881208086943HBML3103

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

_________________________________________________________________________

HBML3103

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


SEMESTER JANUARI 2022

NO.MATRIX : 881208086943001

NO.KAD PENGENALAN : 881208086943

NO.TELEFON : 016-5664881

E-MEL : nilen1882@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM,Ipoh


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 KEWAJARAN KOMSAS DALAM MATA PELAJARAN 5 - 7


BAHASA MELAYU

3.0 KEPENTINGAN PENGAJARAN KOMSAS BAGI 8 - 10


MEMBENTUK JATI DIRI BANGSA MALAYSIA YANG
MERDEKA.

4.0 KESIMPULAN 11 - 12

5.0 BIBLIOGRAFI 13

BAHAGIAN II 14 - 15
BUKTI PENYERTAAN DALAM TALIAN

2
1.0 PENGENALAN
Bahasa Melayu dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana bahasa dijadikan medium
untuk menulis karya sastera. Hashim Awang et al.(1985:9) mendefinisikan kesusasteraan
Melayu sebagai kesusasteraan yang lahir daripada keistimewaan sifat masyarakat Melayu.
Kesusasteraan memaparkan sosio-budaya dan perspektif masyarakat Melayu termasuklah
cara hidup, sikap, pemikiran dan peradaban masyarakat Melayu. Karya-karya sastera yang
terhasil adalah bersifat didaktik, estetik dan merefleksikan kebijaksanaan masyarakat Melayu
dalam menyalurkan fikiran dan pengetahuan. Justeru, karya-karya sastera ini memainkan
peranan penting kepada masyarakat dalam membangunkan mentaliti, meningkatkan
kecekapan berbahasa dan mengasah bakat-bakat yang baru dalam bidang penulisan kreatif. 

Pendidikan kesusateraan baik kesusasteraan Melayu sebagai subjek yang digelari


sebagai S besar atau kesusasteraan Melayu (unsur sastera atau komsas) dalam pendidikan
Bahasa Melayu dikenali sebagai s kecil yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia pada
hari ini bukanlah yang baru tetapi sudah bermula sejak sebelum perang lagi (Nik Hassan
Basri Nik Ab. Kadir, 2005). Pada waktu itu, kesusateraan Melayu diajar kepada semua murid
tanpa mengira aliran sama ada sekolah aliran Melayu atau Inggeris di peringkat rendah,
menengah dan juga di maktab-maktab perguruan Melayu. Fokus kurikulum dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu pada waktu tersebut ialah Kesusasteraan Melayu Klasik, petikan
cerita dan hikayat lama seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong
Mahawangsa dan sebagainya. Pelaksanaan elemen ini kurang jelas dalam pengajaran Bahasa
Melayu kerana yang menjadi fokus ialah kefahaman bahasa dan ceritanya.

Kedudukan KOMSAS dalam pengajaran Bahasa Melayu merupakan integrasi dalam


sistem pendidikan kebangsaan. Perkara ini diberi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bahasa Melayu. Justifikasi fokus ini terletak pada pemantapan rohani dan emosi
pelajar yang sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Oleh itu, bagi memastikan
KOMSAS diajar kepada semua pelajar, pengenalannya telah dimuatkan dalam satu
komponen khusus bagi pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek Bahasa Melayu, bemula
tahun 2001.Usaha ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang
permasalahan di persekitaran, meningkatkan daya sensitiviti terhadap kepentingan sastera

3
sebagai dokumentasi sosial, melahirkan insan yang seimbang daripada aspek rohani, jasmani
dan intelek sekaligus meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar secara komprehensif. 

Othman (2001) dalam artikelnya ‘Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa
Melayu’ antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan
pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah wujud
perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru
yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang 2 kesusasteraan akan membawa
pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar melalui
proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991). Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan
sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat
dinafikan lagi. Ini kerana dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila menyediakan
soalan-soalan peperiksaan.

Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk


prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya soalan pemahaman. Pelajar-pelajar
diminta memberikan maksud rangkai kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-
ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan
petikan dengan cetusan idea yang bernas dan bahasa yang baik. Oleh itu dapat dilihat bahawa
bahan sastera sememangnya penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
kerana banyak faedah diperoleh daripada bahan-bahan tersebut.

