Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SOALAN 3

(3a)

Peruntukan perbelanjaan Bajet 2022 (RM332.10) terbahagi kepada dua kategori utama iaitu

1. Belanja Mengurus / Operasi (RM233.5 Billion)


2. Belanja Pembangunan (RM75.6 Billion)
3. Kumpulan Wang Covid-19 (RM23 Billion) khas untuk dana Covid-19.

Perbelanjaan Tanggungan merupakan perbelanjaan yang wajib diperuntukkan dan tidak


perlu mendapatkan kelulusan Parlimen. Ia adalah berkaitan dengan Perkara 98 Perlembagaan
Persekutuan yang dipertanggungjawabkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan oleh
Perlembagaan. Peruntukan perbelanjaan yang termasuk dalam kategori Sebahagian belanja
dalam sub kategori Emolument dan Bayaran Persaraan merupakan perbelanjaan tanggungan
dimana merupakan sebahagian besar (49%) daripada keseluruhan Perbelanjaan Mengurus.
Contoh Perbelanjaan Tanggungan adalah seperti elaun Diraja, peruntukan diraja bagi Yang
Dipertuan Agong, pencen, elaun bersara dan ganjaran.

Perbelanjaan selain daripada perbelanjaan tanggungan hendaklah dibentangkan di Parlimen


untuk kelulusan dalam Rang Undang-undang Perbekalan / Rang Undang-undang Perbekalan
Tambahan. Perbelanjaan Bekalan ialah semua jenis perbelanjaan yang diperuntukkan untuk
pembiayaan aktiviti Kementerian dan Jabatan dalam penyediaan perkhidmatan kepada pihak
berkepentingan iaitu rakyat. Peruntukan perbelanjaan bekalan harus dibentangkan dan
mendapat kelulusan di Parlimen peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara melalui
bajet.Kategori belanja bekalan dalam Bajet 2022 ialah Bekalan & Perkhidmatan dan Subsidi
& bantuan Sosial.

Belanja Bekalan boleh dibahagi kepada pecahan berikut :-

-pembahagian dan kenaan tetap seperti subsidi kepada kerjaan negari, pencen kakitangan
kerajaan

-Emolument – gaji dan semua jenis elaun, bonus kakitangan awam kerajaan

Perkhidmatan dan bekalan – kos penyelenggaran, pembaikan dan pengubahsuaian seperti kos
penyelenggaraan kereta kerajaan dan perumahan kerajaan negeri, sewa
-Kos pembelian aset kerajaan

-Perbelanjaan lain

Kategori Kedua ialah Perbelanjaan Pembangunan iaitu belanjaan berbentuk modal untuk
maanfaat jangka panjang rakyat dan biasanya tidak berulang. Ia bertujuan mendokong
maytlamat Kerajaan untuk merancang dan memulihkan aktiviti ekonomi negara. Peruntukan
belanja pembangunan diberi kepada perkhidmatan sektor sosial, sektor keselamatan dan
sektor pentadbiran awam dalam sektor pentadbiran, simpanan luar, sosial, keselamatan dan
ekonomi.

Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan melibatkan projek berjangka Panjang biasanya projek


selama lima tahun seperti perancangan ekonomi. Peruntukan ini memerlukan aliran tunai
yang besar dalam jangka panjang disalur saripada sumber pinjaman dan memerlukan
penyeliaan yang mantap.

Kategori Kumpulan Wang Covid-19 adalah bersifat sementara dan khas diperuntukan sejak
pendamik Covid-19 bermula, ia meliputi peruntukan bagi pencegahan, bantuan tunai,
sokongan bantuan sosial kepada golonga mudah terjejas dan program subsidi upah.

Sumber-sumber hasil yang diunjurkan adalah dalam anggaran RM234 billion untuk
membiayai ketiga-tiga jenis perbelanjaan di atas. Hasil yang dikumpul akan dimasukkan ke
dalam Kumpulan Wang Disatukan terbahagi kepada akaun hasil, akaun Amanah dan akaun
pinjaman. @ jenis hasil dianggarkan dalam bajet 2022 iaitu hasil cukai dan hasil bukan cukai.
Cukai termasuk cukai langsung (contoh cukai pendapatan) dan cukai tak langsung (contoh
SST) merupakan pungutan akuan hasil yang terbesar dan ia akan disalurkan kepada belanja
bekalan dan belanja tanggungan. Sumber hasil bukan cukai terbahagi kepada hasil petroleum
dan hasil bukan petroleum (seperti lessen, sewaan, denda)

Pungutan yang disalurkan kepada Akaun Amanah dan Akaun Pinjaman juga menyumbang
kepada belanja mengurus dan belanja pembangunan. Akaun Amanah Disatukan
mengakaunkan penerimaan deposit termasuk wang yang tidak dituntut, dana Amanah
kerajaan dan dana Amanah awam. Belanja emolument juga dibekalkan oleh Akaun Amanah
Disatukan melalui Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Pinjaman Perumahan dan
Kumpulan Wang Pembangunan.

You might also like