Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SULOH

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK BIL. 1 / 2021

Tarikh : 12 JANUARI 2021

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : BILIK PEMULIHAN SK SUNGAI SULOH.

Pengerusi : PUAN NOR MARHAYU BINTI MOHD MAULAN

Kehadiran : 4/4 orang.

Turut Hadir : 1. - GPK 1


: 2.

1 Alu-aluan Pengerusi

1.2.1. Puan Nor Marhayu selaku pengerusi mengucapkan Salam Perpaduan,


Salam Satu Malaysia dan Salam Muafakat Johor serta mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir.

1.2.2. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada


semua guru yang bertungkus-lumus berusaha menjayakan segala perancangan
yang telah dirangka sepanjang tahun 2020 yang lalu sehingga mencetuskan
beberapa kejayaan kepada sekolah.

1.2.3. Beliau juga mohon perhatian ahli mesyuarat tentang keputusan mesyuarat
bilangan 4 tahun 2020 yang lalu bahawa ada beberapa program yang tidak dapat
dilaksanakan atas beberapa faktor. Oleh itu, beliau mengharapkan bagi tahun
2021, semua pihak perlu memastikan segala program yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan jaya.

1.2.4. Dalam ucapan alu-aluan beliau menegaskan bahawa mesyuarat ini sangat
penting untuk menentukan hala tuju panitia bagi tahun 2021. Minit mesyuarat
pertama panitia merupakan rupa wajah panitia sepanjang tahun semasa.

1.2.5. Ulasan Ahli Mesyuarat Terhadap Perutusan Pengerusi.

Semua ahli mesyuarat mengambil maklum dan memberi perhatian akan ucapan,
pandangan, peringatan dan teguran pengerusi dan bersetuju untuk mengambil
tindakan susulan.

Tindakan:
Semua guru.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Setiausaha Panitia membentangkan minit Mesyuarat Bil.4/2020 yang diadakan pada


31 Oktober 2020

Puan NoorHaidda mencadangkan minit Mesyuarat Bil. 4/2020 disahkan tanpa pindaan.
Semua ahli mesyuarat menyokong.

Minit Mesyuarat Bil.4/2020pada 31 Oktober 2020 disahkan tanpa pindaan.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Pengerusi mohon maklum balas ahli mesyuarat untuk membangkitkan perkara-perkara


yang terkandung dalam Minit Mesyuarat Bil.4/2020bertarikh 31 Oktober 2020.

Pengerusi membangkitkan perkara 5 para 5.5 iaitu hal-hal lain mesyuarat bil.4/2020 -
Perolehan aset yang perlu dikemas kini. Menurut beliau, pada tahun 2020,
pengurusan kewangan panitia tidak diurus dengan teratur dan terancang. Beliau
mengharapkan agar pada tahun 2021, panitia mengurus kewangan mengikut prosedur
yang betul dan perbelanjaannya menepati serta memberi impak kepada kemajuan
panitia.

Semua ahli mesyuarat memberikan fokus kepada perkara yang dibangkitkan dan akan
memberikan perhatian serius untuk penambahbaikan pada tahun 2021.
Tindakan:
Ketua Panitia dan AJK.

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. Lantikan AJK.

Pengerusi membentangkan carta organisasi Jawatankuasa Panitia Tahun 2021


dan mohon ahli mesyuarat memberi perhatian terhadap pembentangan
seterusnya memberi maklum balas terhadap pelantikan yang dibuat.

Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan pelantikan yang dibuat seperti mana
yang dipaparkan dalam carta organisasi.

4.2. Huraian sukatan pelajaran dan rancangan tahunan serta harian ( DSKP,RPT &
RPH)

Pengerusi mengedarkan sukatan dan rancangan tahunan, mingguan dan DSKP,


RPT serta format RPH bagi tahun 2021 dalam bentuk softcopy. Pengerusi
mengingatkan agar guru-guru yang mengajar mengikut apa yang telah diedarkan.

Semua ahli mesyuarat akur dengan arahan yang diberikan.


Tindakan:
Semua ajk

4.3. Menentukan sasaran panitia untuk mata pelajaran dan headcount.

Pengerusi membentangkan sasaran panitia dan headcount bagi tahun 2021

Pengerusi mohon panitia merangka program kecemerlangan yang sesuai untuk


kecemerlangan bagi semua kelas untuk tahun 2021

Semua ahli mesyuarat mengambil perhatian terhadap perkara ini dan akan
membuat tindakan susulan.

Pengerusi membentangkan headcount berdasarkan peperiksaan akhir tahun 2020


dan juga membentangkan pos mortem dapatan keputusan murid. Usaha perlu
dilakukan untuk meningkatkan penguasaan murid. Sehubungan dengan itu jika
perlu panitia harus mengusahakan modul yang bersesuaian untuk tujuan tersebut.

Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru.

4.4. Merancang aktiviti tahunan.

Pengerusi mohon Ketua Panitia membentangkan rancangan tahunan panitia dan


mohon perhatian ahli mesyuarat.

