Yxcz

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG BIL 1 SESI 2021/2022

Tarikh : 22 Mac 2021 (Sabtu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Lokasi Masing- Masing (Google Meet)
Pengerusi : En. Azmi Bin Mohd Yusof
Kehadiran : 15/20

Nama Yang Hadir :


1. Dr Mohd Fadzil bin Jamil Penasihat
2. En. Azmi Bin Mohd Yusof YDP
3. En. Rosni Bin Hj Pilus GPK Pentadbiran
4. Pn. Suhailah Bt Salim GPK HEM
5. Ustaz Amran Bin Dazid @ Ab Aziz GPK Koko
6. Pn. Hasmah Bt. Abu Bakar GPK PPKI
7. Pn. Normali Bt Abdul Ghani Setiausaha
8. Pn. Sahidah Bt Mohamed Makhbul Pen. Setiausaha
9. Pn. Fara Ilina Bt Ramli Bendahari
10. Pn. Intan Norashikin Bt Azmi Setiausaha 2019/2020
11. Pn. Nor Ashila Bt. Mohd Adnan AJK Guru
12. Pn. Nor Azwita Shahida Bt. Nordin AJK Guru
13. Ustaz Mohd A’lim Bin Ismail AJK Guru
14. Pn. Shahila Bt Mohd Saad AJK Ibu Bapa
15. Pn. Nafsiah Bt. Ab. Hadi AJK Ibu Bapa

Nama yang tidak hadir bersebab :


1. En. Saiful Azhar Bin Sulaiman NYDP
2. En. Ashari Bin Ahmad AJK Ibu Bapa
3. En. Md Yusof Bin Hussain AJK Ibu Bapa
4. En. Ahmad Afendye Bin Zaharin AJK Ibu Bapa
5. Pn. Zamzarina Binti Mohd Nor AJK Ibu Bapa

1
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI
1.1 En Azmi selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang telah menghadirkan diri
dalam mesyuarat kali pertama ini terutamanya kepada Dr. Mohd Fadzil bin Jamil
yang merupakan Pengetua SMK Panchor yang baharu. Beliau turut
memaklumkan NYDP En. Saiful Azhar tidak dapat hadir kerana tidak sihat serta
mendoakan agar segera sembuh.

1.2 Pengerusi memaklumkan banyak aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan kesan
daripada negara yang dilanda pandemik covid-19 berikutan banyak kekangan
dan SOP yang perlu dipatuhi.

1.3 Pengerusi turut mengingatkan agar semua AJK PIBG khususnya dan warga
SMK Panchor amnya agar dapat menjaga kesihatan diri bagi mengelakkan
penularan covid-19 di SMK Panchor
Makluman

2 UCAPAN ALUAN DAN LAPORAN OLEH DR MOHD FADZIL BIN JAMIL

2.1 Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG kerana berjaya mengadakan
perjumpaan mengikut norma baru secara maya ini.

2.2 Beliau turut memperkenalkan diri sebagai Mohd Fadzil bin Jamil dan mendaftar di
SMK Panchor sepatutnya pada 26 April 2021 dan ditangguh kepada 3 Mei 2021.
sebelum ini berkhidmat di JPNS sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan (Sains
dan Matematik)

2.3 Beliau turut menyatakan SMK Panchor 5 tahun kebelakangan ini mempunyai
potensi yang sangat baik. Melalui pemerhatian, beliau mendapati sepanjang 3
minggu berada di SMK Panchor, persekitaran sekolah sangat bersih, teratur dan
budaya kerja guru-guru turut dipuji. SMK Panchor ada potensi untuk lebih
cemerlang dengan sokongan dan kerjasama PIBG.

2.4 Beliau sekarang sedang merangka hala tuju baru sekolah bermula 2021 hingga
2025 merujuk kepada lencana sekolah untuk melahirkan insan cemerlang. Beliau
turut berhasrat untuk meletakkan moto baharu pada lencana sekolah bahagian
bawah daripada SMK panchor 2004 kepada berilmu, kamil dan kompetitif.

Makluman

3 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


Pn. Nafsiah Bt Ab Hadi mencadangkan minit mesyuarat kali ke 5 tahun 2019/2020
untuk disahkan. Cadangan disokong oleh En. Rosni bin Hj. Pilus.

