Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KKC 60103 KAUNSELING KERJAYA

LANJUTAN

SESI KAUNSELING KERJAYA (TUGASAN INDIVIDU)

PENSYARAH : DR. NORSAYYIDATINA BINTI CHE ROZUBI

NAMA PELAJAR NO MATRIK

LOGANANTHINI A/P DHANABALAN M20211001590


VERBATIM SESI

Kaunselor : Selamat pagi Cikgu Ridzwan. (senyum)

Klien : Selamat pagi. (senyum)

Kaunselor : Apa khabar hari ini ? Sihat?

Klien : Sihat.

Kaunselor : Ok.. Hari ini seperti kita tetapkan hari itu, kita nak buat sesi kaunseling. Hari ini selesa tak
cikgu untuk meneruskan sesi?

Klien : Ok..ok.. Saya tak ada masalah. Saya selesa.( angguk kepala)

Kaunselor : Sebelum kita nak masuk sesi kaunseling ini saya nak tanya dulu.. Boleh tak cikgu
perkenalkan diri anda?

Klien : Boleh..Alright.

Kaunselor : Hmm..

Klien : Nama saya Muhammad Ridzwan Bin Ali. Saya berasal dari Kuantan, Pahang dan saya mengajar
di SMK Tengku Muhammad Iskandar, Tangkak Johor. Saya dah berkhidmat selama 15 tahun sebagai
seorang guru, Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Kaunselor : Hmm..hmm

Klien : Saya sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata lah.. Anak perempuan.

Kaunselor: Okay.. Hari ini kita nak buat sesi kaunseling ya.. Sebelum itu, saya nak tanya cikgu Ridzwan
sebagai cikgu sahaja. Maksudnya, tidak perlu panggil nama, boleh?

Klien : Boleh..boleh

Kaunselor : Boleh ya.. Ok..Saya nak tanya... sebelum ini pernah cikgu menjadi klien ataupun menyertai
sesi kaunseling?

Klien : Oh, pernah! Zaman saya belajar dulu... zaman saya sekolah menengah pernah... zaman saya
universiti pernah... zaman saya bekerja pun saya pernah jumpa kaunselor untuk menjalankan sesi
kaunseling.
Kaunselor : Oh.. baik. Maksudnya, cikgu biasa dengan sesi kaunselingkan.. seperti etika dan peraturan
sesi kaunseling betul?

Klien : Ya.. betul.

Kaunselor : Ok.. tapi sesi kali ini saya perlu juga maklumkan peranan saya sebagai kaunselor dan juga
peranan cikgu sebagai klien ya..

Klien : Ok.. boleh.

Kaunselor : Saya sebagai kaunselor hanya akan membantu cikgu untuk menyelesaikan sesuatu isu dan
segala keputusan terpulang kepada cikgu ya..

Klien : Baik

Kaunselor : Saya juga ingin maklumkan tentang etika kerahsiaan sesi kita ya.. Cikgu tidak perlu takut
bahawa saya akan bongkarkan perkongsikan ini kepada orang lain ya..Apa yang kita kongsi disini , hanya
kita berdua sahaja tahu ya..

Klien : Hmm..

Kaunselor : Seterusya, jangka masa untuk sesi ini adalah 30 minit hingga 45 minit. Kalau lambat pun
boleh mencapai selama 60 minit.

Klien : Ok..

Kaunselor : Itu sahaja tentang etika dalam sesi kaunseling kita ya.. Borang biopsikososial juga saya dah
tengok ya.. So, saya boleh mengetahui serba sedikit tentang latar belakang cikgu ya..

Klien : Ah.. okay..

Kaunselor: Okay.. Apa yang Ridzwan ingin berkongsi dengan Loga hari ini?

Klien : Ok..Masalah saya ini adalah dari segi saya nak buat pemilihan lah.. aah saya macam keliru sebab
saya ni dapat tawaran penjawatan kan..so, saya tak tahu macam mana.. dah pilh nak pergi ke
tidak...aah..macam mana ya..tawaran itu asyik terima. So, saya pun macam mmm...(mengerutkan dahi)
hati saya memang berat jadi cikgu di sekolah. Tapi saya pun tak tahu.. Kawan-kawan cakap pergi je lah..
ini kan peluang kan.. Jadi, saya pun rasa macam tak tahu lah.. (pandang atas). Macam nak tak nak tapi..
iini yang masalah saya sekarang ni.. Saya jadi buntu.

