Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA

07100, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL. 4/2017

Tarikh : 15 November 2017


Masa : 12.30 tgh
Tempat : Makmal Fizik
Pengerusi : Pn Hashidatul Maimunah Hasim ( Ketua Panitia).

Kehadiran:

1. Pn. Hashidatul Maimunah binti Hasim 7. En. Muhammad Ar’ bin Gasar
2. Pn. Izwan Azura binti Mat Dai 8. Pn Asilah binti Seman
3. Pn. Izzati binti Jauhari 9. Cik Tang Yu Lin
4. Pn Azma binti Jup 10. Cik Rosma binti Rahim
5. Pn. Farah Hana binti Tajul Arifin 11. Pn. Zalina binti Dohat
6. Pn. Sabani binti Ramlan 12. Pn. Suhaini binti Che Man
7. Pn. Suriaty binti Talib 13. Pn. Salbiah binti Bakar

Tidak hadir bersebab:

1. Pn Wendy Dorathy Anak Muli

Agenda Mesyuarat

1. Perutusan pengerusi

Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas keatas kehadiran ahli panitia.

2. Pembentangan minit mesyuarat yang lalu

Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu untuk disahkan dan di sokong oleh Pn
Sabani bt Ramlan.

3. Perkara berbangkit
Tiada perkara berbangkit.

4. Perbincangan Isu Panitia

4.1 Peperiksaan Sains SPM 2017


Peperiksaan Sains Teras SPM akan berlangsung pada 21 November 2017.
Latih tubi dan Gerak Gempur diadakan kepada para pelajar pada 17, 19 & 20 November 2017,
penekanan pada kertas 2, masa yang ditetapkan pada 8.00-10.30 pagi.
Gempur diadakan mengikut masa kertas peperiksaan sebenar.

Untuk subjek fizik, kimia dan biologi juga kelas tambahan wajib diadakan selepas tamat
persekolahan dan latih tubi diadakan juga sebagai persediaan menghadapi peperiksaan.

Pada hari peperiksaan makanan disediakan oleh koperasi sekolah yang di biayai oleh PIBG.

4.2 Verifikasi Sains PT3


Pentaksir kawasan Pn. Che Som telah hadir ke sekolah pada 14 November 2017. Beliau telah
mengambil 10 set soalan secara rawak sebagai syarat penyemakan PT3 yang telah dilaksanakan
oleh guru-guru.Pada keseluruhannya pencapaian PT3 kali ini meningkat.

Kelas /Gred A B C D E F
3RK 1 10 8 5 2 0 0
3 RK 2 1 11 13 4 0 0
3A 0 1 9 7 12 2
3B 0 0 0 4 9 20
3C 1 0 0 9 13 7
3D 0 0 0 1 11 16
3E 0 0 0 5 14 14
3F 0 0 0 0 5 28
3G 0 0 0 0 4 26
3H 0 0 0 0 0 17
3I 0 0 0 0 0 18
JUMLAH 12 20 29 32 68 148

Jumlah Lulus : 314 – 148 = 166 orang


Jumlah Gagal : 148 orang

4.3 Headcound 3 dan analisis item peperiksaan akhir tahun 2017/PT3


HC3 dan analisis perlu di print dan dihantar pada ketua panitia.
Guru-guru dikehendaki membuat analisis peperiksaan akhir tahun untuk mengenalpasti pelajar
yang lemah.

4.4 Penyediaan buku rekod pengajaran dan rancangan tahun 2018


Rancangan tahunan dan kontrak akan disediakan mengikut tingkatan.
Guru yang terlibat ada seperti berikut:
Tingkatan 5-Hashidatul Maimunah
Tingkatan 4-Wendy
Tingkatan 3-Tang Yu Lin
Tingkatan 2-Pn Suhaini
Tingkatan 1- Pn Azma

Kontrak latihan perlu di bincangkan dan sama dengan latihan yang diberikan dalam buku latihan.
Guru panitia telah sepakat bahawa buku kerja sains/ praktikal untuk 5 kelas hadapan perlu
dibeli oleh pelajar memandangkan banyak rajah perlu dilukis dan di labelkan. Modul untuk
soalan tambahan dan nota/pdpc telah diberi pada pengetua untuk diriso.

4.5 Perancangan strategik (PSPA) 2018


Telah di putuskan bahawa modul untuk tingkatan3, tingkatan 4 dan tingkatan 5 akan disediakan
dan modul itu dibuat mengikut topikal.
Untuk PT3 akan menggunakan helaian ‘handout’. Modul yang disediakan adalah wajib untuk
semua.

Kelas PTK akan dilaksanakan seperti biasa di mana kelas lepas PdPc akan dilaksana disamping itu
Program Permata dan Delima (PSPA ) juga digabungkan di bawah PTK.

Ceramah teknik menjawab juga akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.


LDP dan PLC juga akan di adakan 2 kali setahun.

4.6 Persediaan infrastruktur makmal 2018


Makmal-makmal sains telah dikemaskini dibaikpulih dan dicat semula sebagai langkah
persediaan untuk amali hidup tahun hadapan.Sebanyak 20 buah kerusi masih belum mencukupi.

Sebarang tempahan peralatan dan bahan amali perlu diberitahu kepada pembantu makmal Pn
Norhafiza bt Mahazir.

Program Karnival Sains akan diteruskan pada tahun hadapan.

5. Laporan belanjawan 2017


Peruntukan wang panitia tahun ini telah habis digunakan dan sebarang pembelian hendaklah
menunggu peruntukan 2018.

6. Peka Sains/Amali Hidup


Peka sains berjalan seperti biasa. Untuk peka sains tingkatan 4 dan tingkatan 5 hendaklah diikat
dan diletakkan dalam almari kaca makmal masing-masing. Guru tingkatan 4 hendaklah
menyiapkan peka masing-masing dan maklumkan kepada guru yang berkaitan.

7. Hal-hal lain
i. Modul praktikal yang akan digunakan perlu dipilih dan dirancang oleh guru panitia untuk
setiap tingkatan. Urusan pembelian diuruskan sendiri sehingga selesai.

ii. Makmal yang digunakan hendaklah dibersihkan dan kemas untuk budaya tutup sekolah.

iii. Guru yang berpindah wajib menyiapkan semua kerjanya dan menyerahkan surat serahan
tugas.

iv. Bahan & radas makmal yang ingin ditempah untuk tahun depan hendaklah dipesan pada
pembantu makmal, Pn Hafiza Mahadir.
v. Guru Kanan memohon guru melaporkan kerosakkan makmal terutamanya pendawaian serta
kerosakan sinki untuk persediaan Amali Hidup pada tahun depan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 minit petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………….. ...……………………………………….

( SALBIAH BT BAKAR ) ( HASHIDATUL MAIMUNAH BT HASIM )


Setiausaha Panitia Sains SMKTP Ketua Panitia Sains SMKTP

You might also like