Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

KPS 3014: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

ISMP BIMBINGAN
NUR ZULAIKHA BINTI CHE ZAKARIA D20202096222 DAN
KAUNSELING

NUR SYAHIRAH BINTI ZAINUDDIN D20202096303 ISMP TESL

FATIMATUL NAFISA BINTI SHAIFFUDDIN D20202096294 ISMP TESL

NOELLYN RAJ A/P RAJASINGAM D20201095183 ISMP TESL

ISMP
NUR SYAHMI BINTI ARIFIN D20202096388 PENDIDIKAN
KHAS

AISYAH ASSYAHINDAH BINTI MOHD ZAMZURI D20202096875 ISMP TAHFIZ


QIRAAT

KUMPULAH KULIAH: E

PENSYARAH:
PROFESOR DR. AMIR HASSAN BIN DAWI

TARIKH SERAHAN:
31 DISEMBER 2021
1.0 PENGENALAN

1.1 Sekolah
1.1.1 Definisi Sekolah
Secara umumnya, sekolah merupakan suatu institusi pendidikan yang berbentuk
formal, informal mahupun nonformal dalam agensi kerajaan atau swasta bagi tujuan
pendidikan dan pengajaran. Kamus Online DBP (2017) mentakrifkan sekolah sebagai
suatu tempat bagi belajar dan mengajar serta tempat bagi menerima dan memberi
pembelajaran.

1.1.2 Peranan Sekolah


Menurut Kamaruddin Husin (1995:33) peranan sekolah dapat dibahagikan kepada
beberapa aspek iaitu sosialisasi, pendidikan dan latihan serta membentuk sahsiah
murid.

Pertama, proses sosialisasi amatlah berguna bagi mendidik murid cara berinteraksi
dengan masyarakat luar. Interaksi yang wujud antara guru dan murid serta sesama
murid dengan rakan sekelas membolehkan mereka untuk mendalami peranan sosial
secara efektif. Contohnya, proses interaksi di dalam kelas semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran ( PdP )atau penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum.

Di samping itu, sekolah turut berperanan dalam mendedahkan murid dengan


kemahiran teknikal selari dengan perkembangan teknologi semasa. Bahan PdP
seperti Smart Classroom, Creative Animation dan Interactive Educational Games
mampu melahirkan murid yang pakar dalam kemahiran Information Technology (IT)
selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan
individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Akhir sekali, sekolah bertanggungjawab untuk membentuk murid yang berakhlak mulia
dan berbudi pekerti. Anggota sekolah iaitu pengetua atau guru besar, guru-guru
sekaligus pihak pentadbir mestilah menjalankan peranan masing-masing dalam
membasmi masalah sosial dalam kalangan murid contohnya masalah buli, lepak dan
ponteng kelas.
1.2 Persekitaran
1.2.1 Definisi Persekitaran
Kamus Online DBP (2017) menyatakan persekitaran membawa maksud kawasan yang
berada di sekeliling sesuatu tempat. Bagi tujuan kajian, persekitaran di sini dapat
ditakrifkan sebagai suasana di sekeliling sekolah yang memberi kesan terhadap prestasi
murid secara menyeluruh dari aspek akademik, sahsiah, jasmani serta kokurikulum.

1.2.2 Peranan Persekitaran


Kecenderungan murid untuk kekal berada dalam suasana pembelajaran semasa PdP
bergantung kepada persekitaran sekolah yang kondusif dan selesa. Peranan
persekitaran yang utama ialah terhadap pencapaian akademik murid. Menurut Waldrip
dan Fisher (2003), prestasi pembelajaran murid meningkat apabila mereka berada di
dalam persekitaran kelas yang baik. Di samping itu, persekitaran yang selesa dan
menarik juga meningkatkan tingkah laku positif dan menurunkan jumlah tingkah laku
negatif murid. Sehubungan dengan itu, Mohd Hizwan et al. (2017) telah menyatakan
bahawa persekitaran kelas yang kondusif mendorong murid untuk berfikiran kritis dan
kreatif. Proses PdP yang berlangsung dalam kelas dan hubungan baik antara murid
serta tenaga pengajar juga mendapat impak positif dengan adanya persekitaran yang
kondusif (Ainun Rahmah et al., 2017).

1.2.3 Ciri-Ciri Persekitaran Kondusif


Persekitaran amat signifikan dalam memastikan tahap kepuasan dan kecemerlangan
akademik pelajar sentiasa berada pada tahap yang memuaskan. Terdapat dua jenis
persekitaran kondusif di sesebuah sekolah iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran
psikososial seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.
Rajah 1: Persekitaran Psikososial dan Persekitaran Fizikal

1.2.3.1 Persekitaran Fizikal


Persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dapat memastikan proses PdP
berjalan dalam keadaan yang selesa. Antara perkara yang perlu diambil kira
dalam persekitaran fizikal bilik darjah termasuklah:
1) Perabot
a) Penyusunan dan kedudukan murid dalam kelas memberi impak
yang besar terhadap kelangsungan proses PdP
b) Murid akan merasa lebih selesa di dalam kelas jika susun atur
kerusi, meja dan perabot berada dalam keadaan yang baik
c) Saiz dan jumlah perabot seperti kerusi dan meja turut
mempengaruhi iklim kelas dan keselesaan murid serta guru
2) Ruang
a) Keadaan fizikal kelas contohnya jumlah pelajar atau lebar, tinggi
dan panjang kelas
b) Ruang yang fleksibel membolehkan guru mengaplikasikan
pelbagai kaedah PdP yang menarik contohnya aktiviti kolaborasi
3) Pencahayaan
a) Pencahayaan yang lembut seperti lampu fluoresen dapat
meningkatkan tahap fokus murid di dalam kelas
b) Pencahayaan yang sesuai juga boleh mengelakkan timbulnya
masalah seperti jarak penglihatan murid terjejas
4) Kualiti Udara
a) Aliran, suhu dan kelembaban udara memberi kesan terhadap
prestasi murid dalam kelas
5) Warna
a) Pemilihan warna yang bersesuaian di dalam dan luar kelas dapat
mempengaruhi emosi, sikap dan tahap kepuasan murid

