Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB 1 : ASAS PERAKAUNAN KEWANGAN

1.1 Pengenalan kepada perakaunan kewangan

Maksud perakaunan : Merangkumi skop yang lebih luas daripada simpan kira,  iaitu
melibatkan proses menganalisis, mentafsir dan melapor maklumat kewangan kepada
pihak berkepentingan.

Maksud simpan kira : Merupakan satu kemahiran, mengenal pasti, mengelas dan
merekod urusniaga secara bersistem.

Kepentingan Perakaunan
1. Membolehkan perniagaan beroperasi
2. Sebagai alat kawalan
3. Memberi kesan pada polisi perniagaan dan swam.
4. Sebagai alat yang menyampaikan maklumat perniagaan.

Proses Perakaunan
Mengenal pasti-->Merekod-->Mentafsir-->Menganalisis-->Melapor-->Merancang

Bidang-Bidang Perakaunan Lain


I. Perakaunan Pengurusan
II. Perakaunan Kos
III. Pengauditan
IV.  Percukaian

Sejarah Perakaunan
-Seni perakaunan yang berdasarkan sistem matematik logik iaitu sistem catatan bergu
telah difahami oleh orang di Itali sebelum tahun 1495 sewaktu Luca Pacioli (1445-1517)
juga dikenali sebagai Friar Luca Dal Borgo.

1. Penghujung tahun 1970 penglibatan dlm IASC bermula penggunaan IAS.

2. Pada tahun 1980, MIA bersama MACPA (MICPA) telah menerbit piawaian perakaunan
untuk kegunaan pelaporan kewangan di Malaysia dinamakan MAS.

3. Pada tahun 1997, selepas Akta Pelaporan Kewangan 1997 dikuatkuasakan,  dua buah
badan bebas ditubuhkan untuk mengambil tanggungjawab bagi penetapan piawaian
perakaunan iaitu :-
a)  FRF yang mengawal selia aktiviti operasi MASB.
b)  MASB menerbitkan,  meneliti, menambahbaik dan menyelia penggunaan piawaian
perakaunan.

4. Tahun 2005, MAS  ditukar kepada FRS.

5. Tahun 2011, FRS ditukar kepada MFRS.

Syarikat di Malaysia wajib mematuhi keperluan yang diperuntukkan di bawah Akta


Syarikat 1965 dan Piawaian MFRS dan juga peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
agensi-agensi kawal selia yang lain seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti,
Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tujuan pelaporan
kewangan yang diterbitkan.

1
Pengguna penyata kewangan

 Pengguna dalaman
1. Kakitangan organisasi dan kesatuan sekerja--Maklumat perakaunan tentang prestasi
dan kedudukan kewangan organisasi untuk mengetahui gambaran yang wajar mengenai
bonus mereka. 

2. Pihak pengurusan--Menilai keputusan pengurusan yang lepas, mengawal aktiviti


operasi, membuat rancangan dan keputusan untuk masa depan.

 Pengguna Luaran

1. Pelabur sedia ada-- Mengetahui nilai modal yang dilaburkan serta pulangan dividen.

2. Bakal pelabur/rakan kongsi-- Mengetahui potensi perniagaan.

3. Pemberi pinjaman/kreditor-- Menilai kebolehan perniagaan untuk membayar balik


hutang bersama faedah atas pinjaman.

4. Pemiutang-- Mengetahui kestabilan perniagaan dan kemampuannya untuk


menjelaskan hutang.

5. Penganalisis kewangan-- Mengetahui kestabilan perniagaan dan kemampuan


perniagaan dan mengukur risiko yang mereka akan hadapi dan digunakan sebagai asas
untuk membuat keputusan.

6. Agensi kerajaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa
Saham Kuala Lumpur-- Menentukan kepatuhan perniagaan kepada undang-undang yang
telah ditetapkan dan menentukan jumlah cukai yang harus dikenakan.

Etika dalam profesion perakaunan

 Keobjektifan- Akauntan professional tidak akan berkompromi dengan


keprofesionalan dan kepentingan atau konflik yang boleh mempengaruhi pihak tertentu. 

