Professional Documents
Culture Documents
Contoh Folio
Contoh Folio
1.0 Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada
saya untuk menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan
orang sumber bagi kajian salasilah keluarga saya ini.
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini
saya
4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas
Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 1968 . Mereka mencari pendapatan
dengan bekerja sebagai petani serta menoreh getah di kebun orang kampung .
Kerja harian mereka meletihkan dan ganjarannya pula cukup ala kadar
tetapi datuk dan nenek tetap berbangga dengan kerja mereka. Hasil
perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan sebelas
orang anak, iaitu Sayed Zainal Bin Tuan Azam (ayah saya) yang
dilahirkan pada 26 November 1969, Syarifah Aminah Binti Tuan Azam
yang dilahirkan pada 30 Jun 1971, Syed Ahmad Bin Tuan Azam yang
dilahirkan pada 13 Oktober 1973,Syarifah Fatimah Binti Tuan Azam yang
dilahirkan pada 17 September 1976 , Syarifah Azliha Binti Tuan Azam
yang dilahirkan pada 21 Januari 1979,Syarifah Ramlah Binti Tuan Azam
yang dilahirkan pada 26 Ogos 1981,Syarifah Sapura Binti Tuan Azam
yang dilahirkan pada 17 April 1984 , Syed Raimi Bin Tuan Azam yang
dilahirkan pada 13 Ogos 1986 , Syed Khusairi Bin Tuan Azam yang
dilahirkan pada 7 Januari 1989, Tuan Hannah Binti Tuan Azam yang
dilahirkan pada 10 Julai 1991 dan Tuan Syahrul Adha Bin Tuan Azam
yang dilahirkan pada 21 Mei 1994.
Carta salasilah ibu saya ( sila rujuk muka surat 10 ) bermula daripada Masor Bin
Sadalam iaitu datuk saya dan Rahmah Binti Osman iaitu nenek sebelah ibu saya .
Mereka berasal daripada tempat yang sama iaitu Filipina.Mereka mendirikan rumah
tangga pada tahun 1976.Meraka mencari pendapatan dengan berniaga.Hasil
perkahwinan datuk dan nenek saya , mereka telah dikurniakan dengan dua orang
cahaya mata , iaitu Ghirwiza ( ibu saya ) yang dilahirkan pada 23 April 1977 di Kg.
Menteritip, Semporna dan Al – Madan yang dilahirkan pada 09 September 1990.
Pada tahun 1997 , Ghirwiza ( ibu saya ) telah berkahwin dengan Sayed
Zainal ( bapa saya ) , dan mempunyai tiga orang anak .Al – Madan
pula telah berkahwin dengan Nur Haina pada tahun 2009 dan dikurniakan
seorang anak perempuan iaitu Siti Nur Aisyah yang dilahirkan 24 Mei
2010.
Ahli keluarga saya terdiri daripada bapa saya,ibu saya , saya dan
adik – adik
saya.Selepas perkahwinan ibu bapa saya pada 22 Februari 1997, mereka
tinggal di
Kampung Bangingod,Lahad Datu,Sabah kerana bapa saya bertugas sebagai
guru
disana.Saya juga dilahirkan di Kampung Bangingod pada 14 Disember
1997.
Nama bapa saya Sayed Zainal Bin Tuan Azam.Beliau dilahirkan di Kampung
Kuala Pueh , Kuala Berang , Terengganu pada 26 November 1969.Bapa saya
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Dura pada tahun 1976
hingga tahun 1981.Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Mahmudiah , Kuala Berang , Terengganu dari
tahun 1982 hingga tahun 1984.
Pada tahun 1990, beliau diterima memasuki maktab perguruan di Negeri Kedah iaitu
Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Setelah menamatkan pengajian pada tahun
1992, beliau ditempatkan bertugas di SK. Bangingod, Lahad Datu, Sabah. Pada
tanggal 8 Februari 1998 beliau berpindah tempat bertugas ke SK. Kem Kabota,
Tawau sehinggalah sekarang.
Pada September 2004 bapa saya telah melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka
Malaysia dalam jurusan Teknologi Maklumat.
Ketika berusia tujuh tahun sehingga dua belas tahun , saya bersekolah
di
Sekolah Kebangsaan Kem Kabota , Tawau.Saya juga telah berjaya
memperolehi keputusan yang memuaskan iaitu 3A 1B 1C dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Kini , saya belajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuhara , Tawau dalam tingkatan 1 Bijaksana.
Nama adik lelaki saya Sayed Azfar Zharfan Bin Sayed Zainal.Dia
dilahirkan di Hospital Besar , Tawau pada 03 Januari 1999 . Adik saya
seorang kanak – kanak istimewa ( OKU ).Adik saya bersekolah di Sri
Stella , Tawau sejak tahun 2004 .
Saya memilih nenek saya iaitu Pn. Kamariah binti Ismail sebagai tokoh dalam
keluarga kami. Pemilihan ini adalah berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya beliau
merupakan seorang ibu serta nenek yang penyayang, tabah serta sabar dalam
membesarkan serta mendidik anak anak. Beliau dilahirkan pada 06.01.1954 dalam
sebuah keluarga yang miskin. Oleh kerana kemiskinan beliau terpaksa menamatkan
persekolahan pada darjah 5 sahaja.
Setelah berkahwin dengan datuk saya dan telah dianugerahkan anak anak, mereka
memulakan penghidupan sendiri dengan membina sebuah rumah di Kampung Kuala
Pueh, Kuala Berang, Terengganu. Dengan pertambahan anak anak, sara hidup
semakin bertambah. Mereka menampung keperluan harian dengan melakukan kerja
kerja kampung seperti menanam padi, jagung, kacang serta menoreh getah. Hasil titik
peluh inilah yang digunakan untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang
sempurna kepada sebelas orang anaknya.
Pada Sambutan Juara Rakyat Bulan Wanita dan Keluarga 2010 Parlimen
Hulu Terengganu beliau telah dinobatkan sebagai Ibu Cemerlang bagi
Parlimen Hulu Terengganu.
(Gambar semasa
penganugerahan dalam akhbar Sinar Harian)
(Sijil Penghargaan Anugerah Ibu
cemerlang)
Hari ini , 14 Disember 1998 , hari yang amat gembira buat saya kerana hari jadi saya yang ke – 2
disambut dengan meriah kerana ketika itu disambut di kampung saya yang berada di Kampung Kuala
Pueh , Kuala Berang , Terengganu bersama ibu bapa , mak cik , pak cik , moyang , datuk dan nenek. Ia
merupakan kali pertama saya berpeluang menyambut hari jadi bersama mereka. Kek hari jadi saya
dibuat oleh ibu saya . Saya juga mendapat banyak hadiah yang istimewa.
6.0Rumusan
Secara kesimpulannya , daripada yang telah lalui sepanjang melaksanakan projek sejarah ini , saya
banyak mendapat pengajaran yang berguna iaitu seperti dapat mengetahui asal usul diri dan keluarga
dengan lebih mendalam , dan saya berbangga menjadi waris keluarga ini. Saya berazam untuk belajar
bersungguh untuk menjadi anak yang berjaya supaya dapat membanggakan seluruh keluarga saya.