1.2.3.2 Persekitaran Psikososial


1) Interaksi antara murid dengan murid, murid dengan guru dan
murid dengan persekitaran
2) Ciri-ciri persekitaran psikososial yang kondusif ialah keselamatan,
keceriaan dan kemesraan dalam aspek tingkah laku dan interaksi

1.3 Masyarakat
1.3.1 Definisi Masyarakat
Masyarakat dapat dijelaskan sebagai sekumpulan individu yang menetap bersama dan
kerap berhubung yang kemudiannya membentuk hubungan antara pelbagai manusia.
Menurut Kamus Online DBP (2017), definisi masyarakat ialah satu komuniti manusia
yang hidup bersama di suatu tempat dengan cara tertentu. Dalam konteks kajian ini,
masyarakat merujuk kepada sekumpulan individu yang berada di luar sekolah termasuk
ibu bapa, jawatankuasa seperti polis, bomba, JKKK (jawatankuasa ketua kampung),
media massa serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

1.3.2 Peranan Masyarakat


Pendidikan dan masyarakat saling bergantung di antara satu sama lain bagi
membangunkan pendidikan negara. Hal ini demikian kerana, jika tiada penglibatan dari
masyarakat setempat, sektor pendidikan mungkin terpaksa meminta bantuan dari
negara yang jauh lebih maju pendidikannya. Justeru itu, peranan masyarakat dalam
pendidikan sememangnya penting bagi kebaikan segenap rakyat.

Antara peranannya ialah membantu melaksanakan segala aktiviti dan program dengan
memberi khidmat kepada pihak sekolah. Penglibatan daripada pengawal keselamatan
sekolah, jawatankuasa seperti polis, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia
(RELA) dapat melicinkan perjalanan aktiviti yang dijalankan sekolah. Mereka juga dapat
memelihara keselamatan semasa program berlangsung mahupun ketika sesi PdP
berjalan seperti biasa. Selepas itu, jawatankuasa yang terlibat dapat mencadangkan
langkah-langkah keselamatan yang lebih ketat bagi meningkatkan keselamatan semua.

Tambahan pula, masyarakat berperanan membantu pihak sekolah menangani gejala


sosial dalam kalangan murid secara lebih efektif. Bermula daripada ibu bapa hingga ke
masyarakat yang berada sekeliling murid, semua pihak hendaklah berganding bahu
dalam menangani hal ini. Pada era globalisasi ini, pelbagai masalah disiplin dan gejala
sosial yang berleluasa dalam kalangan murid sekolah. Menjadi tanggungjawab
masyarakat setempat untuk kekal peka dengan persekitaran mereka dan mengambil
tindakan yang sepatutnya. Contohnya, melaporkan kepada guru kelas atau kepada
pihak polis.

1.4 PIBG
1.4.1 Definisi PIBG
Berdasarkan Akta Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 1996, Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) telah diperkenalkan di semua sekolah kerajaan. Ini bertujuan
bagi membolehkan matlamat mutu pengajaran dan pembelajaran dapat direalisasikan
dengan kerjasama yang baik antara ibubapa dan pihak guru.

1.4.2 Peranan PIBG


Pertama, membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi murid dan memelihara
kebaikan mereka. Misalnya, dengan mengadakan mesyuarat bulanan atau tahunan PIBG
untuk membicarakan hal berkaitan kemajuan akademik dan kokurikulum murid.
Seterusnya, PIBG turut bertanggungjawab dalam sumber kewangan bagi pihak sekolah.
Kebiasaannya, terdapat tabung kutipan PIBG bagi tujuan menambah baik fasiliti sekolah
atau kebajikan murid. Selain itu, PIBG juga merupakan perunding dalam pencapaian
pendidikan dan kokurikulum murid dengan guru sekolah. Mereka akan berganding bahu
dengan pihak sekolah dengan saling bertukar idea bagi memajukan prestasi murid serta
sekolah.
1.5 Hubungan antara Pihak Sekolah dengan Pihak Luar Sekolah
1.5.1 Hubungan Sekolah dan Masyarakat

Sekolah merupakan sebuah institusi sosial di mana sekolah itu sifatnya tidak
boleh wujud bersendirian. Dalam pentadbiran sekolah, guru besar atau pengetua
kebiasaannya akan dibantu oleh guru. PIBG secara lazimnya dipengerusikan oleh wakil
dari ibu bapa. Kebiasaan calon pengerusi tersebut dipilih atas dasar kelebihannya yang
boleh memimpin dengan baik. Muafakat dan kerjasama diperlukan dari kedua-dua
pihak iaitu pihak sekolah dengan pihak luar sekolah untuk mengatasi masalah yang ada.
Antara pihak utama yang sering terlibat dalam perihal ini ialah ibu bapa serta
masyarakat. Mengenangkan matlamat sekolah adalah untuk mencapai akademik, maka
terdapat pelbagai bantuan yang boleh dihulur oleh pihak luar sekolah. Sebagai contoh,
masyarakat atau ibu bapa boleh menyumbang wang untuk pembiayaan aktiviti kelas
malam atau kelas tuisyen bagi meningkatkan lagi mutu kualiti akademik serta prestasi
murid-murid.

