Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

#upneghori #N9top5

#n
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS DAERAH SEREMBAN 2 TAHUN 2022
1. AM
1.1 Pertandingan ini akan diadakan mengikut peraturan-peraturan KOM dengan pengecualian-
pengecualian yang dinyatakan.
1.2 Pertandingan ini dikelolakan oleh SMK DATO’ SHAMSUDIN NAIN, RANTAU Bersama SK DATO’
RAJA MELANA dengan kerjasama UPBM PPD Seremban dan UPBM Jabatan Pendidikan
Negeri.Sembilan.

1.3 JADUAL PERTANDINGAN :-


Tarikh : 06 JULAI 2022
Hari : RABU
Masa : 7.45 pagi
Tempat : SMK Dato’ Shamsudin Nain,Rantau
Sasaran : Sekolah - sekolah di Daerah SEREMBAN 2

2. PEMBAHAGIAN KELAS
Peserta-peserta adalah dibahagikan kepada kategori mengikut umur pada 01.01.2022 seperti berikut:-
a) Lelaki Kelas 1 / L 1 : 18 TKB - Lahir pada / selepas 1.1.2004.
b) Lelaki Kelas 2 / L 2 : 15 TKB - Lahir pada / selepas 1.1.2007.
c) Lelaki Kelas 3 / L 3 : 12 TKB - Lahir pada / selepas 1.1.2010.
d) Perempuan Kelas 1/P 1 : 18 TKB - Lahir pada / selepas 1.1.2004.
e) Perempuan Kelas 2/P 2 : 15 TKB - Lahir pada / selepas 1.1.2007.
f) Perempuan Kelas 3/P 3 : 12 TKB - Lahir pada / selepas 1.1.2010.

3. PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid umur 18 TKB, 15 TKB dan 12 TKB (01.01.2022) di
sekolah-sekolah dalam Daerah SEREMBAN 2. (TKB = tahun ke bawah)
3.2 Setiap sekolah dibenarkan menghantar SATU PASUKAN SAHAJA bagi setiap kelas yang
dipertandingkan.
3.3 Penyertaan hendaklah menggunakan borang-borang M01 dan M02
(*tambah ruang untuk nombor peserta jika berkenaan).
3.4 Peserta lelaki dan perempuan dari Tingkatan 6 tidak dibenarkan bertanding.
(PERATURAN AM MSSM 2006 PARA 5.4 TELAH DIMANSUHKAN)
3.5 Setiap peserta adalah secara automatik masuk acara individu.
3.6 Borang penyertaan yang lengkap diisi (M02 sahaja) hendaklah dihantar online kepada sekolah
pengelola pada atau sebelum 29/06/2022 . Borang pendaftaran (Hard Copy) peserta hendaklah
dilengkapkan dan disahkan oleh Pengetua / Guru Besar sekolah masing-masing dan dihantar
semasa penyesuaian trek laluan iaitu 4 Julai 2022 (sekolah Rendah) dan 5 Julai 2022 (Sekolah
menengah).
3.7 Pendaftaran secara ONLINE juga diperlukan untuk data UPBM.
(https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/pendaftaran-pemain-mssdmssns/laman-utama

4. MELAPORKAN DIRI
4.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai Pengurus Pasukan.
4.2 Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk membawa dan mendaftarkan peserta-
peserta kepada Pengelola sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandingan dimulakan.

1
#upneghori #N9top5

#n
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4.3 Pengurus pasukan diberi masa mendaftarkan peserta masing-masing bermula jam 7.00 pagi
hingga pukul 8.00 pagi kepada Urusetia Pertandingan pada hari kejohanan. Pendaftaran yang
lewat / selepas jam 8.00 pagi akan dibatalkan. Setiap peserta dikehendaki berada di tempat
permulaan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum pertandingan dimulakan mengikut kategori.
4.4 Peserta-peserta hendaklah lengkap dengan pakaian dan nombor-nombor mereka mestilah
disematkan dengan 4 pin pada setiap sudut nombor itu (depan/belakang).
4.5 Pengelola TIDAK AKAN menyediakan pin dan nombor kepada peserta.

