Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Keluarga Saya

Setiap orang mempunyai keluarga masing-masing. Saya

mempunyai keluarga yang kecil dan bahagia. Keluarga saya

terdiri daripada lima orang. Mereka ialah ayah, ibu, kakak,

adik dan saya.

Bapa saya bernama Aw Tuck Wah . Dia bekerja

sebagai seorang penjaja di sebuah restoran. Bapa saya

berbadan gemuk tetapi sihat dan kuat. Bapa saya seorang

yang tegas 严肃 tetapi penyayang.

Nama ibu saya ialah Maggie Lam. Dia seorang suri

rumah tangga. Ibu saya berbadan tinggi dan berambut

pendek. Ibu saya sangat rajin kerana dia mengemas,

memasak, membasuh dan menjaga kami sekeluarga setiap

hari.

Nama kakak saya Aw Kah Yan . Dia berumur 14(empat

belas) tahun. Kakak saya belajar di sekolah menengah.

Kakak saya seorang yang ringan tulang kerana dia selalu

membantu ibu mengemas rumah.


Adik saya bernama Aw Jun Zheng. Dia berumur lima

tahun.Dia telah masuk ke sekolah tadika. Adik saya seorang

yang ceria kerana selalu menceriakan keluarga.

Saya sangat sayang dan bersyukur kerana mempunyai

sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap kami

sekeluarga dapat hidup bersama selama-lamanya.

You might also like