Rajah 2: Hubungan Kompleks antara Sekolah dan Masyarakat


Rajah 3: 3 Dimensi Interaksi Sekolah

1.5.2 Bentuk Jalinan 3 Dimensi Interaksi Sekolah

Rajah 3 di atas menunjukkan pihak yang terlibat dalam bentuk jalinan 3 dimensi
interaksi sekolah. Terdapat 3 pihak dalam sekolah yang terlibat secara langsung dalam
jalinan interaksi iaitu pihak pentadbir, guru serta murid-murid. Manakala tiga dimensi
interaksi dengan pihak luar sekolah pula melibatkan pihak sekolah, ibu bapa, serta
komuniti dan masyarakat. Faktor luar sekolah dan dalam sekolah ini mempunyai
perkaitan yang jelas.

1.6 Faktor Dalaman dan Luaran Hubungan Masyarakat dan Sekolah

Terdapat beberapa faktor dalaman utama yang memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi beberapa perkara berkaitan sekolah. Pertama sekali, faktor gaya
kepimpinan. Gaya kepimpinan yang berkesan dapat membantu dalam mencapai
matlamat asal sesebuah sekolah itu bukan sahaja dari aspek akademik malah sahsiah
dan tingkah laku. Gaya Kepimpinan mempunyai 4 jenis iaitu Autokratik, Demokratik,
Laissez faire dan Kontingensi.Setiap jenis kepimpinan ini mempunyai kebaikan dan
keburukan masing-masing. Kepimpinan yang berkesan juga boleh mewujudkan
peserkitaran yang baik kepada guru-guru dan murid-murid. Hal ini dapat dibuktikan
melalui kepimpinan seseorang pengetua sekolah itu yang berjaya mewujudkan
persekitaran yang kondusif yang menyokong peningkatan produktiviti dalam kalangan
guru serta murid-murid. Gaya kepimpinan bukan terletak pada pengetua sahaja. Malah
gaya kepimpinan guru juga terlibat sekali. Hal ini kerana ada pelajar perlu dipimpin
dengan gaya demokratik dan setengah pelajar perlu dipimpin dengan gaya autokratik.
Oleh itu, guru perlu bijak dalam memilih gaya kepimpinan yang paling sesuai dengan
pelajar serta situasi. Selain itu, faktor bentuk interaksi. Interaksi antara guru dan
murid-murid sangat penting kerana interaksi membawa impak kepada sekolah dan
persekitaran. Jadi, untuk mendapatkan persekitaran yang ideal, interaksi yang sihat
antara guru dan murid-murid perlu diutamakan bukan sahaja untuk mencapai matlamat
sekolah, malah untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian persekitaran.
Seterusnya, faktor peranan guru-guru. Guru merupakan individu yang
bertanggungjawab dalam menggalas tugas sebagai pembimbing murid-murid. Akhir
sekali, faktor peranan ibu bapa serta komuniti. Seperti yang kita ketahui, ibu bapa
merupakan ahli penting dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Mereka boleh
menghulurkan bantuan kepada sekolah dalam keadaan tertentu. Seperti contoh, ibu
bapa diberi peluang untuk bersuara dan mengutarakan pendapat dan idea ketika Majlis
Mesyuarat Tahunan PIBG di mana mesyuarat ini kebiasaannya bertujuan untuk
membantu dalam memajukan perkembangan murid serta menjaga kebajikan murid.

Terdapat beberapa faktor luaran yang mempengaruhi corak interaksi dan


pembelajaran yang perlu diambil kira oleh guru-guru. Pertama sekali, faktor kelas sosial.
Kelas sosial mengikut bahasa mudah untuk difahami adalah golongan kaya dan miskin.
Pada era globalisasi kini, masyarakat mengambil kira akan faktor kelas sosial dalam
memberi layanan yang berbeza. Di dalam masyarakat moden kini, kelas sosial dapat
dibahagi kepada 4 lapisan dimana lapisan paling atas dikenali sebagai kelas sosial atas
yang menempatkan golongan yang kaya. Lapisan kedua pula bagi kelas sosial
menengah yang kebiasaannya terdiri dari mereka yang berpendapatan sederhana.
Lapisan ketiga pula terdiri daripada golongan yang bekerja berkolar biru. Akhir sekali
ialah lapisan keempat iaitu kelas bawah yang terdiri daripada golongan yang
berpendapatan rendah. Setiap kelas ini mempengaruhi sikap dan tingkah laku
seseorang murid itu di sekolah. Sebagai contoh, kebiasaannya murid-murid yang datang
dari keluarga yang kaya mempunyai jangkaan yang tertentu pada pihak sekolah. Jadi,
guru-guru perlulah memahami setiap situasi dalam perbezaan kelas sosial untuk
menangani masalah sedemikian.

Seterusnya ialah faktor etnik. Faktor ini mempengaruhi hubungan bukan sahaja
sekolah dengan masyarakat, malah di antara murid sesama mereka. Etnik yang
pelbagai bermaksud terdapat pelbagai agama dan budaya yang berbeza. Jadi, ini juga
mempengaruhi bentuk interaksi. Di samping itu, faktor gender. Gender dan jantina
adalah dua perkara yang berbeza di mana jantina merujuk kepada jantina asal dari lahir
manakala gender lebih merujuk kepada budaya dan amalan yang dipraktikkan oleh
seseorang murid itu. Sebagai contoh, seseorang murid yang namanya di sijil lahir tertulis
‘binti’ yang membawa maksud anak perempuan. Namun, murid tersebut mengamalkan
gaya seperti lelaki. Jadi, tugas guru ialah untuk memahami isu-isu murid kerana faktor
gender ini mempengaruhi sahsiah mereka. Akhir sekali ialah faktor agama. Oleh kerana
terdapat pelbagai kecelaruan tentang agama mengenai fahaman-fahaman baru, guru
perlu tahu cara untuk menanganinya kerana faktor agama ini mempengaruhi corak
interaksi murid-murid.