5. BILANGAN PESERTA
Pengurus Pasukan dari setiap sekolah dikehendaki menyediakan peserta mengikut kategori berikut:-
Lelaki Kelas 1 / L 1 : 18 TKB - 6 orang
Lelaki Kelas 2 / L 2 : 15 TKB - 6 orang
Lelaki Kelas 3 / L 3 : 12 TKB - 6 orang
Perempuan Kelas 1/ P 1 : 18 TKB - 6 orang
Perempuan Kelas 2/ P 2 : 15 TKB - 6 orang
Perempuan Kelas 3/ P 3 : 12 TKB - 6 orang

6. KATEGORI DAN JARAK PERTANDINGAN


Lelaki Kelas 1 / L 1 : 18 TKB - 6 orang ( 8 km )
Lelaki Kelas 2 / L 2 : 15 TKB - 6 orang ( 6 km )
Lelaki Kelas 3 / L 3 : 12 TKB - 6 orang ( 4 km )
Perempuan Kelas 1/ P 1 : 18 TKB - 6 orang ( 6 km )
Perempuan Kelas 2/ P 2 : 15 TKB - 6 orang ( 6 km )
Perempuan Kelas 3/ P 3 : 12 TKB - 6 orang ( 4 km )
.
7. NOMBOR PESERTA
7.1 Nombor peserta hendaklah dicap atau ditulis dengan warna HITAM bagi peserta lelaki
manakala warna MERAH bagi peserta perempuan.
7.2 Nombor pertama bagi setiap kategori adalah seperti berikut :-
L1 & P1 : CC 100…..
L2 & P2 : CC 200…..
L3 & P3 : CC 300…..

8. UKURAN KAIN DAN NOMBOR

20 cm.
Tinggi Tulisan : 10 cm.

Lebar Tulisan : 5 cm.

15 cm. Tebal Tulisan : 1.75 cm.

2
#upneghori #N9top5

#n
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pihak sekolah/Pengurus pasukan bertanggungjawab menyediakan nombor peserta masing-masing dan
dilekatkan di bahagian hadapan dan belakang baju T. Nombor-nombor dilekatkan dengan menggunakan
pin di setiap penjuru (depan/belakang). Warna baju (running vest) MESTI seragam.

9. PAKAIAN PESERTA
9.1 Berpakaian sukan/jersi sekolah/beridentitikan sekolah yang seragam adalah digalakkan.
9.2 Semua peserta PEREMPUAN DIGALAKKAN memakai seluar trek. Peserta lelaki adalah
dinasihatkan untuk berbuat demikian.
9.3 Semua peserta dinasihatkan memakai kasut kanvas/sukan yang sesuai.

10. PENGESAHAN KESIHATAN


10.1 Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa peserta-peserta
mereka telah diperiksa dan diakui sah serta sihat untuk bertanding atau mengambil bahagian di
dalam pertandingan ini oleh doktor yang bertauliah. Pihak penganjur TIDAK
BERTANGGUNGJAWAB jika terdapat sesuatu perkara berbangkit berkaitan dengan hal ini.
10.2 Satu salinan surat pengesahan doktor hendaklah diserahkan semasa pendaftaran.

11. KAD PENGENALAN / SIJIL BERANAK


11.1 Peserta-peserta lelaki / perempuan dikehendaki membawa Kad Pengenalan / My Kid / Surat
Beranak / Surat Salinan Pendaftaran Jabatan Pendaftaran (SEBENAR) yang telah DISAHKAN
bagi penentuan umur pada hari pertandingan semasa pendaftaran .
11.2 Salinan Kad Pengenalan / My Kid / Sijil Beranak / Salinan Surat Pendaftaran yang telah
disahkan WAJIB diserahkan semasa pendaftaran.
12. HADIAH
Hadiah-hadiah akan disediakan seperti berikut:-
12.1 Bagi acara individu Tempat 1 hingga ke 20 (medal & sijil pemenang).
12.2 Bagi berpasukan (kategori) Tempat 1 hingga 3 (medal dan sijil pemenang
setiap satu)
12.3 Johan hingga ketiga berpasukan (kategori) Piala dan sijil pemenang
12.4 Johan Keseluruhan Rendah : Piala dan Siji pemenang
12.5 Johan Keseluruhan Menengah : Piala dan Sijil pemenan

13. MATA KEMENANGAN / PENENTUAN JOHAN PERTANDINGAN


13.1 5 orang peserta terbaik/terpantas bagi setiap pasukan akan dikira. Jumlah mata yang terkecil
bagi setiap kelas akan diisytiharkan sebagai johan dan seterusnya.
13.2 Peserta pertama hingga ke 20 bagi setiap kelas akan menerima hadiah individu.
13.3 Peserta yang batal (DNF) akan diberi mata terbanyak iaitu 200 mata.
13.4 Setiap pasukan yang menghantar kurang dari 5 orang peserta masih diterima penyertaannya
tetapi tidak layak untuk dikira dalam penentuan johan bagi setiap kelas. Hanya pasukan yang
menghantar 6 orang peserta bagi setiap kelas layak dipertandingkan untuk merebut johan bagi
setiap kategori masing-masing.
13.5 Jika terdapat persamaan mata, pasukan yang mendapat mata terkecil bagi peserta kelimanya
akan dikira johan.
13.6 Tiap-tiap peserta yang sampai ke garisan penamat dalam masa yang ditetapkan akan diberi
mata mengikut kedudukannya seperti berikut :-
13.6.1 peserta-peserta L 18 TKB perlu menamatkan larian dalam tempoh masa 50 MINIT.