Ketua Panitia mengedar dan membentangkan Rancangan Tahunan Panitia 2021


adalah seperti yang berikut:

4.4.1. Panitia merancang untuk mewujudkan sudut aplikasi maujud. Ahli


mesyuarat boleh merujuk Rancangan Tahunan Panita 2021 dengan fokus kepada
objektif, pelaksanaan serta kos yang terlibat.

Ahli mesyuarat bersetuju terhadap Rancangan Tahunan Panitia 2021 yang telah
dibentangkan dan juga menyatakan kesediaan memberikan komitmen bagi
menjayakannya.

Tindakan:
Ketua Panitia dan AJK

4.5. Angggaran Belanja Mengurus Panitia mengikut agihan GBP/SUWA semasa dan
baki yang lalu.

Pengerusi menegur panitia yang kurang berjaya merancang dengan baik


kewangan tahun 2020 yang dilihat kurang memberi impak terhadap kemajuan
panitia. Tiada baki wang peruntukan yang dibawa ke hadapan.

Pengerusi membentangkan rancangan perbelanjaan tahunan panatia (ABM).


Pengerusi menyatakan bahawa anggaran peruntukan panatia bagi tahun 2021
sebanyak RM .....

Semua ahli mesyuarat memberi tumpuan terhadap pembentangan kewangan.

Pengerusi menyatakan bahawa daripada jumlah kewangan sedia ada, Beliau


mencadangkan panatia membelanjakan sebanyak 90 % untuk pembelian bahan
bantu mengajar seperti poster dan bahan 3 daimensi dan 10 % untuk
pembelanjaan lain-lain seperti yang tetera dalam rancangan perbelanjaan
tahunan.

Semua AJK menyokong pembentangan ABM dan diterima sebulat suara dan
menyatakan bahawa semua ABM akan mengikut prosedur, kaedah, LO dan
menyediakan Nota Minta.

Prosedur/ Kaedah/Lo/Nota Minta serta surat kuasa SPI KPM Bil.5/2002.


Pengerusi mengedarkan prosedur carta alir perbelanjaan.

Ketua Panitia akan menyiapkan nota minta seperti mana kos yang tercatat dalam
Rancangan Tahunan Panitia Tahun 2021.

Tindakan:
Ketua Panitia dan AJK
4.6. Sumber Pendidikan

Pengerusi memaklumkan bahawa panitia telah menetapkan bahawa buku teks,


buku kerja serta Google Classroom merupakan sumber bagi panitia untuk tahun
2021

Semua guru bersetuju untuk menggunakan buku latihan dan buku rujukan seperti
yang dicadangkan.
Tindakan:
Semua ajk.
4.7. Keberadaan Guru dan Opsyen Guru

Guru Penolong Kanan Pentadbiran membentangkan data keberadaan guru bagi


tahun 2020. Kekerapan guru bertugas di luar sehingga tidak dapat menghabiskan
sukatan pelajaran.

Pengerusi mohon Ketua Panitia membuat analisis dalam hal ini tentang
kekerapan yang berlaku dan mengadakan bukti yang kukuh untuk tahun 2021 bagi
guru-guru yang terlibat dengan tugasan luar. Sehubungan dengan itu pemantauan
terhadap sukatan pelajaran berdasarkan Rancangan Tahunan Mata Pelajaran
akan dibuat.

Tindakan:
Ketua Panitia, setiausaha,
makluman ajk.

Pengerusi membentangkan bahawa bagi tahun 2021, semua guru yang mengajar
merupakan guru opsyen.
Tindakan:
Makluman ajk,
Guru Besar.

4.8. Persiapan Kelas/ Bengkel/Makmal untuk tahun 2021.

Pengerusi memaklumkan bahawa semua kelas telah bersedia sepenuhnya untuk


memulakan operasi bagi tahun 2021. Kelengkapan fizikal pengajaran abad ke-21
telah siap sepenuhnya bagi setiap kelas.
Tindakan:
Makluman ajk,
Guru Besar.

4.9. Kajian tindakan dan analisis SWOT, pelan strategi serta pelan taktikal.

Pengerusi mohon guru-guru membuat kajian tindakan terhadap sebarang isu


yang sebagai suatu kaedah meningkatkan penguasaan murid. Dalam hal ini
guru-guru haruslah bersandarkan data-data sahih untuk membuat sebarang
program atau tindakan penambahbaikan.
Tindakan:
Semua guru.

4.10.Latihan Dalam Perkhidmatan.

Pengerusi memaklumkan bahawa latihan dalaman akan diadakan jika terdapat


guru yang mengikuti kursus luar untuk tujuan penyebarluasan ilmu. Latihan
Pengajaran Abad Ke-21 akan dianjurkan oleh pihak sekolah.
Tindakan:
Ketua Panitia

4.11.PBS ( Penyelarasan, Pementoran dan Penilaian).