Seperti yang kita ketahui, negara kita bukan sahaja mementingkan akademik,
malah sahsiah juga dijadikan matlamat utama bagi mencapai hajat negara untuk
berterusan maju tanpa membelakangi kepentingan akhlak dan sahsiah. Oleh itu, faktor
dalaman dan luaran amat penting untuk difahami oleh guru-guru untuk menjadikan
sekolah itu sebagai agen ssialisasi yang berfungsi dan berkualiti.

2.0 LATAR BELAKANG

Untuk kajian tugasan ini, kami telah bersepakat untuk menemu bual seorang guru yang
mengajar di Sekolah Kebangsaan Bachok yang berlokasi di Kelantan. Beliau telah
berkhidmat di sekolah tersebut selama 12 tahun dan mempunyai pengalaman mengajar
selama 22 tahun.

Sekolah Kebangsaan Bachok merupakan sebuah sekolah harian yang telah


beroperasi lama sejak 1920. Sekolah ini mempunyai jumlah guru seramai 50 tidak
termasuk staf serta jumlah keseluruhan murid seramai 785 orang. Visi Sekolah
Kebangsaan Bachok ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Misi
sekolah ini pula ialah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”. Tidak lupa juga pada
moto sekolah ini iaitu “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”.

Sekolah ini mempunyai 4 blok utama. Blok 1 dan 2 menempatkan Pusat


Pentadbiran, bilik-bilik darjah, perpustakaan, bilik guru, bilik isolasi, tandas murid,
koperasi serta surau. Manakala Blok 3 pula menempatkan makmal komputer, padang
permainan serta stor sukan. Blok 4 pula menempatkan Dewan Utama dan bilik
mesyuarat. Akhir sekali, Blok Prasekolah yang hanya mempunyai 2 kelas, blok kantin,
garaj basikal serta dataran perhimpunan utama.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1) Menghuraikan kesan persekitaran sekolah terhadap prestasi murid

2) Mengenal pasti hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat

3) Meneliti keberkesanan penglibatan PIBG dalam membantu meningkatkan prestasi


sekolah secara menyeluruh.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah kesan persekitaran Sekolah Kebangsaan Bachok terhadap prestasi


murid-muridnya?
2. Bagaimanakah hubungan antara pihak sekolah SK Bachok dengan masyarakat
setempat di Kelantan?
3. Apakah kepentingan PIBG sebagai masyarakat luar kepada murid-murid serta sekolah?
5.0 METODOLOGI KAJIAN

Beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat. Kepelbagaian kaedah
digunakan adalah bertujuan untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah tepat, jelas
dan benar.

Berdasarkan objektif yang dinyatakan, kajian ini telah menggunakan pendekatan kajian
kualitatif. Kajian kualitatif ini diperoleh dengan cara acarian atas talian, perbincangan kumpulan
dan soal selidik. Bahagian ini menerangkan metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk
kajian, subjek kajian, prosedur kajian, prosedur kajian, prosedur pengumpulan dan analisis
data.

5.1 REKA BENTUK KAJIAN


Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji merangka kajian agar mempunyai hala
tuju yang sejajar dengan garis panduan masa yang telah ditetapkan.

5.2 SUMBER KAJIAN


Pengkaji telah memilih lokasi dan responden lokasi dan memilih responden untuk
dijadikan sebagai subjek atau sampel kajian dalam tugasan ini, Latar belakang subjek
diberi penekanan selari dengan tajuk yang diberikan iaitu ‘Sekolah dan Persekitaran’.
5.3 PROSEDUR KAJIAN

Topik kajian yang dijalankan oleh kumpulan kami ialah “ Sekolah dan Persekitaran”. Kajian ini
dijalankan setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan hasil perbincangan dengan
guru-guru yang terlibat. Kaedah yang digunakan ialah soal selidik. Prosedurnya yang pertama
ialah kami memberikan soalan kepada para guru dan pelajar.

Seterusnya, soalan dibagikan kepada para guru dan pelajar. Soalan yang diberikan kepada
guru ialah :

· Apakah kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh sekolah ini kepada pelajar?

· Mengapa persekitaran sekolah penting bagi kedua-kedua bidang akademik dan


ko-kurikulum?

· Apakah program yang telah dilaksanakan di sekolah ini melibatkan komuniti luar?
· Apakah kepentingan komuniti luar terhadap sekolah?

· Apakah tujuan PIBG diwujudkan?

· Jelaskan kesan PIBG kepada pelajar dan juga sekolah?

· Kesan PIBG kepada pelajar?

Soalan yang dibagikan kepada pelajar pula ialah :

· Apakah kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh sekolah ini kepada pelajar?

· Mengapa persekitaran sekolah penting bagi kedua-kedua bidang akademik dan


ko-kurikulum?

Kemudian, masa yang diberikan kepada para guru dan pelajar adalah selama tiga hari. Ini
bagi memudahkan para guru dan pelajar untuk menjawab soalan sewaktu masa lapang dan
tidak mengganggu aktiviti harian mereka.

5.4 PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA

● Carian atas talian


-Pengkaji telah menggunakan sumber carian daripada internet sebagai salah satu
daripada sumber untuk mencari maklumat berkaitan dengan objektif kajian.

-Maklumat yang didapati daripada beberapa laman web, jurnal dan portal-portal yang
berada di atas talian.

- Proses pencarian maklumat menjadi lebih sistematik serta menjadikan proses


pengumpulan maklumat lebih lancar.

● Soal Selidik (Google form, iv)


- Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik sebagai salah satu inisiatif untuk
mendapatkan maklumat daripada sumber kajian. Pengkaji membina dua pautan url
kepada guru-guru dan pelajar. Data yang dikumpulkan ini dijadikan sebagai satu bukti
kesahihan terhadap setiap soal selidik yang dijalankan.