Kaunselor : Ok.. boleh saya tahu apa tawaran yang cikgu Ridzwan dapat?
Klien : Saya dapat jadi penolong pegawai dan ada juga dapat offer sebagai penolong pengarah di JPN
Putrajaya.

Kaunselor : Maksudnya, memang banyak jawatan ke PPD dan juga JPN.

Klien : Ahh...aha...Saya ni sebenarnya banyak kali tapi banyak kali saya dah tolak ada satu masa itu saya
pergi saya cakap saya tak nak. ( tergelak)

Kaunselor : Oh, cikgu pergi temuduga dan cakap tidak berminat...

Klien : Ah ..ah..kali kedua kot... kali pertama saya tolak .. kali kedua, saya well prepared semua bahan.
Masa temuduga saya dengan nervous. End of the session saya cakap saya tidak berminat.

Kaunselor : Hmm...

Klien : Ah..macam tu lah ceritanya. Mungkin masa tu saya terfikir-fikir tentang sekolah kot.

Kaunselor : Ok.. apa yang menyusahkan cikgu untuk terima tawaran dari PPD dan JPN. Pernah cikgu
fikir mungkin waktu bekerja ke...

Klien : Hmm.. masa bekerja satu...sibuk itu saya rasa kat sekolah pun saya sibuk..outstation itu biasa. Itu
tidak menggangu saya. Cuma, tak tahu kenapa ya.. sebab saya rasa rasa tak mampu kot duduk di PPD.
Nak jaga cikgu-cikgu nak melawat sekolah.. saya rasa belum bersedia la.. Saya ini berfokus kepada
murid.

Kaunselor : Nampaknya, cikgu belum bersedia untuk melawat sekolah dan menyelia cikgu-cikgu di
sekolah. Kadang-kadang hati cikgu ke murid, kadang ke PPD juga ya...? Macam tak tahu nak pilih mana
satu kan?

Klien : Ah..ah... dia macam berbelah bahagi sebab bila kawan dah cakap kau ini rugilah...so, saya macam
kenapa saya tak pergi...mmm

Kaunselor : Sekarang kekeliruan masih ada dalam diri cikgu?

Klien : Sekarang ini masih ada. Sebenarnya dah lepas pun. Tapi saya risau perkara ini akan ulang kembali
kerana perkara ini dah berlaku pada saya dua tiga kali tau.

Kaunselor : Hmm..hmm.. (Angguk kepala) Perkara tersebut dah merungsingkan cikgu ya

Klien : And then saya risau nanti saya dah tak boleh buat pilihan dan terus keluar surat. Itu yang saya
takut..
Kaunselor : Yang terus keluar surat maksudnya diarahkan ke JPN / PPD ...macam itu ke?

Klien : Ya..betul. Sekarangkan sistemnya memang begitu. Jika surat arahan dikeluarkan, kita sebagai
kakitangan kerajaan kita kena akur lah kan.

Kaunselor : Nampaknya, cikgu risau nanti kena akur pada arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan.

Klien : Ya itu yang saya risau.

Kaunselor : Sebelum-sebelum ini cikgu terima surat tawaran ya?

Klien : Oh sebelum ini dia bagi tawaran la..bagi offer pada kita untuk kita datang temuduga dulu.. masa
temuduga dia tanya everything.. Masalah bagi saya.. masa saya pergi temuduga... say pergi
tau...walaupun saya kata saya tak nak...say pergi juga. Saya juga prepare semua bahan yang dia nak.
Semasa temuduga, saya cakap saya ini tidak berminat. Ya lah..dah dua tiga kali pergi, kali ini saya takut
dia tak panggil lagi temuduga dan terus keluarkan surat arahan.