Pengerusi mengedarkan edaran tentang tarikh-tarikh cadangan pementoran,


pemantauan dan penilaian.
Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru.

4.12.Penyelarasan jumlah latihan murid.

Pengerusi memaklumkan bahawa jumlah murid yang berdaftar adalah seramai


140 orang untuk arus perdana dan 20 orang untuk PRA bagi tahun 2021

Pengerusi inginkan penyelarasan jumlah latihan murid dengan mengambil kira


mata pelajaran lain agar murid tidak terlalu terbeban.

Ahli mesyuarat akur terhadap pandangan tersebut dan Ketua Panitia akan
membuat penyelarasan seperti yang diminta.
Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru.

4.13.Pengurusan Jadual dan Kelas Sewaktu PDPC ( 7 elemen )

Pengerusi mengedarkan jadual dan lampiran pengurusan kelas.

Pengerusi mahukan semua guru semampu yang boleh untuk mewujudkan 7


elemen seperti yang tertera dalam edaran bagi mewujudkan suasana PdPC yang
menyeronokkan serta berkesan.
Tindakan:
Ketua Panitia,
Semua guru.

4.14.Analisis Peperiksaan Awam ( UPSR ) dan Peperiksaan Dalaman.

Pengerusi mohon semua yang hadir peka akan tarikh peperiksaan UPSR atau
peperiksaan dalaman.
Tindakan:
Ketua Panitia,
guru.

4.15.Pengurusan Peperiksaan dan Ujian.

Pengerusi mengedarkan jadual ujian bulanan dan peperiksaan. Pengerusi mohon


semua yang terlibat untuk menyediakan soalan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tindakan:
Ketua Panitia,guru.

4.16.Pengkaedahan P&P ( Pendidikan Abad Ke-21 )- Pengurusan kelas semasa P&P.

Pengerusi memaklumkan bahawa PPD mensasarkan pembelajaran abad ke-21


harus dilaksanakan sepenuhnya mulai 2020. Dengan itu, pengerusi mohon
semua guru akur akan sasaran PPD.
Tindakan:
Ketua Panitia,
guru.

4.17. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 ( SKPMG 2)-PPPM 2013-


2025.

Pengerusi menyatakan bahawa akhir Mac 2021 merupakan tarikh akhir untuk
sekolah memasukkan penilaian ke dalam sistem SKPMG2 kali pertama.
Sehubungan dengan itu beliau mengharapkan agar panitia merujuk kepada
rujukan ‘eviden’ dan bersesuaian dengan tuntutan dalam borang edaran pps yang
telah diedarkan pada mesyuarat panitia bil.1/2021. Usaha mewujudkan ‘eviden’
haruslah selaras dengan tahap tindakan serta tahap kualiti yang telah digariskan
dalam sistem SKPMg2.

Tahun 2021, hanya dua fasa penilaian SKPMg2 akan dilaksanakan iaitu pada
MAC dan Ogos. Ini akan dipantau oleh GPK Kurikulum sebelum menyerahkan
kepada guru data untuk memasukkan skor yang ada ke dalam online SKPMg2
mengikut fasa.

Ketua Panitia dan ahli mesyuarat memberi perhatian serius dengan saranan
pengerusi dan akan memberikan komitmen penuh.

5. Tindakan:
Ketua Panitia,
semua guru
AHALHAL-HAL LAIN

5.1. Manual atau panduan SKPMg2 dan surat pekeliling KPM 600-1/5/5Jld. 2 (30) akan
diperbanyakkan untuk diedarkan kepada semua guru.
Tindakan:
Ketua Panita

5.2. Pengerusi berharap agar perolehan aset akan dikemas kini oleh panitia.
Tindakan:
Ketua Panitia

5.3. Mesyuarat sebulat suara bersetuju melantik Ketua Panitia sebagai pegawai
penerima aset dan pegawai yang menguruskan stok.
Tindakan:
Ketua Panitia.

5.4. Pengerusi menyarankan agar panitia menggunakan google classroom sebagai salah
satu medium PdPC untuk menarik minat murid serta meningkatkan pencapaian.
Sehubungan dengan itu, panitia harus memastikan guru-guru menyediakan tugasan
kepada murid dalam google classroom bagi menjayakannya.
Semua ahli mesyuarat memberikan perhatian akan saranan pengerusi dan akan
memberikan komitmen bagi menjayakannya
Tindakan:
Semua guru.

6. PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat
yang berikutnya pada April 2021. Dalam ucapan penangguhan, beliau
mengharapkan agar tindakan dibuat bagi mana-mana perkara yang telah diputuskan
dalam mesyuarat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang telah memberikan kerjasama dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat
kedua panitia akan diadakan pada April 2021, ketiga pada Julai dan keempat pada
Oktober 2021.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam ......

Dicatat oleh:

Setiausaha,
Panitia Matematik,
SK Sungai Suloh.

Tarikh: 15 Januari 2021

You might also like