Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PEMBETULAN SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

GEOGRAFI TINGKATAN 3
BAHAGIAN C [ 30 MARKAH ]

5. (a) Terangkan perbezaan ciri petempatan bandar dan petempatan luar bandar.
F1 Jumlah penduduk
H1 Penduduk di kawasan petempatan bndar berpenduduk padat dengan jumlah penduduk melebihi
10 000 orang, manakala petempatan luar bandar berpenduduk jarang dengan jumlah penduduk kurang
daripada 10 000 orang.

F2 Kemudahan asas
H2 Petempatan bandar mempunyai kemudahan asas pelbagai. Petempatan luar bandar mempunyai
kemudahan asas yang minimum / sedikit / kurang lengkap.

F3 Ciri-ciri kediaman
H3 Petempatan bandar mempunyai kediaman bercirikan moden manakala petempatan luar bandar
mempunyai kediaman sederhana dan bercirikan tradisional

F4 Kegiatan ekonomi
H4 Kegiatan ekonomi di bandar melibatkan sektor perindustrian, perniagaan, pembinaan, pentadbiran
dan perkhidmatan. Banyak menggunakan jentera dan peralatan moden. Kegiatan ekonomi di luar
bandar melibatkan sektor pertanian, perikanan dan penternakan yang memfokuskan kepada
penghasilan bahan mentah.

5. (b) Jelaskan fungsi petempatan luar bandar dari segi ekonomi.


F1 Membekalkan bahan mentah kepada industri pemprosesan
H1 Mengadakan kegiatan ekonomi seperti pertanian, perikanan dan penternakan untuk menghasilkan
bahan mentah kepada pelbagai kegiatan industri di kawasan bandar. Bahan mentah ini akan diproses
menjadi bahan makanan kepada penduduk.

F2 Menyediakan peluang pekerjaan.


H2 Kegiatan ekonomi yang dijalankan di luar bandar membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
yang berpendidikan rendah seperti bekerja sebagai petani, nelayan dan penoreh getah.

F3 Memajukan sektor pelancongan.


H3 Menggalakkan pelbagai sektor pelancongan seperti agropelancongan, ekopelancongan dan
pelancongan budaya seperti inap desa, produk kraftangan dan makanan tradisional.

6. (a) Nyatakan faktor manusia dan faktor semula jadi yang menyebabkan pemanasan global
Faktor manusia
F1 Aktiviti pertanian yang menggunakan racun serangga dan baja kimia secara berlebihan
F2 Penyahutanan secara besar-besaran bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan dan
perindustrian
F3 Pembebasan asap oleh kenderaan bermotor dan aktiviti perindustrian yang menggunakan bahan
api fosil sebagai bahan bakar utama
F4 Pembakaran terbuka

Faktor semulajadi
F1 Letusan gunung berapi yang mengeluarkan banyak asap dan debu
F2 Penerimaan pancaran matahari yang berlebihan (Perihelion)
F3 Kebakaran hutan secara semula jadi

1
6. (b) Jelaskan bagaimana gas rumah hijau bertindak menyebabkan pemanasan global.
F1 Gas rumah hijau seperti karbon dioksida, metana dan CFC yang terdapat di sekitar atmosfera bumi
bertindak menyerap dan memerangkap bahangan matahari.
F2 Sebahagian besar haba daripada pancaran matahari diserap dan disebarkan ke semua arah oleh
molekul gas rumah hijau yang bertindak memanaskan bumi

6. (c) Cadangkan langkah-langkah yang dilakukan untuk membantu mengurangkan


pembebasan gas rumah hijau bagi menangani masalah pemanasan global.
F1 Menanam pokok
H2 Tumbuhan hijau bertindak menyerap gas karbon dioksida yang berlebihan di atmosfera bumi
melalui proses fotosintesis. Kemudian menukarkan gas karbon dioksida kepada oksigen yang penting
kepada haiwan dan manusia.

F2 Penguatkuasaan undang-undang
H2 Menghukum, denda dan kompaun terhadap pelaku yang mendatangkan kemudaratan kepada alam
sekitar seperti yang terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling (pindaan) 2012.

F3 Menggunakan kenderaan awam


H3 Bagi mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya dan mengurangkan pembebasan gas
karbon dioksida.

F4 Mnggunakan sumber tenaga boleh baharu / tenaga alternatif / mesra alam / hibrid
H4 Menggunakan tenaga mesra alam seperti tenaga solar untuk menggerakkan kenderaan bagi
mengurangkan pencemaran

7. (a) Jelaskan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan di Malaysia.


F1 Penghutanan semula
H1 Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies
pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan
seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-
bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam
di Bukit Tinggi, Pahang. 

