Kertas Kerja Membina Surau Sk. Kalai

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PIBG

PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)


SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI
08700 JENIANG, KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 011- 65735266 EMEL: skkalaisik@gmail.com

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

KERTAS KERJA

MEMBINA SEBUAH SURAU SATU TINGKAT DI


SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI.

1
1.0 PENGENALAN

Fungsi surau sekolah di sekolah‐sekolah dapat berperanan sebagai wahana untuk


mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran bidang ibadah dan akhlak Islamiyyah
Pendidikan Islam bagi murid-murid, guru-guru serta kakitangan, pelawat, tetamu yang
beragama Islam khususnya dan untuk menjadi medan dakwah kepada penganut agama lain
untuk mendekati Islam. Kebanyakan sekolah-sekolah baharu yang dibina dalam tempoh
terkini tidak menghadapi masalah pembinaan surau atau tempat sembahyang kerana ianya
telah dimasukkan ke dalam pelan asal dan termasuk dalam peruntukan pembinaan
sesebuah sekolah baru. Tetapi masalah timbul oleh sekolah-sekolah yang dibina seawal
tahun 50-an hingga 70-an kerana tidak ada surau atau bilik sembahyang.

Perkara ini berlaku di Sekolah Kebangsaan Kalai. Sekolah ini mula beroperasi pada
tahun 50-an. Pada tahun 1970 sebuah bangunan 2 tingkat di bina dengan mempunyai 6
buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru. Selepas belasan tahun, sebuah
bangunan satu tingkat yang mempunyai 4 bilik darjah telah dibina. Kini bilik-bilik tersebut
dijadikan bilik darjah, bilik guru, pejabat, bilik pemulihan, prasekolah, pusat sumber dan
makmal Sains. Sekolah ini tidak mempunyai bilik sembahyang.

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengambil inisiatif dengan menumpang
di sebuah rumah guru lama (rumah papan) sebagai tempat solat dan menjalankan aktiviti
amali untuk murid-murid di sekolah ini hampir 20 tahun lamanya. Keluasan ruang dalam
rumah guru tersebut hanya mampu menampung satu 20 hingga 25 orang murid sahaja.
Apabila satu-satu program agama Islam diadakan seperti bacaan yasin mingguan (Khamis),
pihak sekolah hanya menggunakan kawasan kantin iaitu bahagian ruang makan murid
sebagai tempat murid Islam berkumpul manakala murid Siam akan berada di pusat sumber
sekolah. Jika sekolah menganjurkan program solat hajat dan bacaan yasin yang melibatkan
PIBG, ruang bilik darjah akan digunakan iaitu kelas Tahun 6 dan Tahun 4. Dinding pemisah
akan dibuka agar lebih luas. Setiap kali kelas dibuka, bahan-bahan bantu mengajar dan
hasil kerja murid yang ditampal di dinding terpaksa di buka dan ini telah merosakkan bahan-
bahan tersebut.

Oleh yang demikian, besarlah harapan PIBG di sekolah ini, agar pihak tertentu dapat
membina sebuah surau sekolah demi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam serta meningkat penghayatan Islam dalam kalangan murid-murid Islam
khususnya dan seluruh warga sekolah amnya.

2
2.0 MAKLUMAT AM SEKOLAH

Nama sekolah Sekolah Kebangsaan Kalai


Alamat 08700 Jeniang, Kedah Darul Aman
Daerah Sik
Kod Sekolah KBA 8011
Lokasi Luar Bandar
No. Telefon 011-65735266
E-Mail skkalaisik@gmail.com
Daerah Majlis Guru Besar MGB Sik
Nama Guru Besar Cikgu Suryani binti Nazmin
Jumlah Guru 18 orang
Jumlah Staf Sokongan 3 orang
Jumlah Murid Perdana 143 Melayu: 142 orang
Siam : 24 orang
Jumlah Murid Prasekolah 25 orang
India 2
Motto Sepakat Kunci Kejayaan
Slogan “KALAI KAIZEN”

3.0 RASIONAL

Mewujudkan tempat ibadah dan ruang solat yang selesa, kondusif dan menepati
fasiliti surau sekolah terkini bagi murid-murid melakukan solat berjemaah, program-
program kerohanian dan mercu tanda sekolah yang menunjukkan sekolah ini
merupakan sebuah sekolah yang majoritinya terdiri daripada murid-murid Islam
walaupun terletak di perkampungan yang majorotinya berbangsa Siam

4.0 OBJEKTIF

3.1 Tempat ibadat sembahyang untuk murid-murid, guru-guru dan kakitangan


sekolah yang beragama Islam.

