Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TUGASAN 2.

Laporan Refleksi : Noramin bin Kaswan


Tema : Kebersamaan Keluarga
Tajuk : Projek Pemangkasan Pokok Bunga
Tarikh : 01 Julai 2022
Universiti : Universiti Terbuka Malaysia
Program : Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan
kepujian

Pengenalan

Khidmat Masyarakat ini adalah aktiviti yang memberikan manfaat kepada pelajar. 
Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara
berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu dan dapat mengamalkan gaya
hidup yang sihat serta amalan ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
Menurut Haines (1975) berpendapat bahawa kerja sosial adalah satu bentuk aktiviti manusia
di mana ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat tertentu sama ada dibayar atau sukarela
membantu dalam kehidupan individu lain untuk menghasilkan perubahan kepadanya.

Sebagai seorang mahasiswa, ingin saya kongsikan 4 perkara semasa rakaman video
Projek Pemangkasan Pokok Bunga sepertimana berikut :

3.1. Deskriptif – Apakah Yang Berlaku?

Sebelum rakaman video dibuat, saya menghadapi masalah untuk memilih tajuk yang
sesuai sepertimana yang dicadangkan di dalam assignment ini. Perkara ini berlanjutan
sehingga ke kelas toturial ke 3 saya masih tercari-cari untuk menghasilkan tajuk yang
sesuai untuk saya membuat video sepertimana yang dikehendaki. Setelah mendapat
penerangan lanjut daripada e-tutor Tuan Raffaee bin Haji Musleh, saya mengambil
keputusan untuk memilih tajuk Projek Pemangkasan Pokok Bunga di bawah tema
Kebersamaan Keluarga. Pada 24 Jun 2022, saya merangka untuk pelaksanaan
Program Khidmat Masyarakat iaitu Projek Pemangkasan Pokok Bunga. Perkara
pertama yang saya perlu buat adalah mengeluarkan mesin Hedge Trimmer iaitu mesin
pemangkasan

pokok bunga yang disimpan di dalam stor. Perkara kedua, saya perlu memeriksa
mesin Hedge Trimmer berada di dalam keadaan yang memuaskan. Perkara ketiga,
saya memeriksa keadaan kereta sorang dan memastikan ianya berada di dalam
keadaan yang memuaskan. Perkara keempat, saya mengeluarkan pengaut dan
penyodok sampah dan diletakkan di satu sudut di dalam stor bersama-sama kereta
sorong dan mesin Hedge Trimmer untuk aktiviti pemangkasan pokok bunga yang
dijadualkan pada 01 Julai 2022.

Semasa rakaman video dibuat, Pada 01 Julai 2022 tepat jam 4.45 petang, saya
meminta ahli kumpulan untuk berkumpul seterusnya saya memberikan sedikit
taklimat berkaitan Projek Pemangkasan Pokok Bunga. Tepat jam 5.00 petang, saya
bersama ahli kumpulan dapat melaksanakan tugas sepertimana yang dijadualkan dan
berjaya disiapkan pada jam 6.30 petang. Saya mengambil masa lebih kurang 3 minit
untuk sesi temuramah bersama ahli kumpulan dan seterusnya penyampaian
cenderahati.

3.2. Emotif – Apakah Yang Anda Rasa Pada Masa Itu?

Sebelum rakaman video dibuat, saya berdebar-debar dan berkecamuk akibat


kegagalan untuk memilih tajuk yang sesuai untu melaksanakan Program Khidmat
Masyarakat.

Semasa rakaman video dibuat, saya berasa tenang dan yakin bahawa segala yang
dirancang dapat di laksanakan dengan sempurna.

Selepas rakaman video dibuat pula, saya menghadapi kesukaran untuk menyunting
video. Setelah beberapa kali percubaan dibuat, akhirnya saya berjaya menyunting
video tersebut dengan jayanya.