Kaunselor : Sewaktu cikgu bercakap dengan pegawai bahawa tidak berminat... apakah respons pegawai
itu?

Klien : Dia kata , awak ini cukup sangatlah dan cukup syarat serta banyak kelebihan. Boleh bantu daerah
nanti..dan banyak sumbangan awak sebelum-sebelum ini. Tapi saya maklumkan belum bersedia untuk
bertugas di pejabat kan... sebab naluri saya masih di sekolah. Saya suka buat program dengan murid.
Saya kuranglah dengan guru-guru ini. Kepuasan kerja saya dengan pelajar-pelajar saya.

Kaunselor : Ok..nampaknya cikgu seronok di sekolah dengan buat aktiviti dan program dengan pelajar
ya..

Klien : Ya betul.

Kaunselor : Ok,,kalau begitu kenapa cikgu fikir tentang apa yang kawan cikgu cakap? Kenapa cikgu
utamakan apa yang kawan cikgu cakap itu?

Klien : Ahh..itu la..sepatutya hmm...kita manusiakan...biasalah kalau orang lain cakap dengan kita
automatic akan terfikir perkara itu kan.. Sebenarnya, kita dalam diri kita dah fit dah untuk mengambil
keputusan. Tapi kadang-kadang rakan kita cakap kita dah mula macan dah goyang... ah betul jugak ya...tu
yang saya fikir. Saya tak tahu macam mana nak hadapi keadaan ini sampai kadang-kadang saya nak lari
daripada kawan-kawan saya.

Kaunselor : Ok... kalau begitu kawan-kawan tersebut dah mengganggu cikgu ke?
Klien : hmm...betul

Kaunselor : Boleh ke kalau kawan cakap tentang perkara ini, tak perlu fikir ataupun biarkan sahaja?

Klien : Saya cuba juga lah..boleh saya buat tak tahu je... dan happy.. dan tetap dengan diri saya..Kadang-
kadang tak boleh juga...tewas juga kan..tapi dia sekejab je.. time berbual-bual dengan kawan-
kawan..lepas itu saya ignore..

Kaunselor : Maksudnya, cikgu masih boleh cover perasaan tersebut?

Klien : Ya...saya masih boleh..

Kaunselor : Ok...apa yang cikgu akan buat akan JPN dah beri surat arahan pindah ke PPD / JPN? Boleh
ke cikgu hadapi?

Klien : Kita kena akur kan.. kalau dah keluarkan surat ..nak tak nak...saya kena ikut juga. Jika saya tak
boleh saya akan mohon balik ke sekolah..

Kaunselor : Itu sahaja ke cara penyelesaiannya?

Klien : Tidak, isu ini saya nampak daripada diri saya sendiri sebenarnya. Saya rasa untuk menyelesaikan
isu ini, saya perlu cari penyelesaian yang baik lah sebab saya dah terlalu memikirkan apa yang orang
kata dan selalu memikirkan kawan-kawan kata apa, sekejap-kejap menyesal. Saya rasa kalau benda itu
saya selalu berfikir, nanti tak akkan mendapat kesudahan. Tak akan selesai isu ini sebenarnya.

Kaunselor : Kalau begitu, cikgu sudah fix dengan keputusan cikgu?

Klien : Mengikut naluri saya , saya berminat jadi seorang guru. Saya bukanlah menjadi sebagai seorang
pegawai tetapi one day akan datang saya tak tahulah kan. Saya masih lagi berpegang pada diri saya, saya
memang nak jadi seorang guru lah

Kaunselor : Hmm

Klien : So, saya rasa benda ini bukan sekali dua berlaku, dia dah banyak kali. Setiap kali berlaku, dia
timbul isu yang sama yang menyebabkan saya fikir perkara yang sama. So, saya rasa saya dah boleh buat
ketetapan dan tindakan untuk penyelesaian saya.

Kaunselor : Maksudnya, cikgu dah fikirkan penyelesaian masalah untuk isu ini?

