Andalusia Tingkatan 6

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

* Islam bertapak di sepanyol pada tahun 711 Masihi apabila tentera Islam di bawah

pimpinan Tariq bin Ziad berjaya menamatkan pemerintahan Visigoth.

* Bermula daripada peristiwa ini, terbentuk kerajaan Islam di Andalusia yang dapat

diahagikan kepada beberapa tahap sehinggalah berakhirnya kerajaan terakhir yang

berpusat di Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar yang dikalahkan oleh

tentera Kristian.

* Pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia terbahagi kepada dua peringkat iaitu

pada peringkat pertama pemerintah bergelar Amir dan pada peringkat kedua pula

pemerintah bergelar Khalifah.

* Selepas tahun 1002 Masihi, kerajaan Bani Umayyah di Andalusia mengalami

kemerosotan dan berakhir pada 1031 Masihi. Kesannya muncul kerajaan-kerajaan

kecil yang berpusat di pelbagai kota.

ISI 1 (Mempunyai pusat pentadbiran yang tersendiri)

* Kerajaan Muhawidun dan Kerajaan Nasriyyah, kedua-duanya mempunyai pusat

pemerintahan yang tersendiri.

*Kerajaan Muhawidun telah menjadikan Seville sebagai pisat pemerintahan mereka

selepas menyeberang Andalusia.


* Terdapat beberapa wilayah yang telah dikuasai antaranya ialah Toledo, Santarem

dan Granada.

* Sejarah mencatatkan, kerajaan ini telah mempunyai 13 orang pemerintah dan

pemerintah yang terkenal ialah Sultan Abu Ya’qub Yusuf.

* Amir telah memulakan pemerintahannya di kawasan Murcia manakala kerajaan

Nasriyyah telah menjadikan Granada sebagai pusat pemerintahannya.

ISI 2 (Menggunakan Gelaran sama ada khalifah, amir atau sultan)

* Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai pemerintah, pemimpin kedua-dua buah

kerajaan ini telah menggunakan gelaran sama ada khalifah, amir atau sultan.

* Bagi kerajaan Muhawidun, penggunaan gelaran Amir merupakan simbol kekuasaan

yang tinggi dan bertujuan untuk memastikan jawatan ini berkekalam dan dapat

diwarisi.

* Ada sesetengah pemerintah telah menggunakan gelaran al Mahdi, al Nasir dan al

Mansor yang bertujuan menggambarkan akan keagungannya sebagai pemerintah.

* Sementara dalam kerajaan Nasriyyah, terdapat pemerintah yang menggunakan

gelaran Sultan selain penggunaan gelaran yang sinonim dengan kerajaan al

Muwahidun iaitu Amir.


* Gelaran ini digunakan bagi menggambarkan pemusatan kuasa di tangan

pemerintah

ISI 3 ( Membentuk sistem birokrasi sama ada di peringkat pusat mahupun wilayah)

* Bagi memastikan pemerintahan berjalan lancar, pemerintah sama ada Amir

mahupun Sultan akan membentuk sistem birokrasi sama ada di peringkat pusat

mahupun wilayah, walaupun penguasaan wilayah agak terhad.

* Antara jawatan yang dibentuk ialah Gabenor Jeneral yang merupakan wakil bagi

khalifah.

* Jabatan dan jawatan yang lain juga dibentuk pada zaman kerajaan Muhawidun

antaranya ialah Rais al Dawlah, al Wuzarah, al Kuttab, al Hijab dan lain lain.

* Tugasan jabatan dan jawatan ini merangkumi aspek politik, kewangan,

ketenteraan, kebudayaan dan sebagainya sekaligus memberikan gambaran tumpuan

bukan sahaja politik malah kepada ekonomi, sosial dan budaya.

ISI 4 ( Polisi dan ketenteraan merupakan tentera utama dalam pentadbiran )

* Oleh sebab kedua-dua buah kerajaan ini terbentuk dalam suasana yang agak

terhimpit dengan ancaman dan serangan musuh tertentu, polisi ketenteraan

merupakan teras utama dalam pentadbiran kerajaan ini.


* Ibn Ahmar telah menandatangani perjanjian damai dengan pihak Kristian serta

sedia membayar ufti dan menyerahkan beberapa wilayah bagi menyelamatkan

kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan mengekalkan

penguasaan kerajaan Nasriyyah.

KESIMPULAN

* Walaupun kedua-dua buah kerajaan Islam ini menghadapi ancaman yang begitu

getir daripada golongan bukan Islam khusunya golongan Kristian, namun dengan

pentadbiran yang sistematik, kerajaan ini telah dapat bertahan sehingga penghujung

abad ke-15 dan berjaya meninggalkan legasi yang bernilai di bumi Eropah.

You might also like