4
2.0 KEWAJARAN KOMSAS DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
2.1 Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera dalam kalangan pelajar
Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai terutama generasi muda telah
memiliki pelbagai bentuk alatan teknologi maklumat dan komunikasi untuk mendapatkan
maklumat berbanding mencari maklumat daripada pembacaan. Perkembangan teknologi ini
boleh dikatakan antara penyebab minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan
rakyat makin berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan karya sastera
yang dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon Ahmad, A.Samad
Said dan sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya sastera yang
dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa kita. Minat
untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam kalangan
masyarakat.

Sehubungan dengan itu, Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen


wajib dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah bertujuan
untuk menerapkan serta meningkatkatkan lagi minat membaca bahan-bahan sastera dalam
kalangan pelajar terutamanya sekolah rendah agar golongan ini dapat mengapresiasi hasil
karya. Penerapan amalan membaca dalam kalangan pelajar juga membolehkan mereka
mengetahui latar belakang para penulis serta sumbangan mereka dalam perkembangan satera
di tanah air kita. Amalan membaca ini secara tidak langsung akan memberi pendedahan
kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera seperti cerpen,
drama, novel dan prosa tradisional di samping memberi peluang kepada pelajar untuk menilai
dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan,kemasyarakatan dan kebudayaan
yang terdapat dalam sesuatu bahan sastera.

2.2 Meningkatkan Kemahiran berbahasa


Menurut (Arba’ie et al,2008),sastera dilengkapi dengan unsur seni bahasa yang indah,
sisipan ilmu dan pemikiran penulis, daya sensitiviti penulis, maksud tersurat dan tersirat,
keindahan dari segi bahasa dan berdasarkan realiti kehidupan. Oleh sebab hal yang
sedemikian, pembacaan karya satera secara tidak langsung akan memperluas serta
meningkatkan perbendaharaan kata terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan
menengah. Hal ini dapat dilihat daripada puisi-puisi klasik yang kini diterapkan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu seperti ‘syair Siti Sianah’, ‘Seloka Si Luncai’, dan lain-lain
lagi. Pelajar dapat mengenali serta mempelajari perkataan-perkataan baru daripada karya-

5
karya ini dan dapat menggunakannya apabila menyertai pertandingan-pertandingan anjuran
Panitia Bahasa dan Sastera sempena Minggu Bahasa yang akan dianjurkan oleh setiap
sekolah di seluruh Negara.

Melalui penggunaan bahan sastera yang pelbagai seperti drama, puisi, syair dan
sebagainya dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran asas mereka dalam
pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam kemahiran membaca. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti melafazkan pantun dan syair, menuturkan dialog, membaca cerita
dengan sebutan dan intonasi yang betul serta aktiviti melakonkan drama dapat mengukuhkan
kemahiran lisan dan bertutur dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, benarlah bahawa
membaca karya sastera memberi faedah yang baik.

2.3 Menjadi Pelengkap Mempelajari Kemahiran Bahasa


Dalam sistem pendidikan negara, Bahasa Melayu merupakan antara mata pelajaran
yang wajib dipelajari secara rasmi oleh semua pelajar sekolah rendan dan menengah.
Penyerapan konsep sastera dalam pendidikan bahasa Melayu adalah pelengkap bagi
mempelajari kemahiran bahasa yang memberi penekanan terhadap bidang interpersonal,
bidang maklumat dan bidang estetika. Komponen sastera turut menjadi pelengkap kepada
kemahiran asas Bahasa Melayu iaitu kemahiran lisan dan bertutur, membaca dan menulis.
Hal ini kerana bahasa dan sastera memfokuskan ujaran tatatertib, tingkah laku dan
percakapan yang baik. Sehubungan dengan itu, setiap konsep, prinsip dan kewajaran
mempelajari bahasa dan sastera perlu difahami dan dihayati dengan baik. Menurut Naffi Mat
(2006), para pelajar dapat menikmati karya sastera dalam bidang estetik melalui bahasa di
samping melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. Pelajar juga dapat menguasai aspek
kebahasaan, keindahan serta kehalusan bahasa. Hal ini akan memajukan lagi industri
penulisan Negara lantas melahirkan sebuah negara yang celik ilmu di samping kemajuan dan
kemodenan yang dimiliki