Klien : Ya. Saya dah fikir beberapa perkara Cuma saya belum buat lagi. Yang pertama, jika saya dapat
tawaran untuk hadir temuduga ke, saya akan terus menjawab tidak minat ataupun tak nak terus. Dengan
itu, say fix dengan jawapan saya tau. Sebab sebelum ini, saya datang temuduga, saya well prepared, saya
buat semua dokumen. Ini menyebabkan penemuduga assume saya bersungguh-sungguh. Jadi, bila saya
dah buat keputusan awal, saya rasa itu boleh menyelematkan saya.

Kauselor : Ok, maksudnya cikgu dah berani mengatakan No jika surat tawaran diterima?

Klien : Ya betul. Saya juga terfikir untuk sambung belajar. Bila saya sambung belajar, jadi tawaran-
tawaran semua saya tidak akan dapat la. Sebab alasan saya kukuh lah.

Kaunselor : Hmm..mm

Klien : Kalau saya lari sana sini , saya pun tidak larat.

Kaunselor : Ok, cikgu dah pilih 2 alternatif penyelesaian untuk menyelesaikan masalah cikgukan.. cikgu
rasa masalah tersebut dah boleh selesai ke?

Klien : Saya rasa bila kita dah buat sesi pertama kedua ketigakan.. ini sesi keempat, saya rasa I have to
do something. Kalau saya asyik dengan pemikiran negatif, sampai bila-bila pun saya tidak dapat
selesaikan isu ini. Sampai bila-bila pun saya tidak dapat menjadi diri saya sebenar. Saya berasa
berselidung seperti memakai topeng. Sebenarnya, saya yang tahu tentang diri saya kan. Tetapi apa yang
berlaku pada diri saya , saya banyak berselidung. Mulai hari ini, saya rasa saya akan buat something
untuk diri saya. So, saya fix dengan jawapan sayala..iaitu tolak tawaran dan saya tidak akan menyesal
lepas itu. Saya berpegang dengan diri saya dan elakkan berfirki lagi tentang perkara tersebut. Bagi saya
setelah kita dah buat 2, 3 sesi saya dah nampak dan Loga pun banyak bantu saya. Saya rasa ya. Saya
kena daripada diri saya lah.

Kaunselor : ok, nampaknya cikgu sangat berpegang pada keputusan yang cikgu buat ya?

Klien : Ya, betul.

Kaunselor : Ok, sesi-sei belum ini say pernah dengar cikgu berasa nak lari daripada kawan-kawan kan?
Apa kata jika kawan tersebut datang balik dan bangkitkan perkara tersebut sekali lagi dan kekeliruan
pada cikgu akan timbul lagi ke?

Klien : hmmm...Bila kawan-kawan datang of course kita akan terfikir tapi saya kena kuat lah dan saya
yang kena jelaskan kepada mereka. Tak perlu saya lari lepas ini, dulu memang saya lari kan. Jika kawan
tanya, saya akan jawap saya lebih bermotivasi untuk bekerja di sekolah dan kita punya rezeki di sekolah.
Saya juga akan jawap, mungkin one day hati saya terbuka, dan rezeki saya bukan di sekolah, saya akan
pergi lah. Buat masa sekarang, saya kan tolak dulu lah. Ah, macam itu lah,
Kauselor : Nampaknya, cikgu boleh terangkan kepada kawan-kawan jika masalah ini timbul lagi?

Klien : Ya, saya akan memberikan penjelasan kepada kawan saya supaya kawan-kawan saya ini faham.
Saya rasa, bila kita dah bagi tahu dekat kawan, dia pun akan mengetahui pendirian kitalah. Dan saya rasa
lepas itu, dia tidak akan argue dan mempersoalkan lagi tentang (repeat) benda yang sama sebab dah
diberi penjelasan kepada dia kan.

Kaunselor : Hmm (angguk kepala) Ok, kalau begitu, saya dah nampak cikgu dah ada alternatif
penyelesaian masalah iaitu menolak tawaran, sambung belajar dan memberikan penjelasan kepada
kawan-kawan ya?

Klien : ya...

Kauselor : Kalau begitu, masalah cikgu dah selesai ke? Ataupun ada lagi yang saya bantu?

