Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI HJH NORMAH

Transformasi Sekolah 2025 ( TS25) Kohort 3

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 2

MENINGKATKAN PENGUASAAN DAN KEFAHAMAN MURID MENGENAI


KESELURUHAN CERITA DALAM TEKS NOVEL TINGKATAN 2 IAITU NOVEL
DARAH DI TITIK SEMATAN MENGGUNAKAN TEKNIK “MASLAN AJAR
WANIWITA” DI SMK TOH PUAN DATUK PATINGGI HAJAH NORMAH DARO

DISEDIAKAN OLEH

Roslan bin Tafa

Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu,

SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah,

Daro 96200 Sarawak

1
Halaman Kandungan

Bil Perkara Muka Surat

1 Tajuk Kajian 1

2 Halaman Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Abstrak 4

5 Latar Belakang kajian / Refleksi yang lalu 5-7

6 Isu Keperihatinan /Fokus Kajian 7

7 Objektif Kajian 8

8 Kumpulan Sasaran 8

9 Pelaksanaan Kajian/Tinjauan masalah 9-15

10 Kaedah / Modul / Bahan yang dilaksanakan 16-21

11 Hasil Dapatan Kajian 22-24

12 Refleksi 25-26

13 Cadangan 26

14 Penutup 27

15 Rujukan 28

16 Lampiran 29-34

2
PENGHARGAAN

Syukur alhamdullah dengan Tuhan kerana mengizinkan saya menyiapkan Kajian


Tindakan ini denganya . Terima kasih juga atas oksigen, makanan, roh dan segalanya.
TanpaNya segalanya tidak akan menjadi sampai tahap ini. Sesungguhnya, saya amat
berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kajian ini sama ada secara
langsung atau pun secara tidak langsung. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Mordiana Binti Nawi selaku pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah ,Daro yang telah
banyak memberikan panduan, bimbingan dan galakan kepada saya sepanjang Kajian
Tindakan ini dijalankan.

Selain itu,Saya juga mengucapkan penghargaan ribuan terima kasih buat Ketua
Bidang Bahasa, Norzaimah Binti Yahya dan Ketua Panitia Bahasa Melayu , Diana Binti
Jakaria atas segala nasihat ,dorongan,bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan
kajian tindakan ini.Segala bimbingan,pandangan , dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh Ketua
Bidang dan Ketua Bahasa Melayu saya yang banyak membantu kepada menyiapkan Kajian
Tindakan ini.

Kerjasama yang  padu dan tidak berbelah oleh pihak sekolah telah  menguatkan lagi
semangat saya untuk menjalankan kajian ini. Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak sekolah yang sentiasa memberikan kerjasama dan sokongan kepada saya
semasa menjalankan kajian. Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
khasnya dalam Panitia Bahasa Melayu, murid-murid dan semua warga SMK TPDPH   yang
sentiasa memberi bantuan dan dorongan sehingga kajian ini selesai.

Ucapan  terima kasih yang tidak terhingga turut ditujukan khas untuk anak murid
Tingkatan 2E yang memberi kerjasama yang baik dan telah banyak berkorban masa dan
tenaga sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Akhir sekali, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau
kelemahan di dalam Kajian Tindakan ini. Segala bantuan dan kerjasama semua pihak akan
tetap dikenang. Sesungguhnya semua kebaikan yang ditunjukkan sepanjang kajian ini akan
dibalas dengan kebaikan jua.

3
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam menguasai kemahiran menulis jawapan
bahagian Novel yang merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Kertas 1 PT3. Sampel kajian melibatkan seramai 29 orang pelajar terlibat dalam kajian ini.
Mereka sangat  lemah dalam menguasai keseluruhan cerita dalam novel Darah di Titik
Semantan . Melalui peperiksaan pertengahan tahun yang lepas, dalam kertas peperiksaan
Bahasa Melayu kertas 1 Tingkatan 2,  soalan nombor 4 bahagian Novel ,mereka tidak
mendapat markah yang dan ada yang tidak menjawab langsung bahagian tersebut.Kertas
peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 PT3 pada bahagian Novel murid dihendaki untuk
menjawab mengenai bentuk kajian sastera seperti tema dan persoalan,watak dan
perwatakan,latar tempat,latar masa,latar masyarakat,nilai dan pengajaran.Markah penuh yang
diperuntukkan untuk bahagian ini 10 markah daripada 60 keseluruhan kertas 1 Bahasa
Melayu PT3. Oleh hal demikian,murid dihendaki mengingat aspek kajian sastera
tersebut.Jadi,mereka haruslah membaca teks novel Darah di Titik Semantan,kemudian murid-
murid faham isi keseluruhan cerita terlebih dahulu baharulah mereka dapat menguasai
keseluruhan cerita sekaligus menguasai juga aspek kajian sastera yang lain.Selain itu,setiap
aspek kajian sastera pula, memerlukan contoh dan huraian peristiwa yang perlu diambil
daripada cerita Novel Darah di Titik Semantan.Langkah yang diambil mendapat
permasalahan yang primer ialah pada hasil yang lalu,saya telah membuat beberapa kaji
selidik antaranya soal jawab,penyemakan latihan murid dan meninjau prestasi ujian
pertengahan tahun.Kebanyakan murid tidak dapat menguasai bahagian novel ini dan
memperoleh markah yang sedikit.Soal jawab dengan murid juga memperolehi pelbagai sebab
bahagian novel susah hendak dikuasai .Akhirulkalam ,saya mengambil langkah yang efektif
dengan memastikan murid faham jalan cerita terlebih dahulu seterusnya mengajar aspek –
aspek kajian dalam Novel ini dengan Teknik Bakon untuk menguasai keseluruhan cerita
sekaligus membantu murid mengingat peristiwa yang penting dalam Novel Darah di Titik
Sematan.