4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Majlis Graduasi yang disekalikan dengan meraikan persaraan tuan pengetua Pn. Hjh
Zawakhir telah pun berlangsung dalam Majlis Apresiasi.

2
4.2 Pn. Fara Ilina memaklumkan penukaran akaun PIBG daripada RHB Bank Seremban
ke Maybank Senawang tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat banyak
kekangannya.

4.3 Program Alas Perut untuk pelajar yang menghadapi SPM 2020 telah dilaksanakan
dengan jayanya dan diuruskan oleh Pn. Shahila.
Makluman

5 PEMBENTANGAN LAPORAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH OLEH


GPK PENTADBIRAN EN. ROSNI BIN HJ PILUS

5.1 En. Rosni memaklumkan keadaan semasa covid-19 dan PKP, pihak sekolah
mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.

5.2 Pada 10 - 14 Mei sekolah telah mula bercuti untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri
dangan 10,11 dan 12 adalah merupakan cuti tambahan yang diberikan oleh KPM.
Bermula 17 - 28 Mei semua murid melaksanakan PDPR di rumah.

5.3 Jadual PDPR telah diberikan semua murid melalui group whatsapp kelas masing-
masing dengan peringatan untuk memberikan seminimum latihan secara online
atau offline untuk mengelakkan kerisauan murid dan ibu bapa. Pelaporan PDPR
oleh guru mesti dibuat dalam tempoh 3 hari. Laporan ini akan diaudit oleh pihak
JPNS dan KPM.

5.4 Mengikut takwim pada 29/5 - 7/6 merupakan cuti pertengahan tahun. Pihak
sekolah merancang untuk memberikan modul latihan secara bercetak terutamanya
kepada calon SPM 2021 dan kelas secara online di rumah tetap diteruskan.

Makluman

5.5 Pihak pengurusan kurikulum dan pihak pengurusan tertinggi mencadangkan pada
14 - 25 Jun 2021 PdP berlangsung mengikut arahan KPM sama ada secara PDPR
atau bersemuka. Pada 28/6 - 16/7 pihak tertinggi merancang untuk mengadakan
Pentaksiran Pertengahan Tahun sebagai satu base line TOV untuk membuat
unjuran prestasi murid-murid tingkatan 5 sahaja. Beberapa langkah akan diambil:
i. Mesyuarat kurikulum akan diadakan pada hari Isnin untuk penerangan
kepada guru-guru.
ii. Taklimat secara online dengan semua calon SPM 2021 berkaitan dengan
procedure pentaksiran.
iii. Guru-guru menyediakan soalan yang dicetak dan diedarkan kepada murid
menggunakan sampul.
iv. Murid menjawab soalan mengikut jadual yang ditetapkan, cuma bezanya
mereka berada di rumah dan guru yang mengajar akan memantau secara
online. Pelajar perlu jujur untuk membuka sampul mengikut waktu yang
ditetapkan
v. Sampul jawapan akan dihantar semula oleh murid ke sekolah untuk disemak
oleh guru dengan kaedah yang akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan : Penolong Kanan 1 dan semua guru

3
5.6 Pada 17 - 24/7/2021, cuti pertengahan semester 2 dan pada ketika inilah guru
akan menyemak jawapan pelajar dan seterusnya pihak SU Peperiksaan akan
membuat analisis, rumusan dan dapatan. Pada 5 - 9/8/2021 laporan analisa
pencapaian pentaksiran pertengahan tahun akan dikeluarkan. Seterusnya dialog
prestasi akan dibuat bersama guru mata pelajaran dan ketua panitia untuk
merancang intervensi yang boleh dilaksanakan.

5.7 Pelajar tingkatan 1 hingga 4, guru mata pelajaran ada membuat pentaksiran bilik
darjah (PBD) semasa PDPR dan direkodkan. Pada 28/5/2021 keputusan PBD
untuk pertengahan tahun akan dikeluarkan bagi tingkatan 1 hingga 5. Analisis
juga akan dibuat diikuti dengan perancangan intervensi bagi tujuan peningkatan
prestasi murid-murid tingkatan 1 - 4.