- Selain itu, pengkaji juga menggunakan teknik temu bual untuk mendapatkan info-info
tambahan mengenai topik ‘Sekolah dan Persekitaran’ yang dibincangkan. Pengkaji
menyediakan beberapa soalan untuk diajukan kepada subjek. Jawapan yang diambil
dijadikan sebagai satu rujukan dan data bagi menyempurnakan tugasan ini.

● Perbincangan
- Berdasarkan kajian ini, perbincangan antara ahli kumpulan amat penting untuk
memperoleh maklumat dan mencapai satu kata sepakat dalam membuat kajian. Hal ini
juga penting untuk bekerjasama bagi memastikan kejayaan di akhir kajian ini. Antara
platform yang kami gunakan untuk membuat perbincangan adalah, kami menggunakan
aplikasi whatsapp dan google meet.
6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 PENGENALAN

Soal selidik yang telah dilakukan ini melibatkan 68 responden dari Sekolah
Kebangsaan Bachok. Responden-responden ini terdiri daripada para guru dan juga
pelajar. Kami telah menyediakan dua ‘google form’ yang khusus bagi para guru dan juga
pelajar. Soal selidik ini juga telah dijalankan melalui dalam talian. Selain itu, kami juga
telah membuat temu bual dengan salah seorang guru di sekolah tersebut.
Maklumat-maklumat adalah seperti berikut ;

Jadual 1 : Peratusan Responden Yang Terlibat

Jadual 1 di atas menunjukkan peratusan responden yang terlibat dalam


menjawab soal selidik yang disediakan. Seramai 68 responden dari Sekolah
Kebangsaan Bachok yang terdiri daripada guru dan pelajar . Seramai 45 ( 66%) orang
guru dan 23 (34%) orang pelajar yang telah mengambil bahagian dalam menjawab soal
selidik ini.

6.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Analisis dapatan kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan-persoalan


kajian seperti di bawah;

6.2.1 Hubungan Persekitaran Sekolah Dengan Prestasi Pelajar


Hasil daripada soal selidik serta temu bual yang dilaksanakan, didapati
persekitaran sekolah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
prestasi pelajar. Ini dapat ditunjukkan melalui carta di bawah ;

Jadual 2 : Persekitaran sekolah dan iklim yang baik

Berdasarkan carta pai di atas, majoriti guru 35 (83%) memilih setuju bagi
keadaan sekolah mereka mempunyai iklim yang baik dan kondusif. Ada juga
responden yang telah berpendapat kadang-kadang bagi iklim persekitaran
sekolah yang kondusif, iaitu sebanyak 5 orang guru (12%). Serta seramai 2
orang guru (5%) tidak bersetuju dengan keadaan persekitaran sekolah yang
mempunyai suasana kondusif.

Situasi ini juga berlaku kepada jawapan bagi pihak pelajar. Seramai 19 orang
pelajar (83%) telah bersetuju dengan keadaan persekitaran sekolah yang
kondusif. Namun, ada juga pelajar yang memilih kadang-kadang iaitu seramai 4
orang pelajar (17%).

Hal ini dapat dirumuskan bahawa, bagi memastikan prestasi pelajar memuaskan,
persekitaran dan iklim sekolah haruslah sentiasa berada dalam keadaan
kondusif. Antara ciri-ciri yang perlu diaplikasikan di sesebuah sekolah adalah
seperti berikut ;
Jadual 3 : Ciri-ciri persekitaran fizikal dan psikososial sekolah

Graf pada jadual 3 di atas menunjukkan senarai ciri-ciri persekitaran bagi


sesebuah sekolah. Selepas soal selidik dibuat, didapati majoriti guru dan pelajar,
67 (99%) telah memilih persekitaran pencahayaan dan pengudaraan yang baik
sebagai salah satu ciri yang biasa wujud di sekolah tersebut. Manakala seramai
59 orang responden (86%) telah memilih persekitaran fizikal, bebas dari
ancaman bahaya dan persekitaran suasana dan reka bentuk selesa. Namun
hanya seramai 40 orang sahaja (58%) yang memilih perabot yang mencukupi
dan selamat.

Hal ini selari dengan temu bual yang telah dijalankan kepada seorang responden
di sekolah tersebut. Beliau menyatakan bahawa di Sekolah Kebangsaan Bachok
amat menitikberatkan suasana pembelajaran yang kondusif, khususnya
melibatkan pencahayaan dan pengudaraan semasa proses pembelajaran
berlangsung. Dari segi pencahayaan, sekolah tersebut tidak sepenuhnya
bergantung kepada cahaya lampu sahaja, namun turut menggunakan
kemudahaan pencahayaan semula jadi. Manakala dari segi pengudaraan pula
sekolah ini mempunyai tanaman-tanaman hijau yang mana dapat membantu
proses pengudaraan berlaku dengan baik dan segar. Oleh itu, pelajar-pelajar
mendapat kuantiti pencahayaan serta pengudaraan yang cukup serta sihat. Iklim
seperti ini menyumbang kepada suasana pembelajaran yang selesa kepada para
pelajar. Iklim yang kondusif ini juga dapat mendorong kepada komunikasi terbuka
serta menggalakkan percambahan dan perkongsian idea berlaku. Hal demikian
sekali gus menjadikan pelajar aktif kerana terjadinya interaksi secara dua hala
antara guru dan juga pelajar. Di samping itu, menurut beliau juga, suasana
seperti ini memainkan peranan yang signifikan dalam menyediakan atmosfera
sekolah yang positif dan sihat kepada pelajar, guru serta kakitangan sekolah.
Situasi ini buakan sahaja dapat merangasang pembangunan mental dan
psikologi yang sihat namun secara tidak langsung dapat membimbing pelajar
mencapai prestasi yang memuaskan.