3.3. Kognitif – Apakah Yang Anda Fikir Pada Masa Itu?


Pada awalnya, saya memilih tema Tanggungjawab Pendidikan di bawah tajuk
Program Tuisyen Percuma tetapi terpaksa saya tukar ke tema Kebersamaan Keluarga
di bawah tajuk Program Pemangkasan Pokok Bunga kerana Program Tuisyen
Percuma tiada perlaksanaan bersama ahli kumpulan dan lebih memfokus kepada saya
yang mengajar.

3.4. Penilaian – Apakah Pengalaman Itu Baik Atau Buruk?

Dari segi pengalaman, saya mendapati Program Khidmat Masyarakat yang saya
laksanakan ini menjadi satu pengalaman baik kerana ianya mengeratkan lagi
hubungan antara bapa dan anak serta membentuk keperibadian dan memahami konsep
kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.

3.5. Analisis – Apakah yang dapat anda pelajari daripada aktiviti itu?

Dari segi analisis, saya dapat mempelajari bahawa Program Khidmat Masyarakat ini
dapat memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, pengetahuan serta kemahiran dan
memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di
persekitaran.

3.6. Kesimpulan – Apakah yang telah anda lakukan dan apakah pilihan lain yang
terbuka kepada anda?

Secara kesimpulannya, Program Khidmat Masyarakat ini sangat bagus di laksanakan


bermula dari rumah kerana ianya mampu melatih anak-anak supaya dapat
melaksanakan tugas tanpa sebarang bayaran. Sikap ringan tulang ini amat diperlukan
untuk membantu masyarakat setempat dan ianya bertepatan dengan konsep Keluarga
Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku
Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.
2.2. GARIS MASA PEMBIKINAN RAKAMAN VIDEO

Semasa pembikinan rakaman video ini, terdapat beberapa fasa untuk menghasilkan
rakaman video. Berikut adalah fasa yang terlibat:

2.2.1. Proses pemilihan tajuk

Proses pemilihan tajuk, saya mengambil masa selama 3 minggu untuk


memilih tajuk yang sesuai. Saya hampir putus asa kerana gagal memikirkan
tajuk yang sesuai. Setelah mendapatkan pandangan dan penerangan lanjut
daripada e-tutor Sir Jahabar Jainul Abideen bin Shahul Hameed akhirnya saya
memilih tajuk Dron Dalam Bidang Pertanian.

2.2.2. Proses pembikinan video


Proses pembikinan video, saya mengambil masa dalam tempoh 5 hari setelah
saya mengambil kira penyediaan peralatan dan lokasi yang bersesuaian.
Peralatan-peralatan yang terlibat adalah Television, Komputer Riba, Telefon
Bimbit, Portable Phone Tripod dan Lampu Tambahan. Selepas penyediaan
peralatan dan lokasi yang bersesuaian, saya mencari di dalam Youtube
mengenai cara-cara membuat video. Perkara ini merupakan pengalaman
pertama saya untuk membuat rakaman video secara ilmilah.

2.2.3. Proses rakaman bermula

Sebelum proses rakaman bermula, saya merangka untuk membuat rakaman


video dan dibantu dengan slide presentation bergambar bagi menunjukkan
rakaman tersebut seperti contents di dalam siaran television. Saya
memutuskan untuk melakukan rakaman pada waktu malam kerana
pencahayaan lebih berkesan. Dari segi persiapan, saya memakai baju berwarna
hitam dan memakai blazer agar nampak lebih segak dan bergaya. Setelah
rakaman pertama dibuat, saya telah meneliti dan mendapati persembahan saya
tidak selari dengan slide presentation bergambar. Akhirnya setelah 6 kali saya
membuat proses rakaman, saya berjaya mendapatkan rakaman sepertimana
yang saya kehendaki. Proses rakaman ini mengambil masa selama 4 jam.