6
2.4 Memupuk Semangat Yakin Dan Berani
Pengaplikasian karya sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu juga akan dapat
melahirkan generasi yang bersemangat, berani serta yakin akan diri sndiri. Hal ini dapat
dibuktikan apabila kita membaca drama ‘Gelanggang Tuk Wali’. Dalam drama ini, seni silat
merupakan tradisi orang Melayu yang menjadi topik utama dalam perjalanan drama ini.
Semangat anak muda dalam mendalami ilmu seni silat ini, menggambarkan betapa kukuh dan
ampuhnya kekuatan seni ini sehingga dapat mengawal emosi dan pergerakan seorang pesilat
meskipun dia telah dituduh membunuh dan kehilangan orang yang menjadi idolanya selama
ini. Apabila murid menghayati karya sastera seumpama ini, semangat keberanian serta
keyakinan diri akan wujud dalam diri murid tersebut dalam terus menghadapi kehidupan
yang penuh pancaroba walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan serta
rintangan hidup. Hal ini jelas bahawa penerapan karya sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu memberikan faedah yang baik dan hal ini perlu terus dipupuk
agar rakyat negara ini terus berjaya kerana ‘bangsa membaca, bangsa berjaya’.
 
2.5 Pelajar Dapat Mengenali Pelbagai Kebudayaan Antara Kaum
Bahan sastera berbentuk prosa moden ataupun klasik mengandungi banyak gambaran
adat istiadat dan kebudayaan Melayu. Penerapan bahan sastera ini dalam pengajaran bahasa
Melayu, secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar bukan Melayu tentang
adat istiadat serta kebudayaan masyarakat Melayu. Demikian juga, bahan sastera yang
dihasilkan oleh penulis yang berbangsa Cina atau India akan mendekatkan pelajar yang
berbangsa Melayu kepada kebudayaan serta kepercayaan masyarakat India dan Cina di
negara kita. Apabila sesuatu bangsa itu mengenali dan memahami adat istiadat serta
kebudayaan bangsa lain, maka akan lahirlah semangat saling hormat menghormati dan
toleransi dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa di Malaysia yang
membawa kepada keteguhan perpaduan antara rakyat di negara Malaysia.

7
3.0 KEPENTINGAN PENGAJARAN KOMSAS BAGI MEMBENTUK JATI DIRI
BANGSA MALAYSIA YANG MERDEKA.
3.1 Pembentukan Emosi Dan Rohani
Jati diri sesuatu bangsa amat penting dalam membina sebuah negara yang teguh dan
aman sepanjang masa. Hal ini kerana dipercayai bahawa bangsa yang teguh dan kuat akan
menjamin kestabilan dan keharmonian sesebuah negara. Sehubungan dengan itu,
kesusasteraan Melayu terutamanya KOMSAS memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan emosi dalam diri seseorang individu kerana kesusasteraan Melayu merupakan
wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah. Hal ini secara tidak
langsung akan memberi kesedaran kepada para pelajar untuk memahami perasaan sendiri
serta orang lain. Dalam erti kata yang lain, unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh
murid dalam karya sastera berupaya untuk memupuk nilai menghormati orang lain, membina
sahsiah yang elok dan bersikap toleransi dalam diri seseorang murid. Di samping itu, nilai-
nilai estetik yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera dapat
mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang.

Pembentukan emosi yang betul bukan sahaja membolehkan murid mengawal sikap
dan perasaannya sendiri bahkan dapat membantunya memahami perasaan orang lain dan
seterusnya berjaya mewujudkan hubungan positif sesama insan. Sebagai contoh, dalam
cerpen yang bertajuk “Israk” karya Erda Roslan Khairi mengungkapkan persoalan jati diri
dalam diri murid.Cerpen ini bertemakan nilai kasih sayang seorang nenek yang tinggal di
kampung dengan sikap seorang cucu yang angkuh kerana berpendidikan Inggeris.

