Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

6.

0 Kata Hubung
i. Kata Hubung Gabungan

ii. Kata hubung pancangan relatif[


Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan
ini menggunakan kata hubung yang.

iii. Kata hubung pancangan komplemen[


Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama.
(Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan
klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

iv. Kata hubung pancangan keterangan


Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata,
kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, ketika, tatkala,
walaupun,malahan, dan sesungguhnya.

v. Kata hubung berpasangan


baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian,
sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin,
sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..
Perhimpunan mingguan sekolah merupakan satu aktiviti yang lazimnya diadakan
pada pagi setiap hari Ahad dengan menghimpunkan semua murid bersama-sama guru
di sesuatu tempat di dalam sekolah. Perhimpunan ini wajib diadakan di setiap sekolah
supaya maklumat yang penting dapat disampaikan kepada murid-murid oleh pengetua
sekolah atau guru-guru. Tempat yang sentiasa digunakan oleh pihak sekolah untuk
menjalankan perhimpunan ialah dewan besar, dewan kecil, tapak perhimpunan atau
kantin. Banyak faedah yang dapat diperoleh oleh semua warga sekolah dalam pelbagai
aspek kehidupan, pembelajaran dan disiplin ilmu sewaktu perhimpunan mingguan
dijalankan.

Faedah perhimpunan mingguan sekolah ialah pelajar dapat memupuk dislipin.


Hal ini dikatakan demikian kerana, pelajar harus mengikuti peraturan yang ditetapkan
semasa perhimpunan. Sebagai contohnya, pelajar dididik supaya menghormati majlis
yang diadakan dengan berada di tempat masing-masing mengikut barisan dan senyap
semasa guru-guru menyampaikan ucapan, mereka mesti menumpukan perhatian dan
fokus semasa berhimpun supaya tidak terlepas segala info yang disampaikan. Pelajar
yang melanggar peraturan akan didenda kerana mengganggu pelajar yang lain. Oleh itu
jelaslah sikap dislipin dapat dipupuk dalam karangan pelajar melalui perhimpunan
mingguan sekolah.

Seterusnya, perhimpunan mingguan dapat memahirkan pelajar untuk mencatat


nota ringkas. Hal ini amat penting kerana pelajar boleh merujuk kembali sebagai bahan
tersebut apabila menghadapi kekeliruan. Dalam hal ini, pelajar dapat membuat nota
ringkas semasa guru mengajar untuk mengelakkan mereka lupa apa yang diajar oleh
guru. Kemahiran ini bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa persekolahan malah di
alam pekerjaan juga. Teknik tersebut juga dapat memantapkan penulisan murid ketika
menulis karangan untuk skor A dalam peperiksaan. Secara ringkasnya, budaya
kemahiran mencatat dapat diterapkan dalam diri murid-murid dengan mengadakan
perhimpunan sekolah.

You might also like