Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 61

1

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai


kaedah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, kaedah
adalah merujuk kepada cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang
bersistem atau yang biasa). Manakala pengajaran pula adalah perihal mengajar, segala
sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya). Pengajaran adalah satu proses
penyampaian iaitu untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini
dikatakan sebagai kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah pula beliau merujuk kepada
peringkat di mana suatu teknik pengajaran dipraktikkan.

Terdapat dua perkataan yang hampir sama maksudnya dengan kaedah iaitu teknik
dan pendekatan. Mok Soon Sang (2002) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati
sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan
objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri
tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa
pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan
langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Sang 2002). Manakala teknik pula ialah
kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa
yang dilihat dalam bilik darjah. Jika guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-
alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang
guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan
dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986)
mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran
yang telah dirancang dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang
guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif
2

pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada contoh-contoh yang diutarakan oleh
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) dan Mok Soon Sang (2002), nampaknya yang dikatakan
kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi,
inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa
kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah- langkah yang
tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang
terancang. Pada anggapan beliau, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran,
tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu
sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan
aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai
nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-
lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua
mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah
mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai
memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

Untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu perlu dinyatakan secara


eksplisit dalam membentuk aktiviti pembelajaran. Kaedah pengajaran yang pelbagai
dapat meningkatkan minat para pelajar terhadap sesuatu subjek. Sekiranya kaedah
pengajaran yang digunakan tidak dilakukan dengan teratur dan tidak menarik, para
pelajar akan mudah bosan. Selain itu, seseorang pengajar juga perlu prihatin terhadap
pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu
dirancang untuk pelajar. Antara sebab untuk mendapatkan pemfokusan daripada para
pelajar adalah daripada jangkaan seseorang guru dan bagaimana jangkaan tersebut dapat
mempengaruhi pengajaran mereka. Kecekapan setiap pelajar adalah berbeza dan
seseorang guru perlu peka dan mengambil tahu mengenai pelajarnya sama ada dari segi
kebolehan berkomunikasi, kemahiran dan personaliti seseorang pelajar.
(http://www.tutor.com.my/tutor/lada/tourism/menu_2_4.htm).
3

1.1 Memilih Kaedah Pengajaran

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran


ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan
menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang
berkesan. Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak
perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah
mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dalam konteks masa kini
boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia berbeza
dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek.
Dengan erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Kaedah merujuk kepada satu
ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan
kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian ini bermakna kaedah-kaedah yang
dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan kepada suatu
pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip dan teori pembelajaran (Mok Soon
Sang, 2002)

Perbezaan dalam pembelajaran adalah berkait rapat dengan teknik pengajaran. Ini
dapat mempengaruhi proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar di mana
pelajar akan segera memberi perhatian apabila kaedah baru digunakan terutamanya
kaedah pengajaran yang menjalankan aktiviti. Hasilnya, pelajar akan berminat untuk
mempelajari sesuatu pelajaran dan ini akan memenuhi objektif pengajaran yang ingin
dicapai. Sebaliknya, pelajar akan hilang minat dan tumpuan jika suatu kaedah telah lama
digunakan tanpa sebarang pembaharuan.
4

Pemilihan kaedah pengajaran adalah berdasarkan 5 prinsip iaitu kemampuannya


dapat memuaskan hati pelajar, kesesuaiannya dengan kebolehan pelajar, peluang pelajar
melakukan aktiviti, penggunaannya yang dapat memenuhi pencapaian objektif dan hasil
sumbangannya.

Kaedah mengajar adalah menjadi teknik mengajar apabila kaedah itu


dilaksanakan dengan teknik yang sesuai. Di bawah konteks pendidikan, teknik mengajar
boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan
kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya,
prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan sesebuah
cerita. Tujuan memilih berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah
untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu
murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu teknik pengajaran yang
dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid.
Misalnya menurut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak yang
berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan
sesuatu konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan
konkrit.

Sesuatu kaedah pengajaran hendaklah dipilih berasaskan suatu pendekatan.


Dalam satu pendekatan pengajaran, boleh digunakan pelbagai kaedah. Contoh dalam
pendekatan induktif (iaitu pengajaran yang bermula daripada yang spesifik kepada yang
umum), pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kaedah projek, kaedah inkuiri dan
kaedah penyelesaian masalah.

Keperluan kepada kaedah-kaedah pengajaran yang betul tidak boleh dipandang


ringan dalam satu-satu sistem pembelajaran yang ideal. Kepentingan kaedah ini sama
pentingnya dengan objektif dan kurikulum dalam mana-mana sistem falsafah pendidikan.
Kurikulum dan sukatan pelajaran yang paling baik pun tidak ada gunanya sekiranya tidak
digerakkan oleh kaedah-kaedah pengajaran yang betul dan tenaga pengajar yang baik.
5

Walaupun banyak kaedah-kaedah pengajaran baru yang diperkenalkan, tetapi apa


yang penting ialah tidak ada satu formula pun yang betul-betul dapat menentukan
bagaimana cara terbaik untuk mengajar. Apa yang penting adalah penyesuaian kaedah
tersebut dengan kehendak dan kehidupan manusia yang dinamik. Kaedah juga sangat
bergantung kepada orang yang menggunakannya. Jika yang menggunakannya cekap,
maka berkesanlah kaedah pengajaran tersebut namun begitu juga sebaliknya.

Antara perkara penting yang perlu diambil kira semasa pemilihan kaedah
pengajaran yang berkesan adalah :-

i. Penglibatan yang Aktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Disebabkan pelajar mempunyai cara belajar yang pelbagai, maka
mempelbagaikan kaedah perlu untuk memaksimumkan potensi pembelajaran.

ii. Memenuhi Kehendak Kurikulum


Selari dengan spesifikasi kurikulum. Sejajar dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran. Isi kandungannya tepat dan terkini serta relevan dengan
persekitaran pembelajaran pelajar.
iii. Motivasi kepada Pelajar
Pemilihan kaedah pengajaran perlulah menarik perhatian pelajar, di samping
dapat mencabar kognitif pelajar.
iv. Memenuhi Keperluan Pendidikan
Mengambil kira tentang kepelbagaian kebolehan pelajar dan tenaga pengajar.
Sesuai digunakan dalam pelbagai persekitaran pembelajaran.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang meluas dan sumber yang tidak terhad
mudah didapati melalui Internet, Jaringan Pendidikan (EDUnet) dan Pengkelasan
Bercetak (Classifield Printed Directories)
6

1.1.1 Faktor-Faktor Pemilihan Kaedah Pengajaran

Sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasikan sesuatu kaedah pengajaran,


antaranya ialah:-

i. Kaedah mestilah sesuai dengan tujuan dan matlamat pelajaran.


ii. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.
iii. Kaedah juga haruslah sesuai sifat semula jadi “nature” pelajaran yang diajar.
iv. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.
v. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasikan oleh guru.
vi. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan.
vii. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh


memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,
malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara
ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan
lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai
memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Alat
Bahan Bantu Mengajar ( ABBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan


strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,
matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah
satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setiap
pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan
pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

i. Tujuan am “learning goal”


7

ii. Objektif pelajar “specific objective”


iii. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk
menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
iv. Perlu ada mekanisme untuk memantau kemajuan pelajar
v. Penilaian “sumative evaluation” untuk mengukur pencapaian pelajar

Menurut Cangelosi (1992), “Learning goal is the overall purpose of the teaching
unit. It indicates what students are expected to learn. Specific objective, define the
learning goal. That is a number of specific skills, abilities, and/or attitude that the
student to/or must acquire.” (ms. 24). Daripada penjelasan Cangelosi tadi, Perrott (1986)
telah menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu
perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang
dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di samping
pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang
dikatakan pengajaran yang berkesan “effective teaching”. Pengajaran dan pembelajaran
yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria
tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang berdedikasi, mempunyai wawasan
yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang
dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan ABBM yang menarik dan
dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif (effective
teacher).“…effective teacher is one who is able to demonstrate the ability to bring about
intended learning goals”. Parrott (1986:5) Secara praktisnya, terdapat beratus-ratus
kaedah pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan pelajaran. Biarpun begitu,
adalah perlu bagi guru untuk mengetahui bagaimana untuk menentukan proses dan
apakah kaedah terbaik yang ingin disampaikan kepada pelajar agar ia mudah difahami
juga mudah untuk seseorang pengajar melakukannya.

Oleh itu, faktor pemilihan kaedah pengajaran seharusnya diketahui dan diikuti
kepada semua pengajar yang ingin memulakan pengajaran. Ini adalah sebagai satu proses
8

pemilihan yang betul di mana ia akan menjadikan proses penyampaian lebih menarik dan
berkesan. Terdapat 5 faktor yang perlu bagi memilih kaedah pengajaran yang sesuai
digunakan dalam proses pengajaran iaitu:-

i. Objektif pengajaran
Objektif pengajaran mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran dari segi
bilangan dan bentuknya serta kedudukannya dalam domain taksonomi.
Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang pengajar untuk
memikirkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Kemudian
setiap apa yang difikirkan sesuai objektifnya, ia dicatatkan dan disenaraikan.
Apabila telah disenaraikan, barulah ditentukan kaedah pengajaran mana yang
paling sesuai digunakan.

ii. Bahan pengajaran dan pembelajaran


Bahan pengajaran dan pembelajaran Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)
mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran dari segi kemudahannya.
Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan alat serta bahan
bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar. Oleh itu, guru perlulah
menentukan isi pelajaran yang mahu disampaikannya di dalam kelas. Jika isi
pelajaran itu adalah satu kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur
dalam pelajaran bahasa, guru harus memikirkan bahan yang sesuai untuk
kemahiran yang mahu disampaikannya.

iii. Jangka masa pengajaran


Peruntukan masa mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran dari segi waktu
dan tempoh pengajaran berlangsung. Biasanya di sekolah-sekolah, pihak
pentadbiran memperuntukkan 30 hingga 40 minit bagi satu masa. Manakala, di
universiti pula umumnya memperuntukkan sehingga 50 minit bagi setiap masa di
dalam jadual waktu akademik mereka. Jadi, kaedah pengajaran yang mahu
digunakan pengajar adalah perlulah kurang atau cukup-cukup masa tersebut. Ini
9

bagi mengelakkan pelajaran menjadi meleret-leret dan tiada kesudahannya


biarpun telah tamat waktu pelajaran tersebut.
iv. Latar belakang dan jumlah pelajar
Latar belakang pelajar yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran adalah
seperti peringkat umur, pengalaman dan pengetahuan sedia ada, dan minat.
Setiap manusia mempunyai tahap keupayaan otak dan kemampuan yang berbeza-
beza. Ia boleh diklasifikasikan kepada umur, jantina dan peringkat pencapaian
atau keupayaan pelajar tersebut. Selain itu, jumlah pelajar dan susunan tempat
duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu digunakan. Jika suatu
kelas itu mempunyai bilangan pelajar yang terlalu ramai, ini akan mengakibatkan
kesukaran pengajar untuk mengawal pergerakan kelas. Oleh itu, adalah dikhuatiri
ia akan menjejaskan pemahaman dan penyampaian yang dibuat pengajar di
samping ia akan merugikan pelajar sendiri kerana kurang tumpuan terhadap
pelajaran yang disampaikan.

v. Iklim dan suasana tempat mengajar


Kemudahan dan infrastruktur dan alam persekitaran sekolah boleh mempengaruhi
pemilihan kaedah pengajaran.

vi. Isi kandungan pelajaran mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran dari segi
bentuk tajuknya sendiri sama ada konkrit atau abstrak, mudah, atau kompleks,
teori atau amali, suatu ulangan atau perkara baru.

vii. Latar belakang guru yang mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran ialah
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan iltizam seperti persediaan mengajar
http://www.educ.upm.edu.my/~rj/home.html).