Berdasarkan rekod di atas, kita dapat simpulkan bahawa ciri-ciri persekitaran


seperti ini perlu ada di setiap sekolah bagi mewujudkan suasana yang kondusif
semasa proses pembelajaran bagi mendapat impak dan kesan yang positif
kepada prestasi sekolah.

Jadual 4 : Pengaruh persekitaran sekolah terhadap akademik dan kokurikulum

Berdasarkan carta pai di atas, majoriti responden dari guru dan pelajar iaitu
seramai 60 orang (88%) bersetuju bahawa persekitaran sekolah mempunyai
pengaruh yang besar dalam kedua-dua bidang sama ada akademik mahupun
ko-kurikulum, berbanding hanya 8 orang responden (12%) sahaja yang memilih
bidang akademik.
Melalui sesi temu bual pula, responden tersebut berpendapat bahawa
persekitaran sekolah ini mempunyai pengaruh yang vital kepada akademik
mahupun ko-kurikulum. Bagi aspek akademik, beliau menyatakan bahawa
wujudnya persekitaran yang kondusif serta selasa, ia dapat membantu
merangsang minat murid dalam proses pembelajaran. Hal ini membawa kepada
kesungguhan pelajar dalam menimba ilmu sekaligus membawa kepada
pencapaian pelajar yang cemerlang. Manakala, bagi sudut ko-kurikulum pula,
kemudahan infrastruktur yang ada seperti stor sukan, tempat beraktiviti serta
alatan sukan dapat meningkatkan tahap keaktifan pelajar sama ada dalam kelab
persatuan, badan ber-uniform mahupun di dalam sukan dan permainan.

Hal ini dapat disimpulkan bahawa persekitaran dan iklim sekolah amat
mempengaruhi prestasi dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan juga
ko-kurikulum. Berikut merupakan rekod pencapaian terkini yang telah diraih oleh
pelajar pada peperiksaan yang telah dijalankan secara atas talian. Antara
prestasi-prestasi yang telah dicapai oleh para pelajar di Sekolah Kebangsaan
Bachok adalah seperti jadual 5 dan 6 di bawah ;

Jadual 5 : Prestasi akademik pelajar SKB

Jadual 5 di atas menunjukkan graf bar berkenaan prestasi akademik para pelajar
bagi dua subjek iaitu Sains dan juga TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi).
Graf tersebut memaparkan bahawa hanya 3 orang pelajar (13%) sahaja yang
telah berjaya mendapatkan gred A di dalam subjek sains. Rata-rata pelajar telah
memperoleh gred B iaitu sebanyak 10 orang pelajar (43%). Seterusnya seramai
7 orang pelajar (30%) mendapat gred C serta gred D sebanyak 2 orang pelajar
(7%).

Bagi subjek TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) pula, terdapat 4 orang
pelajar (17%) yang mendapat gred A dalam subjek tersebut. Graf mencatatkan
jumlah yang tertinggi pada gred B, iaitu seramai 10 orang pelajar (43%).
Manakala sebanyak 4 orang pelajar (13%) telah mendapat gred C dalam subjek
TMK. Berdasarkan soal selidik tersebut, hanya seorang (4%) yang mendapatkan
gred D bagi subjek tersebut.

Jadual 6 : Pencapaian ko-kurikulum pelajar SKB

Rajah di jadual di atas menunjukkan data yang telah dikumpul berkaitan dengan
pencapaian pelajar terhadap aktiviti kokurikulum. Rata-rata pelajar telah
melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum pada peringkat sekolah iaitu sebanyak
17 orang pelajar (76%). Adapun bagi peringkat daerah dan juga negeri,
sama-sama telah merekodkan sebanyak 2 orang pelajar (12%).

Berdasarkan jadual 5 dan juga 6 yang dipaparkan di atas, pencapaian yang


dicapai oleh para pelajar masih di tahap kurang memuaskan. Menurut responden
kami, beliau menyatakan beberapa asbab terjadinya masalah seperti ini.
Antaranya faktor kekurangan kemudahan alatan atau infrastruktur yang
diperlukan dalam sesuatu eksperiman serta kajian. Perkara ini menyebabkan
pelajar kurang mendapat pendedahan secara realiti dan menyebabkan
kefahaman para pelajar terbatas. Ringkasnya, jelaslah bahawa iklim sesebuah
sekolah amat penting dalam mencatatkan keputusan yang memuaskan sama
ada bagi bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

6.2.2 Hubungan Sekolah dan Masyarakat Sekitar

Berdasarkan soal selidik dan temu bual yang telah dilaksanakan, dapat
dibuktikan bahawa dengan penglibatan masyarakat dan komuniti luar, sedikit
sebanyak dapat membantu sekolah dalam mewujudkan pelajar yang mesra
masyarakat serta membantu meningkatkan tahap pencapaian dan prestasi
sekolah yang cemerlang. Hal tersebut dapat dibuktikan dengan data-data yang
telah direkodkan melalui kajian di bawah ;

Jadual 7 : Hubungan sekolah dan masyarakat sekitar

Merujuk kepada graf bar di atas, seramai 42 orang guru (93%) bersetuju dengan
soalan berkaitan sekolah sebagai agen perubahan masyarakat, berbanding 3
orang guru (7%) yang memilih kadang-kadang bagi soalan ini.

Pada soalan yang kedua, majoriti guru iaitu 40 orang (89%) bersetuju tentang
perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran masyarakat menjadi kepentingan
sekolah. 3 orang guru (7%) memilih kadang-kadang dan 2 orang (4%) lagi tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Seterusnya, bagi soalan ketiga, sejumlah 38 responden (84%) bersetuju
berkenaan pihak komuniti luar dan sekolah saling bergantung dalam
meningkatkan prestasi sekolah. 4 orang (9%) responden memilih kadang-kadang
manakala 3 responden (7%) tidak bersetuju dengan soalan ini.