F2 Menguatkuasakan undang-undang
H2 Akta kualiti alam sekeliling (pindaan) 2012 digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara
yang boleh membawa kepada berlakunya kemusnahan alam sekitar. Peruntukan akta ini merangkumi
hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air,
pencemaran tanah, dan pencemaran udara.

F3 Pendidikan alam sekitar


H3 Meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan
hidupan liar dan persekitarannya.

F4 Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara


H4 Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula
jadi serta hidupan liar di Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman
negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar. Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh
kerajaan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini
mengawal semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di
setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu,
majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan,
hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan taman negara.

2
F5 Penubuhan Ladang Hutan.
H5 Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan ladang hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kayan
yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal.
Hutan ini ditanam secara perladangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 55 tahun. Hanya
pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang. Penanaman semula pokok baru akan dijalankan
di kawasan ini untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang

7. (b) Jelaskan kepentingan sumber hutan kepada manusia dan alam sekitar.
F1 Habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna
H1 Hutan menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan bagi hidupan liar.

F2 Keseimbangan ekosistem
H2 Hutan terdiri daripada komponen biotik dan komponen abiotik yang saling berinteraksi dan
bergantung diantara satu sama lain untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang. Interaksi antara
komponen biotik dan komponen abiotik akan menghasilkan satu aliran tenaga dan rantaian makanan
yang berterusan yang dapat memelihara imbangan ekosistem.

F3 Kawasan tadahan hujan


H3 Hutan bertindak sebagai span berongga yang menyerap air serta mengalirkan air ke sungai,
empangan, kolam dan tasik.Air yang diserap ke dalam tanah ditapis secara semula jadi dan menjadi
air bersih.

F4 Sumber perubatan
H4 Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam hutan kebanyakkannya boleh diguna dalam bidang
perubatan. Akar, kulit, daun, ranting dan buah daripada pelbagai spesis tumbuhan boleh dijadikan
sebagai ubat. Contohnya tongkat Ali.

F5 Sumber bahan mentah


H5 Hutan penting untuk membekalkan bahan mentah seperti kayu balak yang digunakan dalam
industri membuat perabot. Buluh dan rotan juga digunakan dalam industri pembuatan, kraf tangan dan
perabot.

F6 Ekopelancongan.
H6 Keindahan alam semula jadi dapat dimajukan sebagai produk ekopelancongan yang boleh
menjana pendapatan negara. Contoh Taman Negara Niah, Sarawak dan Taman Negara Kinabalu,
Sabah.

8. (a) Terangkan maksud sumber tidak boleh baharu


F1 Sumber tidak boleh baharu ialah sumber semulajadi yang akan habis atau pupus dalam jangka
waktu tertentu jika penerokaan sesuatu sumber itu tidk dikawal dan di rancang dengan baik.
F2 Contoh sumber tidak boleh baharu ialah petroleum, gas asli, arang batu, bijih timah dan lain-lain
sumber mineral.

8. (b) Jelaskan dua contoh sumber tenaga alternatif yang boleh dibangunkan di Malaysia
F1 Tenaga suria
H1 Menerima pancaran matahari sepanjang tahun. Suhu tinggi dan hampir sekata dengan catatan
purata suhu tahunan iaitu 27°C.

F2 Tenaga Hidroelektrik
H2 Menerima hujan lebat kira-kira 2600mm setahun menghasilkan aliran sungai yang deras untuk
menjana tenaga elektrik. Malaysia juga mempunyai banyak sungai yang berpotensi untuk dimajukan
sebagai pusat janakuasa hidroelektrik.

3
F3 Tenaga angin.
H3 Menerima tiupan angin monsun timur laut bertiup kencang di persisiran pantai timur semenanjung
Malaysia. Turut dipengaruhi angin tempatan seperti bayu laut dan bayu darat.

8. (c) Huraikan kepentingan penerokaan sumber semula jadi dalam membangunkan kegiatan
ekonomi di Malaysia.
F1 Pembukaan kawasan baru
H1 Membangunkan bandar-bandar baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.
Contohnya Kerteh dan Paka Terengganu serta Bintulu di Sarawak.

F2 Kemajuan infrastruktur / kemudahan asas


H2 Membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk memudahkan pengurusan sumber seperti
jalan raya, jalan kereta api, bekalan air dan bekalan elektrik. Landasan kereta api dibina lewat kurun
ke-19 ditanah Melayu bertujuan mengangkut bijih timah dari Taiping ke Kuala Sepetang.

F3 Peluang pekerjaan
H3 Membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang mengikut sektor seperti pembalakan,
perlombongan dan pengkuarian.

F4 Menjana pendapatan negara


H4 Meningkatkan pendapatan negara melalui aktiviti eksport minyak petroleum mentah dan kayu
balak ke luar negara seperti negara Singapura, Jepun dan UK

You might also like