2.0 PERLUNYA KEPELBAGAIAN KAEDAH MENGAJAR

Mahir hanya dalam satu penggunaan kaedah pengajaran sahaja tidak menjamin seseorang
10

guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran oleh kerana tidak ada satu pendekatan pun yang boleh dianggap terbaik
dalam semua aspek, setiap masa dan dengan semua pelajar. Sesungguhnya mengetahui
satu jenis teknik mengajar sahaja atau mengehadkan kepada penggunaan suatu kaedah
pengajaran tertentu akan menjejaskan kecekapan dan keberkesanan guru dan menjejaskan
pembelajaran pelajar. Kepelbagaian kaedah pengajaran membolehkan guru:

i. Mengenal pasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dijangka berkesan


dalam mencapai objektif-objektif pengajaran yang dirancang, berdasarkan kepada
keperluan pelajar, mata pelajaran yang dipelajari dan persekitaran institusi.
ii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar, lantas
meningkatkan masa untuk tugasan pembelajaran yang produktif.
iii. Mengelakkan diri daripada dibelenggu oleh buku teks dan kaedah "chalk & talk"
semata-mata.
iv. Menjadikan guru berdaya lentur, dapat mengubah kaedah pengajaran bila dan di
mana perlu, mengikut situasi.
v. Mengamalkan prinsip kepelbagaian sebagai rempah hidup di bilik darjah yang
dijangka dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran dan seterusnya
keberkesanan pembelajaran pelajar itu sendiri.

2.1 Kepelbagaian Kaedah Pengajaran

Menurut prinsip pengajaran, kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan. Terdapat


pelbagai kaedah pengajaran yang diaplikasikan semata-mata untuk menghasilkan satu siri
tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih,
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa yang pendek. Antara kaedah
pengajaran yang akan dibincangkan adalah

i. Kaedah syarahan/ kuliah


ii. Kaedah amali/ bengkel
iii. Kaedah tunjuk cara/ demonstrasi
11

iv. Kaedah projek


v. Kaedah simulasi
vi. Kaedah interaktif yang merangkumi perbincangan, “brainstorming” dan “buzz”
vii. Kaedah lawatan
viii. Strategi pengajaran teknik dan vokasional – kolaboratif
ix. Pengajaran berkomputer
x. Pengajaran andragogi

Daya pemikiran pelajar patut sentiasa dicetuskan, bukan sekadar menerima


maklumat tetapi harus menegaskan jawapan kepada soalan, Mengapa?, Bagaimana?.
Oleh itu, pemilihan kaedah pengajaran perlu disesuaikan bagi tujuan ini. Kaedah
pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang
tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti yang dilaksanakan untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang. Contoh-
contoh kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi,
main peranan, menyelesaikan masalah, sumbang saran, perbahasan, kuiz, lakonan,
projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi (www.teachersrock.net/pdkt.htm). Oleh itu,
dengan mengetahui satu jenis teknik mengajar sahaja atau mengehadkan penggunaan
kaedah pengajaran kepada suatu yang tertentu sahaja akan menjejaskan kecekapan dan
keberkesanan guru sekali gus pembelajaran pelajar.

Kepelbagaian kaedah adalah penting kerana guru dapat mengetahui tindak balas
pelajar terhadap satu-satu kaedah pengajaran sekali gus dapat mengenal pasti dan
memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dijangka berkesan dalam mencapai objektif
pengajaran yang dirancang berdasarkan kepada keperluan pelajar, mata pelajaran yang
dipelajari dan persekitaran institusi. Suasana kelas juga akan menjadi lebih menarik yang
disebabkan oleh keseronokan pelajar melakukan pelbagai kaedah yang dapat
mewujudkan proses pembelajaran yang berkesan. Hasilnya, ini dapat meningkatkan tahap
motivasi pembelajaran dan daya pemikiran pelajar.
12

Penyelidikan terhadap pengajaran berkesan menyokong bahawa terdapat banyak


faedah dan kelebihan kepelbagaian dalam kaedah pengajaran. Yang paling utama adalah
pengajar dapat mengetahui tindak balas yang berbeza setiap pelajar mereka dalam setiap
kaedah pengajaran.

Ada segelintir pelajar yang boleh menguasai pelajaran secara berkesan melalui
pembacaan tanpa gangguan luar, tetapi segelintir pelajar adalah sebaliknya. Terdapat
juga pelajar lebih mudah memahami pembelajaran menerusi pengajaran secara terus
tetapi sesetengah pelajar perlu lebih bersikap inkuiri untuk menguasai pembelajaran.
Oleh yang sedemikian, didapati setiap pelajar mempunyai cara yang berbeza untuk
menerima pembelajaran secara berkesan, tidak tertumpu kepada satu kaedah sahaja.
Maka sebagai guru atau pengajar, kita harus peka ketika menyediakan gaya kaedah
pengajaran. Seterusnya, ia adalah untuk memberi kepentingan kepada setiap
kepelbagaian kaedah tersebut. Contohnya, kita ingin mengubah diet pemakanan dalam
rutin harian, maka kita perlu mendapatkan kepelbagaian dalam kaedah pemakanan kita.
Suasana kelas akan menjadi lebih menarik minat dan perhatian pelajar menumpukan
perhatian kepada perbincangan, projek kemahiran, demonstrasi, dan kaedah-kaedah lain.
Suasana yang membosankan adalah dijangka akan mengurangkan tahap motivasi
pembelajaran pelajaran dan ketahanan idea fikiran pelajar.

3.0 KAEDAH SYARAHAN / KULIAH

Kaedah syarahan atau kuliah adalah kaedah pengajaran berbentuk penerangan


biasa yang digunakan oleh pensyarah dan guru dalam menyampaikan maklumat yang
agak banyak dalam tempoh masa tertentu antara satu hingga tiga jam. Biasanya kaedah
ini banyak digunakan di pusat pengajian tinggi. Seseorang pensyarah perlu menyediakan
kuliahnya dengan membuat pembacaan, memilih isi-isi penting, menyediakan hujah bagi
sesuatu permasalahan, dan kesimpulan. Setelah siap bahan kuliah perlu ditulis atau ditaip
untuk disampaikan kepada pelajarnya. Namun begitu kaedah ini juga digunakan oleh
guru dalam pengajarannya di dalam bilik darjah.
13

Kaedah kuliah sesuai diaplikasikan jika tujuan asas pengajaran adalah untuk
menyampaikan maklumat, bahan berkenaannya sukar diperoleh, bahan perlu disusun
dengan cara tertentu untuk kumpulan tertentu, dan untuk membangkitkan minat dalam
mata pelajaran berkenaan. Dalam menyampaikan kuliah pensyarah perlu menggunakan
pelbagai pergerakan, suara dan contoh untuk menarik dan merangsang pelajar dalam
pembelajaran mereka. Dengan perkembangan teknologi pada masa kini, aplikasi ICT
dalam pengajaran menjadikan kaedah kuliah semakin menarik dan berkesan.

3.1 Kebaikan dan Kelemahan Kaedah Syarahan atau Kuliah

Kebaikan
 Saiz kelas tidak terhad
 Banyak maklumat dapat disampaikan dalam masa yang singkat
 Tajuk-tajuk baru dapat diperkenalkan dengan mudah
 Dapat digunakan untuk meringkaskan sesuatu tajuk.
 Berkesan jika dibantu dengan alat-alat bantu teknologi pendidikan yang
sesuai.

Kelemahan
 Kaedah ini cepat membosankan
 Tidak pasti sama ada pelajar memahami maklumat yang disampaikan.
 Bersifat monolog-tidak ada penglibatan aktif pelajar-pelajar.
 Pembentukan konsep-konsep yang salah mungkin berlaku di kalangan pelajar,
jika tidak cukup penerangan.

3.2 Teknik Mempertingkatkan Kaedah Kuliah

Memandangkan syarahan atau kuliah mengambil masa yang agak lama dan
interaksinya sehala sahaja, teknik-teknik diperlukan untuk memastikan kaedah ini
14

berkesan dan maklumat dapat disalurkan sepenuhnya. Teknik-teknik seperti di bawah


dapat membantu dalam pengajaran:
i. Kekalkan konteks mata dengan pelajar di dalam kelas.
ii. Edarkan nota ringkas dan gunakan overhead projector (OHP) untuk
menarik perhatian pelajar kepada idea penting yang dibincangkan.
iii. Berikan definisi bagi istilah dan konsep baru.
iv. Pilih contoh yang sesuai untuk menerangkan idea utama.
v. Membuat perkaitan antara idea baru dengan idea sebelumnya.
vi. Rumus idea penting dari semasa ke semasa.
vii. Ulang penerangan atau perluas huraian jika perlu.

4.0 KAEDAH TUNJUKCARA / DEMONSTRASI

Tunjuk cara atau demonstrasi ialah kaedah yang digunakan dalam pengajaran
yang menunjukkan bagaimana sesuatu tatacara atau prosedur dijalankan langkah demi
langkah. Teknik tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru
bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid. Teknik ini
digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran untuk hampir semua mata
pelajaran di sekolah. Contohnya:

Mata pelajaran Teknik Demonstrasi


Matematik Mendemonstrasikan cara membina sudut dengan protraktor.
Sains Mendemonstrasikan sesuatu eksperimen untuk membuktikan
daun mengandungi kanji.
Pendidikan seni Mendemonstrasikan cara melukis bentuk simetri.
Seni perusahaan Mendemonstrasikan cara memasang wayar dalam plag.
Sains rumah tangga Mendemonstrasikan cara menggubah bunga dengan betul.

4.1 Tujuan Tunjuk Cara


15

Penggunaan tunjuk cara sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran sesuatu


topik pelajaran mempunyai beberapa tujuan seperti berikut:
i. Melalui demonstrasi, murid-murid dapat mencontohinya dengan lebih tepat serta
lebih mudah untuk mereka laksanakannya sendiri.
ii. Sesuatu demonstrasi yang baik akan mengukuhkan ingatan murid tentang
langkah-langkah untuk melaksanakannya.
iii. Demonstrasi memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat mereka
untuk belajar.
iv. Melalui demonstrasi, murid mendapat latihan amali untuk membina kemahiran
yang tepat dan kukuh.
v. Melalui demonstrasi murid, guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang
berlaku. Dengan cara ini, mutu persembahan murid dapat dipertingkatkan.
vi. Tujuan demonstrasi guru adalah untuk membina keyakinan murid supaya mereka
dapat melaksanakan demonstrasi secara individu.
vii. Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjuk cara.
viii. Penggunaan tunjuk cara sebagai pengajaran dan pembelajaran dapat
mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya.
ix. Melalui demonstrasi guru, murid tidak akan melaksanakan aktiviti sesuka hati
demi mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku.

4.2 Langkah-langkah Laksanakan Kaedah Demonstrasi

Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara dengan berkesan,


guru haruslah memahami dan mematuhi langkah-langkah melaksanakan tunjuk cara:

Sebelum tunjuk cara (Perancangan)


i. Kenal pasti objektif, isi pelajaran, dan kemahiran yang hendak ditunjukkan
kepada pelajar.
ii. Sediakan bahan yang akan digunakan dalam demonstrasi.
iii. Rancang tempat duduk pelajar untuk melihat tunjuk cara.
iv. Ambil tindakan bagi langkah-langkah keselamatan.
16

v. Cuba demonstrasi atau tunjuk cara itu dahulu.


vi. Guru menerangkan kepada pelajar tentang tujuan, prosedur, dan kemahiran
yang hendak ditunjukkan.

Semasa tunjuk cara


i. Tunjuk cara dilaksanakan sambil memberikan penerangan.
ii. Memberi perhatian terhadap reaksi pelajar.
iii. Ulang penerangan jika pelajar tidak faham.
iv. Motivasikan pelajar membuat ramalan dan bimbing dengan soalan.
v. Tegaskan bahagian yang penting.
vi. Jika masa mencukupi beri peluang pelajar membuat demonstrasi.

Selepas tunjuk cara


i. Guru berbincang dengan pelajar tentang aspek penting demonstrasi.
ii. Galakkan pelajar bertanya aspek yang kurang difahami.
iii. Guru memberi aktiviti susulan untuk mengukuhkan lagi penguasaan
kemahiran yang dipelajari, misalnya mengadakan kuiz ataupun perbincangan.