3.2 Tempat mengadakan latihan amali mengenai ibadat seperti mengambil wuduk,
sembahyang, amali mandi jenazah, bersuci, membaca Al-Quran, bertadarus
khatam Al-Quran dan lain-lain

3.3 Tempat untuk menjalankan aktiviti rehlah minda, keagamaan dan aktiviti
sekolah.

3
5.0 KATEGORI BANGUNAN

Cadangan bangunan yang akan dibina ialah bangunan dan struktur keagamaan satu
tingkat dengan anggaran keluasan seluas 35 x 40 kaki persegi.

6.0 CADANGAN PLAN KEDUDUKAN TAPAK SURAU DI SEKOLAH.

4
Tempat
kumpul Pintu pagar belakang
Rumah
Rumah
sampah guru lama

Guru
baharu

Rumah
Rumah
guru lama

Guru
baharu

Bangunan Pintu pagar tepi


dua tingkat
Gelang-
Tandas gang serba Pintu pagar ked
(banjir) guna

Bangunan
kelas
Bilik
(bilik darjah)
ICT/Bilik
mesyuarat

Makmal
kantin
komputer

Tanah
kosong
(milik
orang
Siam)

Pintu pagar
utama

5
Garaj kereta Stor sukan

Pondok
bacaan
Pagar kawat sempadan

Dusun buah-buahan Tapak Surau


(milik orang Siam)
Padang sekolah

Garaj
kereta

Pondok
pengawal

Jeneri / Pendang Jalan raya utama Jeniang

7.0 ANGGARAN KOS

Bagi melengkapkan sebuah bangunan surau satu tingkat yang lengkap dengan
pendawaian elektrik, ruang solat utama lelaki dan perempuan , mihrab, ruang kaki lima
bangunan, serta tempat wudhuk lelaki dan perempuan, tandas serta kelengkapan yang
sewajarnya dianggarkan kos terlibat sebanyak RM154 000.000 (Ringgit Malaysia: Seratus
lima puluh empat ribu sahaja).

Bil Perkara Anggaran (RM)


1 Bahan-bahan binaan dan kerja-kerja berkaitan
2 Sistem Perpaipan dan kerja-kerja berkaitan
3 Perkakasan Elektrik dan kerja-kerja berkaitan RM154 000.000
4 Pendawaian Elektrik dan kerja-kerja berkaitan
5 Kelengkapan Lain dan kerja-kerja berkaitan

8.0 SUMBER KEWANGAN

Adalah menjadi harapan pihak PIBG dan pihak sekolah agar pihak PERTONAS
CHEMICALS FERTILIZER KEDAH SDN. BHD dapat membantu dalam pembinaan ini

6
seikhlasnya. Pihak kami berlapang dada untuk menerima seberapa sahaja sumbangan yang
diberikan.

9.0 PENUTUP

Bagi memastikan pembinaan sebuah surau Sekolah Kebangsaan Kalai menjadi kenyataan,
sokongan daripada semua pihak amatlah diperlukan. Semoga surau ini dapat dijadikan satu
lagi wadah oleh guru-guru untuk melahirkan modal insan yang Rabbani, cemerlang,
berakhlak mulia dan seterusnya mereka beroleh keredhaan Allah SWT bagi menjamin
kebaikan di dunia serta akhirat.

Disediakan oleh

………………………………………………
(RADIN MAHAZAR BIN AHMAD RADIN)
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa-Guru
Sekolah Kebangsaan Kalai
08700 Jeniang
Kedah Darul Aman.

Ulasan Guru Besar

Cop sekolah

You might also like