4
Pengenalan

Pada masa kini, dunia pendidikan turut mengalami tempias gelombang arus

globalisasi yang mengajak masyarakat mengubah paradigma ataupun persepsi ke alam dunia

pendidikan. Disebabkan perubahan tersebut, guru terpaksa mengubah corak pengajaran

mereka daripada yang lama untuk menghasilkan proses “kemenjadian” pelajar. Selain itu,

keperluan ini selari dengan falsafah pendidikan negara yang ingin melahirkan insan yang

seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan Intelek selaras dengan pembelajaran dan

Pengajaran Abad ke-21.

Membaca dan menulis merupakan satu asas yang penting dalam mempelajari sesuatu

perkara. Tanpa bacaan, seseorang itu tidak akan mendapat sesuatu maklumat dan yang akan

menyebabkan daya fikiran otak mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Keupayaan

membaca merupakan satu kemahiran yang unik dan dinamik dan keadaan ini akan

merangsang keupayaan kognitif mereka secara tidak langsung akan aktif serta dapat

memproses sesuatu perkara yang baru. Sementara itu, kemahiran menulis juga merupakan

satu aspek penting dalam pembelajaran bahasa. Kemahiran menulis dan membaca tidak dapat

dipisahkan kerana kemahiran ini merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi.

Selain itu,Kajian tindakan merupakan salah satu yang terdapat dalam gelombang 2

(2016-2020) teras mengukuh laluan dan kemajuan kerjaya dengan memartabatkan Profesion

Perguruan melalui pelaksaan ,peluasaan dan peningkatan R & D serta penambahan

jawatan.Kajian ini boleh meningkatkan pembudayaan penyelidikan di kalangan guru dan

memberi peluang ke arah peningkatan professional.

5
Latar Belakang Kajian

Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang


berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Peranan dan komitmen
mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan
pembelajaran Abad ke-21. Guru-guru juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh
berbeza dengan murid-murid masa lalu. Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat
yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan mempunyai kecenderungan untuk mengetahui
dan bertanya dengan lebih mendalam. Murid pada alaf baharu ini lebih mempunyai akses
kepada maklumat kerana lebih terdedah kepada kepesatan teknologi.Murid kurang gemar
untuk membaca buku di dalam bilik darjah.Bagi guru pula,apabila guru bercerita dengan
murid-murid mereka kurang mendengar dan kurang respon apabila guru bertanya soalan.

Langkah awal saya ialah meninjau kelemahan diri, kelemahan dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran dan mencari  motivasi dalam diri sendiri. Mujurlah pada masa
yang sama saya dapat berguru dengan barisan rakan sekerja yang agak hebat dan
berpengalaman dalam mengajar Bahasa Melayu. Jadi, saya dapat menyimpulkan refleksi diri
sendiri, terlalu banyak aspek-aspek dan kelemahan saya yang perlu diperbaiki dan
dimantapkan lagi.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Seringkali kita mendengar keluhan para guru di Malaysia pelajar tidak dapat
mengingati apa yang telah diajar walhal topik itu baru sahaja dipelajari oleh pelajar.
Tambahan lagi, wujudnya pelajar-pelajar yang mengganggu pembelajaran di dalam bilik
darjah sewaktu guru sedang mengajar. Hal ini mungkin sahaja kerana kurangnya kesedaran
tentang nilai-nilai murni dalam diri pelajar selain pembelajaran secara tradisional semata-
mata menyebabkan pelajar berasa bosan dan cenderung untuk membuat masalah di dalam
bilik darjah seperti mengganggu pelajar-pelajar yang lain.

Senario ini juga berlaku di kelas 2E di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah, namun
atas dasar tanggungjawab serta suntikan semangat saya sebagai guru baharu untuk melihat
pelajar saya mempunyai masa depan yang lebih cerah saya terpanggil untuk mengubah
pendekatan PdP secara tradisional ini kepada pendekatan yang lebih memotivasikan pelajar

6
dan memudahkan pelajar serta menarik minat murid membaca dan mempelajari novel untuk
mengingati apa yang telah dipelajari secara menarik. Melalui kaedah tinjauan awal
masalah ,saya bersama guru-guru Panitia Bahasa Melayu SMK TPDPH Normah, selain
daripada kaedah PdP secara tradisional pelajar juga dilihat tidak mempunyai usaha untuk
belajar kerana mereka masih mengharapkan guru memberikan segala-galanya. Pelajar juga
dikesan tidak mahu berusaha untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.

Masalah ini telah menjadi pendorong kepada diri saya untuk mengkaji apakah
tindakan proaktif yang dapat dijalankan untuk menyelesaikan masalah ini dalam
pembelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terutamanya dalam aspek-aspek kajian
sastera dalam novel seperti Sinopsis ,tema dan persoalan,latar,plot,watak dan
perwatakan,nilai ,pengajaran dan peristiwa atau contoh dalam novel yang dikaji.
Pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar menggunakan teknik Maslan Ajar Wanitiwa
menjadipilihan saya untuk dilaksanakan bagi meningkatkan motivasi, minat dan pencapaian
pelajar dalam menjawab bahagian novel kertas 1 soalan nombor 4 yang memperuntukkan 10
markah daripada 60 markah keseluruhan kertas 1, seterusnya murid akan memahami dan
dapat mengingati kajian aspek sastera yang telah dipelajari dan peristiwa yang terdapat dalam
novel.Penggunaan Teknik ini ,akan memudahkan lagi murid memahami jalan cerita dan
menjawab soalan bahagian novel

FOKUS KAJIAN

Merujuk permasalahan di atas, Secara rumusannya, masalah pertama yang saya kenal pasti
disini ialah murid tidak tahu mengemukanan isi huraian dan conth bagi aspek kajian sastera
kerana tidak memahami dan menguasai cerita dalam teks Novel dd ini dengan baik. masalah
kedua timbul daripada masalah pertama iaitu pelajar tidak dapat menjawab soalan aspek
kajian sastera.
Justeru saya mengambil langkah pertama bagi murid-murid untuk menjawab aspek-
aspek kajian sastera yang lain ialah memahami cerita kemudian menguasai cerita. Melalui
penguasaan cerita murid akan dapat mengemukana contoh dan huraian setiap isi mengikut
kehendak soalan. Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu akan
memberi banyak kesan yang negatif terutama sekali menjejaskan keputusan peperiksaan.

