Nota Bab 7

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB 7 USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

Latar Belakang Idea Negara Merdeka


 Kesatuan Melayu Muda (KMM)
 Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
 Matlamat:
Memperjuangkan kemerdekaan melalui Melayu Raya

 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)


 Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
 Matlamat:
Menanam semangat kebangsaan
Bekerjasama dengan kaum lain demi perpaduan
 Juga menggunakan konsep Melayu Raya

 Angkatan Pemuda Insaf (API)


 Dipimpin oleh Ahmad Boestamam
 Matlamat:
Permerintahan demokrasi dan dasar ekonomi yang berteraskan rakyat
 Berjuang secara lembut tetapi menggunakan kekerasan jika terpaksa
 Diharamkan oleh British atas imej radikal

 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak


 Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
 Matlamat:
Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke

 Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)


 Matlamat:
Sanggup berkorban demi memerdekakan Sarawak
 Menubuhkan pasukan Rukun 13 untuk membunuh pengawai British dan Datu
Melayu yang sokong penyerahan Sarawak

 United Malays National Organisation (UMNO)


 Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar
 Matlamat:
Menyatukan orang Melayu
Mempertahankan hak bangsa Melayu
Mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu
Memerdekakan Tanah Melayu melalui perundingan
 Menentang Malayn Union

 Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)


 Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn
 Matlamat:
Memerdekakan Sabah daripada British
 Menggunakan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah

 Malayan Indian Congress (MIC)


 Diasaskan oleh John Thivy
 Matlamat:
Bekerjasama dengan kaum lain untuk memerdekakan Tanah Melayu
Kewarganegaraan kepada mereka yang taat setia kepada Tanah Melayu
sebagai tanah air

 Hizbul Muslimin
 Dilahirkan daripada perhimpunan Majlis Agama Islam Tertinggi (terdiri daripada
ulama)
 Matlamat:
Memerdekakan Tanah Melayu sebagai negara Islam
 Telah diharamkan oleh British

 Malayan Chinese Association (MCA)


 Dipimpin oleh Tan Cheng Lock
 Matlamat:
Menjadikan Tanah Melayu yang berbilang kaum sebuah negara yang
berdemokrasi penuh
Menyatukan masyarakat Cina dan bekerjasama dengan kaum lain untuk
memerdekakan Tanah Melayu

 Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)


 Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi
 Matlamat:
Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam
Membina satu negara dan bangsa yang teguh
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal

 Independence of Malayan Party (IMP)


 Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar
 Beliau berpendapat tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama
kaum lain
 Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin tetapi kaum lain juga diberi hak
politik dan ekonomi

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum


 Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
 Juga dikenali sebagai Communities Liaison Committee (CLC)
 Ditubuh kerana British hanya memberikan kemerdekaan jika kerjasama antara
kaum wujud
 Objektif pembentukan CLC:
Mengkaji hubungan antara kaum
Pembahagian sumber politik, ekonomi, dan sosial yang adil
Harmoni dalam kalangan penduduk
 Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
 Isu-isu yang dibincangkan
Isu persediaan berkerajaan sendiri
Isu kedudukan istimewa orang Melayu
Isu orang Melayu tidak mendapat peluang yang sama dalam ekonomi
Isu pemberian syarat kepada bukan Melayu
Isu sistem persekolahan yang berbeza mengikut kaum
 Kesan Peranan CLC terhadap Perpaduan Kaum
 Pilihan raya diadakan
 Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain
juga dijaga
 Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan untuk memajukan luar
bandar
 Syarat kewarganegaraan dilonggarkan kepada bukan Melayu
 Jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang diterima
semua

Sistem Ahli
 Pembentukan Sistem Ahli
 Tujuan: Melatih penduduk tempatan mentadbir sendiri
 Ahli-ahli Portfolio
 Ciri-ciri Sistem Ahli
 Ahlinya bertaraf ‘Menteri’ dan menjaga satu portfolio
 Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya British
 Ahli mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan portfolionya
 Merupakan sistem kabinet bayangan
 Kepentingan Sistem Ahli ke Arah Kemerdekaan
 Pendedahan kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran
 Memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya daripada pemimpin berbilang kaum
 Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mendapat sokongan semua penduduk

Sistem Pendidikan Kebangsaan


 Beberapa laporan atau undang-undang tentang sistem pendidikan kebangsaan telah
diterbitkan
 Laporan Barnes 1951
 Menekankan sekolah rendah sebagai tempat membina rupa bangsa
 Kandungan:
Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris

 Laporan Fenn-Wu 1951


 Berikutan bantahan masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes
 Kandungan:
Sekolah Cina diteruskan dengan berorientasikan Tanah Melayu
 Ordinan Pelajaran 1952
 Undang-undang yang diluluskan bagi sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa rasmi Persekutuan
 Kandungan:
Terdapat dua jenis sekolah rendah, iaitu yang menggunakan bahasa
Melayu dan yang menggunakan bahasa Inggeris
Bahasa ibunda diajar sekiranya terdapat 15 orang murid
Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris

 Laporan Woodhead di Sarawak


 Cadangan tentang pendidikan di Sarawak
 Diterima di Sabah dengan beberapa pindaan
 Kandungan:
Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris
Menyeragamkan sukatan pelajaran
Buku teks yang berunsur tempatan
Pendidikan sivik diajar secara formal

 Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956


 Mencadangkan sistem pelajaran kebangsaan yang baharu
 Kandungan:
Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu
Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil
Bahasa Melayu dan Inggeris menjadi mata pelajaran wajib
Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran

Penubuhan Parti Politik


 Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
 Pakatan PUTERA-AMCJA
 Memupuk kerjasama politik antara kaum
 Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat
Pemerintahan sendiri
Pembentukan Dewan Perundangan
Menerima kewarganegaraan yang hanya satu
 Persidangan Kebangsaan
 Disertai oleh IMP, MIC dan Persatuan Ceylonese Malaya
 Untuk membentuk gabungan parti politik kebangsaan yang bersatu
 Menuntut pilihan raya Persekutuan diadakan
 Konvensyen Kebangsaan
 Dihadiri oleh UMNO, MCA dan PAS
 Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan
 Pembentukan Parti Perikatan
 Dibentuk oleh UMNO, MCA dan MIC yang melambangkan tiga kaum terbesar

You might also like