Professional Documents
Culture Documents
Ivana Trump - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas
Ivana Trump - Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas
Ivana Marie Trump (20 Februari 1949 – 14 Julai 2022) ialah seorang ahli perniagaan, model,
penulis, pereka bentuk di Amerika Syarikat dan seorang bekas ahli sukan ski dan pelakon
yang berdasar dari Czechoslovakia (sekarang Republik Czech).
Ivana Trump
20 Februari 1949
Warganegara Czechoslovakia
(Pendidikan jasmani)
Ivanka Trump
Eric Trump
Beliau merupakan seorang ibu kepada Donald Trump Jr., Ivanka Trump dan Eric Trump
dengan suami kedua beliau, iaitu bekas Presiden AS ke-45 Donald Trump ; seorang nenek
kepada 10 orang cucu, ibu mentua kepada Jared Kushner dan Lara Lea Yunaska dan besan
kepada ibu bapa mereka.
Kelahiran
Ivana Marie Zelníčková lahir di Gottwaldov (sekarang dikenali sebagai Zlín, Daerah Zlín),
Moravia (Wilayah Zlín), Czechoslovakia (Republik Czech) kepada bapa Miloš Zelníček (bapa ;
1927–1990) dan ibu Marie Zelnickova (ibu ; 1926–1990) pada 20 Februari 1949.[5]
Kerjaya
e jaya
Perniagaan
Beliau bertugas sebagai Naib Presiden Reka Bentuk Dalaman untuk The Trump Organization
semasa perkahwinan kedua beliau dengan Donald Trump (pemilik dan presiden kepada
syarikat tersebut),[5] beliau berkerja di syarikat ini dari tahun 1977 sehingga tahun 1990
dengan kemunculan Marla Maples.[3]
Pada 11 Mei 1990, beliau telah mengasaskan sebuah syarikat swasta bernama Ivana, Inc. di
Bandar Raya New York.[6]
Bibliografi
Tahun
Nama Buku Syarikat Buku ISBN / ASIN
Pengeluaran
ISBN 978-
For Love Alone 1992 Pocket Books
0671790882
Gallery
Raising Trump: Family Values from ISBN 978-
2018 Publishing
America's First Mother 1501177293
Group
Filemografi
siri televisyen "Pan Tau" musim 01 episod 03 "Pan Tau na horách" pada tahun 1970 [8]
film "Ivana Trump's For Love Alone" pada tahun 1996 [10]
Kematian
Beliau ditemui mati dibawah tangga rumah beliau yang berada di East 64th Street, Upper
East Side Manhattan, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat dan dilaporkan
kepada Jabatan Polis Bandar Raya New York pada jam pukul 12.40 tengah hari 14 Julai
2022.
[11][12]
Ketua pemeriksa perubatan New York telah menyatakan bahawa Cik Ivana telah meninggal
dunia kerana akibat "kecederaan kesan objek tumpul", menurut Jurucakap Jabatan Polis New
York, Ivana Trump mati kerana terjatuh dari tangga rumahnya dan "nampaknya tidak ada
sebarang jenayah berlaku".[13]
Upacara pengebumian beliau telah diadakan di Gereja Roman Katolik St. Vincent Ferrer,
Upper East Side Manhattan, Bandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat pada 20
Julai 2022.[14]
Rujukan
2. "Ivana Trump’s ex-husband, actor Rossano Rubicondi, dead at 49" dari The The Atlanta
Journal-Constitution (https://archive.is/1KJ51) pada 01 November 2021
3. "Ivana Trump is found dead in her Manhattan apartment aged 73: 'Our mother was an
incredible woman - a force in business, a world-class athlete, a radiant beauty, and
caring mother and friend', family says" dari Daily Mail (https://archive.is/3LQLu) pada
14 Julai 2022
5. "Miloš Zelníček Partner: Who is Miloš Zelníček Wife and Ivana Trump’s Mother Marie
Zelnickova?" dari Mufcarena (https://mufcarena.com/milos-zelnicek-partner-who-is-mil
os-zelnicek-wife-and-ivana-trumps-mother-marie-zelnickova) pada 14 Julai 2022
6. "Ivana, Inc." dari New York Company Directory (https://archive.is/wuhWD) pada 16 Jul
2022
12. Isteri pertama Donald Trump, Ivana, ditemui meninggal dunia di apartment (https://ww
w.mstar.com.my/global/dunia/2022/07/15/isteri-pertama-donald-trump-ivana-ditemui-
meninggal-dunia-di-apartment) dari mStar Online pada 15 Julai 2022
14. "Ivana Trump buried at Trump National Golf Club cemetery in Bedminster, NJ" dari New
York Post (https://nypost.com/2022/07/20/this-is-where-ivana-trump-was-buried)
pada 20 Julai 2022
Pautan luar
Diambil daripada
"https://ms.wikipedia.org/w/index.php?
title=Ivana_Trump&oldid=5625857"
Last edited 20 hours ago by Muhammad Aliff1999