5.8 Calon SPM 2021 merupakan kohort pertama KSSM yang akan menduduki SPM
dengan era baru dengan format dan pemberatan markah yang berbeza. Bolehlah
google laman sesawang Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat
lebih lanjut. Link laman sesawang Lembaga Peperiksaan akan diuploadkan dalam
group Ibu bapa, agar mereka boleh mendapatkan maklumat format peperiksaan
terkini SPM 2021.
Makluman

6 PEMBENTANGAN LAPORAN OLEH GPK HEM PN. SUHAILAH BT SALIM

6.1 Kehadiran murid pada bulan April : 85.95% (kehadiran merosot sewaktu musim
covid -19)
6.2 Seramai 56 orang murid telah terpilih untuk menerima biasiswa kecil Persekutuan.
Tingkatan 1 - 4 menerima RM70 selama 12 bulan
Tingkatan 5 menerima RM70 selama 11 bulan
Jumlah duit akan diberikan secara lumpsum dalam akaun murid. Had pengeluaran
ialah RM150 sahaja boleh dikeluarkan dalam tempoh 2 bulan.

6.3 30 orang murid telah berjaya mendapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Murid
Miskin (KWAM) sebanyak RM150 secara one off.

6.4 Suntikan vaksin untuk kancing gigi bagi murid tingkatan 3 telah pun selesai.

6.5 Rawatan pergigian tidak dapat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah tetapi
mereka ada menghantar link video pendidikan pergigian untuk murid yang telah
pun disebarkan dalam group kelas oleh guru tingkatan.

6.6 Rekod disiplin bagi data bulan April untuk kesalahan membawa telefon bimbit 3
kes, bergaduh 2 kes, merokok 2 kes, ponteng kelas 5 kes, datang lewat purata 10
kes dan selebihnya kekemasan diri.

6.7 Jika ada kes murid atau keluarga murid yang positif covid-19 walaupun ketika
PDPR dan cuti sekolah, ibu bapa atau AJK PIBG yang tahu perlu
memaklumkannya kepada pihak sekolah. Pihak sekolah perlu melaporkannya
kepada pihak PPD Seremban.
Makluman

4
6.8 Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 28/5/2021(Jumaat)
pukul 3.00 petang menggunakan medium streamyard. Link akan diberi dan guru,
ibu bapa serta murid juga boleh mengikutinya secara langsung. YDP PIBG
dimohon untuk memberikan video rakaman ucapan hari guru yang santai untuk
dimuatkan sekali. Pihak PIBG juga meluluskan sumbangan untuk Program
sambutan Hari Guru ini sebanyak RM500.00
Tindakan : Pengurusan sekolah dan semua guru

7 LAPORAN KOKURIKULUM OLEH GPK KOKURIKULUM USTAZ AMRAN BIN DAZID @


AB AZIZ

7.1 Semasa sesi persekolahan secara bersemuka sebelum ini perjumpaan


kokurikulum menggunakan modul yang mana setiap unit beruniform, kelab
persatuan dan sukan permainan akan membekalkan modul kepada ahli masing-
masing untuk dijawab dirumah. Pelajar yang telah menyiapkan modul perlu
menghantarnya kepada guru kelas dan ini diambil kira sebagai kehadiran mereka.
Makluman

7.2 Kokurikulum semasa BDR ini diadakan secara offline. Guru-guru penasihat
membekalkan bahan kepada guru kelas untuk disampaikan kepada murid
menggunakan whatsapp atau telegram. Murid menjawab menggunakan google
form. Maklumbalas pelajar itu juga dikira sebagai kehadiran kokurikulum mereka.

Tindakan: guru penasihat kokurikulum

7.3 Setiap unit juga digalakkan menganjurkan pertandingan seperti yang dibuat oleh
Kelab Kebudayaan yang menganjurkan pertandingan nyanyian solo “ Panchorian
vitual talent 2021”. Untuk menyertainya, murid perlu merakamkan video nyanyian
solo serta melengkapkan google form.