4.3 Jenis-jenis Demonstrasi

Mengikut Mok Soon Sang (1992) terdapat tiga jenis demonstrasi yang boleh
dilaksanakan dalam bilik darjah iaitu:

i. Demonstrasi Model Hidup


Dalam demonstrasi ini model hidup diguna untuk menunjukkan demonstrasi.
Model hidup terdiri daripada guru dan juga pelajar yang telah menguasai
kemahiran untuk menunjukkan demonstrasi. Contohnya, demonstrasi
menggunakan alat muzik oleh guru atau pelajar, menunjukkan prosedur
menjalankan uji kaji di dalam makmal oleh guru dan lain-lain.
17

ii. Demonstrasi model Simbolik


Model ini merujuk kepada demonstrasi yang menggunakan arahan, prosedur, dan
carta yang menerangkan cara melakukan sesuatu. Contohnya, pelajar
melaksanakan uji kaji dengan berdasarkan prosedur yang ditulis di papan tulis
atau lembaran kertas. Arahan juga boleh dalam bentuk lisan.

iii. Demonstrasi model persepsi


Model ini melibatkan penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi.
Aktiviti kemahiran yang spesifik sahaja yang ditayangkan dan pelajar
memerhatikan cara-cara melakukannya dengan teliti.

Tunjuk cara ialah kaedah yang menarik bagi pelajar kerana mereka melihat
sesuatu prosedur untuk melakukan sesuatu dengan cara yang teratur dan lagi jelas.
Namun begitu, persediaannya memerlukan ketelitian dan mengambil banyak masa guru.
Di samping itu, percubaan atau latihan perlu dilakukan sebelum demonstrasi dibuat di
hadapan pelajar untuk mengelakkan kesilapan.

5.0 KAEDAH AMALI ATAU KAEDAH BENGKEL

Kaedah amali atau bengkel selalunya dijalankan di bengkel atau di makmal.


Dalam kaedah ini setiap individu atau kumpulan pelajar akan dibekalkan dengan radas-
radas dan peralatan untuk menjalankan amali. Dalam kaedah ini guru akan bertindak
sebagai penyelia yang akan menyelia dan memerhatikan pelajar-pelajar semasa membuat
amali. Biasanya amali yang dibuat oleh pelajar adalah eksperimen ataupun praktikal.
Dalam eksperimen ini pelajar-pelajar akan membuat pemerhatian secara langsung
terhadap sesuatu objek atau proses kemudian membuat kesimpulan terhadap amali
tersebut.
18

5.1 Langkah-langkah Dalam Kaedah Amali

Kaedah amali ini memerlukan penyediaan dalam langkah-langkah pengajaran


amali di bengkel atau di dalam kelas. Seseorang guru itu perlu membuat semakan pada
langkah-langkah dalam kaedah amali yang akan dilakukan oleh pelajar. Guru juga perlu
membina arahan bagi pelaksanaan amali secara lisan di mana melalui piawai, tepat dan
mudah difahami. Seseorang guru juga perlu menyediakan helaian amali dengan jelas,
tepat, mudah dan ringkas. Guru juga perlu memastikan tiada langkah penting yang
tertinggal. Seseorang guru juga perlu menunjukkan dan menekankan setiap langkah asas
yang perlu dilakukan dalam amali tersebut.

Di dalam bengkel, penyediaan peralatan amat dititikberatkan supaya amali dapat


berjalan lancar. Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian oleh seseorang guru ialah:
i. Susun atur bengkel hendaklah bersesuaian dengan amali
ii. Susun atur peralatan bengkel perlulah sempurna dan lengkap
iii. Keadaan bengkel dan peralatan bersih dan baik.
iv. Memastikan pencahayaan, pengudaraan dan kelengkapan bengkel lancar.
v. Mematuhi ciri-ciri keselamatan di dalam bengkel.
vi. Peka tentang keperluan pelajar sepanjang tempoh amali.

Ketika proses pengajaran ini hendak dilakukan, guru perlu menulis tajuk amali
pada papan tulis atau mengedarkan helaian amali kepada pelajar. Guru juga perlu
memberi penerangan ringkas yang jelas, padat dan tepat kepada pelajar. Selain itu,
menerangkan teori-teori dan langkah-langkah penting berkaitan amali dan perlu memberi
penerangan tentang langkah keselamatan. Guru perlu memastikan bahawa pelajar faham
apa yang perlu dilakukan di dalam amali tersebut. Guru perlulah bertanggungjawab
sebelum amali dijalankan, semasa amali dijalankan dan selepas amali dijalankan.

Sebelum amali dijalankan, guru perlulah merancang dan menyediakan kertas uji
kaji atau modul kemahiran mengikut kurikulum yang ditetapkan untuk panduan pelajar.
19

Selain itu, seseorang pengajar perlu menjadualkan uji kaji atau kemahiran. Guru
hendaklah menyediakan selengkapnya keperluan pelajar untuk menjalankan uji kaji atau
kemahiran. Malah, guru juga hendaklah memastikan mesin, peralatan, bahan dan
kelengkapan makmal atau bengkel mencukupi dan berfungsi dengan baik sebelum
digunakan oleh pelajar.

Manakala semasa amali dijalankan, guru perlulah:


i. Merekodkan kehadiran pelajar.
ii. Memberi penerangan kepada pelajar mengenai tujuan, prosedur dan bentuk.
uji kaji atau kemahiran yang akan dijalankan.
iii. Memastikan pelajar sentiasa dalam keadaan selamat semasa menjalani uji kaji.
iv. Memastikan para pelajar mematuhi arahan dan prosedur keselamatan.
v. Menyelia dan membantu pelajar semasa amali sedang dijalankan.

Akhir sekali, selepas amali dijalankan, guru hendaklah memastikan pelajar


menyemak peralatan makmal atau bengkel selepas digunakan. Selain itu, perlulah
memastikan peralatan makmal atau bengkel dibersihkan, dikemas dan disusun semula
oleh pelajar selepas digunakan.

5.2 Kelebihan Latihan Amali

Adalah penting untuk mempunyai pengalaman amali bagi mata pelajaran yang
mengutamakan perkembangan kemahiran manipulatif ( psikomotor ). Kemahiran
manipulatif ini hendaklah diajar secara sedar, dan bukannya dibiarkan berkembang
sendiri. Satu lagi kelebihan sesi amali ialah pelajar biasanya suka dengan kegiatan yang
memerlukan penglibatan mereka, yang sangat berbeza dengan kelas berorientasikan
kuliah. Di samping itu juga, sesi seperti ini mungkin memberi idea kepada para pelajar
mengenai aplikasi kehidupan sebenar mengenai tajuk-tajuk yang dibincangkan hanya
secara teori tikal dalam kuliah, dengan demikian membantu menunjukkan kesesuaian
kursus secara keseluruhan. Kaedah amali ini sangat baik kerana aktiviti amali boleh
20

mengesahkan sesuatu konsep atau teori. Ini membolehkan pelajar mendapat penjelasan
kepada teori yang mereka telah pelajari.
Selain daripada itu, pengajaran kaedah amali atau bengkel dapat melatih pelajar
menguasai penggunaan alatan bengkel. Pelajar dapat memerhatikan secara teliti bentuk-
bentuk sesuatu peralatan bengkel. Dengan kata lain pelajar dapat melalui pembelajaran
melalui pengalaman. Pelajar juga boleh belajar mengendalikan sesuatu alatan, membuat
pemikiran dan tafsiran sendiri, di samping dapat memupuk kerjasama antara pelajar.

5.3 Kelemahan Kaedah Amali

Kaedah ini masih ada kelemahannya juga. Pelaksanaan untuk membuat amali
memerlukan perbelanjaan yang banyak. Kaedah amali juga tidak akan berkesan jika
pelaksanaan amali itu gagal atau tertangguh. Kelemahan amali juga boleh dilihat daripada
sikap pelajar itu sendiri sekiranya pelajar adalah pekerja yang tidak mahir. Pembaziran
masa adalah salah satu faktor amali tidak dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, tiada
jaminan bahawa pelajar akan berfikir secara kreatif melalui kerja amali tersebut. Ia sering
berlaku di dalam kumpulan pelajar yang kurang memberi perhatian atau lemah di dalam
kelas.

Latihan amali, bengkel dan makmal agak mahal dari segi masa, tenaga, peralatan
dan bahan. Dengan demikian, sebab-sebab bagi menggunakan sesi amali hendaklah
difikirkan dengan bijaksana. Ia tidak wajar digunakan hanya untuk mengisi jadual waktu
yang sedia ada, seperti yang sering berlaku. Walaupun telah dinyatakan tentang
kelebihan sesi amali bagi menunjukkan aplikasi amali mengenai kerja yang lebih teori
tikal, tetapi sebenarnya sesi amali memerlukan banyak penglibatan aktif pelajar, mungkin
tidak merupakan cara yang paling jimat atau berkesan bagi menunjukkan teori berkenaan.
Dalam sesetengah kes, satu tunjuk ajar atau kuliah yang mudah lebih berkesan. Dengan
itu, walaupun kemahiran psikomotor yang asas boleh diajar dengan berkesan dalam
makmal, masih terdapat tanda tanya mengenai keberkesanan kaedah ini bagi mencapai
objektif yang lebih tinggi yang sering dikaitkan dengan ‘ kerja amali ‘.
21

Oleh itu, kaedah amali merupakan kaedah yang paling praktikal digunakan dan
dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran di bengkel. Kerja amali banyak
memerlukan tunjuk ajar daripada guru sebelum pelajar menjalankannya sendiri.
Persediaan guru yang berkaitan dengan kaedah amali juga dapat melancarkan proses
pengajaran di bengkel. Langkah-langkah keselamatan amat diambil berat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bengkel.

6.0 KAEDAH PROJEK

Kaedah projek adalah satu kaedah mengajar yang disarankan oleh Profesor
William Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian
masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Kaedah ini adalah berlandaskan teori
pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan
bersedia untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang dengan cara yang
menarik. Kaedah ini menyarankan murid-murid melalui kerja praktik, aktiviti permainan,
lawatan dan kajian . Tujuan kaedah ini ialah untuk meningkatkan penglibatan pelajar
dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran yang tidak mungkin
dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Guru menyediakan tajuk projek dan pelajar akan
memilihnya mengikut kesesuaian. Garis panduan disediakan dan merangkumi maklumat
tentang :

i. Tujuan projek
ii. Hasil yang akan diperoleh

iii. Prosedur-prosedur khusus yang mesti dipatuhi.

iv. Tarikh akhir menyiapkan projek.

Aktiviti ini dijalankan selepas pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu


secara berpasangan. Pelajar menjalankan beberapa kaji selidik mengenai contohnya
penggunaan komputer oleh guru sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
22

pengetahuan guru-guru sekolah tentang jenis-jenis komputer dan perbandingan harga


setiap komponen-komponen utama sistem komputer.

Melalui projek ini pelajar telah membuat pemerhatian, mengumpul maklumat,


menganalisis data serta membuat rumusan. Sebelum dilaksanakan projek ini, topik kajian
telah ditentukan terlebih oleh guru. Tujuan dan langkah menjalankan kaji selidik telah
ditentukan terlebih dahulu untuk memudahkan mereka membuat kajian. Bimbingan
diberikan oleh guru dan hasil kaji selidik dibincangkan dan penilaian dibuat selepas
aktiviti kajian selesai dijalankan.

Bagaimanapun untuk mencapai hasil pelajaran yang memuaskan, perkara-perkara


yang berikut harus diambil perhatian:

1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan


dan kemahiran pelajar-pelajar
2. Sebelum menjalankan aktiviti pengayaan ini, guru haruslah menyediakan (atau
menyuruh murid-murid menyediakan) bahan-bahan dan lat-alat yang diperlukan
untuk pelaksanaannya.

3. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk
setiap kumpulan demi menjamin kelicinan pelaksanaannya.

4. Menentukan kerja yang mana memerlukan bimbingan guru dan kerja yang mana
memerlukan kepimpinan murid daripada kumpulan cerdas

5. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan


cara penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang. (Mok
Soon Sang ,1996).

6.1 Jenis-Jenis Projek


23

Terdapat beberapa jenis projek yang sesuai diberikan kepada pelajar-pelajar di


peringkat sekolah rendah dan menengah. Di antaranya ialah projek kaji selidik dan projek
hasil tangan.