Klien : hmm.. saya rasa saya akan cuba mengambil tindakan itu dan saya akan tengok kesannya lah. Jika
tidak berjaya, mungkin saya akan mengambil alternatif yang lain lah. Mungkin saya akan berjumpa
dengan Loga lagi supaya boleh bincang lagi tentang perkara ini.

Kaunselor : Ok. Cikgu cuba mengambil tindakan dahulu dan melihat pada keberkesananya ya. Jika
berjaya, saya akan rasa gembira sebab dapat membantu cikgu lah. Jika tidak, cikgu boleh datang balik
untuk membuat perkongsian lagi tentang isu ini. Dan saya juga sentiasa bersedia untuk membantu cikgu

Klien : Baik

Kaunselor : Kalau begitu, saya nak tamatkan sesi kita hari ini. Secara keseluruhannya, saya ingin
merumuskan dulu ya.. Cikgu mengalami kekeliruan sama ada terima tawaran ataupun tidak untuk pergi
ke JPN ataupun PPD. Sekarang cikgu dak fikir sendiri alternatif penyelesaian untuk menyelesaikan
masalah itu. Cikgu juga ingin melaksanakan tindakan tersebut pada masa yang terdekat.

Klien : Ok Loga.

Kaunselor. Baik. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kerana sudi share isu cikgu dan saya juga
berusaha untuk membantu cikgu lah. Itu sahaja daripada saya. Ada apa-apa lagi yang cigu nak cakap?
PANDANGAN TERHADAP SESI KAUNSELING KERJAYA

Kaunseling kerjaya merupakan satu proses interpersonal yang direka bentuk untuk membantu individu-
individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya. Ia juga merupakan satu proses psikologi
sepanjang hayat yang berineraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan. Masalah
kerjaya termasuklah ketidakupayaan membuat pilihan, ketegangan dan penyesuaian, ketidaksesuaian
dalam pekerjaan dengan individu dan integrasi dengan orang lain seperti ibu bapa dan rakan-rakan. Saya
telah melaksanakan sesi kaunseling kerjaya bagi meneyiapkan tugasan ini. Rakaman video juga telah
dibuat setelah mendapat kebenaran daripada klien.

Kaunselor telah menggunakan kemahiran asas kaunseling sewaktu menjalankan sesi ini.
Kemahiran asas kaunseling yang digunakan dalam kaunseling kerjaya pada dasarnya adalah sama
dengan kemahiran-kemahiran asas yang digunakan dalam kaunseling individu dan juga kaunseling
kelompok. Berdasarkan video tersebut, kaunselor telah mengunakan kemahiran-kemahiran asas
kaunseling dengan sebaik yang mungkin. Menurut Khoo Bee Lee (2014), peringkat sesi membina
hubungan penting supaya klien terus memberi kerjasama yang meyakinkan proses kaunseling agar sesi
kaunseling berjalan dengan lancar. Kaunselor juga telah memberikan makluman tentang pemilihan
tempat sewaktu menjalankan sesi kauseling atas talian. Kaunselor meminta kepada klien untuk memilih
suasana yang teraputik dan selesa. Ini membantu klien untuk memaklumkan ahli keluarga supaya tidak
menggangu sewaktu menyertai sesi tersebut. Kaunselor juga memastikan bahawa saya berada dalam
suasana yang kondusif dengan bertanya sebelum memulakan sesi. Menurut Patterson & Welfel (2000)
dalam Mansor Abu Talib (2010) penstrukturan menjelaskan semua pernyataan kaunselor yang
membolehkan klien mengetahui apa yang boleh dijangkakan tentang proses dan hasil aktiviti
kaunseling. Penyediaan nada dan struktur sesi perundingan yang bakal dilaksanakan merupakan
matlamat penstrukturan. Terdapat lima perkara yang saya sentuh iaitu penerangan tentang kaunseling,
peranan kaunsleor dan klien, etika kerahsiaan, matlamat sesi dan juga had masa. Saya telah
menerangkan tentang definisi kaunseling secara umum kepada saya. Kaunselor juga telah menyentuh
tentang peranan kaunselor dan juga klien kepada saya. Saya juga menjelaskan tentang etika kerahsiaan
dalam kaunseling. Saya juga memberitahu matlamat dan mengingatkan klien bahawa segala keputusan
yang diambil adalah tanggungan sendiri. Saya juga menjelaskan tentang had masa sesi kauseling kepada
saya iaitu selama 45 minit sehingga sejam.

