem
Tanda Visual yang terdapat dalam Teater Jang Oh Jang ialah teater ini menggunakan
konsep realiti orang minangkabau. Setiap pelakon akan memakai pakaian orang
minangkabau iaitu dengan memakai penutup kepala yang berbentuk seperti segitiga
yang meruncing. Seterusnya, set yang digunakan pula adalah seperti atap rumah
gadang dan mirip dengan tanduk kerbau menjadi ciri khas minangkabau . Pakaian yang
digunkan oleh perempuan ialah baju batabue, Tingkuluak, songket selempang ,Lambak,
. bagi pakaian lelaki pula ialah Sarawa, Deta ,Sasamping, Sandang, Cawek, Tongkat
dan keris.
APC3122: Perspektif Seni Persembahan/Performing Arts Perspective 5

Ciri ketiga ialah fenomena dan sosial Teknik bunyi yang terdapat dalam Teater
Jang Oh Jang pula ialah terdapat lagu ‘Apo Kono Eh Jang” semasa pembukaan Teater
Jang Oh Jang tersebut. Lagu ‘Apo Kono Eh Jang’ merupakan lagu utama dalam cerita
Teater Jang Oh Jang ini. Lagu ini adalah lagu yang dibuat oleh Oja dan Tunable Band.
Selain itu, terdapat bunyi gendang apabila pertukarannya set ,semasa bunyi gendang
pergerakan akan masuk ,semua pelakon akan membuat pergerakan dengan serentak.

SOALAN TAMAT
END OF QUESTIONS

You might also like