3.2 Memupuk Semangat Patriotisme


Melalui pengajaran komsas juga, murid akan didedahkan kepada unsur patriotik,
perpaduan negara, kebudayaan negara serta semangat cinta akan tanah air. Semangat patriotik
serta cinta akan tanah air harus ditanam dalam setiap jiwa pelajar, Hal ini kerana, mereka
merupakan generasi masa hadapan yang akan memikul tanggungjawab sebagai peneraju
negara untuk meneruskan agenda pembangunan negara serta mengukuhkan lagi perpaduan
yang wujud antara pelbagai kaum. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam
menyematkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah
melalui proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu.

8
Paparan kisah-kisah perjuangan seperti yang diceritakan dalam novel “Kapten Hassan
Wira Negara”, Merdeka, Merdeka!” dan “Bukit Kepong” mampu menjadi sumber inspirasi
serta teladan yang perlu diikuti oleh setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Melalui
kisah-kisah ini, para pelajar dapat mengetahui usaha-usaha serta semangat perjuangan yang
telah ditunjukkan oleh tokoh-tokoh pemimpin pada ketika itu bagi mempertahankan negara
daripada ancaman musuh. Apabila murid mula menghayati karya-karya kesusasteraan
Melayu ini, semangat cinta akan negara secara tidak langsung akan tersemat dalam jiwa
setiap pelajar. Semangat patriotik dan cinta akan negara ini penting dalam membentuk jati
diri bangsa Malaysia yang merdeka agar dapat mempertahankan negara daripada diceroboh
oleh bangsa lain.

3.3 Penerapan Nilai-nilai Murni


Antara kepentingan pengajaran komsas dalam membentuk jati diri bangsa Malaysia
ialah penerapan nilai-nilai murni dan pembinaan sahsiah yang murni dalam kalangan pelajar
sekolah rendah dan menengah. Bahan kesusasteraan Melayu yang berunsurkan nilai-nilai
murni atau Moral dapat membantu para pelajar menghayati nilai-nilai murni seperti baik hati,
hormat-menghormati, tolak ansur, kesyukuran dan sebagainya. Apabila para pelajar
didedahkan kepada karya-karya kesusasteraan Melayu yang terdiri daripada pelbagai genre,
mereka akan mula menghayati dan menyelami perasaan serta perwatakan baik insan lain
secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan oleh penulis dalam karyanya khususnya
apabila bentuk, isi dan mesejnya berkaitan dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai
kehidupan yang mampu mempengaruhi kehidupan para pelajar.

Sebagai contoh, melalui “Gurindam Tonggak Dua Belas “ yang dhasilkan oleh Mohd
Sidek Mohd Dollah (2010 :11), para pelajar diajak untuk membina jati diri sebagai orang
yang baik dan berguna untuk bangsa dan negara. Antara nilai yang diterapkan dalam
gurindam ini adalah seperti tekun berusaha, menghargai masa, bijak bertindak dan bersifat
sederhana. Nilai-nilai ini dipercayai dapat membantu mewujudkan generasi masa hadapan
yang akan mewarisi tampuk pemerintahan kelak. Para pelajar dinasihatkan supaya
menjadikan nilai-nilai postif ini sebagai ikhtibar hidup. Contohnya:-

Hendak pandai menghargai masa


Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan ,

9
Kegigihan bekerja dengan keupayaan,
(Dirgahayu Bahasaku 2010:11)

3.4 Menghargai Kesusasteraan Bangsa Melayu


Sifat menghargai kesusasteraan bangsa Melayu harus dimiliki oleh setiap rakyat
Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi. Rasa kasih dan cinta serta perasaan
menghargai kesusasteraan bangsa Melayu akan dapat dipupuk dalam kalangan palajar hanya
apabila mereka membaca karya-karya sastera yang dihasilkan oleh para sasterawan yang
masyur seperti A.Ahmad Said, Muhammad Haji Salleh, Keris Mas dan sebagainya. Sebagai
contoh, dalam sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’, bahasa Melayu diagungkan dan ditinggikan
martabatnya yang kini semakin hanyut ditelan arus kemodenan. Apabila para pelajar
membaca serta menghayati sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’, mereka akan berasa bangga
memikirkan bahawa sajak tersebut telah dihasilkan tanpa mencampuradukkan bahasa Melayu
dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain sebagaimana yang dilakukan oleh anak muda kini.
Oleh itu, jelaslah bahawa pengintegrasian komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu merupakan suatu usaha baik yang telah diambil oleh pihak kementerian bagi
menanam serta memupuk rasa kasih dan cinta akan bahasa Melayu.