6.1.1 Projek Kaji Selidik

Kaji selidik adalah satu strategi yang membolehkan pelajar-pelajar membuat


kajian atas sesuatu topik melalui teknik memerhati, mengumpul maklumat, menganalisis
serta mentafsir data dan membuat rumusan. Contohnya cadangan kerja projek melalui
kaji selidik ialah mengkaji tumbuhan di kawasan sekolah serta mengkaji jenis haiwan di
alam sekitar. Untuk melaksanakan projek kaji selidik dengan hasil yang berkesan, guru
haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip perancangan dan pelaksanaan kaji
selidik berikut:

i. Guru harus menentukan topik kajian yang sesuai dengan pengalaman,


kebolehan serta kecenderungan murid.
ii. Tujuan dan langkah-langkah menjalankan kaji selidik harus ditentukan
terlebih dahulu dan diberikan kepada murid-murid yang akan menjalankan
kaji selidik

iii. Untuk memudahkan murid-murid menjalankan kaji selidik, guru boleh


menyediakan alat kajian seperti senarai semak, soalan-soalan yang perlu
dijawab serta bahan-bahan yang diperlukan.

iv. Pastikan kaji selidik yang dijalankan adalah selamat dan setiap murid dalam
kumpulannya benar-benar melibatkan diri

v. Bimbingan guru harus diberikan semasa aktiviti kajian dijalankan

vi. Hasil kaji selidik harus dibincangkan dan penilaian dibuat selepas aktiviti
kajian telah selesai dijalankan.
24

Projek kaji selidik mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kelebihan yang


utama ialah projek kaji selidik ini memberi peluang kepada pelajar mendapatkan
pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri. Melalui aktiviti kajian ini pelajar
dapat menggunakan deria mereka secara sepenuhnya untuk memerhati, menganalisis,
mentafsir serta membuat rumusan. Di samping itu, mereka boleh menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah untuk mencubanya dalam
situasi yang sebenar.Ini akan mendorong mereka belajar dalam situasi yang seronok dan
bermakna. Melalui kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, semangat
kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk.

Walau bagaimanapun,projek kaji selidik ini juga mempunyai beberapa


kelemahan. Misalnya,murid-murid sekolah rendah yang kurang matang dan kurang
pengalaman tidak sesuai menjalankan kajian seperti ini. Untuk mendapatkan hasil yang
memuaskan,ia memerlukan banyak tenaga dan masa dari segi perancangan dan
pengurusan. Pelajar yang kurang bijak juga tidak berupaya untuk mentafsir dan membuat
rumusan yang tepat. Oleh hal yang demikian,kemungkinan tidak ramai pelajar akan
mendapat faedah dari kaji selidik ini.

6.1.2 Projek hasil tangan

Projek hasil tangan merupakan satu aktiviti susulan atau pengayaan yang
dijalankan oleh seorang atau sekumpulan murid, selepas mereka telah mempelajari dan
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Tujuan utama mengadakan projek hasil tangan
ini ialah untuk mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid. Projek ini
dapat dilaksanakan dalam banyak subjek seperti Matematik iaitu membina bentuk-bentuk
geometri tiga matra seperti kuboid, kubus, piramid dan kon. Projek hasil tangan biasanya
diadakan selepas pelajar-pelajar telah memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran tertentu. Projek hasil tangan dapat dihasilkan dalam banyak mata pelajaran
KBSR dan KBSM. Misalnya :

i. Seni perusahaan : Membuat perkakas.


25

ii. Matematik : Membina bentuk-bentuk geometri tiga matra seperti


kuboid, kubus, piramid dan kon.

iii. Geografi : Membuat model empangan.

iv. Pendidikan Seni : Melukis mural di dinding sekolah.

v. Sains : Membina zoo mini sekolah.

vi. Sejarah : Menyediakan pakaian tradisi.

vii. Pendidikan Jasmani : Membina gelanggang permainan.

viii. Sains Rumah Tangga : Menganyam tikar dan menjahit kain meja.

Manakala prinsip-prinsip melaksanakan projek hasil tangan adalah seperti


langkah-langkah berikut :-

i. Tentukan objek hasil tangan yang diberikan adalah berdasarkan minat dan
kebolehan murid
ii. Sediakan bahan-bahan yang mencukupi untuk murid-murid membuatnya

iii. Berikan penerangan tentang langkah-langkah menghasilkan objek itu

iv. Tunjukkan contoh atau memberi tunjuk ajar cara bagaimana menghasilkan
objek itu

v. Tetapkan tempoh masa menghabiskan projek

vi. Adakah perbincangan tentang hasil tugas yang telah dibuat

vii. Pamerkan objek-objek yang dihasilkan dengan baik dan menarik sebagai
galakan

Projek hasil tangan ini mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah minat
pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat
26

menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk menghasilkan sesuatu.


Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang
berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan
membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan
mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi. Bagaimanapun,
projek hasil tangan juga mempunyai beberapa kelemahan. Di antaranya ialah, projek hasil
tangan ini memerlukan banyak tenaga dan masa untuk menguruskannya. Perbelanjaan
untuk menghasilkan projek pula melibatkan kos yang tinggi. Murid-murid yang
menghasilkan projek yang kurang menarik tidak mendapat peluang untuk dipamerkan
dan akan berasa kecewa. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk
terhadap pembelajaran mereka pada masa hadapan. (Mok Soon Sang, 2003).

7.0 KAEDAH SIMULASI

Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan
sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah,teknik simulasi digunakan untuk membolehkan
pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan teratur dan terkawal dengan tujuan
mengemukakan cara penyelesaian untuk sesuatu masalah yang ditimbulkan. Masalah-
masalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa
yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai,jalan raya,pasar,sekolah,tempat awam dan
sebagainya. Ringkasnya,teknik simulasi ini bermaksud pelajar-pelajar akan menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara
berpura-pura dalam sesuatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini,mereka dapat
menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang ditimbulkan.

7.1 Tujuan Simulasi

Setiap guru yang memilih kaedah simulasi untuk digunakan dalam pengajarannya
mempunyai tujuan dan objektif tertentu. Dalam erti kata kain simulasi bertujuan untuk:
27

i. Memberi peluang kepada pelajarnya menguasai kemahiran. Secara praktikal


kaedah ini membantu melatih pelajar bertutur secara spontan dan
memperkukuhkan kemahiran sosial komunikasi. Di samping dapat melatih pelajar
berkemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat iaitu
kemahiran berbahasa.
ii. Membina pemikiran yang analitis dan kritis. Semasa sesi lakonan pelajar harus
berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara
penyelesaian yang dilakukan.
iii. Membina sikap positif. Masalah yang ditimbulkan biasanya melibatkan unsur-
unsur pertentangan sosial. Simulasi akan cuba mengubah sikap atau tingkah laku
negatif kepada sikap atau tingkah laku positif.
iv. Mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi). Simulasi membantu dalam
penghayatan nilai-nilai dan sikap seseorang individu.
v. Membawa situasi sebenar ke dalam bilik darjah. Situasi-situasi sebenar di luar
bilik darjah boleh digambarkan untuk memudahkan penguasaan konsep dan
prinsip.
vi. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Simulasi merupakan suatu teknik
pengajaran yang boleh merangsang pelajar ke arah pencapaian yang lebih baik
seperti dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar dan meningkatkan tahap
keyakinan pelajar. (Mok Soon Sang,1996).

7.2 Prinsip-Prinsip Simulasi

Pada kebiasaannya kaedah simulasi dimulakan dengan mengadakan satu situasi


bermasalah secara bertulis atau lisan diberikan. Sebelum simulasi dimulakan, penerangan
diberikan oleh guru tentang :

i. Masalah yang hendak diselesaikan


ii. Peranan diagihkan kepada watak-watak berkenaan

iii. Arahan-arahan yang perlu adalah diberi


28

iv. Tempoh sesi simulasi ditetapkan

Pelajar yang dipilih sebagai pelakon mestilah lancar pertuturannya di samping


skrip lakonan perlu disediakan jika sosiodrama disediakan. Untuk melancarkan simulasi
alatan-alatan yang diperlukan semasa lakonan perlulah disediakan terlebih dahulu.
Semasa simulasi sedang dijalankan, guru hanya menjadi pemerhati serta memastikan
pelajar lain memberi tumpuan terhadap simulasi yang dijalankan. Selepas simulasi
pelajar diminta memberi pandangan tentang cara-cara penyelesaian masalah melalui
simulasi. Perbincangan antara guru dengan pelajar diadakan di peringkat akhir untuk
mencapai suatu rumusan.

7.3 Jenis-Jenis Simulasi

Terdapat dua jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran bilik
darjah iaitu:

7.3.1 Sosiodrama

Sosiodrama merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik. Aktiviti lakonan ini
biasanya berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu
berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial, misalnya cerita Hang
Tuah dan Hang Jebat. Sosiodrama adalah berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan
biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya
mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Ia melibatkan situasi-situasi berkonflik
yang akan mengajar murid-murid berfikir cara-cara menyelesaikan masalah berkonflik
secara kritis dan rasional.

Murid-murid dapat menyatakan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun


idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan
situasi berkonflik yang sama. Aktiviti lakonan di dalam bilik darjah akan bermula selepas
membaca skrip drama yang disediakan terlebih dahulu. Murid-murid yang dipilih untuk
berlakon akan memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan
29

dalam skrip. Selepas berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-
watak lakonan dan membuat rumusan.

7.3.2 Main Peranan

Main peranan merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan


murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan
kepada situasi atau masalah yang timbul. Biasanya di dalam aktiviti main peranan ini,
murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut
situasi yang dibayangkan dengan secara spontan. Biasanya main peranan bermula
daripada situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru.

Keterangan ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat


dalam situasi itu akan dihuraikan kepada murid-murid dalam bilik darjah terlebih dahulu.
Murid-murid yang berminat kemudian dipilih untuk melakonkan situasi yang direka.
Pelakon-pelakon dikehendaki memikirkan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam
situasi itu. Oleh kerana aktiviti main peranan bertujuan menyelesaikan satu-satu masalah
sahaja, tempoh lakonan yang digunakan hendaklah pendek, biasanya di antara lingkungan
5-6 minit sahaja.

Selepas selesai aktiviti main peranan, penilaian prestasi pelakon-pelakon dan


rumusan cara penyelesaian hendaklah dibuat. Melalui aktiviti main peranan ini, murid-
murid dapat memperkukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk berfikir
secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang
terkawal. Ia juga membolehkan murid-murid memahami lebih mendalam akan tujuan,
sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.

7.4 Prinsip- Prinsip Menggunakan Simulasi

Untuk menggunakan teknik simulasi dalam bilik darjah dengan berkesan,guru


harus memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut :
30

i. Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya


secara bertulis atau lisan di dalam kelas.
ii. Sebelum menjalankan aktiviti lakonan,penerangan ringkas tentang
masalah,peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah
diberikan.

iii. Pilih pelajar yang telah mahir dalam pertuturan sebagai pelakon.Ini akan
menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.

iv. Bagi sosiodrama,skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada


mereka yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu.

v. Jika perlu,sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.

vi. Semasa sesi simulasi,pastikan pelajar-pelajar lain yang menjadi penonton


benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu.

vii. Selepas sesi simulasi,guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan


tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

viii. Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada
akhir waktu pelajaran. (Mok Soon Sang ,2003).

7.5 Langkah-Langkah Perlaksanaan Simulasi


31

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan

Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi


bermasalah, peranan watak-watak dan tempoh lakonan

Guru memilih pelajar untuk menjadi pelakon

Pelajar-pelajar memainkan peranan mereka semasa sesi


simulasi berdasarkan watak yang diberikan sambil
menunjukkan cara penyelesaiannya

Guru berbincang dengan pelajar-pelajar tentang prestasi


pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalah

Guru membimbing pelajar-pelajar membuat rumusan

Rajah 7.1 : Langkah – Langkah Perlaksanaan Simulasi

7.6 Kebaikan Simulasi

Konsep simulasi mempunyai kebaikan jika guru dan pelajar mempraktikkannya.