7
Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Novel dalam
kertas peperiksaan Bahasa melayu PT3 Soalan 4.

Objektif khusus
1. Memastikan murid sekurang-kurangnya menjawab bahagian ini semasa peperiksaan..
2. Membantu murid memahami mengingati jalan cerita novel melalui Teknik MASLAN
AJAR WANITIWA.
3. Membantu murid memahami kehendak soalan aspek kajian sastera novel dengan jadual
melalui Teknik MASLAN AJAR WANITIWA
4. Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam mengemukan bukti/huraian dan
contoh dalam petikan teks dengan menggunakan Teknik MASLAN AJAR WANITIWA.
5. Berkongsi teknik dengan guru-guru bahasa melayu yang lain untuk mengajar bahagian
novel  dengan menggunakan jadual MASLAN AJAR WANITIWA yang disediakan.
6. Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid Tingkatan 2 SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hajah
Normah ,Daro iaitu saya memfokuskan kelas 2E yang saya ajar terdiri 15 lelaki dan 14
perempuan.Jumlah keseluruhan kelas ini 29 orang murid.

Jantina Jumlah(Orang)

Lelaki 15

Perempuan 14

JUMLAH KESELURUHAN 29

8
Kajian Tinjauan awal masalah

Merujuk perkara tarikh pelaksaan di atas,saya akan menggunakan teknik tersebut


memandangkan kebanyakan murid tidak dapat menguasai jalan cerita dan aspek kajian
sastera yang dipelajari.Kelemahan pertama saya ialah mengharapkan mereka membaca
sendiri novel di rumah,  mengharapkan mereka membaca sinopsis sekurang-kurangnya
kerana  guru mata pelajaran mereka sebelum ini telah memberikan banyak lembaran nota.
Ternyata kebanyakan murid saya tidak membaca teks. Saya perlu muhasabah diri bagi
melihat kelemahan amalan kendiri.pengumpulan data di bawah boleh menjelaskan dengan
lebih lanjut masalah pembelajaran dan pengajaran KOMSAS.

Pemerhatian

Melalui pemerhatian saya ke atas tingkah laku pelajar di dalam kelas sewaktu
proses PdP sedang berlangsung, apabila diajukan soalan mengenai novel , pelajar akan
menunjukkan tanda bahawa mereka tidak tahu dan memberikan jawapan yang salah
apabila soalan tersebut diutarakan.selain itu, ada juga yang menjawab dengan tiada huraian
dan contoh. Antara soalan bahagian novel Sejambak Bakti yang sering saya ajukan kepada
pelajar secara verbal di dalam kelas adalah novel mengisahkan apa(1)siapakah watak dalam
novel Darah di Titik Semantan? (2) apakah tema novel tersebut? Seringkali juga dilihat
pelajar tidak bersedia untuk mengikuti PdP yang bakal berlangsung dan tidak fokus dalam
kelas.Murid juga berasa bosan dengan membaca dan belajar mengenai novel apabila tiada
aktiviti yang menarik dan nota yang perlu rujuk bahan yang tebal dan nota yang cuma warna
hitam putih .Hal ini menyebabkan murid tidak akan fokus dan mudah membuat bising
dalam kelas serta boleh mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran yang tengah
berlangsung.

9
10
Soal selidik

Hasil Tinjauan awal terhadap murid Tingkatan 2E .Saya telah mengedarkan borang soal
selidik untuk mereka isi .Borang ini diedarkan semasa masuk masa kelas mereka dan diberi
masa 5 minit untuk menjawab.Saya sudah menganalisis hasil soal selidik seperti di bawah:

ANALISIS SOAL SELIDIK

1. Bahan yang digunakan untuk membaca dan memahami bahagian Novel

Pilih salah satu sahaja.

Jumlah(orang PERKARA
)
6 Tidak membaca langsung
4 Baca teks novel penuh
7 Baca sinopsis sahaja
12 Baca bahan rujukan atau nota sahaja

2. Adakah anda memahami jalan cerita dan peristiwa dalam novel Darah di Titik Semantan?
Pilih salah satu sahaja.

Jumlah(orang) PERKARA

6 Memahami keseluruhan jalan cerita Novel

17 Memahami sebahagian atau sedikit jalan cerita Novel

6 Tidak memahami langsung jalan cerita novel

3. Adakah anda memahami kehendak soalan yang Novel dalam arahan soalan?

PILIH SALAH SATU SAHAJA.

Jumlah(orang) PERKARA

5 Memahami Sepenuhnya kehendak soalan

19 Memahami sebahagian atau sedikit kehendak soalan

11
5 Tidak memahami langsung kehendak soalan

4. Bahan yang ada untuk membaca dan memahami bahan Bahagian Novel.

Boleh pilih lebih daripada satu.

TANDA (/) PERKARA


29 Novel Darah di Titik Semantan
29 Buku kerja bahasa melayu
3 Buku rujukan novel yang lain
0 Lembaran nota novel
13 Hasil kerja jadual novel Darah di Titik Semantan

5. Adakah anda tahu format cara menjawab dan permarkahan bahagian Novel?

Pilih Salah satu sahaja

TANDA (/) PERKARA


24 YA
5 TIDAK

6. Adakah anda memahami aspek kajian sastera dalam novel seperti Sinopsi dan Bab
cerita,tema dan persoalan,plot dan teknik plot, latar masa,latar tempat ,latar
masyarakat ,watak dan perwatakan,gaya bahasa,nilai dan pengajaran?

PILIH SALAH SATU SAHAJA.

TANDA (/) PERKARA


4 Memahami Sepenuhnya
21 Memahami sebahagian atau sedikit
4 Tidak memahami langsung

12
7. Senaraikan sebab-Sebab lain anda tidak menguasai bahagian Novel.

