Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL HEMPASAN OMBAK

Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama Farid meneruskan warisan Syarikat Perniagaan
Batik Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal dunia. Farid terpaksa mengambil alih
syarikat tersebut walaupun berumur 19 tahun. Haji Badrul mempunyai isteri yang bernama Hajah
Zaoyah. Latifah sebagai anak sulung dan mempunyai anak 5 tidak pernah dididik dalam bidang
perniagaan. Lotfi pula lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut pada kerusi roda untuk
bergerak.Farhan  menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya tetapi telah meninggal dunia
sewaktu belajar di UKM manakala Hanisyah  dan Hisham adik Farid baru berusia 15 tahun dan 12
tahun.

Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah dalam bidang
perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga menghadapi masalah kewangan.  Ramai
agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik keluaran Syarikat Nusantara di pasaran
juga tidak memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak
Tom.Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom menguruskan  tugas
pentadbiran dan kewangan.

Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah Zaoyah tentang
masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual atau ditutup. Hajah Zaoyah
mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan berkembang dalam pasaran batik.Tiba-tiba
fikiran Farid terlintas untuk menjual sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan
membayar hutang. Tambahan pula,Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang kemas dan
tanah demi menyelamatkan syarikat itu.  Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba
mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang yang arif kerana setiap pelaburan melibatkan
risiko.

Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak dia mengambil alih syarikat itu.
Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan perniagaan dengan memperbesar bengkel batik dan
meningkatkan pengeluaran. Modal akan diperoleh daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan
hasil gadaian barang ibunya. Idea Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada mesyuarat
itu. Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu En Mokhsien yang merupakan
bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan pemborang binaan Nadi Zaman. En Mokhsein banyak
memberi tunjuk ajar dan memotivasikan Farid agar menjadi usahawan bumiputera yang berjaya.
Farid menjadi lebih bersemangat. Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah atau Eda rakan sekelas
sekolah yang membuka kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang pandai melayan
pelanggan. Dia sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah. Cara layanan dan
citarasa pelanggan terhadap batik dalam genggaman Zuraidah. Hubungan Farid dan Zuraidah kian
erat. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada Zuraidah. Zuraidah memberi idea
supaya Farid mengubah corak batik tradisional ke kontemporari. Hal yang demikian kerana citarasa
pelanggan sering berubah-ubah mengikut peredaran masa.  Cadangan Zuraidah disetujui Farid demi
membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.

Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein menyemak rancangan
perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada masa yang sama, Encik Mokhsein menasihatkan
Farid supaya mengikuti kursus pengurusan perniagaan dan mendapatkan khidmat nasihat dari Mida
dan MARA. Ilmu dapat membantu seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat
kompetetif.

Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal tambahan, peralatan dan
bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan diberi latihan jangka pendek oleh
MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina, Farid telah mengadakan majlis perasmian dan
mengundang Encik Mokhsein sebagai perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor yang
merupakan graduan seni reka fabrik UiTM dan dia telah dlilantik oleh Encik Mokhsein sebagai
pengajar corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara.Hartini banyak menyumbangkan idea dan
melatih pekerja Farid dalamcorak seni moden. Kehadiran Hartini menyebabkan Zuraida berasa
cemburu dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid. Farid sedar akan tindakan
Zuraidah dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah bertunang. Perasaan cemburu Zuraidah pudar
dan hubungan mereka lebih akrab.

Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa agen baharu. Pengalaman
mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan melunaskan hutang dengan cepat. Di sebalik
kemajuan perniagaan Farid, ada pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik Syarikat
Rajawali kepunyaan  Mukhtar bapa saudara Zuraida merosot. Mukhtar menyedari bahawa hasil
batik syarikat Farid boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar. Mukhtar bertambah marah
apabila anak buahnya membantu menjual batik moden Farid. Mukhtar mengugut untuk membakar
kedai Zuraidah sekiranya dia tidak mahu memulangkanbatik tersebut  kepada Farid. Zuraidah akur
dengan permintaan bapa sadaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak memberi bantuan
setelah ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya menghentikan operasi
batik modennya menggunakan surat layang. Farid menceritakan kejadian itu kepada Kak Tom dan
keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid melaporkan kepada pihak polis.  Farid berdegil
dan mahu menyelesaikan sendiri.

 Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama Mahmood untuk membuat kacau
di bangsal moden syarikat Farid. Apabila  Mahmood tiba di bangsal moden itu, dia terlihat Masri
dan Azmi sedang bekerja. Mahmood bertambah marah dan menyangka syarikat Farid mencuri
bekas pekerja majikannya. Haryani yang baru pulang cuba meredakan suasana dengan melayan
Mahmood dengan baik tetapi gagal. Kemudian Haryani menghalau Mahmoud. Mahmood masih
berdiri dan tidak mahu pulang. Haryani berlari dan meminta pertolongan daripada Pak Nik.
Tindakan Mahmood semakin agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah. Mahmoud mencekik
leher Azmi dan ingin mecelup muka Azmi pada kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang
canting lilin panas,dia nekad mencurah lilin tersebut pada muka Mahmood supaya Azmi dilepaskan.
Muka Mahmood melecur dan dia lari lintang pukang. Pekerja Farid tidak berjaya memberkas
Mahmoud.

Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan Farid tetapi  Mukhtar
tidak pernah patah semangat untuk membalas dendam. Mukhtar telah mengupah beberapa pemuda
untuk membakar bangsal moden syarikat Farid. Pada waktu malam, Farid sekeluarga menyedari
cahaya api dan bunyi letupan dari bangsal batik miliknya. Dalam beberapa minit,api marak dengan
cepat dan menjilat bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang apabila berhadapan
dengan Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam hati.  Siasatan pihak
bomba mendapati bangsal tersebut disabotaj dan dibakar secara sengaja. Pihak polis juga telah
memanggil Farid untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah siasatan selesai
dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan dihukum penjara selama 3 tahun. 

  Selepas 3 hari kejadian itu, Encik Mokhsein ke pejabat Farid. Beliau memberitahu Farid bahawa
beliau berjaya membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan dari Singapura  dan Kuala
Lumpur. Zuraidah meminta maaf atas tindakan pak ciknya itu dan dia menyatakan bahawa akan
sambung belajar. Semasa perjalanan menghadiri perkahwinan Hartini, Encik Mohsein mengusik
Farid dan Zuraida. Encik Mokhsein menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai untuk
memajukan Syarikat Batik Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraidah mukanya merah
padam  menikmati pemandangan di luar kereta.

You might also like