MOE - Permohonan Pengecualian Daripada Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah Dan Menjalankan Persekolahan Di Rumah (Home Schooling)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Permohonan Pengecualian Daripada

Mengikuti Pendidikan Wajib Di


Peringkat Rendah Dan Menjalankan
Persekolahan Di Rumah (Home
Schooling)
There is no translation available.

1.         PENYATAAN DASAR

Home Schooling adalah merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada kanak-kanak yang
memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh ibu bapa/ pihak
penjaga. Namun demikian, ia hanyalah satu keistimewaan dan bukannya hak. Kanak-kanak diutamakan mengikuti
sesi persekolahan seperti biasa kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah
membolehkan mereka berinteraksi di antara satu sama lain.

2.         TUJUAN

2.1            Memberi peluang kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan yang kronik dan
memerlukan penjagaan yang rapi oleh ibu bapa/ penjaga untuk mendapat pendidikan formal di rumah.

2.2       Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti
termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

2.3       Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak sepanjang
tempoh pendidikan wajib.

3.         PELAKSANAAN DASAR

3.1       Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

Subseksyen 29A (2), Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) memperuntukkan “Menteri boleh, jika difikirkan wajar
dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,
mengecualikan mana-mana murid atau mana-mana golongan murid daripada kehendak supaya mengikuti
pendidikan wajib, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut
dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu atau
membatalkan atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu”.

3.2            Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002: Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003
bertarikh 27 November 2002.

Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah Tahun 2003.

3.3       Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2005: Garis Panduan Memproses Permohonan Pengecualian Daripada
Mengikuti Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah bertarikh 31 Mei 2005.

4.         KAEDAH PELAKSANAAN

4.1            Permohonan Home Schooling boleh dibuat melalui Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara
menggunakan borang yang telah disediakan.

4.2       Kes permohonan pengecualian daripada mengikuti pendidikan wajib dan menjalankan persekolahan di
rumah (Home Schooling) dirujuk kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) untuk mendapat ulasan
dan kemudiannya diangkat kepada Menteri Pendidikan untuk keputusan.

4.3       Secara amnya, syarat tersebut adalah seperti berikut:


4.3.1   pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia;

4.3.2   pemohon mestilah memiliki kelulusan ikhtisas perguruan;

4.3.3    salah seorang ibu bapa mestilah berkesanggupan untuk menjadi pengajar kepada kanak-kanak
tersebut secara sepenuh masa di rumah;

4.3.4   kurikulum kebangsaan wajib digunakan;

4.3.5    berkemampuan untuk menyediakan prasrana pendidikan yang kondusif dan sempurna untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran;

4.3.6    lawatan ke rumah pemohon akan dilakukan oleh pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk tujuan memastikan kesesuaian
prasarana Home Schooling;

4.3.7   pemohon hendaklah membenarkan Pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk melawat rumah pada bila-bila masa hari
persekolahan bagi tujuan pemantauan proses pengajaran & pembelajaran;.

4.3.8    kanak-kanak yang diberi kelulusan Home Schooling tidak dibenarkan sama sekali untuk
menghadiri sama ada secara tuisyen harian swasta atau kerajaan; dan

4.3.9    sekiranya didapati pemohon melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kelulusan yang
diberikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, maka kelulusan tersebut adalah dibatalkan.
Kanak-kanak tersebut hendaklah didaftarkan semula ke sekolah dengan segera.

5.         TARIKH KUAT KUASA

Tarikh kuat kuasa pelaksanaan Home Schooling pada 28 Jun 2003.

Hits: 76880


Print

You might also like