Antara kebaikan simulasi ialah

i. Membenarkan pelajar mempraktikkan kemahiran dalam keadaan yang selamat


ii. Pembelajaran adalah lebih berkesan kerana pelajar boleh bersedia dengan rapi

iii. Peluang untuk mencuba sesuatu dalam keadaan yang selesa

iv. Maklum balas tentang prestasi pelajar dalam satu-satu situasi dapat diperoleh
dengan cepat
32

v. Simulasi dapat menjimatkan masa dan tenaga

vi. Pelajar-pelajar dapat mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru

vii. Suasana lebih menyeronokkan dengan adanya simulasi

viii. Ketika mengambil bahagian dalam simulasi, pelajar dapat menyatakan


perasaan dan sikapnya

ix. Simulasi dapat memupuk daya cipta pelajar

x. Pelajar-pelajar dapat disediakan untuk menghadapi situasi bermasalah yang


sebenar

xi. Simulasi dapat merangsang pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran

xii. Simulasi menggalakkan lagi interaksi di antara pelajar-pelajar.

7.7 Kelemahan Simulasi

Konsep simulasi juga mempunyai kelemahan-kelemahan seperti :

i. Situasi yang diwujudkan mungkin di luar pengalaman pelajar. Ini


menyebabkan kebanyakan daripada mereka kurang memahami apa yang
berlaku.
ii. Hanya pelajar yang berperanan dalam simulasi itu yang memperoleh
keinsafan yang lebih cepat. Pelajar-pelajar lain yang tidak terlibat mungkin
mendapat manfaat.

iii. Guru mewujudkan situasi yang bermasalah mestilah berpengalaman bagi


menjamin keberkesanan simulasi itu.

iv. Penilaian pembelajaran hasil daripada simulasi adalah sukar dilakukan.


33

8.0 PENGAJARAN BERKOMPUTER

Peredaran masa telah merubah segalanya termasuk pendekatan dalam P&P.


Dalam dunia alaf ini, boleh dikatakan komputer telah menjadi suatu alat yang amat
penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan termasuklah bidang pendidikan.
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru,
malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak
awal tahun 60-an lagi.

Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas


pengurusan dan pentadbiran tetapi berpotensi sebagai alat untuk menggayakan lagi
persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan
mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang mendalam kepada
penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHasyimah,
1996). Menurut Chee Liew Seong (1986), penggunaan komputer dalam pendidikan
meliputi bidang pengurusan, pembelajaran dan pengajaran, dan pengajian dalam
komputer. Kelly-Bottle seorang ahli teknologi pendidikan yang terkemuka menegaskan
konsep pengajaran berbantukan komputer adalah:

Pengajaran atau pembelajaran yang dibantu oleh komputer membawa maksud


setiap yang dihubungkan secara talian “online”.

Komputer digunakan sebagai alat untuk membantu dan memudahkan proses


pengajaran dan pembelajaran. Bagi guru pula, tujuan menggunakan komputer ini adalah
supaya proses P&P dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dengan memberi tumpuan
yang lebih kepada pelajar secara perseorangan. Dalam pelaksanaan tugas pengajaran,
guru sebagai fasilitator dan mentor memainkan peranan penting untuk meningkatkan
keberkesanan pengajarannya dan kefahaman pembelajaran tersebut. Pengajaran
berkomputer yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang diingini. Penglibatan
pelajar secara aktif melalui praktikal “hands on” menggunakan komputer yang disediakan
membolehkan pelajar lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatan atau
pengalamannya sendiri. Bak kata seorang falsafah Cina,
34

‘Kalau saya dengar saya lupa, Kalau saya lihat saya ingat, Kalau saya buat saya tahu’

Bahan Pengajaran

KOMPUTER
Mengurus dan
menyokong Kefahaman
proses P&P pembelajaran

GURU PELAJAR

Rajah 7.2: Peranan Utama Komputer Dalam P&P

8.1 Komponen Sistem Pengajaran Berkomputer

Komponen sistem merupakan antara keperluan yang perlu dititikberatkan untuk


memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer berjalan dengan
lancar dan berkesan. Antara komponen yang diperlukan ialah:

Bahan pengajaran – Bahan pengajaran terdiri daripada manual, modul interaktif, nota-
nota pengajaran dan buku-buku teks

Tenaga Pengajar – Guru adalah sebagai pengajar, penerang, pemudah cara dan
penyampai maklumat serta menjadi fasilitator kepada pelajar.

Penulis skrip – Kemahiran yang bersifat umum atau generik iaitu kemahiran komunikasi,:
berkomunikasi idea, penyelesaian kepada isu dan masalah, hasil dan sebagainya melalui
pelbagai cara termasuk, lakaran, perwakilan grafik dan model, kemahiran mengendali
maklumat: kurikulum.
35

Pengatur cara - Konsep pengaturcaraan, pengisytiharan pemboleh ubah dan skop


pemboleh ubah. Jenis data: integer, nyata, string, Boolean. Operasi aritmetik ke atas
pemboleh ubah. Struktur kawalan: turutan, pemilihan, ulangan.
Sistem komputer dan perisian - Pengendalian sistem komputer iaitu penggunaan
perkakasan dan perisian komputer untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
termasuk kebolehan untuk memasang, menyusun dan menyenggara sistem komputer.

Perisian khusus - Pelayan Web, E-Mail, Proxy, FTP, IRC, Word Processing, Presentation
Editor Graphics, Sound, Video, Web, Programming Visual Basics.

Pengguna – Terdiri daripada pelajar-pelajar iaitu dianggap sebagai mentee yang


menerima ilmu dengan menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu
seseorang belajar dan pelajar akan berinteraksi dengan program komputer melalui
terminal.

Makmal - Makmal yang dilengkapi dengan prasarana seperti susun atur komputer yang
selesa, pengkabelan elektrik yang selamat, talian telefon terus ke makmal untuk capaian
Internet ,akaun Internet

Perkakasan - Perkakasan yang perlu ada di sesebuah sekolah ialah komputer multimedia,
20 set Pentium 166Mhz (min), 1.2GB HDD (min) Windows 95 (min), Komputer
Pelayan, 1 set Windows NT, LAN, Pencetak , Scanner ,Video Capture Card

8.2 Kaedah Pengajaran Bantuan Komputer

Guru seharusnya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat


penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan akibat
daripada perkembangan teknologi dan peledakan maklumat. Dan dengan itu kaedah
penyampaian pengajaran berkomputer perlu meneliti kaedah-kaedah yang bersesuaian
dengan subjek-subjek yang diajar. Terdapat dua kaedah yang sering digunakan iaitu:-

8.2.1 Kaedah Linear


36

Kaedah linear adalah satu kaedah pengajaran yang paling mudah dibangunkan
oleh kebanyakan penulis perisian kursus. Corak laluan pembelajaran telah ditentukan
lebih awal. Pelajar hanya perlu mengikut laluan pembelajaran satu per satu sebagaimana
yang telah dibentangkan. Ia bermula dari tahap senang ke tahap yang sukar.
Bagaimanapun ia mempunyai kelemahan tersendiri iaitu pelajar harus mengikuti program
dari awal hingga tamat. Jika sekiranya pelajar tidak menunggu sehingga habis maka dia
perlu memulakan kembali di awal. Oleh kerana itu, ia tidak memberi pilihan kepada
pengguna untuk bergerak bebas dari satu modul ke modul yang lain. Namun begitu, hal
ini mempunyai kelebihan dari segi ekonomi kerana ia lebih murah dan mudah untuk
dibangunkan. Kaedah ini sesuai untuk mata pelajaran yang melibatkan faktor masa dan
yang memerlukan pelajar mengetahui pengetahuan asas sebelum pergi ke bahagian-
bahagian yang lebih sukar. Rajah 1: Kaedah Linear Setiap kotak dalam program itu
mewakili modul pembelajaran yang mesti diikuti oleh pelajar apabila menggunakan
program tersebut. Bahan pembelajaran dalam modul C tidak boleh dicapai dulu tanpa
melalui dulu modul A dan B.

PROGRAM PEMBELAJARAN

MODUL A

MODUL B

MODUL C

TAMAT

Rajah 7.3 : Kaedah Linear

8.2.2 Kaedah Bercabang.


37

Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk modul yang tidak atau kurang
bersandar antara satu sama lain. Kaedah bercabang adalah satu kaedah yang
membolehkan pelajar bertindak balas atau memberi jawapan daripada beberapa pilihan
yang disediakan. Komputer akan memantau pelajar tersebut ke salah satu cabang subrutin
yang disediakan mengikut tindak balas atau jawapan yang diberi. Apabila subrutin itu
telah diselesaikan pelajar akan dibawa semula ke menu utama atau mana-mana subrutin
lain sebelum balik ke menu utama. Cara ini adalah lebih menarik minat pelajar kerana ia
dapat mengawal proses pembelajaran atau arah mana yang hendak diikuti. Secara amnya
perisian dengan kaedah ini adalah agak sukar untuk dibangunkan. Para pelajar boleh
memberi tindak balas atau jawapan daripada beberapa pilihan yang disediakan contohnya
subjek Pengajian Am dan Sastera.

PROGRAM PEMBELAJARAN

MODUL A

MODUL B MODUL C

B1 B3 C3
B2 A1 C1 C2

A11 A13
A12

Rajah 7.4 : Kaedah Bercabang

8.3 Kelebihan Penggunaan Komputer Dalam P&P

Berbagai kelebihan diperoleh daripada proses pengajaran dan pembelajaran


berbantukan komputer ini. Antaranya ialah proses pembelajaran secara individu dapat
dipraktikkan seperti ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu
yang lebih bersifat pembelajaran terarah kendiri (self-directed), bergerak pada
38

kemampuan kendiri (self-paced) dan pemerolehan sumber secara akses kendiri (self-
accessed) Selain itu ia turut membantu meringankan tugas dan bebanan guru,
memudahkan dan melicinkan proses pengajaran secara sistematik dan berjadual. Pada
pelajar pula, komputer dapat meningkatkan minat dan kesungguhan belajar dan
seterusnya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, memupuk pemahaman yang lebih baik tentang isi pelajaran dan seterusnya
meningkatkan ingatan isi pelajaran. Ia juga memupuk sikap yang positif dalam pelajaran
dan menjadikannya pembelajaran yang menyeronokkan melalui penggunaan grafik,
animasi, slaid, filem, video, dan lain-lain. Ruang ingatan komputer yang luas dapat
menyimpan data dan maklumat dengan lebih banyak.

9.0 KAEDAH INTERAKTIF

Di antara kaedah interaktif terdiri daripada beberapa aktiviti seperti perbincangan


yang boleh di klasifikasi kepada perbincangan berbentuk forum, seminar, debat,
konferens dan kolokium serta barinstorming dan juga buzz,

9.1 Kaedah Interaktif Perbincangan

Perbincangan merupakan salah satu kaedah interaktif yang bertujuan untuk


berkongsi maklumat. Antara contoh perbincangan yang melibatkan aktiviti perbualan
ialah antara guru dengan pelajar di dalam kelas. Sesuatu perbincangan yang dikatakan
berkesan itu adalah apabila ia melibatkan pertukaran idea di kalangan ahli kumpulan.
Pada kebiasaannya semasa sesi ini berlangsung, ia diselia oleh seorang fasilitator atau
tenaga pengajar. Pelajar dibenarkan mengemukakan soalan serta melakukan
perbincangan sesama ahli kumpulan. Melalui kaedah ini pelajar dan guru bertukar-tukar
fikiran mengenai tajuk yang dibincangkan itu.