 Malas membaca

 Kurang bahan rujukan

 Susah memahami novel

 Tidak ingat

 Tidak fokus

 Kurang membaca

 Tidak faham bahasa melayu

4.2  Penyemakan latihan murid

Sebelum memulakan teknik MASLAN AJAR WANITIWA dalam novel saya telah
membuat tinjauan awal buku latihan murid.Semasa kajian tindakan dijalankan saya telah
kutip buku latihan mereka untuk meninjau latihan bahagian novel.Hasil tinjauan buku latihan
murid ada kalangan murid yang dapat siapkan latihan ,ada yang tak dapat siapkan dan ada
yang tidak buat langsung latihan.Setiap kali latihan murid kurang mengingat sinopsis cerita
atau peristiwa . Begitu juga dengan komponen-komponen yang membina karya novel ini.
Jawapan juga menunjukkan sama dengan rakan-rakan yang lain. Mereka suka meniru
jawapan daripada rakan walaupun mendapat bimbingan daripada guru mereka masih tidak
boleh menjawab kerana guru meminta mereka mengingat semula cerita dalam Novel ini.

Perkara Bilangan murid

Siap latihan 11

Tidak siap latihan atau tidak lengkap 16

Tidak buat langsung latihan 4

13
Refleksi keputusan peperiksaan sebelum pelaksanaan Teknik MASLAN AJAR
WANITIWA

Analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk kelas 2E didapati murid mengalami masalah
dan kelemahan dalam subtopik yang sama iaitu bahagian novel. Novel Darah di Titik Semantan
merupakan satu-satunya  novel Tingkatan 2, merangkumi komponen sastera dalam  mata pelajaran Bahasa
Melayu yang memerlukan murid mengingatkan keseluruhan cerita.

MARKAH MARKAH MARKAH PRA


BIL NAMA GRED
AR 1 KERTAS 1 NOVEL UJIAN

1 MUHAIMIN BIN MOHAMMAD 52 D 28 2 4

MUHAMAD DANISH HAIQAL BIN


2 70 B 44 8 8
SOFFAHASBIDILLAH

3 MUHAMAD DANISH HAZIQ BIN AZMIE 51 D 26 1 1

MUHAMMAD AMMAR AIMAN BIN ABDUL


4 40 E 19 1 1
SAMAT

5 MUHAMMAD AZZRI HAZHIMI BIN RAPIPI 42 E 28 1 1

6 MUHAMMAD HAZIQ HAZIZI BIN AZLIN 55 D 32 2 1

7 MUHAMMAD HUSAINI BIN MORNI 40 E 19 1 1

8 MUHAMMAD ISKANDAR BIN HADZMAN 55 D 37 2 2

MUSAHAB IRSADNUDDIN BIN ABDUL


9 47 E 28 1 2
MALEK

NORSYAFIRIN BINTI MOHAMAD


10 49 E 27 1 1
NORHARIPI

11 NUR AQILA SYAZWIN BINTI YUSOP 51 D 30 2 3

12 NUR HASYIQQIN BINTI MAHRI 36 F 22 0 1

13 NUR NADHIRAH BINTI YAAKUB 40 E 22 1 1

14 NURARNISHA ASHIQIN BINTI ABDULLAH 33 F 16 1 1

15 NURFEISYA ARISFAIZAL 54 D 34 6 1

16 NURUL AINAA NAZZIRA BINTI KARIM 42 E 23 2 1

NURUL ELEYA NATASYA BINTI ABDUL


17 63 C 34 1 1
AZZIS

18 PUTERA FARHAN BIN MUHAMMAD 88 A 51 7 8

14
FIRDAUS

19 PUTERA RIDHAUDDIN BIN SALLEHIN 57 D 33 2 5

PUTRI NUR SALSABELLA BINTI MOHAMAD


20 31 F 18 1 2
IDRIS

21 RICHIE GOH SOON CHAI 55 D 33 2 2

22 SAIDATUL AISYAH BINTI MANSOR 49 E 29 1 2

23 SHAHIEZHAM BIN HIRWANDY ABDULLAH 61 C 42 4 4

24 SHAHRUL NIZAM BIN YUSUF 33 F 20 1 1

25 SHANA NAJWA BINTI MASRI 68 C 36 1 4

26 SHIRLEY WONG XIAO HUI 57 D 31 2 2

27 SIM ZHI YONG 18 F 12 1 1

28 SITI NURSYAHIEDA BINTI ASNAN 72 B 38 4 5

29 SURIAZA BINTI HAMZAH 74 B 39 8 8

Tinjauan masalah yang telah dikumpul mendapati majoriti murid mendapat markah
bawah 1 hingga 4 semasa AR1 bahagian novel dan semasa pra ujian yang telah
dibuat.Semasa AR1 bahagian novel majoriti murid yang mendapat markah rendah antara 1
hingga 4 iaitu 25 orang manakal yang mendapat markah 5 hingga 10 hanya 4
orang.Tinjauan kepada pra ujian pula hampir sama terjadi dalam ujian AR bahagian novel
apabila majoriti murid mendapat antara 1 hingga 4 bersamaan 24 orang murid dan murid
yang mendapat markah antara 5 hingga 10 cuma 5 orang.Graf di bawah menunjukkan
markah yang telah dijelaskan di atas.

15
PENGENALAN TEKNIK MASLAN AJAR WANITIWA

Teknik MASLAN AJAR WANITIWA merupakan singkatan perkataan dalam aspek kajian
sastera yang terdiri daripada latar masyarakat ,persoalan,pengajaran,watak ,nilai, dan
peristiwa (contoh). Aspek kajian sastera yang saya pilih merupakan soalan yang kerap
dikeluarkan masa peperiksaan kertas Bahasa Melayu PT3.Teknik ini saya buat dalam jadual
yang menggabungkan beberapa aspek kajian sastera .Jadual tersebut saya akan tunjukkan
dibawah untuk memberi kefahaman .Saya juga telah memasukkan warna dalam jadual supaya
jadual yang dibuat dapat menarik minat murid untuk membaca jadual yang akan dijadikan
nota untuk latihan dan ulangkaji semasa peperiksaan.Saya membuat terlebih dahulu bahan
ingin digunakan sebagai ABM semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.Pelaksanaan aktiviti
ini akan dijalankan berperingkat.Teknik boleh digunakan oleh Tingkatan dari 1 hingga 5
untuk mereka mengingati kajian aspek sastera dengan contoh peristiwa sekali.Teknik boleh
digunakan untuk pengajaran oleh seorang guru Bahasa Melayu dan sesi pembelajaran
seorang murid.