2.3. REFLEKSI KANDUNGAN (TOPIK/ISU)

Refleksi kandungan di dalam rakaman video, saya banyak merujuk laman sesawang
Jabatan Pertanian dan program-program tranformasi di dalam bidang pertanian.
Topik-topik yang saya masukkan di dalam rakaman video adalah perkara yang sering
dilakukan oleh petani yang ditranformasi kepada lebih moden dengan pengawalan
tanaman menggunakan dron di dalam bidang pertanian. Kaedah tersebut telah berjaya
dan merujuk kepada pendapat (Krishna dan Kowligi, 2016).
“Kelebihan dron berbanding kaedah konvensional di antaranya adalah untuk
meminimumkan risiko kepada ancaman bahaya, meningkatkan keberkesanan
penggunaan yang tinggi serta aplikasi yang lebih meluas berbanding
penggunaan tenaga manusia serta kos yang lebih efisen (Krishna dan Kowligi,
2016)”

Saya juga mendapati, kaedah pemantauan menggunakan Drone amat berkesan kerana
rekabentuk dron yang yang terkini sehingga sesuai dengan perkembangan semasa
serta penggunaannya yang telah diperluaskan kepada bidang-bidang lain seperti
fotografi, seni perfileman, dokumentasi, sivil, keselamatan, pemantauan dan
pertanian.

Fungsi dron dalam bidang sivil contohnya untuk melihat keluasan tanah bagi
memudahkan perancangan pembangunan serta mengetahui keluasan kawasan hutan
yang mengalami bencana seperti kebakaran atau banjir. Di dalam bidang pertanian
pula, dron digunakan sebagai alat pemetaan, penyebaran benih, semburan racun
perosak, baja dan kawalan penyakit serta pemantauan status pertumbuhan dan
kesihatan tanaman. Kajian telah dibuat dan menunjukkan bahawa teknologi dron
adalah sepertimana berikut :

2.3.1. Analisis terhadap tanah dan Kawasan

Dron mampu membekalkan maklumat berkaitan kesuburan tanah dengan


pengambilan sampel tanah secara kawalan jauh di lokasi yang telah
ditetapkan. Dron juga mampu untuk menghasilkan peta 3 dimensi pada
sesuatu kawasan bagi tujuan pengurusan ladang. Justeru, maklumat ini boleh
digunakan untuk mengenalpasti rekabentuk tanaman. Selepas operasi
tanaman, analisis tanah dapat membekalkan maklumat berkenaan keperluan
pengurusan pengairan serta aras-Nitrogen (Myers et al., 2015) .

2.3.2 Kaedah Penanaman


Kaedah penanaman dengan menggunakan dron telah diperkenalkan dengan
bermatlamat untuk mengurangkan kos operasi penanaman sebanyak 85%.
Sistem sebegini telah digunapakai untuk menanam biji benih yang telah
disaluti dengan tanah serta nutrient bagi anak benih. Dengan itu, anak benih
mampu untuk tumbuh dengan baik. Namun, teknik sebegini hanya lebih
praktikal bagi kawasan yang sukar untuk dimasuki oleh jentera berat. Kaedah
ini amat sesuai untuk tanaman pokok hutan.

2.3.3. Kawalan rumpai

Rumpai merupakan sejenis tumbuhan yang memberi kesan buruk kepada


tanaman. Rumpai akan bersaing dengan tanaman yang ditanam seperti padi,
sayuran, jagung, gandum, kelapa sawit dan sebagainya untuk mendapatkan
cahaya matahari, air dalam tanah dan zat-zat yang berkhasiat untuk
tumbesaran. Ini akan memberikan kesukaran untuk tanaman mendapatkan
sumber yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat. Apabila semua
sumber mencukupi tanaman tersebut akan membuahkan hasil yang baik dan
lumayan kepada para petani. Namun, rumpai yang sentiasa merosakan
tanaman sekitar sangat sukar dikawal. Penggunaan racun kimia merupakan
salah satu cara untuk membunuh rumpai daripada merebak ke seluruh
kawasan pertanian. Namun, penggunaan racun kimia yang tidak terkawal akan
menyebabkan pencemaran dalam air bawah tanah dan juga memberikan kesan
buruk kepada nutrisi dalam tanah.