7.4 SMK Panchor juga diamanahkan untuk menganjurkan pertandingan bola sepak
dan bahas Bahasa Inggeris di peringkat Seremban 2 serta pertandingan drama
komsas Peringkat Negeri. Sehingga hari ini PT Negeri masih belum menerima
arahan daripada JPNS untuk menghubungi pihak sekolah.

7.5 2 orang pelajar SMK Panchor dipilih untuk permohonan biasiswa sukan.

7.6 Analisa laporan PAJSK 2020

Tingkatan 1 - GPM 2.45 (63.75%)


Tingkatan 2 - GPM 2.55 (61.25%)
Tingkatan 3 - GPM 2.08 (73%) A seorang
Tingkatan 4 - GPM 2.14 (71.5%) A 2 orang
Tingkatan 5 - GPM 1.97 (75.75%) A 10 orang
Keseluruhan GPS 2.23 (69.25%)

5
7.7 Murid-murid digalakkan untuk menyertai pertandingan yang diiktiraf oleh JPN,
anjuran pihak luar (boleh dimasukkan dalam PAJSK). Ini dapat mempercepatkan
kenaikan ke gred A dan meningkatkan GPS sekolah.

7.8 Pn. Nafsiah ingin penjelasan berkaitan penyertaan pelajar yang dikenakan kos.
Ustaz menjelaskan penyertaan diperingkat sekolah tiada dikenakan bayaran tetapi
diperingkat luar, jika penyertaan yang dikenakan bayaran tiada paksaan untuk
murid menyertai dan mesti dengan persetujuan ibu bapa.
Makluman

8 LAPORAN KEWANGAN OLEH BENDAHARI PN. FARA ILINA BT RAMLI

8.1 Penyata penerimaan dan perbelanjaan bulan Mac hingga 21 Mei 2021

Baki pada 1 Mac : RM37407.60


Wang tunai di tangan RM 1170.35
Baki Pada 1 Mac 2021 RM36768.10
Penerimaan : RM 3507.00
sumbangan ahli 2021 RM 2900.00
Sumbangan ahli 2020 RM 250.00
Sumbangan lain RM 357.00
Pembayaran : RM3949.50
Servis paip RM 200.00
Minum petang mesyuarat AJK RM 105.00
Hadiah persaraan pengetua RM 329.00
Program Pro Max RM 315.00
Program 3K RM 2000.00
Elaun perkhidmatan RELA RM 1000.00
Servis Caj Bank RM 10.50
Baki pada 21 Mei 2021 : RM36965.10
Wang di tangan RM 1170.35
Wang di bank RM35794.75

8.2 Pengerusi inginkan penjelasan berkaitan sumbangan ahli untuk tahun 2020 dan
2021 memandangkan PIBG belum mendapat mandat bagi membuat pengutipan
yuran. Pn. Fara Ilina menjelaskan tiada arahan diberi tetapi ini inisiatif guru kelas
sendiri. Pn. Hasmah juga menjelaskan tiada paksaan kepada ibu bapa sebaliknya
mereka sendiri yang hendak menyumbang.
Makluman

8.3 Pn. Nor Azwita mengemukakan permohonan untuk membaiki komputer yang
hardisknya rosak dengan kos RM500 dan membeli satu lagi komputer baru untuk
kegunaan unit kaunseling dengan kos RM2500. Pengetua, Dr Mohd Fadzil turut
menyokong pembelian ini atas keperluan kerja kerana pihak sekolah tidak
dibenarkan untuk menggunakan peruntukkan yang ada membuat pembelian
komputer dan pendingin hawa.
Pihak PIBG telah meluluskan permohonan RM3000 seperti mana yang diminta.
Pn Shahila mengesyorkan agar dapatkan 2 sebutharga untuk membuat
perbandingan.

6
Ustaz Amran memberikan cadangan adalah lebih berbaloi jika dengan
peruntukkan RM3000 itu dibelikan 2 buah komputer baharu yang menggunakan
software terkini.
Tindakan : Kaunselor Pn. Azwita

8.4 Pn. Nafsiah mencadangkan agar laporan kewangan yang dibentangkan oleh Pn.
Fara Ilina untuk diterima dan disokong oleh Pn Shahila.