TEKNIK “MASLAN AJAR WANITIWA

MAS-LATAR MASYARAKAT
LAN-PERSOALAN
AJAR-PENGAJARAN16
WA-WATAK
Jadual TEKNIK “MASLAN AJAR WANITIWA” NOVEL

Bi Latar Persoalan Pengajaran Watak Nilai Peristiwa (contoh)


l Masyarakat

Bahan-bahan yang digunakan untuk melaksanakan Teknik MASLAN AJAR


WANITIWA

17
Sebelum saya melaksanakan teknik MASLAN AJAR WANITIWA ,bahan-bahan
perlu disediakan untuk membuat ABM semasa Pengajaran dan Pembelajaran dan inovasi
yang akan dihasilkan.Jadual di atas perlu dibuat terlebih dahulu menggunakan aplikasi Word
dan perkataan yang MASLAN AJAR WANITIWA perlu diwarnakan merah untuk memberi
penjelasan yang digunakan dalam singkatan tersebut.Saya telah menggunakan warna-warna
yang berbeza dalam setiap kotak jadual untuk menarik minat mereka membaca jadual
tersebut.Setelah siap membuat jadual,Setiap baris menegak tersebut mereka wakili aspek
sastera yang telah dipilih seperti latar masyarakat , persoalan , pengajaran,
watak ,nilai ,peristiwa (contoh) seperti jadual di atas.Jadual akan dicetak untuk diedarkan
kepada murid supaya mereka dapat mengisi jadual dengan maklumat yang lengkap .Tujuan
mereka melengkapkan jadual tersebut untuk menjadi panduan mereka semasa mengulangkaji
pelajaran dan membuat latihan di dalam kelas.

Bahan inovasi pula Saya namakan Jadual Gergasi MASLAN AJAR


WANITIWA .Hal ini kerana saya membuat jadual lebih besar daripada kertas A4.Bahan yang
saya gunakan untuk menghasilkan inovasi ini ialah papan pelekap (mounting board),kertas
A4 warna,,reben,batang aiskrim, dan sebagainya.Jadual tersebut menggunakan papan pelekap
kerana lebih besar dari saiz biasa supaya ABM akan senang dilihat oleh pelajar dan papan ini
tahan lama boleh digunakan banyak kali dalam tempoh yang panjang.Selain itu, kertas A4
warna dibahagian isi-isi supaya nama menarik minat murid untuk belajar dan melihat ABM
yang digunakan..Setiap baris menggunakan kertas warna yang berbeza warna. .

Pelaksanaan Aktiviti pembelajaran dan pengajaran menggunakan Teknik MASLAN


AJAR WANITIWA

Sebelum melakukan sesi pembelajaran dan pengajaran Novel Darah di Titik


Semantan menggunakan teknik MASLAN AJAR WANITIWA ,murid wajib membaca novel
bersama guru di dalam kelas terlebih dahulu dan akan membuat peta buih setiap Bab setelah
habis membaca Bab tersebut.Akiviti yang dijalankan selepas membaca novel ialah
melengkapkan jadual MASLAN AJAR WANITIWA dalam kertas A4 yang disediakan oleh
guru.Jadual tersebut akan dibimbing oleh guru untuk mengisi tempat yang kosong .Semasa
mereka hendak mengisi jadual tersebut murid-murid akan dibekalkan buku rujukan jenama
SASBADI untuk mencari dan menyalin maklumat yang dihendaki dalam jadual tersebut.

18
Seterusnya,selesai mengisi jadual murid akan diberikan 1 latihan yang ada kaitan
dengan jadual MASLAN AJAR WANITIWA.Latihan tersebut mesti mengikut format yang
telah diajar oleh guru iaitu perenggan novel perlu dimulakan dengan “Novel yang saya kaji
ialah Darah di Titik Semantan karya Arman Sani barulah diikuti kehendak soalan dan contoh
peristiwa.Sesi Pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya murid dihendaki kerja
berasaskan projek individu .Projek individu ini murid dihendaki membuat jadual tersebut
dalam kertas lukisan dan diminta untuk menghias lebih cantik dan menarik.Tujuan projek
individu ini dibuat untuk mereka tampal kerja ini di rumah dan senang untuk mereka
ulangkaji dan baca semasa masa senggang.Kerja yang dihasilkan menjadi bahan rujukan
semasa belajar dan membuat latihan kerana jadual sudah ada banyak maklumat.Murid lepas
buat kerja ini diberi tugasan menjawab soalan dengan format yang betul.