Di samping itu, pada soalan yang terakhir, menanyakan tentang penglibatan


komuniti luar dalam sekolah. Seramai 38 orang responden (84%) bersetuju dan 7
baki responden (16%) memilih kadang-kadang pada soalan yang diutarakan.

Jadual 8 : Komuniti luar yang terlibat

Carta pai di dalam rajah di atas merekodkan komuniti-komuniti luar yang telah
terlibat bersama pihak Sekolah Kebangsaan Bachok. Antaranya ialah persatuan
belia, sebanyak 36 orang guru (40%) telah mengesahkan bahawa komuniti ini
terlibat dalam membantu meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu, seramai 28
orang guru (31%) bersetuju tentang penglibatan badan kebajikan penduduk
dalam sekolah tersebut. Sebanyak 21 orang guru (23%) juga yang memilih
badan berkanun sebagai komuniti luar yang telah melibatkan diri dalam
meningkatkan pencapaian sekolah. Baki responden memilih lain-lain sebagai
komuniti yang terlibat, sebagai contohnya penglibatan alumni, institusi awam dll.

Rekod di atas selari dengan dapatan temu bual yang telah dijalankan. Menurut
responden tersebut,kami mendapati bahawa terdapat berbagai-bagai program
yang telah diadakan di sekolah tersebut yang melibatkan masyarakat luar,
antaranya, kempen anti dadah yang telah dianjurkan oleh Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa), program mari membaca oleh Syarikat Muda Osman
(SMO), program keselamatan & kebakaran oleh pihak bomba, Kem Motivasi
anjuran Masjid Mahmudi dan lain-lain lagi. Kesemua program yang diadakan ini
bertujuan menyuntik motivasi serta jati diri kepada para pelajar. Selain itu,
pelajar-pelajar juga diberikan pendedahan secara realiti dan cara untuk
menyelesaikan masalah serta membuat sesuatu keputusan. Beliau juga
menyatakan bahawa penglibatan komuniti luar ini menjadi salah satu inisiatif
untuk melahirkan generasi baru yang pandai menyesuaikan diri dengan keadaan
sekitar.

Ringkasnya, penglibatan komuniti luar yang pelbagai ini bukan sahaja dapat
mewujudkan persekitaran baharu kepada pelajar namun dapat membantu pihak
sekolah dalam mencapai matlamat dan prestasi yang ditetapkan.

6.2.3 Kesan PIBG kepada Prestasi Sekolah Secara Menyeluruh

Menurut data yang telah dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual
mengenai PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), dapat dinyatakan bahawa PIBG
memainkan peranan yang penting kepada sekolah dari segenap aspek. Antara
aspek yang telah dikaji adalah seperti rajah di bawah ;
Jadual 9 : Fungsi penglibatan PIBG kepada sekolah

Carta pai di dalam jadual di atas memaparkan keputusan soal selidik dari pihak
responden yang terdiri dari guru-guru. Majoriti guru telah memilih akademik
pelajar bagi fungsi utama penglibatan PIBG terhadap sekolah iaitu seramai 25
orang guru (56%). Selain itu, ada juga responden yang bersetuju dengan
keceriaan sekolah iaitu sebanyak 13 orang guru (29%). Seterusnya, baki 7 orang
guru (15%) berpendapat bahawa PIBG membantu sekolah dalam membuat
keputusan sama ada dari aspek kebajikan atau keselesaan pelajar.

Menurut temubual yang telah dilakukan, responden kami menjelaskan tentang


tujuan serta faedah kewujudan PIBG kepada sekolah. Antaranya ialah memberi
ruang kepada pihak guru serta ibu bapa dalam bertukar-tukar pendapat serta
membuat rundingan tentang sesuatu perkara. Selain itu, PIBG juga bertujuan
membantu pihak sekolah memenuhi kehendak pelajar berkaitan aktiviti
pembelajaran ke arah mencapai prestasi yang cemerlang kepada sekolah.

Menurut beliau, PIBG ini memberi kesan yang positif kepada sekolah, iaitu dapat
mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. Permuafakatan ini dapat
membina satu kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama. Hal ini
amat penting dalam meningkatkan mutu serta kualiti pengajaran guru dan
pembelajaran setiap murid.

Rumusannya, penglibatan PIBG dalam sekolah memberikan kesan yang


menyeluruh kepada pelajar. Apabila keperluan serta kebajikan murid dicakna,
maka ia secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian
sesebuah sekolah.
7.0 PERBINCANGAN

Analisis SWOT merupakan satu kaedah ataupun teknik penyusunan strategi


yang dilaksanakan oleh seseorang mahupun secara kumpulan dalam sesebuah
organisasi. Akronim SWOT merujuk kepada Kekuatan (Strengths), Kelemahan
(Weaknesses), Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Threats). Dalam menyediakan
laporan pengurusan sekolah dan persekitaran di Sekolah Kebangsaan Bachok yang
terletak di Kelantan, analisis SWOT telah dilaksanakan bagi meneliti perkembangan
sekolah dan persekitaran.