Makluman

9 Persediaan Mesyuarat Agung Kali ke 16


9.1 Merujuk kepada surat yang telah diterima daripada JPNS, Pengetua, Dr Mohd Fadzil
menerangkan pihak JPNS tidak membenarkan untuk mengadakan mesyuarat Agung
PIBG bagi sesi 2021 atas sebab-sebab PKP. Beliau turut menyarankan PIBG perlu
lebih peka selepas ini apabila pihak JPNS membenarkan sahaja, kita akan terus
sahaja mengadakan mesyuarat walaupun secara maya. Persediaan perlu diadakan
daripada sekarang.
Makluman

9.2 Buku laporan mesyuarat perlu disediakan 2 untuk mesyuarat Agung kali ke 16 sesi
2019/2020 dan 17 sesi 2020/2021.
Tindakan : Setiausaha PIBG

9.3 Laporan untuk dihantar ke PPD akan diuruskan oleh Pn Intan Norashikin dengan
disertakan minit mesyuarat Agung kali yang ke 16 dan 17.

9.4 AJK PIBG akan berada dalam bilik mesyuarat manakala guru dan ibu bapa berada
di rumah masing-masing dan ini adalah bergantung kepada kebenaran pihak JPNS
juga.

9.5 Usul - usul daripada ibu bapa akan dimasukkan dalam buku yang pertama.
Manakala usul untuk mesyuarat yang ke dua pula ibu bapa boleh menyatakan usul
terus pada hari berkenaan ketika mesyuarat sedang berlangsung.

9.6 Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan sebaik sahaja ia dibenarkan sama ada
secara bersemuka atau secara online.
Makluman

10 Hal-hal lain

10.1 Laporan Pendidikan Khas oleh Pn. Hasmah


i. Beliau menyatakan bilangan murid Pendidikan Khas semakin bertambah
daripada 36 orang kepada 48 orang. Pihak JPNS telah meluluskan untuk
menambah satu kelas lagi dan akan dibuka pada bulan Jun nanti.

ii. Elaun murid khas - elaun ini telah dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan
masih belum dapat dimasukkan ke dalam akaun murid-murid kerana perlu
membuat pertukaran tanda tangan pengetua. Beliau berharap elaun murid ini
dapat dimasukan sebelum akhir bulan 6 nanti.

iii. Seramai 18 orang murid pendidikan khas turut mendapat bantuan KWAM

7
iv. Pencapaian murid - 2 orang pelajar PPKI telah ditawarkan ke Vokasional
Pendidikan Khas di Kulai Johor. Seorang telah menolak dan seorang lagi
hanya bertahan seminggu sahaja. Beliau turut memohon agar pengerusi dapat
memberikan penekanan akan kepentingan anak-anak mereka menyambung
pelajaran ke peringkat yang lagi bagus semasa Mesyuarat Agung PIBG nanti.

Makluman
10.2 En. Rosni memaklumkan pihak sekolah ada membuat permohonan kepada pihak
PIBG sebanyak RM500 untuk membuat awning di pondok pengawal keselamatan.
Permohonan ini diluluskan atas dasar keperluan semasa untuk menjaga
keselesaan murid dan keselamatan modul atau bahan yang akan diletakkan disitu
nanti.
Tindakan : En Rosni

10.3 Tuan pengetua menjelaskan kelas perlu disanitasi semula sebagai persediaan
sekolah apabila dibenarkan bersemuka nanti. En Rosni menjelaskan bahan
chemical untuk sanitasi telah dibeli oleh pihak sekolah, cuma pihak PIBG bolehlah
menyumbang untuk pembelian blower. Pengerusi inginkan maklumat jenis blower,
brand dan sebutharganya. Beliau cuba untuk mendapatkan sumbangan daripada
pihak luar.
Tindakan : Pengurusan sekolah

10.4 Pn. Shahila menyatakan beliau akan mewujudkan group ibu bapa tingkatan 5
tahun 2021.
Tindakan : Pn. Shahila

7 Ucapan Penangguhan

7.1 Ucapan rumusan Dr. Mohd Fadzil, pengetua SMK Panchor

Beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan mengadakan mesyuarat kali pertama


2021. Dalam tempoh PKP ini, fokus pihak sekolah adalah kepada pelajar-pelajar
tingkatan 5. Daripada situ timbul idea untuk mengadakan ujian dalaman bagi menilai
kedudukan mereka dan guru-guru boleh merancang intervensi yang sesuai.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang positif covid-19, sila salurkan maklumat
kepada Pn. Suhailah.