Selanjutnya,sesi pembelajaran dan pengajaran murid dihendaki menghasilkan Jadual


Gergasi MASLAN AJAR WANITIWA dalam kumpulan yang mengandungi 5 hingga 6
orang dalam satu kumpulan.Projek ini memerlukan mereka menggunakan barang-barang
terpakai seperti kotak untuk menghasilkan jadual gergaji tersebut.Murid-murid juga boleh
menggunakan papan pelekap untuk lebih cantik dan kemas.Murid lepas menghasilkan jadual
mereka diminta menghias jadual mengikut kreativiti supaya lebih menarik dan cantik.Selesai
jadual gergasi siap ,murid diminta membuat pembentangan hasil yang telah dibuat.Selepas
pembentangan ,murid diberikan satu tugasan untuk menguji lagi kefahaman mereka
terhadapa novel yang dikaji.Akhirkalam ,pelaksanaan teknik MASLAN AJAR WANITIWA
dalam pembelajaran dan pengajaran dengan pasca ujian.Kronologi pelaksanaan teknik
KRONOGI PELAKSANAAN TEKNIK MASLAN AJAR WANITA
MASLAN AJAR WANITIWA ditunjukkan di bawah

Kronologi Pelaksanaan Teknik MASLAN AJAR WANITIWA

Baca novel dan membuat peta buih setiap bab novel

Lengkapkan jadual dengan maklumat yang ada dalam buku rujukan

Membuat latihan soalan Novel dalam buku kerja

Membuat jadual dalam kertas lukisan setiap murid

19
Membuat latihan soalan Novel soalan disediakan oleh guru.

Menghasilkan jadual gergasi dalam kumpulan

Pembentangan jadual gergasi MASLAN AJAR WANITIWA

Rancangan pembelajaran dan Pengajaran menggunakan Teknik MASLAN AJAR


WANITIWA

Minggu 40 Tarikh 22/10/2020 Hari Khamis Kelas 2E Masa 1650-1740

Tema Integriti
Tajuk Novel Darah di Titik Semantan
Standard 3.3 Menulis untuk melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan.
Kandungan
Standard 3.3.1 Menulis untuk melengkapkan perenggan dalam pelbagai bahan dengan betul
Pembelajarn dan tepat.
Objektif : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
(SMART) Menyenaraikan 5 perwatakan watak utama dalam novel beserta dengan contoh peristiwa
dengan tepat dan betul.
Melengkapkan jadual novel yang telah disediakan dengan tepat dan betul.

Kriteria Saya akan berjaya jika pelajar saya dapat


kejayaan : Menyenaraikan 3 perwatakan watak utama dalam novel beserta dengan contoh peristiwa
dengan tepat dan betul dan Melengkapkan jadual novel yang telah disediakan dengan tepat dan
betul setiap orang murid secara tulisan.

Pengisian i. Ilmu sastera


Kurikulum ii.Kemahiran Menulis
iii. Nilai Patriotisme
Strategi PdP i. EMK Patriotisme
ii. KBAT Menganalisis
iii. Pembelajaran Mendalam Penerokaan
iv. KOMSAS Novel
BBM / Media Lembaran kerja,buku kerja,novel darah di titik semantan

20
AktivitiP Set induksi
Murid dijelaskan watak yang ada dalam Novel Darah di Titik Semantan.

Langkah-langkah
Murid ditanya siapa watak utama dan perwatakannya yang tepat dalam novel.
Murid Membaca serta memahami dalam buku rujukan tentang perwatakan watak utama.
Murid berkongsi hasil bacaan perwatakan yang telah diketahui
Murid diberi penerangan apa itu Teknik MASLAN AJAR WANITIWA
Murid dijelaskan cara mengisi jadual yang ada dalam lembaran kerja dengan menggunakan
teknik Maslan ajar wanitiwa
Murid mencari maklumat dan mengisi jadual tersebut dengan isi dan huraian yang tepat dan
betul dengan buku rujukan

Penutup
Murid memberi kesimpulan hasil pembelajaran dan guru menyimpulkan secara keseluruhan
hasil pengajaran.
Refleksi

Rancangan pembelajaran dan Pengajaran menggunakan Teknik MASLAN AJAR


WANITIWA

Minggu 41 Tarikh 27/10/2020 Hari Selasa Kelas 2E Masa 1240-1340

Tema Integriti
Tajuk Novel Darah di Titik Semantan( pembentangan dan Latihan)
Standard 2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan
Kandungan bahasa dan meluaskan pengetahuan bagi pembangunan diri.
Standard 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk
Pembelajarn meneroka maklumat baharu.
Objektif : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
(SMART) Menyenaraikan 3 nilai dalam novel beserta dengan contoh peristiwa dengan tepat dan betul.
Melengkapkan jadual novel yang telah disediakan dengan tepat dan betul.

Kriteria Saya akan berjaya jika pelajar saya dapat


kejayaan : Menyenaraikan 3 nilai dalam novel beserta dengan contoh peristiwa dengan tepat dan betul dan
Melengkapkan jadual novel yang telah disediakan dengan tepat dan betul setiap orang murid
secara tulisan.

Pengisian i. Ilmu sastera


Kurikulum ii.Kemahiran Menulis
iii. Nilai Patriotisme
Strategi PdP i. EMK Patriotisme
ii. KBAT Menganalisis
iii. Pembelajaran Mendalam Penerokaan
iv. KOMSAS Novel
BBM / Media Lembaran kerja,buku kerja,novel darah di titik semantan

21
AktivitiP Set induksi
Murid dijelaskan watak yang ada dalam Novel Darah di Titik Semantan.

Langkah-langkah
Murid ditanya siapa watak utama dan perwatakannya yang tepat dalam novel.
Murid Membaca serta memahami dalam jadual yang telah diisi dan dibuat dalam kertas lukisan.
Murid membentangkan hasil kerja jadual gergasi yang telah dibuat dalam kumpulan.
Murid bersoal jawab dengan rakan dan guru berkenaan hasil pembentangan yang dibuat.
Murid membuat latihan yang diberikan oleh guna yang ada kaitan dengan jadual MASLAN
AJAR WANITIWA
Penutup
Murid memberi kesimpulan hasil pembelajaran dan guru menyimpulkan secara keseluruhan
hasil pengajaran.

Refleksi

HASIL DAPATAN KAJIAN

Selepas pelaksanaan Teknik MASLAN AJAR WANITIWA menunjukkan peningkatan yang


positif dari segi markah,emosi dan tingkah laku .Hasil tersebut akan dibincangkan pada
maklumat di bawah dalam bentuk ujian dan pemerhatian.

