Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

10 Komponen Input dan Output Yang Ada

Oleh: Alfred Mujah anak Jimmy (Computer Network Services)


Di dalam pemasangan komputer dan penyambungan peranti ke
dalam sistem komputer, berikut ialah sepuluh (10) komponen input
dan output yang ada dalam pemasangan sesebuah komputer dan
laptop seperti yang kita guna dalam kerja-kerja pemasangan
komputer seperti yang disenaraikan di bawah:
10 Komponen Input
Bilangan Gambar Nama dan definisi
1 Papan kekunci
(keyboard)
Peranti yang paling lazim
yang digunakan untuk
memasukkan data dan
tulisan serta nombor ke
dalam komputer
2 Tetikus (mouse)
Peranti yang berfungsi
untuk mengawal gerakan
atau kursor pada skrin
paparan.

3 Bebola jejak
(trackball)
Peranti yang berfungsi
untuk menjalankan tugas
yang sama seperti tetikus,
tetapi mempunyai dua bola
getah yang berfungsi dalam
memusingkannya untuk
memudahkan kawalan
kursor seperti yang tertera di
dalam monitor.
4 Kamera digital
(digital camera)
Kamera digital ialah
merupakan sejenis peranti
input yang digunakan untuk
mengambil gambar dan
fotografi dalam bentuk
memori digital.

5 Webcam
Peranti video yang
disambungkan ke komputer
atau rangkaian komputer,
biasanya menggunakan port
USB atau jika
bersambungan dengan
jaringan internet atau
ethernet.

6 Kayu ria (joystick)


Kayu ria merupakan peranti
permainan yang digunakan
bagi mengendalikan
permainan video, yang
berputar pada satu hujung
dan menghantar perutusan
mengenai sudutnya dalam
dua atau tiga dimensi pada
komputer.
7 Pengimbas imej
(scanner)
Peranti yang digunakan
untuk menukarkan
semua teks, gambar,
lukisan dan objek ke
dalam bentuk digital
untuk tujuan imejan,
percetakan dan lain-lain.
8 Skrin sentuh
(touchscreen)
Sejenis peranti masukan
yang membolehkan
seseorang pengguna
untuk memberi input
kepada sistem dengan
menyentuh skrin bagi
sistem terbabit melalui
gerak isyarat atau
gestur tertentu
menyentuh skrin sama
ada dengan suatu stilus
khas atau
menggunakan satu jari
atau lebih.
9 Pembaca Tulisan
Optikal (OCR)
Sejenis peranti yang
dikhaskan untuk
membaca teks bercetak
dengan mengimbasnya
melalui tulisan demi
tulisan.
10 Mikrofon
Mikrofon ialah sejenis
alat pemindah yang
menukarkan isyarat
gelombang bunyi
kepada isyarat elektrik
10 Komponen Output
1 Pencetak (printer)
Merupakan sebuah
peranti keluaran untuk
menghasilkan dokumen
dan laporan perniagaan,
gambar dan teks.

2 Plotter
Plotter merupakan sejenis
mesin pencetak terbesar,
digunakan untuk
menghasilkan dokumen
bersaiz A0 dan A1 seperti
lukisan kerja, lukisan
senibina dan
kejuruteraan, poster dan
sebagainya.

3 Pembaca Braille
(Braille reader)
Pembaca braille
merupakan sejenis
peranti dan papan
kekunci bertujuan khas
yang digunakan untuk
memproses data
komputer di dalam format
tulisan Braille, iaitu sejenis
sistem tulisan yang
direkacipta untuk
golongan masalah
penglihatan.
4 Faksimili
(facsimile)
Faksimil atau facsimile
merupakan sejenis
perkakas yang
menggabungkan fungsi di
antara telefon dengan
pencetak pada satu-satu
masa.

5 Projektor
Projektor ialah
merupakan sejenis
peranti yang dikhaskan
untuk memantulkan
cahaya dan menghasilkan
imejan dan visual apabila
disambungkan daripada
komputer ke skrin besar.
6 Pembesar suara
(speaker)
Merupakan peranti
output dalam bentuk
transduser
elektroaukustik yang
berfungsi untuk
menukarkan isyarat
elektrik kepada isyarat
bunyi.
7 Monitor
Merupakan sejenis peranti
perisian output yang
berupaya memaparkan
aksara dan imejan baik
dalam diam atau secara
gerakan visual

8 Fon kepala
(headphone)
Fon kepala merupakan
sejenis pembesar suara kecil
yang dilekapkan pada
telinga pengguna seperti
kita.

9 Sistem Kedudukan
Global (GPS)
GPS ialah merupakan sejenis
peranti digunakan untuk
mengesan kedudukan lokasi
para pengguna. Ia direka
untuk membantu para
pengguna, terutamanya
para pelancong untuk
mendapatkan arah untuk ke
sesuatu destinasi.
10 Kad antaramuka
video (Video
interface card)
VIC atau kad video adalah
merupakan sejenis peranti
papan induk yang berfungsi
sebagai suis dan plak
kepada pelbagai jenis
penyambung yang berkaitan
dengan output seperti
Penyambung USB, VGA,
HDMI dan sebagainya.

You might also like