Persiapan sebelum sesi perbincangan ini dijalankan, guru perlulah terlebih dahulu
menjelaskan tujuan diadakan perbincangan ini, bagi membolehkan pelajar membuat
39

persediaan dan perancangan mengenai topik yang akan dibincangkan. Pelajar perlulah
memainkan peranan aktif dengan memberikan pandangan masing-masing mengenai
tajuk yang dibincangkan. Pelajar akan mencatatkan idea-idea yang dibentangkan dan
pada peringkat akhir rumusan perlulah dibuat oleh pelajar dengan bimbingan daripada
guru. Perbincangan dijalankan secara keseluruhan kelas.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kaedah perbincangan ini dapat


menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar dalam sesuatu
kumpulan tentang sesuatu topik. Perbincangan biasanya bermula dengan satu soalan.
Setiap pelajar akan memberikan sumbangan idea manakala ahli-ahli kumpulannya yang
lain akan bertindak balas terhadap idea yang dikemukakan. Ini bererti, sesuatu idea
dinilai apabila dikemukakan dalam perbincangan.(Ahmad Mohd Salleh, 2000)

Pengajar perlu terlebih dahulu menentukan topik perbincangan atau soalan-soalan


yang berkaitan dengan sesuatu topik. Topik perbincangan yang sesuai untuk diambil
adalah yang berkait dengan pengalaman, kebolehan dan minat pelajar. Tajuk
perbincangan juga boleh menimbulkan sedikit unsur kontroversi. Bagaimanapun ia perlu
dipastikan jelas kerana di akhirnya, penyelesaian masalah serta tindakan akan diperoleh.

Semasa proses perbincangan dijalankan, pelajar-pelajar digalakkan untuk hormat


menghormati antara rakan, bekerjasama dan membina kemesraan antara mereka. Guru
perlu menggalakkan soalan-soalan yang lebih terbuka supaya akan memperoleh lebih
banyak maklumat. Rumusan idea dari pelajar perlu dibuat rumusan dari masa ke semasa
supaya murid mengetahui apa yang telah dan belum dicapai.

9.2 Prinsip-prinsip Perbincangan

i. Isu yang bersesuaian dengan topik, minat, kebolehan dan pengalaman pelajar
ditentukan. Ini bertujuan untuk melibatkan seberapa ramai pelajar dalam
perbincangan.
40

ii. Letakkan nama kepada setiap kumpulan terlebih dahulu agar dapat memberi
dorongan serta semangat berpasukan kepada pelajar.
iii. Pelajar perlulah dibimbing tentang cara perbincangan dikendalikan, seperti
peraturan asas dan tatacara perbincangan termasuk masa dan corak persembahan
hasil perbincangan.

iv. Menggalakkan unsur-unsur kemesraan, hormat-menghormati dan bekerjasama


kerana suasana yang harmonis dapat melicinkan sesi perbincangan.

v. Guru perlulah bertindak sebagai penggerak/fasilitator menentukan penglibatan


pelajar seramai yang mungkin dan mengelak monopoli segelintir pelajar.

vi. Soalan-soalan terbuka digalakkan supaya maklumat yang banyak boleh diperoleh
dan perbincangan menjadi bertambah bernas.

vii. Penilaian setiap idea yang di sarankan dibuat secara objektif tanpa
emosi/menyentuh peribadi mana-mana pihak.

viii. Rumusan idea atau kesimpulan perbincangan perlulah dibuat dan dikemukakan
oleh wakil-wakil setiap kumpulan.

ix. Ahli-ahli kumpulan diberi pujian atau dorongan agar pelajar-pelajar berapa
sumbangan-sumbangan idea dan pandangan mereka dihargai.

9.3 Tujuan-tujuan Perbincangan

i. Menggalakkan perkembangan mental pelajar di mana pelajar dapat memberikan


idea mengenai tajuk yang dibincangkan.
ii. Pelajar dapat melatih diri berfikir dengan pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
iii. Pelajar dapat berbual dan mengemukakan soalan dan pandangan mereka
mengenai tajuk dengan jelas ini menggalakkan pelajar berkongsi pendapat.
41

iv. Pelajar dapat menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan


berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain di samping memupuk
semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif. Kemahiran
lisan dapat diperkukuhkan.
v. Perbincangan dapat mengikis sikap angkuh pelajar dan mendorong mereka belajar
menerima pendapat orang lain.
vi. Membolehkan kewujudan idea-idea yang lebih bernas dan berguna kerana
pengumpulan pandangan yang berbeza..
vii. Menggalakkan sikap suka membaca kerana pelajar mempunyai maklumat yang
banyak sebelum menyertai sesi perbincangan.
viii. Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
ix. Menajamkan kemahiran mengemukakan pandangan dalam kumpulan.
x. Memupuk semangat bekerjasama di kalangan ahli kumpulan.

9.4 Kebaikan Perbincangan

Kaedah perbincangan dapat merangsang minat pelajar dan membimbing mereka


memperoleh pengetahuan yang baru. Apabila topik yang diperbincangkan bersesuaian,
maka topik ini dapat dikupas secara mendalam. Kaedah perbincangan digunakan untuk
mencapai pelbagai bentuk objektif sama ada kognitif atau bukan kognitif.(Fred Percival
et.al, 1994) sekiranya penglibatan pelajar semasa sesi ini berlangsung secara aktif maka
guru juga akan mendapat maklum balas yang segera dari pelajar.

Kebaikan yang dapat diperoleh melalui perbincangan adalah pelajar akan lebih
aktif dalam penglibatan di dalam sesuatu perbincangan. Ia dapat meningkatkan
pertumbuhan diri dan sosial pelajar. Bantuan dari pelajar lain dapat diperoleh dan
seterusnya meningkatkan keyakinan diri untuk bersuara.

9.5 Keburukan Perbincangan


42

Keburukan yang boleh dikenal pasti melalui sesi perbincangan adalah faktor
masa, di mana setiap pelajar ingin menyuarakan idea masing-masing, hasilnya juga
pengeluaran idea bagi setiap individu akan berbeza. Idea yang banyak akan menyebabkan
kekeliruan untuk mengambil idea yang paling baik. Di sini, kemahiran membuat
keputusan amat penting agar masa tidak dibazirkan. Namun demikian, kaedah
perbincangan juga boleh mendatangkan masalah dari segi penjadualan sekiranya kelas
dipecahkan kepada kumpulan kecil. Keberkesanan kaedah ini juga tidak akan diperoleh
sekiranya terdapat pelajar yang bersikap pasif, namun perkara ini dapat diatasi sekiranya
tenaga pengajar peka terhadap masalah yang berlaku.

9.6 Bentuk perbincangan

Terdapat dua bentuk perbincangan iaitu:


i. Perbincangan keseluruhan kelas, biasanya di bawah seliaan dan arahan guru.
ii. Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil, biasanya diketuai oleh murid.

Bagi mewujudkan suasana perbincangan yang berkesan, Rajah 3 menghuraikan


beberapa cadangan tentang penyusunan tempat duduk di dalam darjah yang biasa
diamalkan dalam sesi perbincangan.
43

Rajah 3 : Susunan tempat duduk untuk sesi perbincangan

9.7 Jenis-jenis perbincangan

Berbagai jenis sesi perbincangan boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Di antara
sesi perbincangan yang biasanya dipilih sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas ialah perbahasan, seminar dan forum.

9.7.1 Perbahasan

Perbahasan merupakan salah satu jenis perbincangan formal. Sesi perbahasan


terdiri daripada dua kumpulan kecil. Setiap kumpulan biasanya mengandungi tiga atau
empat ahli. Satu kumpulan dikenali sebagai pencadang atau pihak kerajaan ia akan
menyokong tajuk perbahasan dan satu kumpulan lagi sebagai pembangkang, menentang
tajuk perbahasan. Jadi ahli-ahli perbahasan telah membuat persediaan untuk menentang
atau menyebelahi sesuatu isu Di samping itu, seorang pengerusi dipilih untuk
44

mengendalikan segala aktiviti perbahasan, dan seorang penjaga masa yang bertugas
untuk membunyikan loceng apabila masa yang diperuntukkan setiap ahli berbahas telah
habis. Tiga orang hakim hendaklah dipilih untuk mengadili perbahasan. Biasanya hakim-
hakim ini terdiri daripada guru-guru.

9.7.2 Seminar

Seminar merupakan satu bentuk perbincangan di antara penceramah dengan


sekumpulan pelajar. Di dalam sesi ini, penceramah boleh terdiri daripada seorang pelajar
atau beberapa orang pelajar. Penceramah yang dipilih ini akan menyediakan kertas kerja
berdasarkan kepada topik perbincangan dan kemudian membentangkannya dalam
seminar. Sekumpulan pelajar yang lain akan memainkan peranan mereka sebagai
pendengar. Peserta yang terlibat di dalam seminar akan mendengar serta mencatatkan
perkara penting yang diperoleh dari kertas kerja yang telah dibentangkan. Selepas kertas
kerja dibentangkan, peserta-peserta juga boleh mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan untuk dijawab oleh penceramah sekiranya terdapat kemusykilan semasa
pembentangan. Ketika inilah penceramah akan menggunakan kemahiran intelek yang
tinggi untuk menjawab segala persoalan yang diberikan oleh peserta. Di akhir seminar,
penceramah akan merumuskan perkara penting mengenai tajuk yang dibincangkan.
Dalam sesi seminar, guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati dan penasihat.
Selepas sesi seminar, guru memberi komen terhadap prestasi penceramah dan kumpulan
pelajar yang mengemukakan soalan.

9.7.3 Forum

Forum juga merupakan salah satu jenis aktiviti perbincangan interaktif. Dalam
sesuatu forum terdapat beberapa ahli panel yang akan membincangkan sesuatu isu.
Mereka ini terdiri daripada seorang pengerusi majlis dan tiga sehingga empat orang pakar
dalam isu yang akan diperbincangkan.. Mereka akan menyampaikan idea dan pendapat
mereka berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengerusi majlis. Soalan-
soalan ini adalah disediakan terlebih dahulu oleh pengerusi majlis berlandaskan topik
45

perbincangan yang telah ditentukan agar pendapat yang berguna diperoleh dari ahli panel.
Di dalam sesuatu majlis forum, ahli-ahli panel hendaklah membuat persediaan
berdasarkan topik perbincangan supaya mereka boleh memberi hujah-hujah yang bernas
apabila soalan-soalan dikemukakan. Pengerusi juga perlu menyediakan soalan-soalan
yang sesuai dengan topik perbincangan supaya dapat mencungkil idea dan pendapat yang
berguna daripada ahli-ahli panel. Semasa forum dimulakan, pengerusi hendaklah
memperkenalkan topik perbincangan, nama-nama ahli panel serta bidang kepakaran
mereka, kemudian mengemukakan soalan-soalan kepada ahli-ahli panel yang akan
memberikan pendapat mereka masing-masing. Pendapat-pendapat yang akan
disampaikan oleh ahli panel akan dicatatkan oleh pengerusi yang akan menggunakannya
untuk menggulung dan mengulas pada peringkat akhir. Sebenarnya menerusi forum
peserta dilatih untuk berfikir secara analitikal dan kritikal.

10.0 KAEDAH INTERAKTIF BRAINSTORMING

Kaedah Brainstorming ataupun sumbang saran adalah percambahan fikiran atau


idea yang diberikan oleh ahli-ahli kumpulan secara spontan. Pendapat atau idea ini akan
diperbincangkan dan keputusan akan dibuat sama ada idea tersebut diterima, dipinda atau
dibuang akan dilakukan bersama-sama. Idea tersebut bukan sahaja dapat merangsang
perbincangan malahan dapat mengubah suasana perbincangan menjadi lebih efektif.
Tenaga pengajar menggalakkan pelajar memberikan idea sebanyak mungkin secara
berterusan. Kaedah ini juga merupakan kaedah penyelesaian masalah. Tujuan utamanya
dalam strategi pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menyelesaikan masalah.
Osborn (1963) mengatakan bahawa teknik sumbang saran ini sebenarnya mempunyai dua
tujuan iaitu untuk tujuan jangka panjang iaitu untuk menyelesaikan masalah penting.
Tujuan untuk jangka pendek iaitu untuk mendapatkan seberapa banyak idea penyelesaian
yang mungkin mengenai sesuatu masalah. Penggunaan kaedah ini dapat membentuk
kemahiran komunikasi pelajar. Pelajar akan mengeluarkan pendapat mereka semasa sesi
ini berlangsung dan perbincangan dapat dikupas dengan lebih mendalam. Dalam kaedah
ini juga, pelajar dilibatkan secara aktif. Bagaimanapun penggunaan kaedah ini telah
46

membuatkan pelajar yang bersikap pasif, hanya mengharapkan ahli kumpulan yang lain
memberikan idea dan pendapat mereka. Ia juga memerlukan ruang yang lebih banyak dan
kadangkala kakitangan sokongan diperlukan untuk memantau perbincangan pelajar. Ada
kalanya peranan guru menjadi dominan dan sesi tersebut bertukar menjadi kuliah kecil.