UJIAN

BIL NAMA MARKAH NOVEL PRA UJIAN PASCA UJIAN

1 MUHAIMIN BIN MOHAMMAD 2 4 7

MUHAMAD DANISH HAIQAL BIN


2 8 8 10
SOFFAHASBIDILLAH

3 MUHAMAD DANISH HAZIQ BIN AZMIE 1 1 5

MUHAMMAD AMMAR AIMAN BIN ABDUL


4 1 1 9
SAMAT

5 MUHAMMAD AZZRI HAZHIMI BIN RAPIPI 1 1 6

6 MUHAMMAD HAZIQ HAZIZI BIN AZLIN 2 1 9

7 MUHAMMAD HUSAINI BIN MORNI 1 1 6

8 MUHAMMAD ISKANDAR BIN HADZMAN 2 2 9

9 MUSAHAB IRSADNUDDIN BIN ABDUL 1 2 7

22
MALEK

NORSYAFIRIN BINTI MOHAMAD


10 1 1 6
NORHARIPI

11 NUR AQILA SYAZWIN BINTI YUSOP 2 3 10

12 NUR HASYIQQIN BINTI MAHRI 0 1 5

13 NUR NADHIRAH BINTI YAAKUB 1 1 5

14 NURARNISHA ASHIQIN BINTI ABDULLAH 1 1 7

15 NURFEISYA ARISFAIZAL 6 1 7

16 NURUL AINAA NAZZIRA BINTI KARIM 2 1 10

NURUL ELEYA NATASYA BINTI ABDUL


17 1 1 8
AZZIS

PUTERA FARHAN BIN MUHAMMAD


18 7 8 10
FIRDAUS

19 PUTERA RIDHAUDDIN BIN SALLEHIN 2 5 10

PUTRI NUR SALSABELLA BINTI MOHAMAD


20 1 2 4
IDRIS

21 RICHIE GOH SOON CHAI 2 2 8

22 SAIDATUL AISYAH BINTI MANSOR 1 2 8

23 SHAHIEZHAM BIN HIRWANDY ABDULLAH 4 4 9

24 SHAHRUL NIZAM BIN YUSUF 1 1 6

25 SHANA NAJWA BINTI MASRI 1 4 9

26 SHIRLEY WONG XIAO HUI 2 2 9

27 SIM ZHI YONG 1 1 3

28 SITI NURSYAHIEDA BINTI ASNAN 4 5 8

29 SURIAZA BINTI HAMZAH 8 8 10

23
Hasil dapatan kajian mendapati ada peningkatan markah dari pra ujian hingga pasca ujian
setelah diajar Teknik MASLAN AJAR WANITIWA.Sebelum diperkenalkan teknik tersebut
majoriti murid mendapat markah 1 hingga 4 iaitu 24 orang dan 5 orang sahaja yang

24
mendapat markah 5 hingga 10.Setelah teknik ini diperkenalkan kepada murid berlaku
peningkatan yang mendadak markah murid dalam bahagian nove semasa Pasca
Ujian.Misalnya,majoriti murid mendapat antara 5 hingga 10 markah iaitu bersamaan 27
orang dan hanya 2 orang yang mendapat markah antara 1 hingg 4.

PEMERHATIAN

Hasil dapat kajian dari segi pemerhatian pula banyak perubahan positif yang dialami
oleh murid.Murid sangat aktif apabila ditanya soalan tentang novel.Murid juga sangat
seronok membaca jadual yang telah mereka buat sama ada dalam kertas A4 mahupun dalam
kertas lukisan kerana jadual yang cantik dan menarik yang ada warna dan lukisan.Semasa
pembentangan pula murid dapat menceritakan hasil kerja mereka dengan lancar tanpa
merujuk bahan.Selain itu,murid senang hendak buat ulangkaji dan membuat latihan yang
disuruh guru dengan kadar yang cepat setelah adanya jadual tersebut.Oleh hal demikian
murid akan lebih fokus dan tekun untuk belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
guru.Aktiviti bersoal jawab juga mendapat kerjasama yang baik daripada murid apabila
jadual tersebut ada maklumat tentang Novel.

REFLEKSI

Teknik MASLAN AJAR WANITIWA kepada murid dan guru menunjukkan kesan
positif dalam menguasai dan menjawab bahagian novel.Selepas pelaksanaan teknik tersebut
murid mula faham jalan cerita dan dapat menjawab bahagian memperoleh markah yang
sangat baik antara 5 hingga 10 markah.Pendekatan teknik yang saya gunakan ini juga
membolehkan murid daripada 24 orang yang mendapat markah antara 1 hingga 4 semasa pra
ujian menurun kepada 2 orang ketika pasca ujian.Bagi yang mendapat markah antara 5
hingga 10 pra ujian hanya 5 orang tetapi semasa pasca ujian jumlah tersebut meningkat
mendadak kepada 27 orang selepas pelaksanaan teknik tersebut.Pencapaian dalam pasca
ujian menunjukkan petanda yang positif bahawa teknik banyak mempengaruhi tahap
pemahaman murid dan mereka dapat menjawab sedikit demi sedikit . Secara jujurnya saya
merasakan teknik ini belum dilaksanakan sepenuhnya kerana proses pelaksanaan Teknik
MASLAN AJAR WANITIWA memerlukan masa yang panjang.

25
Selepas teknik tersebut diajar kepada murid ,mereka sangat aktif menjawab soalan
yang telah diajukan oleh guru dan mereka berebut hendak menjawab soalan.Murid kurang
aktif sebelum ini pun menjadi aktif untuk menjawab soalan.Murid juga dilihat sangat cepat
menyiapkan tugasan novel dengan adanya jadual Teknik MASLAN AJAR WANITIWA
tersebut.Mereka tidak payah membuka buku atau merujuk Buku kerja Bahasa Melayu,
Novel ,Buku Rujukan yang lain atau bahan yang lain untuk menyiapkan tugasan atau
mengulangkaji semasa pasca ujian cuma hanya merujuk Nota dalam jadual tersebut.Teknik
yang diperkenalkan kepada murid boleh meningkatkan motivasi mereka untuk membaca
novel dan nilai rajin terhadap diri mereka daripada mengisi jadual tersebut,menghasilkan
jadual tersebut ,membentangkan jadual tersebut hingga kepada proses pasca ujian.