 Intergriti- Akauntan mesti menyampaikan pandangan dan penilaian mereka


secara professional sama ada positif atau negatif. Mereka tidak boleh mempunyai konflik
kepentingan diri yang boleh mempengaruhi proses mengambil tindakan atau membuat
keputusan dalam menjalankan tugas mereka.

 Berhati-hati- Semua maklumat organisasi perlu dirahsiakan oleh akauntan. 


Maklumag tersebut hanya boleh didedahkan bagi memenuhi peraturan professional atau
peraturan undang-undang kerajaan sahaja. 

 Perlakuan professional/Kempeten- Akauntan perlu mengekal pengetahuan dan


kemahiran professional pada tahap yang dikehendaki oleh pelanggan atau majikan untuk
memperoleh perkhidmatan professional yang kempeten.

2
1.2 PRINSIP PERAKAUNAN

Andaian Perakaunan

 Usaha berterusan

-Mengandaikan sesebuah perniagaan akan beroperasi dalam jangka masa yang tidak
terbatas.

 Tempoh Perakaunan

-Bagi tujuan penilaian prestasi laporan kewangan boleh dibahagikan kepada tempoh
tertentu dan berkala.

 Mata Wang Stabil 

-Diandaikan tidak mengambilkira perubahan nilai sesuatu mata wang, Kuala beli adalah
malar.

Prinsip-prinsip perakaunan

1. Prinsip Catatan Bergu


Huraian: Setiap urusniaga mesti dicatat di bahagian debit dan kredit dengan jumlah yang
sama.  

2. Prinsip Kos Sejarah


Huraian: Semasa merekod perolehan aset atau perkhidmatan, nilai kos semasa
perolehan perlu diambil. Kos ini termasuk semua kos yang perlu dilibatkan untuk
menyediakan aset itu dalam keadaan boleh guna.

3. Wang Sebagai Ukuran


Huraian: Semasa membuat rekod perakaunan, hanya urus niaga yang dapat dinilai
dengan wang ringgit akan direkod dan wang ringgit sesebuah negara itu yang akan
digunakan sebagai unit ukuran urus jiaga. 

4. Entiti Berasingan
Huraian: Urusan perniagaan dan pemilik perniagaan dianggap sebagai dua 
badan yang berasingan. 

5. Realisasi/ Pengiktirafan Hasil


Huraian: Perniagaan hanya akan mengiktiraf hasil dalam tempoh hasil diperoleh,
bermaksud barang/perkhidmatan telah diserahkan
kepada pelanggan dan obligasi
wujud.

6. Prinsip Keobjektifan
Huraian: Rekod perakaunan yang dibuat mesti berasaskan bukti dokumen yang sahih.

7. Prinsip Kematerialan
Huraian: Sebelum sesuatu urus niaga direkodkan, perlu dilihat kesan kematerialan
kepada amaun urus niaga sama ada signifikan ke atas perniagaan,  ia menegaskan
bahawa amaun aset yang terlalu kecil dan tidak signifikan kepada kedudukan kewangan
perlu dianggap sebagai belanja hapus kira.

3
8. Prinsip Ketekalan
Huraian: Sesuatu polisi atau kaedah perakaunan yang dipilih perlu digunakan secara
tekal dan berterusan.

9. Prinsip Konservatisme
Huraian: Bermaksud prinsip berhati-hati dimana semua belanja yang mungkin berlaku
perlu diambil kira manakala hasil diiktiraf apabila ia telah direalis.

10. Prinsip Pemadanan


Huraian: Hasil yang diperoleh dalam sesuatu tempoh akan dipadankan dengan semua
belanja yang terlibat untuk mendapatkan hasil dalam tempoh yang sama bagi
menentukan untung atau rugi perniagaan.

11. Prinsip Pendedahan Penuh


Huraian: Memerlukan perniagaan memberi pendedahan penuh terperinci tentang semua
maklumat yang memberi kesan kepada pengguna penyata kewangan untuk membuat
keputusan.

12. Prinsip Akruan


Huraian: Bermaksud semua belanja yang belum dibayar tetapi telah dilibatkan dalam
tempoh perakaunan direkod sebagai liabiliti semasa, manakala hasil yang telah diperoleh
dalam tempoh semasa tetapi belum diterima bayaran tunai direkod sebagai aset semasa.

You might also like