3
#upneghori #N9top5

#n
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
13.6.2 peserta-peserta L 15 TKB perlu menamatkan larian dalam tempoh masa 40 MINIT.
13.6.3 peserta-peserta P 15 dan P 18 TKB perlu menamatkan dalam tempoh masa 50 MINIT.
13.6.4 peserta-peserta L 12 TKB perlu menamatkan dalam tempoh masa 30 MINIT.
13.6.5 peserta-peserta P 12 TKB perlu menamatkan dalam tempoh masa 35 MINIT.

14. PEMBAHAGIAN NOMBOR


Sila gunakan nombor dan abjad yang sama seperti Kejohanan Balapan & Padang MSSD SEREMBAN 2
seperti tahun-tahun sebelumnya (rujuk PTPS Merentas Desa Daerah).

‘15. TANGGUNGJAWAB
Pihak penganjur TIDAK BERTANGGUNGJAWAB sekiranya berlaku sebarang bentuk malapetaka
(bencana) seperti kemalangan, kecederaan dan kehilangan harta benda semasa pertandingan sedang
berlangsung. Walaubagaimanapun pihak penganjur akan menyediakan tahap keselamatan yang terbaik.

16. PEMBATALAN PESERTA


Sebarang bentuk penyelewengan TIDAK DIBENARKAN dalam pertandingan ini.
Peserta-peserta akan dibatalkan jika:-
16.1 menerima pertolongan atau bantuan (kecuali rawatan) atau menaiki kenderaan atau sebaliknya.
16.2 menerima makanan dan bantuan dadah atau yang seumpamanya.
16.3 tidak memakai nombor atau memakai satu nombor sahaja sama ada di hadapan atau di
belakang.
16.4 nombor yang tertera di hadapan dan di belakang tidak sama.
16.5 tidak melalui hakim-hakim trek di pusat pemeriksaan yang telah ditetapkan.
16.6 tidak mengikut lorong larian yang betul.
16.7 tidak membawa balik ‘token’ (akan ditentukan).
16.8 lain-lain perkara yang diklasifikasikan oleh hakim sebagai melanggar peraturan-peraturan
pertandingan.

17. BANTAHAN DAN RAYUAN


17.1 Setiap bantahan terhadap perlumbaan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengerusi
Pertandingan dengan menyerahkan bersama wang pertaruhan sebanyak RM 200 dalam masa
15 MINIT selepas keputusan rasmi diumumkan. Jika bantahan di tolak, wang berkenaan tidak
akan dipulangkan dan menjadi hak milik pihak pengelola.
17.2 Juri rayuan terdiri dari:
A) Penyelia Sukan atau wakil PPD Seremban
B) Pengerusi atau wakil Jawatankuasa Pengelola
C) Pengerusi Teknik MSS Daerah SEREMBAN 2
D) 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam bantahan.
E) Setiausaha Kejohanan (sebagai pencatat)

18. MINUMAN
18.1 Pihak penganjur hanya menyediakan minuman untuk para hakim dan juga pegawai-pegawai
18.2 Minuman untuk peserta dan Pengurus Pasukan adalah menjadi tanggungjawab sekolah
masing-masing.

19. TARIKH TUTUP

4
#upneghori #N9top5

#n
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
19.1 Pengurus pasukan dikehendaki menulis senarai nama peserta-peserta yang akan mengambil
bahagian dalam borang M01 dan M02. Isikan juga maklumat-maklumat seperti tarikh lahir, kad
pengenalan / sijil beranak / surat salinan pendaftaran, nombor peserta dan jenis kategori.
Borang-borang tersebut perlu diserahkan kepada pihak Urusetia Pertandingan Merentas Desa
pada atau sebelum 05/07/2022 (R02 & M02 sahaja)

20. HAL-HAL LAIN


20.1 Sebarang perkara yang tidak terdapat di dalam peraturan ini akan dipertimbangkan oleh
Jawatankuasa Pengelola yang mana setiap keputusan yang diambil adalah MUKTAMAD.
20.2 Pemilihan wakil MSS Daerah SEREMBAN 2 ke kejohanan MSS Negeri Sembilan berdasarkan :
a) 6 peserta terbaik setiap kelas. (Budi bicara Panel pemilih)
20.3 Sebarang kemusykilan, maka Peraturan AM MSSM akan dirujuk.
20.4 Semua peserta DILARANG untuk meninggalkan kejohanan sebelum majlis penutupan berakhir
20.5 Mesyuarat pemilihan atlit Merentas Desa MSSD SEREMBAN 2 akan diadakan sebelum majlis
penutup diadakan. Dan pengumuman akan dibuat sejurus tamat majlis penutupan.

MSS Daerah SEREMBAN 2 2022

You might also like