Sesi pembelajaran dan pengajaran menggunakan Teknik MASLAN AJAR


WANITIWA membuktikan bahawa pendekatan pedagogi ini melibatkan pelajar secara aktif
di dalam kelas dan mengurangkan masalah disiplin yang mengganggu pembelajaran di dalam
bilik darjah.Murid juga menunjukkan minat untuk menguasai novel apabila mereka tekun
membaca jadual yang telah dibuat ketika hendak bersoal jawab dan membuat latihan atau
ujian.Selain itu,sebelum pelaksanaan teknik ini mereka rasa tidak seronok dan bosan belajar
atau menyiapkan tugasan novel . Setelah diaplikasikan eknik ini kepada mereka berasa
seronok untuk menyiapkan tugasan novel kerana jadual yang berwarna warni dan hanya
sehelai kertas sahaja mereka rujuk .Mula timbul perasaan rajin membaca novel dan bahan
rujukan untuk mendapatkan maklumat lebih untuk menguasai novel.Fokus di dalam kelas
juga mula meningkat sedikit demi sedikit selepas teknik diperkenalkan dengan pelbagai
aktiviti yang menyeronokkan.

Dari perspektif guru pula,ada dalam kalangan rakan guru telah menggunakan teknik
ini di dalam kelas sebab saya telah berkongsi jadual ini dalam kumpulan telegram untuk guru
menengah rendah..Rakan guru Panitia Bahasa Melayu berpendapat jadual ini memudahkan
dan memahami murid untuk menguasai novel dengan ada jadual tersebut.Guru juga dapat
menggunakan jadual tersebut untuk semua tingkatan 1 hingga 5 yang bersifat
universal.Bahan inovasi yang dihasilkan boleh digunakan bila-bila masa ketika hendak
mengajar bahagian novel.

CADANGAN

26
Kajian ini telah berjaya mencapai objektif dengan cara yang menyeronokkan dan
membuat pelajar lebih bermotivasi dalam melakukan tugasan dan aktiviti yang ada kaitan
dengan Novel Bahasa Melayu yang mereka pelajari.Oleh itu,saya telah mengemukakan
cadangan bagi kajian saya seperti yang telah disenaraikan :

1. Membuat kajian secara menyeluruh untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan amalan
pengajaran dan pembelajaran novel menggunakan teknik MASLAN AJAR WANITIWA
terhadap minat dan pencapaian pelajar.

2. Pemilihan buku kerja juga mestilah mempunyai nota yang lengkap dan menarik kepada
murid supaya murid lebih faham untuk mengulangkaji dan buat latihan.

3.Guru-guru, khususnya guru Bahasa Melayu haruslah berusaha menjadikan


pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik lagi dengan menerapkan PAK 21 dalam setiap
sesi pengajaran , dan salah satu kaedah yang baik untuk digunapakai adalah pembelajaran
secara koperatif kerana penerimaan positif dalam kalangan pelajar.

PENUTUP

Secara tuntasnya,Kajian tindakan yang saya buat mencapai objektif apabila hasil
dapatan kajian menunjukkan perubahan yang positif tidak kira murid mahupun guru setelah
teknik ini diperkenalkan.Sebagai guru ilmu PAK21 haruslah diterapkan dan digunakan secara
kerap dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar murid tidak akan rasa bosan belajar
sesuatu topik.Aktiviti dan kaedah pembelajaran harus ke arah berpusatkan kepada murid
supaya mereka lebih memahami topik dan menguasai cara menjawab.Di samping itu,murid
harus diperbanyakkan bahan-bahan agar mereka boleh menjana idea berdasarkan topik yang
akan diajar terutamanya bahagian novel.Pemilihan buku kerja untuk murid juga harus dibuat
pemilihan tepat isi kandungan,kelengkapan nota dan penerapan PAK21 dalam buku tersebut.

Kajian tindakan yang dibuat pelajar adalah seperti memotivasikan


pelajar untuk mengikuti PdP, perhubungan interpersonal bertambah baik, ahli kumpulan
saling,bekerjasama dan berinteraksi dengan ahli kumpulan untuk menggalakkan penyusunan

27
semula kognitif untuk menambah pemikiran peringkat tinggi. Perubahan dari segi tingkah
laku dan emosi juga dapat dilihat setelah diperkenalkan Teknik MASLAN AJAR
WANITIWA.

RUJUKAN

BUKU

Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS

            Profesional Publishing Sdn Bhd.

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian

            Tindakan Teknologi Pendidikan

Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis

             Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia

28
Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi

             Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor

             Sdn Bhd.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD

             3026.

Rajendran, N. S. 2000. Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran BerfikirAras


Tinggi.Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan DalamPendidikan
2000, hlm. 201 – 211.

Jurnal dan Kajian tindakan

Azanah binti Tahir(2016),Kajian Tindakan Kaedah “Big Book dalam mengingati watak dan
perwatakan dalam Novel Sejambak Bakti Tingkatan 1.

Puan Sunita Anak Tiang (2015),Kajian Tindakan Teknik “DETA”KOMSAS Bahasa Melayu
Tingkatan 4.

LAMPIRAN

29
SOALAN PRA UJIAN DAN GAMBAR SEMASA MENJAWAB PRA UJIAN.

30
TINJAUAN PENYEMAKAN BUKU KERJA MURID

Pembentangan Hasil Jadual Gergasi MASLAN AJAR WANITIWA

31
TUGASAN JADUAL GERGASI TEKNIK MASLAN AJAR WANITIWA

32
Koleksi hasil kerja jadual lukisan MASLAN AJAR WANITIWA

33
PASCA UJIAN

Novel Darah Titik di Semantan,Karya Arman Sani

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari,nyatakan 3 nilai murni beserta
contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

34
Gambar semasa Pasca UJIAN

35

You might also like