Aktiviti kokurikulum akan tetap diteruskan walaupun dalam tempoh PDPR.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang meluluskan pembelian
komputer untuk bilik kaunseling sebanyak RM3000 dan peruntukan untuk membuat
awning di pondok pengawal (RM500 PIBG dan RM500 Koperasi sekolah).
Beliau turut berharap agar PIBG dapat memaklumkan kepada ibu bapa bahawa pihak
JPNS tidak membenarkan murid-murid masuk ke kawasan sekolah sepanjang tempoh
PKP ini kecuali ke pondok pengawal sahaja untuk mengambil bahan.

Sekiranya sekolah dibenarkan bersemuka nanti, pengetua memohon agar pihak PIBG
membantu mencari tempat di kawasan sekitar komuniti seperti balai raya untuk guru-
guru mengadakan kelas tambahan sekiranya penggunaan kawasan sekolah tidak
dibenarkan.
Makluman

8
7.2 Ucapan penutupan daripada En. Azmi, YDP PIBG

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua atas keterbukaan dan
kesediaan untuk berbincang bagi meningkatkan prestasi anak-anak. Pihak PIBG akan
cuba bantu dengan merujuk kebenaran daripada pihak berwajib seperti MKN.
Beliau turut menarik perhatian pihak pengurusan sekolah atas kebimbangannya
dengan prasarana sekolah yang rosak tetapi tiada peruntukkan yang turun dan
masalah kerap ketiadaan air di kawasan Panchor.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang telah sudi hadir
secara maya bagi berkongsi pandangan dalam merancang program dan aktiviti
sekolah. Beliau turut mengingatkan agar menjaga kesihatan diri serta ikut SOP yang
telah di tetapkan. Semoga semua yang kita lakukan mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.

Dicatat oleh : Disahkan oleh:

….………………………………………..
(NORMALI BINTI ABDUL GHANI) (EN. AZMI BIN MOHD YUSOF)

Setiausaha PIBG sesi 2021/2022 Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022

9
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

TAJUK : Mesyuarat Jawatan Kuasa PIBG Bil 1 Sesi 2021/2022


MASA : 22 Mac 2021
TEMPAT : Kediaman masing-masing (google meet)
MUKA
SURAT PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS

Pada 28/6 - 16/7 pihak pengurusan Penolong Kanan 1


Telah
3 5.5 tertinggi merancang untuk mengadakan dan semua guru
dilaksanakan
Pentaksiran Pertengahan Tahun tingkatan 5

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah Tindakan


akan diadakan pada 28/5/2021(Jumaat) Pengurusan Telah
5 6.8
pukul 3.00 petang menggunakan sekolah dan dilaksanakan
medium streamyard semua guru

Kokurikulum semasa BDR ini diadakan Guru penasihat Telah


5 7.2
secara offline. kokurikulum dilaksanakan

Pembelian dua unit komputer untuk


Sedang
6 8.3 kegunaan bilik kaunseling Kaunselor
diuruskan
menggunakan peruntukkan PIBG

Hampir siap.
Buku laporan mesyuarat perlu Menunggu
7 9.2 disediakan 2 untuk mesyuarat Agung Setiausaha laporan daripada
kali ke 16 dan 17 setiap bahagian
sahaja

Pemasangan awning di pondok


Telah
8 10.2 pengawal keselamatan menggunakan Penolong Kanan 1
dilaksanakan
peruntukkan PIBG.

Pengurusan
8 10.4 Pembelian blower untuk sanitasi Belum diuruskan
sekolah

Membentuk group ibu bapa pelajar Telah


8 10.5 Pn. Shahila
tingkatan 5 tahun 2021 dilaksanakan

Disediakan oleh; Tarikh: 2 Sept 2021

(NORMALI BINTI ABDUL GHANI)


Setiausaha PIBG
SMK Panchor
10

You might also like