Kaunselor juga mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas kaunseling sepanjang sesi


berlangsung. Menurut Sapora Sipon (2008) kemahiran membina hubungan merupakan langkah yang
paling awal dalam sesi kaunseling. Saya telah bertemu dengan klien saya pertama kali dan memulakan
sesi. Membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan
klien supaya klien sedia berbincang. Kemahiran mendengar juga sentiasa diaplikasikan oleh kaunselor
sepanjang sesi. Kaunselor telah mendengar secara aktif dan memahami apa yang didengarinya dan
mengkomunikasikan apa yang telah didengarnya kembali kepada klien. Melalui kemahiran aktif ini,
kaunselor telah mengesan dan merespon kepada ketidakseragaman terhadap apa yang dia dengan (secara
verbal) dengan apa yang dilihat melalui pernyataan tingkahlaku nonverbal klien. Kemahiran menyoal
membantu untuk mengumpul banyak maklumat dalam proses kaunseling. Saya telah menggunakan
soalan terbuka dan soalan tertutup. Kaunselor juga mengaplikasikan kemahiiran merumus dengn
menyatakan semula bahagian isi dan perasaan penting yang saya katakana sewaktu sesi. Kaunselor
menggunakan rumusan kecil beberapa kali dalam sesi. Rumusan besar pula dibuat sewaktu menamatkan
sesi dengan menyatakan semula isi perbincangan, perasaan yang saya alami, keputusan yang dibuat dan
langkah-langkah dipersetujui bersama.

Dalam sesi ini, kaunselor telah menggunakan teori REBT. Kaunselor mengaplikasikan konsep
ABCDE. Saya telah mengaplikasikan teori REBT terhadap klien ini bagi merasionalkan pemikirannya
dan boleh mengambil kepurtusan yang terbaik untuk diri sendiri. Melalui ABC klien telah dapat
memikirkan penyelesaian bagi isu ini. A merupakan activating event yang mencetuskan masalah dalam
diri klien iaitu perbualan bersama kawan-kawan tentang tawaran bekerja di tempat lain. B merupakan
belief bahawa klien sepatutnya berpindah ke tempat lain. C ialah consequences yang disebabkan oleh A
dan B iaitu wujudnya kekeliruan dalam diri klien. D pula disputing dimana kaedah-keadah
merasionalkan pemikiran klien dengan konfrontasi. Kaunselor tanya “kenapa cikgu mengutamakan
pendapat kawan-kawan sedangkan cikgu berpegang dengan keputusan cikgu bahawa stay di sekolah”.
Perkara ini memberikan celik akal kepada klien dan memberikan peluang kepada klien berfikir
masalahnya.

Kaunselor juga tidak menggunakan teori kerjaya dalam sesi ini. Isu yang dihadapi oleh klien
ialah kekeliruan untuk membuat pilihan sama ada bekerja di sekolah ataupun meneruskan perkhidmatan
di tempat laian yang mendapat tawaran seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN). Kaunselor sepatutnya menyelitkan teori membuat keputusan kerjaya dala sesi
ini. Jiwa klien ini masih berada di sekolah dan dia seronok mengajar di sekolah menengah. Dia juga
tidak berminat untuk pindah ke PPD dan JPN kerana dia tidak suka untuk menjadi pegawai yang menilai
cikgu-cikgu di sekolah. Kadang-kadang dia juga terfikir untuk berpindah tempat kerjayanya setelah
menerima padangan daripada kawan-kawanya. Bagi kes ini, kaunselor boleh menggunakan teori
pembelajaran sosial. Kaunselor perlu mengenalpasti masalah klien dan perlu menetapkan matlamat.
Seterusnya, kaunselor perlu membuat pelan tindakan dengan menggunakan borang analisis untung rugi
bagi melihat pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. Borang untung rugi ini membantu klien melihat
perbezaan antara kerjaya sebagai guru di sekolah dan kerjaya sebagai pegawai di PPD atau JPN.
Kaunselor juga perlu mengenal pasti nilai dengan menggunakan ujian-ujian psikologi bagi proses
pemilihan pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. Selain itu, kaunselor juga boleh mengenalpasti dan
memberitahu klien halangan-halangan kepada matlamatnyayang hendak dicapai. Ini membolehkan
klien memfokuskan kepada masalah sebenar.