Sesi sumbang saran boleh dikendalikan seperti sesi buzz di dalam bilik darjah.
Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan guru mengemukakan satu atau
beberapa topik perbincangan berbentuk soalan masalah. Selepas guru memberi garis
panduan untuk mengadakan perbincangan, murid-murid dibahagikan beberapa kumpulan
kecil (setiap perbincangan dan ahli-ahli kumpulan kecil digalakkan menyumbangkan idea
masing-masing oleh pengerusinya. Idea-idea yang telah dikemukakan akan dicatatkan
oleh seorang pelajar yang dipilih daripada kumpulan kecil. Selepas selesai, kumpulan-
kumpulan kecil akan bergabung semula untuk mempertimbangkan dan menilai setiap
cadangan atau idea yang dikemukakan. Di peringkat akhir, guru akan membimbing murid
membuat keputusan atau rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.
Melalui kaedah ini, pelajar dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara
yang logik dan analitis. Di samping itu juga ia dapat memupuk semangat kerjasama
berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pelajar juga dilatih supaya berusaha
menyelesaikan masalah penting sesama mereka. Selain itu, pelajar-pelajar juga dilatih
supaya dapat menguasai kemahiran lisan dengan berkesan.

10.1 Prinsip-prinsip Brainstorming

Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dan difahami guru untuk menjalankan
teknik ini.

i. Topik perbincangan yang hendak digunakan haruslah bersesuaian dengan


kebolehan dan minat pelajar. Bagi menggalakkan penggunaan daya imaginasi
dan pemikiran kreatif pelajar.
ii. Garis panduan perlu diberikan terlebih dahulu secara ringkas dan jelas kepada
pelajar.
47

iii. Perlu memilih pengerusi yang boleh menggalakkan ahli-ahlinya mengemukakan


cadangan dan idea berkenaan topik tersebut. Semua idea dan cadangan hendaklah
dicatatkan untuk sesi perbincangan umum dan tidak boleh dikritik. Idea-idea
dikemukakan secara bebas dan spontan tetapi difokuskan kepada isu yang
ditetapkan untuk mencari idea-idea yang baru
- dalam penyelesaian sesuatu masalah
- dalam mencari idea-idea baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi
- dalam membuat pelbagai interpretasi bagi sesuatu peristiwa
iv. Beberapa orang pelajar dilantik sebagai pencatat semua idea yang dikemukakan
pada papan tulis atau kertas saiz besar.
v. Penilaian idea hanya akan dibuat pada akhir sesi sumbang saran. Idea tidak boleh
dihadkan. Seberapa banyak idea boleh digalakkan untuk memperluaskan
penyelesaian. Maka untuk mendapatkan idea yang baik, masa perlu
diperuntukkan dengan mencukupi atau tambahan penilaian idea-idea
ditangguhkan atau menilai idea-idea yang disarankan bagi menentukan yang
mana berpotensi bagi mencapai objektif sumbang saran.

10.2 Peraturan Brainstorming

i. Sebarang idea boleh diutarakan dan akan diterima


ii. Setiap orang dilarang mengkritik sebarang idea orang lain kerana boleh
menimbulkan pertelingkahan.
iii. Lebih banyak idea yang dapat di kumpul adalah lebih baik.
iv. Idea-idea disarankan secara spontan.
v. Idea-idea yang dikemukakan boleh digunakan dan diperkembangkan oleh pelajar-
pelajar lain.

10.3 Keberkesanan sesi Brainstorming

Keberkesanan sesi Brainstorming bergantung pada :


48

i. Sikap positif guru dalam menggalakkan pemikiran kreatif pelajar-pelajar


ii. Penyediaan suasana yang kondusif dan terbuka untuk membolehkan pelajar-
pelajar berani mengemukakan idea walaupun dianggap tidak penting.
iii. Guru bertindak sebagai moderator yang memastikan idea-idea diutarakan secara
bebas, tanpa kritikan dan idea-idea yang dipilih akan diperkemas dan digunakan
sebaik-baiknya.

10.4 Kelebihan Brainstorming

i. Digunakan untuk menyelesaikan masalah.


ii. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk mencadangkan
pendapatnya.
iii. Semua idea-idea penyelesaian didatangkan daripada murid-murid sendiri.
iv. Strategi pembelajaran berpusatkan murid.
v. Sesi Brainstorming dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan
pendapat secara analitis, kritis dan rasional.
vi. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dengan lebih berkesan lagi.
vii. Murid-murid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain.
viii. Interaksi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan.
ix. Semangat kerjasama dan berkongsi idea ke arah menyelesaikan masalah bersama-
sama dapat disemai di dalam diri pelajar mengelakkan mereka mementingkan diri
sendiri.

10.5 Kelemahan Brainstorming

i. Murid-murid yang lemah pula tidak dapat membangunkan satu suasana


Brainstorming yang menarik.
ii. Cara menyelesaikan masalah melalui sesi Brainstorming memakan masa yang
lebih banyak memandangkan ia sepenuhnya adalah sesi meluahkan pendapat.
49

iii. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan


dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitif mereka
rendah.
iv. Masa akan terbuang begitu sahaja jika pelajar hanya berbual kosong tanpa
memberi komitmen.
v. Terlalu banyak pendapat dan idea dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan
semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir.
vi. Pelajar yang tidak dipilih pendapat dan ideanya menjadi rumusan akan
menimbulkan perasaan kecil hati murid berkenaan.
vii. Sukar untuk menggubal soalan-soalan perbincangan yang sesuai memandangkan
ia terdapat dalam pelbagai bentuk.

11.0 BUZZ

Sesi buzz merupakan suatu sesi yang mempunyai kumpulan kecil yang terdiri
daripada empat sehingga enam orang. Setiap kumpulan ini akan memilih seorang
pengerusi dan seorang pencatat. Setiap kumpulan kecil juga biasanya mengandungi
seorang pengerusi, seorang pelapor dan beberapa ahli. Sesi buzz biasanya dimulakan
selepas guru mengajar sesuatu pelajaran, kemudian kumpulan-kumpulan kecil ini akan
memulakan perbincangan.

Dalam proses perbincangan, pengerusi akan menggalakkan ahli kumpulannya


memberikan idea dan pendapat yang akan dicatatkan oleh pelapor. Ketua juga akan
membuat rumusan bagi kumpulannya. Selepas rumusan dicapai, kumpulan-kumpulan
kecil ini akan bergabung semula membentuk sebuah kumpulan besar untuk perbincangan
am. Wakil pelajar-pelajar akan mengemukakan pendapat kumpulan kecil masing-masing.
Pendapat yang telah diselaraskan dan dipersetujui akan dikemukakan kepada guru yang
akan merumuskannya dipapan tulis untuk pelajar mencatatkannya ke dalam buku nota
masing-masing.
50

Sesi buzz ini sesuai digunakan untuk melatih kemahiran bertutur, mengemukakan
pendapat, berfikir dan berusaha mencari jawapan bersama-sama serta juga sesuai untuk
kebersihan, pencemaran, peraturan dan disiplin. Di samping itu, melalui aktiviti
kumpulan, semangat kerjasama dapat dipupuk dan interaksi yang positif di antara murid
dapat digalakkan.

11.1 Kelebihan Buzz

Kaedah ini merupakan kaedah yang baik untuk mewujudkan kepelbagaian


pengajaran semasa kuliah dijalankan. Bentuk kemahiran kaedah ini adalah komunikasi
secara lisan. Semasa sesi ini berlangsung pelajar akan menggunakan pelbagai kemahiran.
Antaranya ialah kemahiran membuat keputusan, penilaian dan percambahan pemikiran di
dalam sesi ini juga penglibatan pelajar adalah secara aktif. Ini menyebabkan
keberkesanan pembelajaran menggunakan kaedah ini bertambah. Pengajar mendapat
maklum balas dengan kadar yang segera dari pelajar.

11.2 Kelemahan Buzz

Walau bagaimanapun, kaedah ini kurang sesuai untuk pengajaran berdasarkan


fakta dan prinsip asas. Ianya hanya sesuai untuk perbincangan yang berdasarkan kepada
pendapat. Kaedah ini menjadi kurang berkesan disebabkan oleh pengetahuan pelajar yang
terhad. Ia hanya akan membuang masa jika perbincangan terpesong dari tajuk.

12.0 KAEDAH LAWATAN

Projek lawatan merupakan satu jenis aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar
memerhatikan apa yang hendak dipelajari di dalam buku seperti situasi yang sebenarnya.
Lawatan juga merupakan satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak tertentu dan
pelajar akan pergi ke tempat yang dapat diperhatikan dan dikaji secara langsung.
Kebiasaannya, di peringkat sekolah ia di kendalikan oleh pihak sekolah manakala di
51

peringkat yang lebih tinggi seperti pusat pengajian tinggi ia dikelolakan pihak pelajar
sendiri sambil di pantau oleh pensyarah mereka. Pihak sekolah biasanya mengelolakan
aktiviti ini dengan membawa pelajar-pelajar melawat di tempat-tempat seperti kilang,
ladang, muzium dan tempat-tempat awam. Melalui lawatan , pelajar mendapat
pengalaman dan pengetahuan secara langsung.

Aktiviti lawatan yang dijalankan ini mempunyai beberapa tujuan tertentu dan
diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar terutamanya. Antara tujuan
lawatan ialah:

i. Memberi pengalaman sebenar kepada pelajar agar mereka dapat pengetahuan


dan gambaran yang sebenar selain daripada apa yang mereka baca, dengar dan
belajar.
ii. Membuat perbandingan dengan apa yang dipelajari dalam bilik darjah dengan
keadaan sebenar.
iii. Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan
merekodkan.
iv. Meningkatkan daya ingatan pelajar kerana apa yang didengar, dibaca dan
dilihat akan diingati dengan lebih lama lagi.
v. Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan orang luar
dari sekolah.
vi. Pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna kepada para pelajar.
vii. Mengeratkan hubungan pelajar dengan masyarakat di luar.
viii. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Bagi memastikan tiada sebarang masalah semasa lawatan diadakan tiga langkah
perlaksanaan yang penting perlu dilakukan. Ia terbahagi kepada tiga komponen iaitu
sebelum, semasa dan lepas lawatan.
52

i. Sebelum lawatan

 Pemilihan tempat lawatan


- tempat yang dipilih berkaitan dengan topik yang baru diajar. Selain itu, ia
memberi faedah dan pengetahuan kepada para pelajar.

 Kertas kerja cadangan


- membuat kertas kerja cadangan bagi lawatan yang akan diadakan.
Maklumat penting mengenai lawatan seperti objektif, butiran lawatan,
tentatif lawatan AJK, penaja dan anggaran perbelanjaan.

 Mendapatkan kebenaran
- Kebenaran daripada pengetua, pihak tempat lawatan, pihak sekolah dan
ibu-bapa pelajar adalah penting.

 Pensyarah / Guru Pengiring


- Menentukan siapa dan bilangan guru pengiring serta yang penting
kesesuaian guru tersebut sebagai guru pengiring.

 Menguruskan kenderaan
- Membuat tempahan kenderaan mengikut bilangan pelajar yang terlibat
dalam lawatan tersebut.

 Keselamatan
- Memberi taklimat kepada pelajar-pelajar mengenai peraturan dan langkah-
langkah keselamatan serta tingkah laku di tempat lawatan dan di sepanjang
perjalanan.

 Menyediakan alat-alat kelengkapan yang perlu digunakan untuk lawatan.


53

ii. Semasa Lawatan

 Penerangan
- Guru memberi penerangan kepada para pelajar jika perlu.

 Pembahagian kumpulan
- Pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya
memudahkan pergerakan pelajar dan juga supaya maklumat penting dapat
dikumpulkan dengan kerjasama ahli kumpulan.