2.3. PENGESAHAN VIDEO ADALAH PENERANGAN/LAPORAN

Setelah selesai sesi rakaman video, saya telah merujuk rakaman tersebut kepada
sahabat merangkap pegawai di tempat saya bertugas iaitu Puan Norzaimah binti
Ibrahim dan Puan Noraishah binti Azmi. Beliau mengesahkan bahawa rakaman video
yang dibuat merupakan Descriptive. Beliau menjelaskan bahawa walaupun
persembahan saya kurang lancar tetapi maklumat yang ingin disampaikan sangat tepat
dan relevan. Beliau berharap agar saya dapat meningkatkan lagi cara penyampaian
dan seterusnya dapat menguasai bahasa inggeris dengan lebih cemerlang.

2.4. PEMIKIRAN PERIBADI/PERASAAN

Secara peribadi semasa melakukan tugasan ini, pada awalnya saya agak tertekan dan
hampir-hampir putus asa kerana gagal mendapatkan tajuk yang sesuai. Alhamdulillah,
setelah mendapat penerangan lanjut daripada e-tutor Sir Jahabar Jainul Abideen bin

Shahul Hameed, saya mengambil keputusan untuk memilih tajuk Dron Dalam Bidang
Pertanian. Pelbagai peristiwa pahit dan manis saya lalui semasa pembikinan rakaman
video ini. Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang saya lalui semasa rakaman video
ini dibuat.

a. Saya mengambil masa 3 minggu untuk memilih tajuk yang sesuai


b. Saya mempunyai kekangan untuk merakam kerana rakaman menggunakan
komputer riba menghasilkan paparan yang kurang jelas
c. Saya menggunakan telefon bimbit untuk sesi rakaman dan terpaksa membeli
Portable Phone Tripod dan Lampu Tambahan.
d. Saya telah merakamkan sebanyak 6 kali kerana rakaman sebelumnya
mempunyai audio yang kurang jelas

Pada pendapat saya, rakaman video ini sangat relevan kerana ianya menguji pelajar
dalam menyelesaikan tugasan. Walaupun saya pada peringkat awal hampir-hampir
putus asa tetapi akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan ini sepertimana yang
dikehendaki oleh pihak Open Universiti Malaysia. Kegembiraan dapat dirasakan
sebaik sahaja rakaman video ini dapat disiapkan
KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan dron diperkenalkan bagi tujuan pemantauan dalam kawasan


tanaman. Fungsi Dron berfungsi untuk mengambil gambar dalam jarak ketinggian yang
rendah untuk memastikan rumpai di sekitar kawasan tanaman dapat dikenalpasti. Lokasi
rumpai yang dikenalpasti akan ditanda sebagai kawasan atau zon rumpai dimana kawasan
tersebut akan digunakan oleh drone bagi tujuan menyembur racun. Tindakan ini akan
memberi kesan yang positif kepada air dalam tanah dan nutrisi tanah itu sendiri, malah akan
menjimatkan kos racun kerana kuantiti racun yang digunakan telah dikurangkan mengikut
zon kawasan yang terjejas sahaja (Rasmussen etl al., 2013).

Maka, penggunakan dron dalam aplikasi pertanian sangat berguna dan ia dapat membantu
para petani untuk menguruskan tanaman dengan lebih berkesan dan pantas. Norasma (2016)
telah mengenal pasti jenis rumpai di kawasan tanaman dengan menggunakan drone dan
multispectral camera di Queensland. Jenis-jenis rumpai yang telah dikenal pasti akan
digunakan untuk merancang jenis racun yang sesuai, dan bila serta berapa banyak kuantiti
yang diperlukan untuk membunuh kawasan rumpai tersebut. Aplikasi ini sangat berguna
kepada para petani semasa menjalankan operasi penyemburan racun. Gambar juga dapat
diambil dengan menggunakan drone pada ketinggian anggaran 40 m. Ia merupakan resolusi
spatial yang sangat tinggi bersamaan dengan 2 cm resolusi. Memandangkan tanaman ini
ditanam menggunakan jentera dengan keluasan diantara lajur tanaman 75 cm ia menjadikan
gambar kelihatan mudah untuk di analis.

You might also like