SWOT pertama yang telah dianalisis adalah kekuatan. Kekuatan dapat dikaitkan
dengan sikap, keadaan atau faktor positif yang dapat dikesan di sekolah tersebut. Bagi
kekuatan yang dapat diukur dalam pengurusan sekolah dan persekitaran, persekitaran
fizikal di sekolah tersebut bebas dari ancaman bahaya dan keadaan iklim di sana
adalah baik dan kondusif. SK Bachok turut menyediakan kemudahan infrastruktur yang
mencukupi di 4 blok yang utama iaitu Blok 1 dan 2 mempunyai bilik guru, pusat
pentadbiran, bilik-bilik darjah, pusat sumber sekolah, bilik kesihatan dan isolasi, kedai
sekolah atau lebih dikenali sebagai koperasi sekolah dan surau. Blok 3 pula terdapat
makmal komputer, padang permainan serta stor sukan dan blok 4 terdiri daripada
dewan utama dan bilik mesyuarat. Bukan itu sahaja, sekolah ini turut menjalankan
program-program yang melibatkan pihak ataupun komuniti luar. Antara program yang
telah dilaksanakan adalah Program Kesihatan dan Pergigian oleh Klinik Kesihatan
Bachok, Mari Menabung oleh Agro Bank, Tabung Haji dan Bank Simpanan,
Program-program keselamatan oleh pihak bomba, Kempen Anti-dadah oleh LADK dan
lain-lain lagi.

Analisis SWOT kedua adalah kelemahan dan aspek kelemahan dikaji bagi
mengenal pasti kekurangan yang terdapat di sekolah tersebut dalam pengurusan
sekolah dan persekitaran. Pusat sumber SK Bachok mengalami kekurangan sumber
rujukan bagi memperolehi maklumat untuk tujuan pembelajaran dan pengetahuan am.
Lain daripada itu, stor sukan mempunyai peralatan sukan yang lama dan rosak.
Yang ketiga, analisis SWOT peluang untuk penambahbaikan. Peluang
merupakan satu keadaan dimana seseorang individu atau ahli kumpulan melakukan
perancangan dan mencari jalan supaya dapat melakukan penambahbaikan dan
membantu meningkatkan prestasi. Pihak sekolah SK Bachok berusaha memenuhi
kehendak dan keperluan pelajar dari segi penyediaan peralatan sukan untuk
digunakan, penggunaan internet di makmal komputer bagi memudahkan pelajar untuk
mencari maklumat berkaitan pembelajaran, penyediaan sumber rujukan yang
mencukupi dan lain-lain lagi. Selain itu, pihak sekolah juga sedang berusaha untuk
mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama pihak ibu bapa supaya kedua-dua
pihak dapat bertukar pendapat dan maklumat dan membuat perundingan tentang
hal-hal berkaitan dengan sekolah dan persekitaran. Pihak sekolah SK Bachok turut
melakukan perancangan dalam meningkatkan perkembangan dan kebajikan pelajar.

Akhirnya, analisis SWOT halangan ataupun ancaman dalam pengurusan


sekolah dan persekitaran. Ancaman dan halangan dapat dikaitkan dengan satu
keadaan dan faktor luaran sama ada yang berada di luar kawalan mahupun dalam
kawalan yang mampu menyebabkan prestasi serta perancangan dan pelaksanaan
sesuatu perkara menjadi terbantut dan terganggu. Antara halangan bagi pengurusan
sekolah dan persekitaran adalah sokongan dan penglibatan dari pihak ibu bapa kurang
memuaskan dalam mesyuarat PIBG. Ibu bapa pelajar tidak mengambil berat tentang
kepentingan mesyuarat yang diadakan dan sebaliknya mengharapkan pihak sekolah
untuk memberi dan berkongsi maklumat jika perlu. Tambahan pula, keadaan dan situasi
pandemik pada masa sekarang telah membataskan kehadiran pelajar-pelajar untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah. Hal ini dikatakan
demikian kerana mereka mengutamakan kesihatan diri dan tidak ingin mengambil risiko
untuk belajar secara beramai-ramai yang juga boleh membawa kepada potensi
mendapat Covid-19.
8.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, sekolah dan persekitaran sangat berkait rapat dalam


proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan persekitaran sekolah
sememangnya memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin persekitaran
yang selamat dan mampu menceriakan suasana pengajaran dan pembelajaran. Lain
daripada itu, pihak sekolah harus menitikberatkan kebersihan sekolah supaya dapat
mengelak diri daripada wabak penyakit. Ibu bapa juga disarankan untuk memberi
perhatian serta kerjasama dan sokongan yang padu dengan pihak sekolah mengenai
hal-hal sekolah. Begitu juga dengan pihak PIBG perlu berganding bahu dalam
mengambil langkah-langkah yang efektif bagi meningkatkan prestasi sekolah.
Persekitaran sekolah yang lengkap mampu meningkatkan minat dan mengalakkan
pelajar untuk belajar dalam suasana mahupun keadaan yang kondusif, selesa dan
teratur.
9.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Keadaan Bilik Darjah

Gambar 2 : Padang Permainan SK Bachok


Gambar 3 : Dalam Kawasan SK Bachok

Gambar 4 : Pintu Masuk SK Bachok


9.0 RUJUKAN

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

(2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan

pencapaian Bahasa Melayu pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu.Vol.7, Bil.2.

Ji Sung Fiz. Apakah itu Analisis Swot. Diperoleh pada Disember 04, 2021, daripada

https://www.scribd.com/doc/163090824/Apakah-Itu-Analisis-Swot

Kamaruddin Husin. (1995). Dinamika sekolah dan bilik darjah. Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Kamus Online DBP. (2017). Sekolah. Dalam laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka.

Diperoleh pada Disember 04, 2021,

daripada https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sekolah

Mohd Hizwan, Muhammad Sukri &Yusri. (2017). Meta-analysis study of teacher issues on

higher order thinking skills in Malaysia.World applied sciences Journal

35(12):2520-2523.

Waldrip, B., & Fisher, D. (2003). Identifying exemplary science teachers through their classroom

interactions with students. Learning Environments Research: An International Journal,

6(2),157-174.

You might also like