Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Mohd Hakim Bin Taufikul Rahman

(851003-01-6717)
No.66, Jalan Bestari 99,
Taman Mutiara,Skudai
81300, Iskandar Puteri,
JOHOR. 20 Jun 2022

Yang Berhormat Dato’ Mohd Jafni bin Md Shukor,


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor,
Aras 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri,
JOHOR.

Yang Berhormat Dato’,

PERMOHONAN SUMBANGAN BANTUAN KHAS PERUBATAN

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak YB Dato’, saya merupakan kakitangan SUKJ


Bahagian Kerajaan Tempatan yang bertugas di Zoo Johor, telah mengalami
kemalangan yang parah di tempat kerja pada 11 Mach 2020 iaitu diserang haiwan
liar,Seladang India dan sekarang saya diketagorikan OKU.

3. Untuk makluman YB Dato’, sejak tahun 2020 hingga sekarang saya perlu
hadir temujanji di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk mendapatkan
rawatan susulan. Rutin rawatan saya ialah, pemulihan carakerja, rehabilitasi, Ortho
dan neurosurgery. Selain dari rawatan di hospital bagi mempercepatkan proses
penyembuhan dan pemulihan, doktor menyarankan supaya saya melakukan
fisioterapi di rumah dengan menggunakan peralatan-peralatan yang disarankan
seperti berikut;

1. Sholder support
2. Test EMS
3. Thunderhand
4. BP Set
5. Robotic Hand Rehablitation.
-2-

4. Memandangkan kewangan yang tidak mengizinkan, saya mohon jasabaik YB


Dato’ dapat kiranya menghulurkan bantuan bagi meringankan beban saya dalam
menjalani proses pemulihan ini.

5. Bersama-sama ini saya majukan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk


makluman YB Dato’. Segala jasabaik YB Dato’ dalam meringankan kos perubatan,
saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

-----------------------------------------------------------
(MOHD HAKIM BIN TAUFIKUL RAHMAN)
017-710 8589

You might also like