Zaman ini merupakan zaman yang sangat mencabar. Setiap orang mempunyai pelbagai masalah
dalam kehidupan mereka. Oleh itu, tugasan ini membantu menyediakan diri saya untuk menghadapi
zaman yang mencabar ini dengan tabah. Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2006) salah satu
matlamat kaunseling ialah membantu klien mengurus masalah yang belum selesai. Saya menyedari
bahawa seseorang kaunselor yang telah menguasai kemahiran kaunseling dapat menghadapi zaman ini
dengan penuh ketabahan. Kaunselor juga perlu memikul tanggungjawab yang besar iaitu kesejahteraan
klien. Saya berasa kaunselor perlulah menjalankan sesi kaunseling setelah menguasai semua kemahiran
asas kaunseling kerana setiap kesilapan yang dibuat oleh kaunselor akan menjejaskan kesejateraan hidup
seseorang klien. Bagi mencapai matlamat kaunseling kaunselor perlulah menguasai kemahiran
kaunseling.

Selain itu saya menyedari bahawa kaunselor sentiasa perlu berpeka terhadap perkara-perkara
yang kecil seperti meneliti pergerakan klien. Ini akan menunjukan kaunselor sentiasa mengambil berat
tentang masalah klien. Maka, klien juga akan memberitahu segala perkara yang memudaratnya tanpa
berselindung. Jika klien menceritakan segalanya tanpa berselindung, maka sesi kaunseling juga akan
berlansung dengan baik. Dengan ini, saya menyedari bahawa kemahiran kaunseling perlu dikuasai oleh
setiap kaunselor supaya sesi kaunseling berjalan dengan lancar.

Kaunselor yang berkemahiran juga boleh membentuk klien yang berkemahiran dari segi
pelbagai aspek. Klien biasanya akan berjumpa dengan kaunselor untuk berbincang tentang masalah yang
dihadapi dan tidak dapat menyelesaikannya. Kaunselor yang telah menguasai pelbagai jenis kemahiran
asaa kaunseling boleh menjadikan kliennya untuk memyelesaikan masalahnya sendiri dengan dorongan
kaunselor. Oleh itu, saya menyedari bahawa kaunselor mampu menjadikan kliennya untuk mengambil
keputusannya sendiri dengan tanggung jawab sendiri klien itu. Dengan itu, wujudlah seorang klien yang
berkeyakinan dan tabah menghadapi cabaran. Selain itu, saya juga menyedari bahawa kaunselor yang
berkemahiran boleh memperkembangkan bakat kliennya. Sebagai contohnya, kaunselor boleh memberi
jalan yang baik kepada kliennya supaya boleh mengurus dirinya sendiri dari segi mental, perasaan,
kerohanian dan tingkah laku. Oleh itu, klien tersebut akan menjadi lebih berdikari dan tidak akan
menyusahkan orang lain dengan permasalahannya. Klien tersebut akan redha dengan apa yang berlaku
ke atas dirinya dan mencari pengajaran di sebalik masalah yang dihadapinya.
RUJUKAN

Khoo Bee Lee (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn Bhd.

Mansor Abu Talib (2010). Cultural Influences and Mandated Counseling in Malaysia. Journal
Asian culture and History 2(1), 28-33

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2006). Kaunseling Individu : Apa dan Bagaimana. Shah Alam:
Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin. (2014). Teori Kaunseling Dan Psikoterapi. Nilai: Universiti Sains
Islam Malaysia

You might also like