 Penglibatan pelajar
- Memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang
dijalankan di tempat lawatan.

 Kawalan /keselamatan
- Pelajar-pelajar perlu sentiasa diperhatikan dan dikawal bagi menggelakkan
kemalangan berlaku dan melarang mereka bertindak sesuka hati.

 Maklumat tambahan
- Guru membantu pelajar bagi mendapatkan maklumat tambahan dan di
samping menggalakkan pelajar mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan serta memberi penerangan apabila pelajar menunjukkan keraguan.

iii. Selepas Lawatan

 Perbincangan
- Guru mengadakan perbincangan dengan pelajar berhubung dengan
perkara-perkara yang diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan.

 Menjawab soalan
54

- Sesi soal jawab antara pelajar dan guru diwujudkan bagi memperjelaskan
segala kesulitan dan soalan yang pelajar kurang fahami semasa lawatan.

 Membuat laporan
- Guru membantu pelajar membuat laporan mengenai lawatan tersebut.

 Membimbing
- Guru membimbing pelajar menyediakan rumusan mengenai lawatan.

 Mempamerkan bahan
- Pelajar mempamerkan bahan yang dikumpulkan ketika lawatan.

12.1 Prinsip-prinsip Lawatan

i. Tempat lawatan hendaklah memberi manfaat kepada pelajar-pelajar.


Tujuannya ialah ia dapat meningkatkan kefahaman satu-satu konsep.
ii. Tempat lawatan adalah selaras dengan topik pelajaran.
iii. Kebenaran daripada pengetua, ibu-bapa dan pengurus tempat lawatan
hendaklah diperoleh terlebih dahulu.
iv. Rancangan yang teliti hendaklah dibuat.
v. Memberitahu pelajar mengenai perkara penting yang perlu diperhatikan.
vi. Soalan soal selidik yang mudah boleh disediakan untuk memberi panduan
kepada para pelajar tentang aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian.
vii. Perbincangan dan aktiviti susulan hendaklah diadakan selepas lawatan dibuat.

12.2 Kelebihan dan Kelemahan Kaedah Lawatan

Walau bagaimanapun kaedah lawatan yang dilakukan masih terdapat kelebihan


dan kelemahannya iaitu :
55

12.2.1 Kelebihan Kaedah Lawatan

i. Memberikan murid-murid kesempatan memperoleh pengalaman secara langsung


ii. Memberikan kesempatan kepada murid-murid membandingkan perkara-perkara
yang dipelajari dalam bilik darjah dengan situasi yang sebenar.
iii. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran di sekolah
iv. Mengukuhkan ingatan tentang perkara-perkara yang dipelajari.
v. Mengeratkan perhubungan di antara sekolah dengan masyarakat.
vi. Kaedah lawatan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran.
vii. Lawatan dapat menghasilkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah /
kelas.
viii. Dapat meningkatkan kemahiran pelajar memerhati, menganalisis dan membuat
laporan.

12.2.2 Kelemahan Kaedah Lawatan

i. Pengelolaan lawatan adalah satu yang rumit. Ia memerlukan banyak masa dan
tenaga serta kos yang tinggi untuk menguruskannya.
ii. Ia memerlukan tanggungjawab yang berat seperti menjaga keselamatan dan
mengawal disiplin murid
iii. Kebenaran melawat tempat-tempat tertentu seperti kilang-kilang ternama atau
ladang-ladang swasta tidak mudah didapati kerana ada di antara pihak
pengurusan enggan menerima lawatan murid-murid yang mungkin
menimbulkan masalah disiplin semasa membuat lawatan.
iv. Objektif lawatan mungkin tidak tercapai sepenuhnya memandangkan ramai
murid menggunakan lawatan dengan tujuan untuk menghiburkan hati.

Lawatan selalunya menarik minat pelajar tetapi aktiviti ini tidak dapat diadakan
lebih kerap kerana banyak aspek pengurusan yang perlu ditangani. Umpamanya, aspek
keselamatan pelajar dan perbelanjaan. Namun begitu, lawatan tidak semestinya ke tempat
56

yang jauh. Lawatan juga boleh dilakukan dalam kawasan sekolah dengan melawat taman
atau sudut sains yang berkaitan dengan pengajaran biologi.

Langkah membawa pelajar keluar dari kelas dapat menyedarkan pelajar perkara
yang dipelajari adalah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar. Lawatan juga dapat
mengukuhkan lagi ingatan pelajar tentang perkara yang telah dipelajari di samping
memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman langsung dengan cara yang
menarik.

13.0 STRATEGI PENGAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


(KOLABORATIF)

Pusat latihan teknik dan vokasional ditubuhkan untuk menjaga kepentingan


ekonomi di mana sesebuah negara yang maju harus menyediakan secara berterusan
tenaga mahir yang diperlukan untuk membangunkan sektor ekonomi ( Labaree 1997 ).
Secara umumnya, objektif penubuhan sekolah vokasional adalah supaya kurikulum
sekolah lebih responsif terhadap keperluan guna tenaga manusia dalam pasaran buruh
terutama tenaga mahir dan separa mahir. Dari segi definisi, pendidikan akademik adalah
pendidikan yang bersifat generik dan liberal yang menyediakan pelajar untuk
menyambung pelajaran ke peringkat universiti manakala pendidikan vokasional secara
umumnya boleh ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan atau latihan berasaskan
kemahiran teknikal untuk melahirkan tenaga mahir dan separa mahir.

Pendidikan teknik vokasional kini telah menghubungkaitkan pembelajaran di


sekolah dengan aplikasinya yang sebenar di luar bilik darjah, meningkatkan penyertaan
aktif pelajar dalam pembelajaran iaitu menyediakan pembelajaran secara kontekstual,
menggabungkan kepakaran guru akademik dan guru vokasional melalui ’pengajaran
berpasukan’ dan untuk meningkatkan ’ kolaborasi bestari’ antara sekolah, masyarakat
dan industri. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana
yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan
57

secara praktikal. Pendekatan ini memerlukan guru-guru akademik dan vokasional


menghubungkan sekolah dengan alam pekerjaan secara kreatif dan produktif. Untuk
memenuhi tuntutan ini, usaha sama antara sekolah dan industri hendaklah dijalinkan di
mana peluang untuk pelajar melihat aplikasi pembelajaran di sekolah kepada proses yang
berlaku di industri akan meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu karier. Latihan di
industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti belajar dalam
suasana alam pekerjaan yang sebenar, mendapat bimbingan dari pekerja lain yang
berpengalaman, belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya
hypothetical seperti yang biasanya berlaku di dalam bilik darjah. Justeru itu,
perancangan yang rapi dan sistematik diperlukan untuk menarik minat pihak industri
untuk sama-sama terlibat dalam usaha sama.

Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi


berlaku di antara pelajar dengan bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan tenaga pengajar. Kolaboratif bukan hanya sekadar bekerja bersama-sama dalam
satu pasukan, ianya lebih merujuk kepada proses komunikasi keseluruhan kelas. Pelajar
mempraktikkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk membantu
memantapkan serta mengamalkan apa yang telah mereka pelajari, dan apabila penilaian
individu dilakukan pembelajaran ini adalah dalam bentuk ingatan yang panjang.(Donna
Walker Tileston, 2000)

Schrage ( 1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti


bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang didapati
daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen ( 1996), pembelajaran kolaboratif dapat
membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan
pembelajaran secara individu.

Aktiviti kolaboratif ini dijalankan dengan cara tenaga pengajar memberi kerangka
masalah dan pelajar kemudiannya akan memberi idea kepada penyelesaian masalah
tersebut. Seterusnya pelajar akan menentukan strategi dan kaedah penyelesaian yang
akan digunakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerja penyelesaiannya. Melalui
58

kaedah ini, pelajar belajar menilai hasil dapatan yang diperoleh serta membuat keputusan
dengan tepat. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif
secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan
dipelajari oleh pelajar.

13.1 Kebaikan kolaboratif

i. Menjadikan pelajar lebih berkeyakinan, bersosial dan berdikari.


ii. Melatih pelajar berfikir secara analitis, kritis dan rasional.
iii. Merupakan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
iv. Melatih kerjasama yang dinamis dan membakar semangat pelajar untuk
memperoleh ilmu secara total berdasarkan usaha sendiri.

13.2 Kelemahan kolaboratif

i. Merupakan proses jangka panjang serta banyak masa diperlukan untuk


mempraktikkan kaedah ini.
ii. Perbezaan tahap kebolehan pelajar menganalisis maklumat membatasi proses
pengajaran dan pembelajaran.
iii. Memerlukan kecekapan pengajar untuk mengendalikan pengajaran dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran.

14.0 PENGAJARAN ANDRAGOGI

Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu
teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa
adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program
pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini. Andragogi membuat
andaian-andaian berikut tentang corak pembelajaran

i. Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu


59

ii. Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen

iii. Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah

iv. Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya


mempunyai nilai segera

Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu


berfokuskan lebih kepada proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi
seperti kajian kes, main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna.
Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator atau kakitangan resos dan kurang sebagai
pensyarah atau penilai. Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran
orang dewasa dan telah digunakan dengan meluasnya dalam mencorakkan lahan
organisasi .

Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam latihan


komputer peribadi:

i. Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu,


fungsi, operasi
ii. Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan -aktiviti
pembelajaran harus dalam konteks di mana tugas- tugas dilakukan.

iii. Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan
aktiviti pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman
penggunaan komputer yang berbeza.

Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan
pelajar dewasa melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika
kesilapan berlaku. Marzano dan Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan mendalam
(Deep Processing) yang menegaskan komponen-komponen pemikiran iaitu imej, sensasi,
emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik, keempat-empat
komponen dibangkitkan.
60

Prinsip-prinsip Andragogi adalah seperti berikut.

i. Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya.


ii. Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran.

iii. Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan
yang segera dengan pekerjaan atau kehidupan peribadinya.

iv. Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi
isi kandungan

15.0 KESIMPULAN

Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan


kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Di antara
teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, perbincangan, demonstrasi,
bersyarah, latih tubi, permainan dan sumbang saran. Tujuan digunakan pelbagai teknik
mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan
perhatian, serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif P&P.
Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan
dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara.
Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan
merancang kaedah, teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran
yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan
perlu dipertimbangkan, antaranya ialah :

i. Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran


ii. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan
61

iii. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut
prinsip dan teori pembelajaran.

iv. Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik

v. Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar.

vi. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.

Kaedah pengajaran yang dilaksanakan perlu jua menerapkan nilai-nilai murni


bagi mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Dalam pengajaran subjek komputer dalam pendidikan ini telah diterapkan dengan
beberapa nilai murni agar pelajar-pelajar dapat dibentuk ke arah yang positif. Nilai-nilai
murni yang akan diterapkan adalah seperti berdikari, bekerjasama, tepati masa dan sabar.
Penerapan nilai murni di atas dapat diterapkan secara tidak langsung dalam beberapa
aktiviti P&P. Contohnya dalam aktiviti kumpulan melakukan proses membuka dan
memasang komponen komputer serta mengenali fungsi perkakasan komputer, pelajar
akan bekerjasama dan melakukan aktiviti yang diterapkan dengan penuh minat dan sabar,
di samping mengikut jangka masa yang ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu aktiviti.

Hasil kajian menunjukkan terdapat kepelbagaian kaedah dalam proses P&P.


Kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru atau pensyarah untuk
mempelbagaikan proses pengajaran mereka adalah kaedah syarahan/kuliah, kaedah
amali/bengkel, kaedah tunjuk cara/demonstrasi, kaedah projek, kaedah simulasi, kaedah
interaktif (perbincangan, sumbang saran, buzz, perbahasan, forum, seminar), kaedah
lawatan, strategi pengajaran teknik dan vokasional (kolaboratif), pengajaran berkomputer
dan pengajaran andragogi. Penggunaan kaedah-kaedah ini dalam pengajaran akan
mempelbagaikan lagi teknik pengajaran, memberikan suasana baru kepada pelajar dan
secara tidak langsung menarik minat mereka terhadap penguasaan ilmu dan menyumbang
kepada proses P&P yang berkesan.

You might also like