Pengajaran kesusasteraan Melayu juga penting dalam menghasilkan pelajar yang


seimbang, berfikiran matang serta rasional, prihatin dan beretika tinggi. Pembacaan karya
sastera ini amat penting kepada para pelajar kerana karya sastera yang dihasilkan sebenarnya
kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, etik, pengalaman dan pelbagai lagi. Selain itu, di
dalamnya terkandung segala dunia keilmuan kesusateraan yang tidak ada akhirnya yang
sekali gus menyumbang kepada perkembangan tamadun sesuatu bangsa termasuk evolusi
masyarakat. Secara ringkasnya, pengajaran dan pembelajaran komsas dalam Bahasa Melayu
dapat memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar dan belajar dengan yakin.

10
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa


Melayu mempunyai kewajarannya yang tersendiri dalam menghasilkan insan yang seimbang,
matang, prihatin dan beretika tinggi selaras dengan aspirai Falsafah Pendidikan kebangsaan.
Pengenalan komponen sastera dalam kurikulum Bahasa melayu merupakan satu keputusan
yang amat bijak. Hal ini kerana pembelajarannya telah mampu meningkatkan lagi mutu
penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar dari segi kemahiran asas berbahasa iaitu
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis di samping memberi pendedahan
asas sastera Melayu kepada pelajar. Semangat menghargai khazanah negara yang amat tinggi
mutu keseniannya juga secara tidak langsung dapat diterapkan di jiwa generasi muda supaya
mereka memiliki jati diri yang tinggi dengan menghayati segala unsur yang terdapat di dalam
karya-karya tersebut.

Walaupun hala tuju pendidikan negara Malaysia adalah untuk menghasilkan generasi
muda yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran dan berketrampilan ke arah berteraskan
sains dan teknologi khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan Komunikasi, namun
aspek kebudayaan bangsa tidak akan diasingkan. Melalui pengaplikasian komponen sastera,
sesiapa sahaja boleh dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajam lagi kritis dalam
mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna serta dapat mencabar daya pemikiran
kreatif para sasterawan. Pemilihan genre sastera yang sesuai dapat membentuk generasi
pelajar yang berwawasan serta mempunyai semangat jati diri yang tinggi bagi
mempertahankan kebudayaan bangsa agar terus bersemadi dalam jiwa mereka.

Bahasa dan sastera turut dianggap sebagai dua unsur kebudayaan manusia yang
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Dunia sastera tidak pernah terpinggir dalam
pelbagai persoalan Bahasa kerana Bahasa adalah satu-satunya media ungkapan bagi
sasterawan dalam mencipta karyanya. Sehubungan dengan itu, wajarlah KOMSAS ini
dianggap sebagai saluran yang diharap akan dapat mewujudkan dan mengukuhkan lagi aspek
emosi dan rohani dalam kalangan pelajar selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Ini kerana pengisian kurikulum KOMSAS merangkumi elemen-elemen seperti
ilmu, nilai murni, kewarnegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah
yang berupaya menjadi pemangkin ke arah transformasi pendidikan Bahasa Melayu kea rah
yang lebih bermutu dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa yang merdeka. Bangsa
yang merdeka boleh ditakrifkan sebagai bangsa yang memiliki semangat jati diri yang teguh

11
melalui penghayatan nilai-nilai murni dalam hidup dan sentiasa menyumbang ke arah
pembangunan dan keharmonian negara.

12
BIBLIOGRAFI

Dr Nadzeri Isa, (2013), HBML3103 Pengajaran KOMSAS Dalam Bahasa Melayu,


Selangor: Open University Malaysia.

Naffi Mat. ( 2006 ), Teknik Mengajar Komsas Komponen Sastera. Selangor : PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.

Othman Puteh, 2001. Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu.


Dewan Siswa, Mac: 20-21.

Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 2005, Citra Komsas, Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010 ).Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5 . Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang, 1985. Definisi Novel Melayu: Satu Penilaian Kembali. Kertas kerja


dalam Bengkel Novel Melayu. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya,
9 Mac 1985.

13
BAHAGIAN II

14
15

You might also like